Wednesday, December 31, 2008

Selamat tahun baru 1430H

Selamat tahun baru 1430H dan 2009M.
Lamanya rasa tak update blog (huhu). Tahun bersilih ganti, azam lama masih juga ada yang belum terlaksana. Apapun, ummi yakin keazaman dengan niat yang tulus itu adalah satu permulaan baik untuk sebuah penghijrahan. Penghijrahan yang membawa lebih kepada kebaikan. Yang paling utama, ingin memantapkan lagi diri di sampingNya. Moga diri ini tergolong dalam kalangan hamba-hambaNya yang diredhai dan diberkati.

Instead of that, i wanna be a a better wife for my husband, the best mother to the 2 kids, getting a permanent job or else, start thinking of pursue study.. Juga nak jadi anak yang baik untuk my parents and parents in law juga.

Intention lain?? Oh kalau nak list semua, sure banyak lah kan tapi as mentioned di atas, itu lah perkara asas yang ingin dibuat, insyaAllah kalau semua tu dapat dilaksanakan, keinginan lain akan dapat dipenuhi tanpa perlu rasa gusar. Moga Allah permudahkan niat ummi ini, and on top of that moga Allah sentiasa limpahkan kasih sayang dan rahmatNya dalam keluarga hambaMu ini..

Friday, December 26, 2008

New dose?

Pagi tadi ummi pergi farmasi hosp serdang untuk amik ubat susulan khadijah. Ubat FAC ni kena amik every 2 weeks sbb ia akan expired. Before, doc ckp mkn 0.5 ml. Tetiba tadi org bagi ubat tu cakap bg 0.25ml. Eh pelik lah pula ummi. Dia cakap betul 0.25 ml. Habis tu ummi salah bagi makan ke? Dia cakap takpe, still dalam range lagi. Boleh gitu? Huhu..sebenarnya dah mcm2 karenah ummi hadapi bila tiap kali pergi farmasi nih. Tapi kali ni boleh salah amount pula. Next check up lambat lagi bulan depan. Ummi cam tak sabar lak nak jumpa paed khadijah ni...

Happy 2nd birthday!

Hari ini 26 dec 2008 aisyah genap berumur 2tahun. Alhamdulillah ummi macam tak percaya pun ada aisyah dah 2 tahun. Sekejap pula rasanya. Ucap selamat pada dia pagi td, dia macam terkebil-kebil. Haha..mana lah aisyah faham agaknya kn. Tp semalam ummi dah ajar kakak cakap kalau ada org tanya umur kakak berapa, kakak jawab apa? Aisyah jawab 'saya umur 2 tahun..' Hmm..comel comel..

Hadiah?? mm..ummi dah belikan buku baru in advance beberapa minggu lepas. Addicted sungguh dgn buku budak2 ni, tapi mujur aisyah rajin membaca. Abah dia pun baru beli kan buku kamus baru juga utk dia dalam minggu lepas kot. Haa skrg duk ulang tgk pictures dlm tu, part plg suka dkat page playground. Hari2 usung buku tu mesti akan cakap 'nak tgk playground..'. Dulu suh kita buka kan page tu,smpai abah ummi dah ingat kat page 28 yea.., skrg ni dah tau cari sendiri dgn ayat ' haa..dah jumpa playground'. Bila dah jumpa dia akan sebut ni slide, ni swing, ni bla-bla.. pastu baru dia akan pergi page lain pula.
Abahummi tgh pk nak cari hadiah special sket dkat kakak rather than books je tp tak sempat lagi. Anyway, kalau takde kira aci lah buku tu kan.. hihi..

Progress setakat ni?? Aisyah memang dah banyak cakap, dah boleh buat sentence, ha dah byk ragam juga yea sampai tak larat nak layan. Dalam proses mengenalkan dia nombor. Well, dia dah hafal sangat bilangan satu hingga sepuluh dgn lancar dan juga one to ten dgn excellent juga except for seven dia akn sebut 'petent'. Sama juga dgn elephant, dia akan sebut 'ephetent'. Haa yg dua ni pyh sungguh nak bg betul. Jd, since dia dah tau sebut, skrg ni dlm proses nak kenal nombor tu pula. So far so good, dia pandai dah bila ajar dia guna satu buku tu, except for kena ulang banyak kali, yang ni ummi failed lagi nak buat tiap2 hari.. kena struggle up ummi!!

Dan ummi dah berjaya potong rambut dia. Huhu ingatkan payah, rupanya takde lah teruk mana pun. Sebab sebelum ni tiap kali ummi cakap, jom aisyah ummi nak gunting rambut, dia akan jawab 'tak nak! tak boleh!'. Puas pujuk pun tak nak juga. Dan tak tahu lah bila dua hari lepas, ummi ajak gunting rambut sambil dia tgk cd nursery rhymes dia, dia nak pula. Jadi berambut baru lah sekarang ni, nampak lah cute sket berbanding sebelum ni, serabai je, dah lah ummi nak ikat rambut dia tak bagi. Gambar nnt ummi upload kemudian.

Btw, ummi keje hari ni tp amik half day je sebab tghri ni nak bawak aisyah jalan2, kononnya ala birthday date dgn ummi lah ni. Since abah keje, kita pergi berdua je lah yea. ummi pun tak sure nak buat apa dgn aisyah ptg ni, tp mungkin bawak dia pg alamande je kot. Jgn tak tahu, dia suka pg sana siap cakap jom lah ummi, kita g carrefour (sebutan dia karfuu..). Huhu aisyah aisyah..

Wednesday, December 24, 2008

Perasaan keibuanku tersentuh

Air mata ummi menitis kala ini. Dalam kesyahduan rasa bersyukur yang amat pada Mu ya Allah kerana limpah kurnia yg banyak ini. Terima kasih kerana mengurniakan kami dgn Khadijah Nur Syifaa' yg sehingga hari ini masih sihat, aktif dan sangat membahagiakn kami sekeluarga. Doa seorang ibu ini agar anak ini sentiasa dikurniakan kesihatan tubuh badan yang sihat dan membesar tanpa sebarang masalah kesihatan. InsyaAllah..

Ummi mengambil masa membaca beberapa kisah ibu-ibu yang mencoretkan pengalaman menjaga anak-anak pramatng mereka yang mengalami pelbagai masalah kesihatan. Coretan yang sungguh meruntun jiwa, dapat dirasa beban yang dipikul. Hebat dugaan Mu ya Allah pada mereka. Dan aku juga yakin Engkau tidak akan sesekali timpakan ujian pada hambaMu tanpa kesanggupuan/ kemampuan mereka sendiri.

Naluri keibuan ini sungguh tersentuh. Air mata tak mampu lagi bertahan. Tetiba datang rasa gusar di hati, adakah anak yang fizikalnya kelihatan sihat itu sememangnya sihat atau terdapat msalah yang belum dikenal pasti memandangkan usianya yang baru mencecah 8 bulan. Masih panjang perjalanan sebenarnya, ya betul, doctor masih belum jawab samada khadijah ada mengalami masalah jangka panjang atau tidak. Oh Tuhan, berdebar-debar rasa hati menunggu appointment check up bulan depan. Apapun, doa ummi agar khadijah terus membesar sihat dan tiada masalah. Ya Allah, lindungi lah anak kami itu, kurniaan yang sangat tidak ternilai pemberianMu pada kami..

Monday, December 22, 2008

Sambungan diari khadijah

Bila ummi tgk post lama-lama, baru teringat episod ni belum bersambung lagi. Tulis kat bawah tu akan bersambung. So ummi sambung lh k. Ummi masih ingat lagi sepanjang duk di NICU tu beberapa kali adik pindah tempat. Mula-mula duk di ICU 1, lama juga dalam 3minggu lbih kurang. Pastu bila dah tukar duk dalam inkubator, tak lama selepas tu pindah ke ICU2, duk kat depan sbb nurse cakap senang nampak kalau-kalau baby ada masalah ke apa. Tak lama lepas tu pula pindah ke bahagian belakang sedikit demi sedikit, last sekali duk kat belakang sekali dekat dgn sinki sebelum pindah ke dalam baby cot je. Sepanjang duk di wad tu,macam-macam kes baby kecil ni dirujuk. Rupanya ramai yg lahir tak cukup bulan. Ada tu kembar 3 lagi. Ummi pun terpaksalah berhadapan dengan pelbagai karenah orang di situ. Apapun kita kena lah marendah diri sentiasa..

Bila adik dapay keluar dari inkubator, masa tu berat mencecah 1.6kg. Alhamdulillah. Apabila adik dah pindah ke katil tu, bermakna ummi kena stay kat ward. Kat Nicu tu mmg ada disediakan bilik utk mothers room-in dgn babies mereka. Tapi priority utk mothers yg nak kena breastfeed baby mereka. And ummi kena stay supaya ummi boleh belajar untuk bf khadijah. Msa tu ummi baru habis tempoh cuti 60 hari. So ummi kena take annual leaves. Mencabar juga duk hospital tu rupanya, dan yg paling kesian sbb teringat hubby dgn aisyah kat umah. Kesian abah waktu tu, ptg balik dari keje, dtg hospital tgk adik, pastu balik umah ambil aisyah, layan aisyah smpi lah aisyah tidur. Mencabar juga bagi abah bila kena buat semua tu sendirian. kalau ummi yg kena layan anak-anak sendirian, ummi tak de rasa apa sebab dah biasa, tapi bagi org laki, menguji kesabaran lah dgn karenah aisyah yg mcm2 waktu tu. Tapi alhamdulillah semuanya berjalan dgn baik dan ummi sempat lah duk dlm ward tu seminggu lebih. Byk on-off juga, kekadang ptg balik umah, pastu awal pgi dtg semula ke hospital.

Kena on-off sbb dalam masa yg sama aisyah kena cirit birit, ummi ingat lagi masa tu, sampai melecet aisyah. nangis-nangis bila nak kena cebuk. Dah lah tu, bila balik umah, teringat pula kat adik, mcm dengar2 je bunyi suara adik menangis. Adik ni pula, masa duk dalam inkubator, ok je takde nangis sangat, tp bila duk dalam katil sendiri ni, mudah lak nangis, dah lah tu, kuat sungguh suara. Nurse pun cakap, suara adik tak padan dgn tubuh kecik dia tu.. huhu..
Dan bila duk di hospital, teringat kat aisyah. Keisan tgk pandangan sayu mata dia tiap kali kena hntr umah pengasuh. She seems unhappy. Sorry dear, ummi terpaksa tinggalkan aisyah kat umah nenek dulu.
Bila dah pindah duk dalam katil ni, adik dah tak minum via tiub, doc suh bagi guna syringe so that adik boleh belajar sucking juga kena kerap direct bf. Tapi, biasa lah, sgt susah mulut kecil dia tu nak grab nipple. Sudahnya dia melalak lah. Bila bagi pakai syringe pula, hanya separuh dia minum laju, pastu dia tend to sleep. Adoi lah dik, puas ummi kejut pun tak nak bangun dah. End up tak habis sukatan yg patut adik minum. Ummi risau adik tak cukup minum nnt timbangan tak naik. Dan memang betul pun berat adik terus jadi lambat naik sejak keluar dari inkubator. naik juga tapi sikit-sikit je. Ada tu, bila ummi balik umah kejap, bila dtg semula, nurse cakap adik dah minum. Ok lah kan. Pastu bila ummi check, basah baju, selimut adik. Mm..mesti tumpah byk ni. Kkadang ada ibu-ibu lain tu cakap mmg nurse bagi adik minum tapi yg masuk sama byk dgn yg keluar. Diaorg main bagi je buat cukup syarat, tolak je syringe tu. Dan ummi percaya cakap mereka sebab ummi sendiri saksikan perkara yg sama berlaku pd baby lain. yg mak baby tu takde sama. Keisan tau.. Memang tak sampai hati tengok, pastu melalak lagi baby tu takde sapa nak layan. Huhu itu lah sebabnya ummi tak sampai hati nak balik umah, tapi kesian juga dekat aisyah.. Huh dilema sungguh waktu tu.

Dan memang patut lah sapa yg nak apply jadi nurse ni kena ada kesabaran paling tinggi dan 'in love' dengan tugas mereka tambah lagi yg berhadapan dgn baby kecik ni. Payah tu..tak boleh nak buat main-main sebab anda akan berhadapan dgn baby-baby kecik yg hanya tau menangis je.

Dalam duk kalut ulang-alik hospital-umah-hospital-umah, sempat juga ummi manfaatkan waktu cuti bersalin tersebut dgn menyiapkan thesis msc ummi yg telah bertahun tertangguh gara-gara kesibukan. Dari takde anak sampai ada dua anak. Huhu..harap harap dapat bergraduat dalam majlis konvokesyen universiti thn depan. InsyaAllah.

Thursday, December 18, 2008

17/12/08 - monthly check up khadijah

Semalam ummi bawa khadijah pergi check-up bulanan. Berat adik dah 5.1 kg. Mm..besar lah tu kan. Previously on 15/10/08 adik was 4.3 kg. Maknanya bertambah dalam 800g dalam masa 2 bulan ni. Banyak ke sikit ummi pun tak pasti. Yg pasti berat adik naik dengan baik dan itu sudah cukup menggembirakan ummi. Nurse tu pun cakap oklah berat dia naik cantik. Nurse tanya minum susu apa? Ummi jawab lah susu badan je. Pastu dia cakap 'oh awak tak keje eh?' Ummi replied balik ' saya keje, tapi saya perah susu tu'. Dia cakap lagi 'duk dalam wad berapa lama?' Ummi jawab lagi '2 bulan juga, 71 hari'. 'Oo..sepanjang dlm hospital bg susu macam mana?' Ummi jawab 'pakai tiub lah'. Expression muka dia macam 'oooooo......'.

Alhamdulillah lah kan adik dapat minum susu ummi sahaja lagi sampai sekarang. Tapi dah nak kena start solid food juga ni. Cuma ummi tengah ragu-ragu lagi, confuse pula nak start dgn apa eh.. (hihi macam tak pernah ada pengalaman pula kan..). Ummi ingat nak hold dulu sampai next check-up adik jumpa paed kat hospital 22 jan 2009 tapi macam lambat sangat je lagi. Adik pun dah tumbuh gigi. Ada sorang doktor kt kg dulu masa ummi refer perihal adik kat dia, when to start solid semua lah kn. Dia ckp advisable tunggu age khadijah 8 bulan or in another words corrected age adalah 6bulan. Or else dia cakap adik dah tumbuh gigi. Bila tumbuh gigi bermakna usus dia dah matang dan ready untuk digest food. Adik pun bukan main lagi terliur kalau tgk kami makan depan dia. Badan tak boleh duduk sendiri lagi tp dah boleh berada pada posisi duduk lah. Suka masuk tgn dalam mulut and bite her teether.
Erkk apa lagi eh signs yang kita perlu observe pd baby before start solid ni? hihi kawan-kawan kalau ada yg boleh kongsi, silakan lah yea..

Coz i really had a bad memories on what did i do during aisyah's early days on her solid foods.

Dan juga kalau ada nak bg pendapat, should i start giving her solid food now or wait for another 1 month, after jumpa paed nnt, please let me know k.

Btw, next week 2nd birthday aisyah. I'm still giving her a bottle of 4-6oz of breastmilk daily. Tp ada juga skip masa blk cuti raya hari tu sbb ummi jd malas nak pump and pd travelling days tu. Abah cakap boleh stop dah lah. Ummi pun ingat nak stop juga sbb nak concentrate buat stok beku banyak2 kat khadijah. Tapi rasa macam sayang juga kan.. mmm.. anyone to give comment on this?


workshop

Workshop on Pedagogy and Technology in Mathematics Education
18 - 19 Dec 2008
Al-Khawarizmi Seminar Room, INSPEM



(tak sabar nak update blog ni, tp tak dan nak menulis byk2 huhu..)
p/s ptg ni boleh kot cari masa jap..

Friday, December 12, 2008

8 months young

Baru ummi teringat yg khadijah cukup 8bulan hari ni.
Progress so far, dah boleh pusing badan sendiri bila dalam posisi meniarap. Suka lonjak2 kan badan dia. Dah boleh berdiri dgn keras. Kira tegak lah badan dia. Oh ya, khadijah dah tumbuh gigi! Sebatang je. Ini memang sungguh tak sangka, sangat cepat. Aisyah dulu pun nak setahun baru ada gigi. Suka main dgn kakak aisyah. Bila aisyah agah dia, mesti dia ketawa..


at work

Alhamdulillah selamat sampai serdang around 9.45pm last night. Both girls dah asleep and tak sedar bila kena angkat bawak masuk umah..
And to day, ummi back at work. Tetiba jadi amat busy tapi buat ala-ala tak busy. Sebab tu sempat nak blogging lagi nih..haha..
Lab yg ummi incharged ada visiting scientist dari UK hari ni. So byk program scheduled to make use of his presence here until next week. Jap lagi ada discussion, seminar by him. And also, tadi semua sc officer kena panggil dengan dato pengarah sebab kena buat sedikit penelitian dan updates berkenaan penyelidik lab. Dan untuk menambah kan kerja, ummi kena cover keje officer yang dah tamat kontrak tu..huhu..

Oh btw, ummi ada sad story nak share ni. Semalam masa kami tgh siap2 kemas barang nak balik sini, khadijah jatuh katil!. Huhu menangis nenek dgn ummi semalam. Cuai betul lah ummi ni kan... Khadijah tidur sebenanrnya, ummi letak atas katil Sebelum ni, hadang dia dengan bantal besa, tapi semalam nenek yang letakkan dia atas katil, pastu ummi tak perasan bantal yang nenek letak tu bantal kecil dan ringan. Agaknya khadijah melonjak-lonjak ke depan, tolak sekali dgn bantal tu then jatuh ke bawah. Ada luka calar sket kat kepala dia.
Masa dengar dia nangis tu, buka je pintu tgk dia dah kat bawah. Katil tu adalah setinggi paras atas lutut. Dia terlentang dengan badan atas bantal tu kepala kat lantai. Lantai kayu cengal k. Tak pasti dia nangis bila jatuh atau dia diam then baru nangis. Huhu risau gak ummi ni.
Luka tu rasanya sebab terhantuk kat dinding sebab katil tu dekat dengan dinding. Apapun masa ummi angkat khadijah, dia nangis sekejap je, mcm nangis terkejut tu, tak sampai seminit peluk dia dah diam. Mula2 tak perasan ada calar tu, pastu bila check kat kepala baru nampak. Kepala khadijah dah keras. Tu buat ummi jadi tenang sket, takde lekuk ke apa.

Masa dalam kete nak balik, ummi called Dr Azyati. Dr Azyati ni anak kepada kawan abah, dia juga one of the doctors yang rawat khadijah masa dalam NICU. Very nice person. Ummi briefed kat Dr Azyati aka Kak G apa yang berlaku. Kak G nak sedapkan hati ummi dia cakap, biasalah anak-anak sementara nak besar, macam2 kecederaan boleh berlaku. Then dia suh observe tgk khadijah minum susu ok tak, ada muntah ke tak. Kepala ada bengkak ke, lekuk ke. Tengok samada khadijah aktif ke tak, ke asyik tidur je ke.
Dari observation ummi tak sampai 24 hours ni, khadijah minum susu ok, banyak sepanjang dalam kete sampai ummi rasa exhausted kelaparan, aktif juga tapi dalam kete nak aktif macamne sgt lah kan. Bunyi2 mulut, senyum mcm biasa. Takde muntah. Takde lekuk instead of calar tu je kat kepala. Tidur pun ok, takde meragam nangis2 ke, tak demam pun. Oh Ya Allah, moga anak ku itu jauh dari segala kemudaratan.
Ummi dah suh juga kakak yg jaga mereka tu observe keadaan khadijah hari ni.

Memang pengajaran sungguh lah bagi ummi. Dan untuk ibu2 lain juga, janganlah biar anak tidur atas katil sorang2.


Thursday, December 11, 2008

Wajah-wajah Ceria - 2

Ummi tengah rajin upload gambar ni since kat umah, tak busy sangat.



Ini aisyah bila disuruh posing senyum. Kelakar pun ada tengok dia. Nasib baik gigi putih comel jer.. Dan very sweet dgn baju kurung kaler pink roses tu..













Ini pula aisyah, anas dgn tokki. Ini di tengahari raya haji pertama hari tu. Tokki dah siap dgn baju basahan dia nak kemas umah untuk kenduri aqiqah esok nya. Psl kenduri tu insyaAllah nnt ummi update kemudian k.







Khadijah yang aktif ceria sebelum majlis cukur rambut dia..

K lah yea, ummi ni ala-ala tak sedar diri barang semua tak siap pack lagi sedangkan jap lagi nak balik Serdang dah..huhu..
So doakan kami selamat dalam perjalanan.

Wednesday, December 10, 2008

wajah-wajah ceria - 1

Khadijah selepas bangun tidur. Sedar-sedar ummi tengok kain alas tidur dah duk atas kepala dia.. Khadijah dah besar, maybe dah 5kg plus. Mungkin bunyi macam ringan je kan tapi yang penting development lain dia ok. Badan dah tegak, tulang dah keras, dah pandai senyum dan gelak. Juga dah tahu cari bila ada orang panggil nama dia. Dalam proses nak meniarap sendiri..

Ini pula gambar aisyah yang cuba nak senyum. Bila ummi cakap kakak senyum lah, ummi nak ambil gambar. Ini lah hasilnya..

3 stooges. Mereka sepupu. Dari kiri Ammar (1thn8bulan), aisyah (2thn) dan anas (2thn4bulan). Mereka cuma beza 4bulan antaranya. Tapi anas dgn aisyah akan masuk sekolah sekali. Punya lah susah nak snap gambar bertiga ni, tengoklah tu, ummi nak ambil gambar, diaorg semua tengok mak mereka..

Dan lihat lah wajah ceria saya ni.. makin aktif, makin bijak. Moga anak ummi ini terus membesar dgn sihat dan cergas. Moga jadi inspirasi mummy fahry, yang insyaAllah fahry juga suatu hari nnt akan membesar seperti khadijah. InsyaAllah...

Monday, December 8, 2008

aqiqah

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua..
InsyaAllah raya haji tahun ni abah dan ummi buat aqiqah untuk aisyah & khadijah.
Skrg ni family members dah pergi tengok nak sembelih lembu dgn kambing.
Kenduri tengahari esok.
Aisyah dgn khadijah tgh lena tidur siang, tu sebab ummi sempat blogging lagi ni.. hihi..

Btw, last night ummi sempat text msg dgn mummylyna, ibu fahry the miracle boy.
Alhamdulillah she's getting stronger for her baby.
And fahry also is doing good right now, moga mereka tabah menghadapi segalan ujian ini.
Ingatlah hanya orang-orang yang sabar akan beroleh keberuntungan.

Ummi will be here in trg until thursday.
I wish i could stay longer but there are few things need to be settled this weekend in Serdang.
And ummi has to work on friday, eventhough my leave has been approved.
We've a visiting scientist coming over to our institute.

Mm..moga semuanya mendapat rahmat kasih sayang Allah..

Sunday, December 7, 2008

a shocking news for me

I am back home again.
Safely reached here yesterday at 8.15am.
Took a rest for few hours, then at 11.00am, we headed to Kelantan, to attend my husband's cousin wedding. It was raining heavily. Aisyah just got flu and cough. Khadijah also seems to have it soon, she's also a bit cranky, i bet that she's too tired with the long journey and couldnt sleep properly on her mattress.

To my suprise this morning, i read at mommylyna's blog that she has just delivered her premature baby boy safely yesterday too. Weighed 1.2kg. Yes, the boy named Fahry is a strong and healthy boy. He's a special baby. Please pray that he's getting better each day and his mummy could supply enough breastmilk for him.

I was so touched lately if i've heard somebody gave birth to prem baby, since i've been in that 'shoes' and i can feel how hard it is.

Thursday, December 4, 2008

Sukar

Sukar sebenarnya mendidik hati menjadi pemurah. Pemurah dalam segala segi, baik senyuman, baik wang ringgit, baik masa, pemurah dalam tutur kata dan budi dan segala macam lagi. Sukar kerana kita sering kali lupa nikmat yang Dia beri pada kita hari ini adalah sekadar pinjaman dan bila-bila masa boleh ditarik balik. Ya sukar.

Sukar juga untuk seringkali menilai sesuatu bukan dari satu sudut sahaja tapi melihat dari kepelbagaian ruang, arah dan masa. Kepelbagaian itu adalah indah kerana jika hanya tahu menikmati warna biru sahaja, kita hilang nikmat dan rasa melihat warna merah, hijau yang tenang, kuning yang memikat dan putih yang suci itu. Hidup akan jadi satu episod sepi dan sunyi.
Itu dari sudut warna. Analogi sahaja.
Tapi berbalik kepada seringkali kita jadi lupa untuk menyelami hati dan masalah orang lain. Meletakkan diri di tempat orang yang jadi 'lawan' kita adalah perlu.
Juga meletakkan diri serendah staf bawahan andai kita seorang pegawai juga wajar.
Setiap orang pasti ada masalah, konflik dan beban tersendiri.
Meringankan beban orang lain adalah satu tuntutan agama.
Justeru, perlu sangat cermat dan indah budi bahasa dalam santun percakapan dan perilaku diri.
Hormati lah mereka selayaknya agar diri kita juga dihormati orang lain.

Mengambil masa biar sejenak untuk merenung, mengoreksi diri adalah langkah paling bijak.
Biar kita tidak dipandang asal Tuhan tahu niat dan tujuan kita.
Biar diri ketinggalan tapi tak pernah kurang dari sudut Dia.
Biar miskin harta tapi kaya di sisi Tuhan.
Biar diri merasa susah kerana sesungguhnya nikmat susah itu menginsafkan, mengingatkan diri keEsaan Tuhan.
Biarlah hanya Tuhan di hati
Biarlah hidup ini hanya untuk Dia.
Segalanya sementara cuma. Menunggu masa untuk dijemput pulang,
tapi seringkali diri lupa tentang itu!

Namun, rahmat kasih sayang Allah itu maha luas tiada sempadan....

Wednesday, December 3, 2008

Seminar

3 & 4 Disember 2008:
Penganjuran Seminar Etnomatematik Asia Tenggara 2008.
Alhamdulillah majlis berjalan baik setakat ini, walaupun ada beberapa kekurangan kecil. Well, nobody is perfect, rite? Participants ada 40 org lebih.


Friday, November 28, 2008

Summary

Dalam tak menang tangan menyusun jadual utk sepanjang miggu ni, seperti saya mentioned dlm entry lepas, banyak juga perkara yg sungguh terkesan di hati saya. Rupanya kesibukan ini juga membuatkan akal kita jadi semakin aktif berfikir, membuatkan diri makin kuat dan cekal. Ummi bersyukur walaupun mungkin pertolongan tak seberapa, ummi masih mampu uruskan ayah ngah@tok abah sepanjang dia di sini. Juga dapat menjalankan tuntutan dan tanggungjawab diberikan dengan baik. Btw, production susu juga mantain, yang ni memang ummi pun tak sangka, dalam kelam kabut itu, ummi managed pump susu mcm biasa, adalah hari yang skip jadual tapi mesti pump juga di waktu lain. Utk updates, setiap kali ummi perah dapat lah dlm 5-6oz. Alhamdulillah lah. Ummi paste kan gmbr stok susu shingga minggu lepas. Stok bulan 8 dah habis, skrg tgh nak habis kan yg bulan 9 sebab akan expired pd bulan depan.


Allah sentiasa bersama dgn orang2 yang sabar, yang sentiasa mengingatiNya kala senang dan susah.
Dia permudahkan urusan ummi untuk menguruskan dua anak kecil itu sendirian sepanjang minggu ini dan semuanya berjalan dengan baik. Adik pun macam faham2 je, lepas mandikan dia maghrib tu, dia akan minum susu dan tidur. Jadi sempatlah ummi mandi dan solat dgn tenang. Aisyah pun not bad, ok juga, cuma ada lah waktu-waktu dia moody, dia mengamuk juga tapi masih ummi terima dgn akal waras ini. Abah hampir tiap2 hari dalam minggu ni blk kul 3am. Sempat jumpa anak-anak sekejap je di waktu pagi. Takpelah, ummi pun kena cuba memahami tugas abah. Projek ni pun penting utk prospek keje dia akan datang.

Moga-moga kita sentiasa hadapi hari mendatang dengan tenang dan sentiasa bersangka baik dengan Tuhan. Seringkali terdengar ayat ini dibualkan akhir-akhir ini 'Tuhan sedang 'berbicara' dengan kita'. Ya memang benar.

Sekian.

Reports for this week - part last

on wednesday:
ummi free sket. Siapkan report wajaran utk hari kualiti. Settlekan juga kerja-kerja tertangguh disebabkan oleh audit hari sebelumnya. Ada lagi part audit tak siap, so kena sambung buat lagi. Abah cakap mungkin dapat balik awal. Ummi sukalah kan tapi rupanya abah cakap dia balik awal tapi malam nanti kena pergi ofis semula, ada meeting kul 10.30pm. Ada ke mereka ni baut meting waktu tu?mm..ummi pun tak faham lah.. Hajat petang tu nak ajak abah dan anak2 pergi jumpa tok abah, tapi tak dapat sebab tok abah ikut kwan dia keluar berjalan. Pergi mid valley katanya..Huhu jauh tu, kalau tanya pendapat ummi, pergi alamanda pun dh cukup ok..

thursday:
Tgh ummi sibuk menghadap pc mcm biasa, dlm area kul 10am, tok abah call cakap dia dh habis exam, nak gerak balik dah. Nk jumpa sekejap.So ummi pun tinggalkan lah kerja pergi lah jumpa tok abah. Then off they went back heading to trg.
Ada mesyuarat.
Oh ya, my second boss takde skrg, outstation ke Italy. Tup tup petang tu dia sms.
1st sms. 'Salam. We are ok. On the way nak g disneyland. ..............how's preparation 4 sem etno and workshop going? Risau ni .....'
My reply. 'Dont worry Dr. Kita proceed bt seminar tu but tempat dh tukar. Tgh compile their paperworks. For workshop, Prof dr noor azlan agreed utk jd speaker. Prof adrian tgh work on his notes. Skrg tgh riot kat bangkok, not sure samada prof adrian nak pergi sana tak.'
2nd sms. 'Thanx 4 the updates and getting things going. Alhamdulillah semua seems good. Ada nak pesan apa tak? .....'.
My reply. 'Ok Dr. Tak tahu nak pesan apa on particular tapi tgh eyeing on baby sling. Kalau terjumpa kat sana, Dr tlg belikan. ........'

Pastu ummi rasa mcm tak patut je ummi pesan macam tu, jadi ummi cancel lah balik dgn sms 'Dr, abaikan je lah permintaan saya tadi. Menyusahkan Dr saja.' (huhu ada ke patut ummi ni,kn. Tu lah reply sms tanpa fikir panjang. Segan pula dkt boss..)

Ummi keluar ofis dlm kul 6pm. Tgk langit sangat gelap, laju lah sket bawak kete dgn harapan sempatlah nak angkut anak-anak sblm hujan turun, gaya mcm nak lebat je tu. Sekali tak sempat sampai pun, hujan turun dgn lebat. Ummi kira terperangkap lah kat umah pengasuh tu sbb hujan lebat sngt, takkan lah nak redah angkut diaorg tgh hujan kn. Akhirnya bila dah reda sket, ummi angkut juga mereka sebab dh maghrib.

Friday:
Pagi pagi lagi ada discussion regarding audit. Huhu tapi ummi masuk lambat sket sbb rush pergi hosp serdang dulu amik ubat khadijah. Ubat ni Ferric ammon citrate kena amik every 2 weeks sbb cepat expired. Biasa tunggu ubat ni ready, lama juga. Jd, ummi pun berjalan-jalan ke sekitar hosp tu dan nampaklah ada gerai2/ booth jualan. Mcm2 ada like books, telekung, baju, tudung, brooch etc. Ummi sempat beli 4 buku + 1cd utk aisyah cost rm25. Then beli tudung ala-ala munawwarah satu utk ummi - rm14 + 2 naskhah mjlh anis yg bulan jun&sept kot dgn harga rm4. pastu ummi back to kaunter ubat, ubat dah ready.

Hari ni sort of relax sket lah sbb byk keje settled. Institut ada organize sem etnomatematik asia tenggara 2008 next week on 3&4 dis. Buat kat upm juga. So dijemput juga datang sapa berminat k.

Reports for this week- part 1

Rasa lama sungguh tak memblog ni, disebabkan kesibukan itu dan akhirnya hari ini macam release lah sbb last day of the week kan. Namun, walaupun tak sempat menulis, sempat juga jengah blog rakan2 tanpa komen ya..(maaf kekadang tak sempat nak follow sbb you all laju je buat entry baru.. huhu).

Despite all the bz moments at work and home, lots of things also happened within this week and i managed to settle them out. Alhamdulillah semuanya dgn ihsan dan pertolongan Dia yang Maha Penyayang. And ummi nak jote down few things happened this week yg ummi rasa sangat significant utk diri ummi, abah and the rest of the family, friends and sesape berkaitan lah kan..

We start with on monday:
Ummi ada audit kendiri kat ofis, dua hari ok. Kena jadi juruaudit dalaman. Memang entah apa-apa je kami ni sbb semua newcomer dlm bidang ni. Really zero, last week punya one day seminar tak mampu nak provide and cover all parts of the modul. Maka, jadi lah kami juruaudit ala-ala buat-ikut-suka-hati-sendiri lah kan.. Tp, based on terms and conditions lah, cuma part klausa tu tak larat nak baca ok. Kami dah buat sehabis preofesional lah rasanya walaupun dalam keadaan separuh informal. Apapun, sesi dua hari itu tak berakhir di situ, tapi baru je habis sebentar td dalam perbincangan dgn Timb Pengarah. Itu baru audit kendiri..
Satu hari duk mengadap tu je, kami berhenti sbb solat, mkn, then sambung balik sampai ke ptg(tp ummi sempat pump susu 2x juga mcm biasa k).

Tuesday:
Sambung balik sesi semalam. Oh ya ummi ada interview. Tak prepare apapun, sijil pun baru sahkan pagi tu. Risau gak sebenarnya tp buat2 tak risau sgt, sbb kalau fikir kan sangat nnt, sakit kepala pula. Jadi calon terakhir. Nervous gak masa mula2 masuk bilik Lembaga tu, tapi Alhamdulillah rasanya berjaya menjawab soalan dgn baik dan penuh confidence (erkk tapi tak tahu lah kalau ummi je yg rasa over-confident sedangkan interviewer tu rasa ummi tak layak..haha..). Jadi, kita tunggu dan lihat je lah keputusannya nanti k. Cuma ummi memang tawakal je lah kan. Kalau benar rezeki ummi dgn post itu, maka adalah tu tapi seandainya tak dapat, ummi yakin Allah pasti janjikan yg lebih baik dari ini.

Balik dr interview, dah tengahari, terus pergi lunch provided masa audit tu. Tgh makan, mak mertua called tanya interview macamne. Ummi cakap lah alhamdulillah macam ok tp tak tahu lah kan. Mak cakap, 'takpe lah, insyaAllah moga2 dapat tu. Mak dgn abah doakan kat mirah moga2 dapat, mak dah suh abah doakan juga td ni..' Mmm terharu tau dengar mak cakap mcm tu.. Terima kasih makabah atas doa itu. Pagi sebelum pergi keje ummi call mak ummi (nenek aisyah& khadijah),suh mak abah doakan juga. Mak cakap dh buat solat hajat tak? Ummi jawab lah dah. Ha pastu nenek cakap, dah usaha, tawakal lah pula..

Lepas tu, baru ummi teringat yg tok abah(bapa sedara ummi) nak dtg sini sbb ada exam PTK kat sini. Dia suh carika tempat menginap. Ha sudah. Ummi mmg ingat dia ada called last week suh tengok2 kan tempat menginap tapi ummi tak sangka memang dia harapkan pertolongan ummi. Ingatkan dia dan kawan2 ada alternatif lain. Kalau tok abah dtg sorang, blh je dtg tidur kat umah, ni 4 org. Mana lah selesa nak stay dua malam kat umah kecik kami tu.. Alkisahnya, ummi minta tlg staf carikan no contact. Pilihan pertama, rumah tamu dah penuh. Pilihan kedua, kena cari kolej. Kira last minit sungguh lah ni, dalam dok berkejar dgn audit, wajaran hari kualiti etc, ummi terpaksa larikan diri sekejap ke kolej utk urusan penginapan tersebut.

Alhamdulillah dapat lah bilik tp ummi mcm tak puas hati sbb imagine lah kolej mcamne kan, bukan selesa mcm kat hotel tp ummi memang dah takde idea, takde masa, takde kudrat nak cari tempat lain. Masa tu kul 4.40 pm. Ummi kembali ke ofis kul 5.00pm, sambung balik audit. Tok abah cakap myb sampai area kul 7/8 mlm. Ummi solat, tak sempat pump susu then dlm kul 6.15pm pergi nak amik anak-anak. Dalam pada tu, ummi confuse + blur + tak larat nak fikir dah sbb rasa terlalu tepu dgn mcm2 hal td bila sampai umah pengasuh tu. Ummi tak dapat nak berfikir dgn baik dalam nak buat keputusan macamne nak uruskan anak-anak ni sedangkan jap lagi nak kena keluar semula ambil tok abah dan tunjukkan tempat tinggal mereka. Tengah hujan juga tu. Akhirnya daengan berat hati, ummi discuss dgn kakak pengasuh, then dia setuju ummi tinggalkan dulu khadijah, bawa balik aisyah je. Then lepas dah settle hal tok abah, baru ambil adik semula. Ye lah, imagine mcamne ummi nak manage two kids tu dlm duk ke hulu-hilir nak uruskan tok abah nnt.

Abah memang tak boleh balik awal. Ummi memang kena bergerak solo hari tu. Balik umah, mandikan aisyah, then tok abah called ckp dah sampai. Ummi suh tok abah tunggu sbb ummi nak solat maghrib dulu. Lpas tu, dlm 7.30pm ummi keluarlah berdua dgn aisyah. Takut dan risau pun ada, bukan apa dah lama tak drive malam, biasa mesti dgn abah je kemana kita pergi. Tgh hujan renyai2 lak tu, ummi tawakal je lah. Perut lapar sbb tak makan lagi, ummi sempat capai roti atas meja sambil makan masa drive. Mujur aisyah behaved. Dah jumpa tok abah, ummi guide mereka masuk kolej. Bilik mereka tingkat3. Nak dijadikan cerita, aisyah taknak org lain dukung dia, jadi mengah lah ummi panjat turun tangga tu. Huhu mujur lah ummi larat lagi..
Dah settle situ, guide mereka nak pergi mkn pula. Ummi tunjukkan kedai makan yg mudah mereka nak pergi dan balik semula. Ye lah malam kan, takut sesat ke apa pula nnt.

Ummi ambil adik dalam kul 9 pm lbih.. Sampai umah, mujur adik duk diam, ummi sempat lah mkn dgn kakak. Lauk dan nasi dapat dari lebihan makanan di ofis, banyak sangat tak habis. Jadi semua pakat bungkus bawa balik sket sorang. Ummi pun join lah kan. kalau tak, kena lah pergi kedai beli ataupun masak. sempat pump susu since adik duk diam je. Pastu bawa mereka naik atas, aisyah senang je tidur. Tetiba adik pula meragam. Ummi tak perasan kul berapa ummi tidur. Abah balik pun tak sedar. Bangun balik dalam kul 4am lbih. Rupanya abah balik kul 3am lebih.

to be continue..

Saturday, November 22, 2008

anda sibuk?

Memang akhir2 ini, kami husband & wife boleh lah considered sedang melalui fasa kerja yang amat sibuk. My other half tiap2 hari balik kul 10 pm whish was not ever happened before. And me myself always fetched my dear daughters at 6.30pm. Before 5.30pm je k. Pity them, pity also the bbsitter, eventhough she said it's ok if i have lots of works and have to fetch the kids late, she understood but can we take that for granted?? Uh no no..as a good employer, kena lah ada timbang rasa juga kan.

Last night, i didnt realize at what time dear hubby back home, awaken at 3am something as khadijah asked for her milk, then i just realized oh he came back already, sleep soundlessly. And this morning when i asked him, at what time he came back last night since i didnt wake up (usually i will wake up if he opens the door). He replied at 12 am something. What?? padanlah ummi tak sedar langsung.. Apa nak jadi ni kan? Maybe other peoples cakap biasa lah balik lambat tu, tapi bagi saya, bagi kami yang tak biasa ni, jadi macam pelik dan rasanya sedang missing something. Few days ago pun masa my mom called, then she asked my hubby ada ke. Saya jawab takde, belum balik lagi, biasa kul 10 mlm balik. My mom replied, kerja apa korang ni sampai balik lambat sangat?huhu.. sbb apa my mom pelik, sebab dlm family kami, semua kerja dgn government which is jad kerja 8am-5pm only. Jarang sangat ada extra work.

Bila duk pikir balik, balik lambat ni kesian kat anak-anak. Dah lah kelam kabut juga petang2 tu nak mandikan anak-anak, siapkan dinner, tu pun makan ala kadar je. Kekadang beli, kekadang masak juga simple2, kalau tak de nasi, kesian pula kat aisyah. Dia kn dah besar, mlm mesti dia mkn nasi walaupun sdikit, jadi kena lah juga masak. Kalau asyik beli je pun rasa mcm tak sihat sangat menu nya. Pastu kelam kabut nak solat maghrib lagi. Adik nangis, kakak pun ada juga waktu waktu nak itu nak ini. Tp dah masuk 3 minggu ni, ummi jadi dah biasa. Suara adik nangis pun dah tak merimaskan dah. Kakak pun improved, tak sepanjang masa nak nak tantrum je. Kekadang dia ajak baca buku tp ummi sibuk nak masak, sibuk dgn adik nak minum, nak tidur, sampai kan aisyah pun dah ingat dialog ummi. Kalau dia nak apa2, mesti ummi jawab, 'kakak, sekejap yea, ummi buat ni dulu..' Tak elok kalau kita selalu suruh dia tunggu bila dia nak kan sesuatu sebab ia akan buatkan dia rasa dia tak penting. I know that dear, tapi ketahui lah ummi memang sedaya upaya wants to meet your requirement cuma keadaan tak mengizinkan. Ada tu aisyah akan cakap 'ummi, nak baca (sambil pegang buku dia), ummi sit down'. Ummi pulak masa tu tgh tidurkan adik. Mana mulut nak nyanyikan zikir utk adik lagi, nak baca kan buku kat dia lagi.. Last ummi cakap ''ok, kakak read, ummi dengar..' Tp dia akan kept saying 'ummi, ni apa? ummi ni car, ummi ni lori bomba, ummi bla bla..'.
Sometimes, i just missed the moment bila boleh duduk baring sama dgn dia baca buku dgn tenang. She's very good at memorizing the pictures she has seen. (Buku peter&jane dah lama tak baca sebab tertinggal kat umah parents in law, tak dapat lah nak capai target aisyah dapat baca sebelum dia cukup 2thn next month).
Sebenarnya itu lah points di mana ummi nak cakap yg kesian kat anak-anak bila parents balik kerja lambat. They need our attention. Kalau balik dah penat, dgn tension lagi, suara pun cepat je nak tinggi, tangan pun kekadang laju je nak pukul ke nak cubit ke kan. Tapi, sekarang ni mmg ummi sedang sedaya upaya banyakkan sabar dan kurangkan marahkan kakak. Kekadang ummi marah juga kat kakak kalau kakak sangat tak behave. Cuma akhir akhir ni, ummi banyak diam. Kalau kakak sepahkan nasi, ummi lap je lah, kalau kakak tumpahkan air, ummi lap juga. Kalau kakak koyakkan buku, ummi ambil je lah bawak lari buku tu. Ummi tak nak ajar anak2 ummi garang2 sangat walaupun sometimes kena juga bertegas dgn mereka kan.

Hari ni, kami both kena kerja. Tapi ummi tak stay sampai ptg, insyaAllah tghri ni nak balik umah awal, then ada kena settlekan bberapa perkara sblm ambil mereka pulang. Pagi tadi, ummi tersentuh hati bila tgk aisyah amik buku dia dan cakap 'abah, kakak nak baca buku..' Mereka baca buku sama-sama sambil baring and i could see the very happy face of aisyah. She kept asking, 'abah,apa ni? abah, mana?' sambil ketawa bersama..

Mm..bila lah kesibukan ini akan reda? Abah cakap dateline kerja dia tgh buat skrg ni, selasa ni. Hopefully selepas selasa ni abah dapat balik awal mcm dulu. Lagipun bukan blh claim ke OT ke apa kalau balik lambat pun. Huhu..
Ummi pun akan cuba balik awal, settlekan kerja awal. Kena less blogging, bloghopping, surfing etc.. Kena siapkan kerja dulu baru boleh buat benda sampingan lain.
Juga kena banyak doa, kena byk buat amalan sunat, kena banyak baca al quran moga moga hati jadi tenang walaupun dilanda seribu masalah. Moga moga Allah beri jalan keluar di sebalik segala kesulitan ini.

Tuesday, November 18, 2008

Tanggungjawab

Minggu yang sungguh sibuk. Bukan minggu ni sahaja, akan berlarutan sampai pertengahan Disember 2008. Huh boleh pengsan kalau fikir banyak2 ni...
Apapun, turn back to Him. Pastikan niat betul, bila kita niat kan ianya utk Allah, insyaAllah ia akan jadi ibadat dan akan ada pahala di setiap kebaikan yang akan diperolehi. Ini pun kira jihad juga. Jihad kita mempromosikan penyelidikan dari kalangan orang muslim untuk perhatian dan tontonan masyarakat luar..
Hmm.. besar tanggungjawab kita semua ni duhai rakan pegawai sekalian...

Monday, November 17, 2008

terkenang saat ini( update)

erkk..tetiba ummi upload gambar ni.. aisyah umur 4 bulan plus.. tengoklah tangan dgn kaki dia berketak ketak tu.. Gambar ni masa pergi tgk ammar abdul rahman baru lahir. Ammar tu sepupu aisyah. Ummi agak tembam sbb masih lagi dalam tempoh bercuti panjang di umah nenek. Abah masa ni outstation di kelantan. Tapi hampir hari2 ulang alik umah nenek.

Ummi baru berpeluang nak update ni. Masa ummi lahirkan aisyah, ummi tgh sambung belajar. Bila aisyah lahir, kira terus balik kg lah. Lab work dah siap, kena draf thesis je. Kebetulan abah pula kena outstation di kelantan utk jgka masa yg belum tahu waktu tu.. So seronoklah ummi balik kg lama. Seronok juga sbb makan org urus, baby aisyah pun nenek mandikan. Ummi rehat je layan baby, pump susu, tgk tv cerita bawang putih bwang merah (waktu tu), kenal SI, baca buku. Itu je keje ummi seharihari sehingga aisyah umur 5bulan lbh baru kita balik Serdang semula. Tu pun sbb abah dah habis keje kt kelantan then, ummi ada interview. Sekali lepas interview, ummi dapat then terus start keje.

Huh rehat panjang selama lbh kurang 6bln lbih tu mmg menyebabkan SEKARANG ini bila adik khadijah meragam malam2, abah dgn ummi mcm haru biru juga lah kan. Yelah dulu masa aisyah dlm period masih lagi bangun malam, merengek bagai, nenek ada, tokki ada. Ummi pula tak keje jadi tak terasa penat dan tensen sgt. Sekarang ni rasakanlah kan abahummi.. Ala-ala pengalaman baru gitu. Huhu..

Apa ummi nak cerita td sebenarnya??mcm lost pula tiba-tiba...
Ummi cerita hal mcamne ummi kenal susuibu.com lah eh.. Masa mula2 aisyah lahir, mmg dapat susukan dia dlm satu jam pertama. Intention nak fully bf mmg takde, tak terfikirpun, even boleh kata takde persiapan pun cuma yg ada dalam fikiran,memang automatic ada anak, ada susu. Boleh gitu? Bila balik umah, aisyah mcm tak puas minum, mak suh bg susu fm. Walaupun mcm confuse nak bg ke tak, tp bagi juga lah. Bila sampai trg, breast engorged tp puting dah melecet, sakit tul.. Solutonnya perah pakai tangan, mula2 hnya dapat 1/2 oz. Pastu muncul di ingatan kata, mmm..not bad lah kan perah pakai tgn utk beginner dpt byk tu. So since that, perah dan perah hingga hasilnya dpt dlm 5-6oz and even lebih. Spanjang tempoh 6bulan tu mmg ummi perah pakai tangan je.

chop!kena stop dulu. Ada meting 2.30 jap lagi. Nnt ummi sambung kat entry lain k..

Thursday, November 13, 2008

Browny girl

Browny girl(tak tahu lah eja betul ke tak). Ummi teringat pasal browny girl ni sebab dulu masa sekolah rendah, ummi masuk tunas puteri. Masa sesi persatuan tu, ada cikgu cerita lah kisah browny girl ni. Ada sesapa ingat lagi tak?? Cikgu cerita browny girl ni suka tolong org, bila orang nyenyak tidur, dia datang tlg kemas umah, masak semua. Bila tuan umah bangun tengok umah dia bersih siap semua, dia heran. Bila check2, rupanya ada browny girl ni.. huhu..

Kenapa ummi boleh nak cerita pasal browny girl ni?? Sebabnya ummi rasa ummi mcm dah jadi browny girl, bila abah, anak2 dah tidur (ummi pun sempatlah tidur sekejap kan), ummi bangun dok setlekan kerja rumah like masuk kain dalam mesin basuh, lipat kain, gosok baju, basuh pump, kemas umah ada hari tu siap sapu sampah kul 3 pgi. Huhu org tua cakap tak elok sapu sampah malam2 hari, tp bila fikir logik, mcam takde pula mudaratnya, jadi ummi buat juga lah daripada sanggup dok pijak sampah ke pasir ke kan..

Setelah hampir 2 minggu rutin itu berjalan, akibatnya ummi rasa macam ala-ala nak demam pun ada. Ditambah dgn keje ofis yg sgt byk, tp mujur keje yg dateline smlm dah submit pd pengarah, tp jgn ingat blh goyang kaki yea, ptg ni ada mesyuarat, kena siapkan lagi report utk mesyuarat esok hari. Tapi ummi rajin nak update blog ni juga sekejap. Hihi..

Jadi, ada ke mummy lain yg buat keje browny mcm ummi ni? Untung lah mummy yg ada maid kan. Tapi, kami ni belum bercadang nak amik maid lagi wpun sebenarnya upah babysitter skrg sama je dgn kalau hire maid pun. Jadi, ummi kena sentiasa cergas utk jaga semua ahli keluarga ummi. Respek tul kat mak yg blh manage kami dgn baik. Ingat lagi, stp pagi mak sempat siapkan kami breakfast, settlekan adik2 lagi, tp kami ni bangun kul 5pg pun asyik kelam kabut juga nak siapkan anak2. Mujur juga abah byk membantu ummi settlekan separuh hal keperluan anak2 mcm tlg siapkan beg baju aisyah, basuh botol2 susu aisyah dgn khadijah, jemur kain, mandikan aisyah dll. Waktu abah buat semua tu, ummi tgh pump susu, kalau tak pun, tgh layan adik..

Kesimpulannya, buat lah keje dgn ikhlas. Sebab di setiap keringat seorang ibu yg mengalir utk anak2 dia tu, Allah dah janjikan syurga buatnya...

Monday, November 10, 2008

aisyah aisyah..

aisyah tetiba sahaja mengamuk pagi tadi. Biasanya stp pagi memang dia akan mandi dulu sebelum pergi umah pengasuh dia. Tapi pagi tadi memang the worst lah. Tak pernah dia sebelum ni mengamuk macamni sampai nangis sedu sedan gitu sebab tak nak mandi.
Ni kes dia tak puas tidur rasanya. Aisyah siap cakap 'tak nak mandi, nak tidur..' tapi abah dgn ummi pujuk2 lah suh mandi juga, lagipun pampers dia dah basah lenjun. Dia tak nak juga. Last sekali ummi paksa dia masuk bilik air cakap nak basuh kencing dia je. Tu pun dia menangis, siap tendang2 ummi lagi. Nasib baik tak jatuh kena lantai tadi. Dah lah dia berat 12kg, bila dilentuk-lentuk kan badan tu, lagi lah terasa beratnya.

Sambil nangis2 tu, ummi cakap ye lah tak payah mandi. Tapi lama gak lah nak boleh senyap, nak pakaikan pampers semula pun payah. Last sekali, sebab aisyah menangis bagai tak sedar diri, ummi sapu air kat muka dia sambil istighfar beberapa kali. lepas tu baru dia macam reda, elok baring kat tilam dia.. siap sedu sedan sampai lah abah angkat dia masuk dalam kete. Mujurlah lepas tu dah ok. Bila umi tanya aisyah nak naik car tak? Dia jawab ' nak naik car'. Ummi cakap lagi 'Kita pergi umah makcik k. Umah makcik ada apa?' Aisyah jawab 'ada tortoise'. Mm..tu kalau dah boleh jawab kira dah waras semula lah tu..

Adoi lah kakak..esok jangan buat lagi yea..
Bila pikir semula, kesian juga dekat dia, pagi2 dah kena bangun, mandi then angkut pergi umah makcik tu. Sebab biasa kalau hari cuti, memang dia tidur sampai kul 8 lbih lagi.. Tapi nak buat macamne, ummi dan abah kan keje.. Aisyah kan good girl..

Tapi memang satu perkara yg ummi perasan, aisyah ni kalau kat umah, dia mmg suka show her tantrum.. Macam2 hal lah, ummi pernah tanya dgn makcik yg jaga mereka tu, dia cakap aisyah ok je kat umah dia. Nak mandi senang, pakai pampers senang, tak kacau adik sangat, tidur ok pendek kata semua ok lah.. Tapi bila balik umah, dia mula lah macam2 hal.. nak itu, nak tgk ummi masak, nak buka peti ais dan lain lain lagi.. huhu..tercabar jga kesabaran ummi, tapi tu lah sentiasa cuba merasional kan diri dengan pikir she needs my attention... ummi pun selalu pesan kat abah, takpelah abah, jap lagi dia dah besar sket, dia pandai lah tu behave sendiri, sekarang ni dia belum tahu lagi, kecik lagi pun..

Aisyah masa dia umur 5-6 bulan rasanya, sangat tembam, geram tgk dia masa tu..

Apapun, ummi doakan yang terbaik untuk anak2 ummi...

Thursday, November 6, 2008

Redha dan hikmah

On the way datang ofis tadi, dengar radio IKIM, sesi ZnZ (ust Zamri dgn Pn? Zahrita?) bicara tentang persediaan nak pergi haji. Ada seorang caller ni (nama tak payah sebut kot) dia bagitau pengalaman dia yg supposed dia dapat pergi haji tahun 2005, sekali last minit tak dapat pergi sbb kuota penuh. Punya lah dia cakap dia frust dan rasa diri kekurangan.. Tapi akhirnya dia terima lah tak dapat pergi tu (redha) dan semasa waktu wukuf musim haji tahun tu juga, ibu nya telah pulang ke rahmatullah (hikmah). See..bagaimana cantiknya aturan Allah kn. Dia tak bagi sesuatu yg kita nak tp Dia berikan kita hikmah disebaliknya.. Kalau lah encik tadi tu pergi menunaikan haji, pasti dia tak berkesempatan berjumpa ibunya buat kali terakhir. Dan itu lah hikmah di sebaliknya..

Dan tika itu juga, ummi terkenang kan kisah adik. Tapi, ummi taknak cerita hal adik sebab ia memang telah menjadi catatan paling berharga buat ummi cuma ummi nak kita sama2 renungkan bahawa kekuasaan Allah itu meliputi segalanya. Kun fa ya kun. Kalau Dia kata jadi, maka jadi lah. Dalam proses menjadi seorang muslim yang sejati, mehnahnya pasti banyak, jalannya pasti berliku2. Kita juga pejuang, kita juga pendakwah walaupun kita tidak secara directnya turun ke medan jihad/ turun mengajak orang kepada Islam. Kerana setiap kita membawa label Islam. Islam itu sejahtera. Islam itu cara hidup bukan boleh dipilih yang itu Islam dan yang ini bukan Islam. Dan setiap kita membawa contoh teladan untuk orang lain. Mengajak orang ke arah kebaikan dan menolak kemungkaran.

Kebergantungan diri pada Allah merupakan satu kunci mendapat pengampunan, kasih sayang dan rahmatNya. Betapa terasa jauhnya diri ini padaMu ya Allah.. Betapa kala susah sahaja aku berdoa sungguh2 padaMu, namun di kala senang, ku ketawa gembira dan lupa mengucapkan syukur padaMu. Ya Allah, moga Engkau tidak lalaikan dan jauhkan hati ini dariMu.. Kerana sesungguhnya aku pasti lemah dan tiada apa2 tanpaMu..

Terima kasih di atas nikmat iman, nikmat Islam, panjang umur dan murah rezeki yang Engkau kurniakan padaku, Ya Allah. Dan aku bersyukur padaMu kerana di atas dugaan yang Engkau timpakan pada kami, kerana aku dapat rasakan kasih sayang Mu kala itu.. Dan hadis sahih Bukhari(kalau tidak silap) ada menyebut; Allah berkata kepada malaikat 'Wahai malaikat, engkau timpakanlah kesusahan kepada hambaKu itu, kerana sesungguhnya aku rindu untuk mendengar rintihan mereka'... Oh Tuhan, kerdilnya diri ini. ampunkan lah segala dosa kami..

Gambar tiada kaitan dengan tajuk. Pemandangan pantai Santubong Julai 2006.

Tuesday, November 4, 2008

New books, new discovery..

Ingat lagi my previous posting last friday. Ummi cuti dan pergi melapangkan diri ke alamanda - pergi mph dgn carrefour je masuk kul11 pg, balik umah dalam kul 2ptg. Haha..alkisahnya takde lah ummi mengemas rumah seperti dirancang tapi sempat balik dan masak je. Btw, ummi nak share buku2 yang dibeli. Satu buku untuk ummi. Bagus buku ni, sort of parenting guideline utk teach anak2 playschool/ homeschool tehnique?! Dalam nya ada diberikan panduan yg sangat bagus, gambar yg sgt membantu dan very informative. Tp ummi tak mula ajarkan pada aisyah lagi. Tak sempat nak mulakan lagi.

Dan untuk aisyah, ummi belikan 2 buku ladybird. Pertama, buku key words with ladybird (kaler biru). aisyah dah pandai sebut dgn jelas banyak word dalam buku tu e.g. Peter, Jane, and, here, is, has, dog, the, a, toy, shop. Suka dengar dia sebut perkataan Peter dan Jane tu. Comel je..hihi.. Untuk makluman, buku ini sangat bagus untuk ajar anak-anak baca bahasa inggeris. It stated there yang repetitions (about 10 times utk satu word) dalam buku tu membolehkan kids boleh memorize dan baca dengan lancar. My nephew, muaz age 5 thn dah boleh baca siri tersebut dgn baik walaupun he might not understand each word but there are pictures yg boleh bantu kids lebih memahami. Oh ya tips nya ialah, kena tunjuk dan sebut satu2 perkataan tu pd anak dan biar anak ikut.

Dan satu lagi buku (kaler merah) ni siri read with me. kat dalam buku tu, ada gambar dan kita boleh duduk dengan anak dan explain what's behind the pictures. Ni pun satu cara kita ajar anak jadi lebih memerhati, fokus dan sooner anak akan dapat interprate sendiri apa dia nampak. Aisyah suka je kalau diajak membaca. Cuma ummi larat buat sekali sehari skrg ni, tu pun kekadang miss juga. Tak sempat lah... Tp, mmg nak ajar anak ni memerlukan disiplin tinggi, jadi ummi kena cekalkan hati lah ni..

Ok, here are some pictures for the books..

This book is for abah and ummi. Can't wait to start the session but couldnt find the suitable time yet..

And this is for aisyah. Hope to finish these two books before end of this year, on her 2nd birthday. Moga ummi lebih rajin lah nak melayan aisyah membaca.


Friday, October 31, 2008

ebm production dropped?

*update* tajuk telah ditukar kerana rasanya tidak berkaitan sgt dgn main content article.
Btw, mslh msh belum totally resolve. Production msh di takat sama, weekend lps tak de buat apa sgt pun, susah juga nak pump bila duk umah, senang bg direct je kn. Apapun, lets give myself 1-2weeks to see the result. Well, rome wasn't built in a day rite?..

Mm..ummi tengah risau tp buat2 tak tahu je ni... sebab??!! susu ummi mula berkurang. Ingatkan sementara je tp rupanya takde perubahan sejak beberapa hari ni. Tapi, mujur lah yang khadijah tak heavy feeder jadi cukup lagilah susu ummi, cuma tak buat stok beku. Masih dapat bagi aisyah sebotol sehari, stok beku pula hanya amik sebotol sehari je.


Tapi, ummi rasa kena rajin-rajin ni, disiplin pump susu semula. Bila fikirkan banyak faktor yang menyebabkan susu ummi dropped tetiba. Listnya adalah:
1. ummi tak konsisten pump susu semenjak balik dari cuti raya ni - hanya pump sekali waktu subuh, dan tghri kat ofis. Sesi petang selalu skip sbb kekadang busy, tgh meting, jadi dah tak pump (ke excuse jer?? - tp memang betul ummi busy sungguh skrg ni)
2. to make it worst, sabtu lepas ummi exhausted sbb muntah 2x keluar segala isi perut, akibatnya isnin baru ok, then perasan breast tak engorge mcm biasa dan susu mula sket. Ummi muntah sbb lambat makan, perut masuk angin.
3. Relax-relax je sbb fikir ebm dh banyak, tp sekali bila tiap kali pump hanya dapat half dari biasa, ummi dah mula kelam kabut ni.. (huhu padan muka ummi sbb take things for granted sgt..)
4. Ummi mmg dah lama tak mkn foods yg blh tambah susu. Organic soya tak minum lama dah, oat pun sama, halba segala bagai lah pendek kata semua tak disiplin makan.. - ni memang kena ketuk kepala lah. Sendiri mau ingat sebab mmg salah diri sendiri kan..

Oleh itu, ummi kena lakukan transformasi bermula hari ini juga sebelum terlambat. Ummi tulis entry ni juga sbb kwn lama ummi, auntie mimi azreen pun tanya ummi mcamne nak up kan blk production susu. So ummi nak share lah apa ummi biasa buat utk mantain susu sebelum ni (read:sebelum kejadian susu dropped ni k) untuk kepentingan bersama dan terutama untuk naikkan semangat ummi sendiri. What will ummi jote down nnt might not be effective to other people but, ini lah yg ummi intend nak buat lepas ni.

1. Kena minum banyak air. Ni true story ever lah kn. Masa mula2 adik balik dari hosp dulu, susu ummi hanya dapat dlm 3-5oz each tiap kali pump. Oh ya jadual pump pun sama hanya 3x sehari. Sebulan sebelum puasa, naik jadi 6-8oz per session. Mantain sampailah skrg jadi half semula. Eh ummi nak cakap tadi yg pd waktu tersebut, ummi memang bekal air kat sebelah tilam supaya tiap kali terjaga dari tidur, ummi akan minum air.
2. Kerapkan pumping session. Ni pun mmg proven lah, sape nak tingkatkan pengeluaran susu, kena kerapkan lagi sesi pam susu. Ummi tgh pk nak tambah 1/2 session, myb pd sebelah mlm sblm tidur dgn kat ofis buat 3x sessions. Mudah2an berjaya. Kita tgk nnt k..
3. Kena mula minum air rebusan halba. Pagi tadi ummi dah start semula. Bila lama tak minum, memang payah gak lah nak habiskan tapi bila fikirkan nak susu banyak, jadi telan saja lah..
4. Kena amalkan minum oat tiap2 pagi dan juga minum soya tiap2 hari. Soya, oat semua dah ready kat umah, tinggal malas nak bancuh je. Apalah ummi ni kan..
5. Kena makan kurma, kismis byk2. Ni pun sama, stok dah ada, malas nak ambil makan. Nak makan pun susah ke?? Ummi mmg tak makan byk, kekadang byk sgt benda nak buat sampai lupa makan.

Apa lagi ek.. rasa2 mmg itu je lah yg ummi buat sebelum ni. Mungkin nampak macam biasa je kan, tp itu lah hakikatnya. Cuma oh ya 6. Makan sayur banyak2. Ummi mmg suka masak sawi, kobis, kobis bunga, carrot, brocolli etc. Dan juga 7. Banyakkan doa. Inilah senjata utama kita. Ummi doa supaya Allah banyakkan susu ummi supaya anak2 ummi dapat khasiat terbaik dari susu tersebut. Ummi mohon agar Allah berikan ummi kekuatan, ketabahan dan disiplin yg tinggi semasa mengepam susu.

Ummi terfikir nak beli 8. Air longan. Ramai yang cakap boleh tambah susu. Dulu ummi dah pernah beli dan try rebus buat air. Cuma macam kurang best rasa nya tapi ingat nak try lagi lah kali ni. Dan juga 9. Kena cari masa utk rehat mencukupi. Ni memang betullah. Myb jd satu faktor juga susu ummi kurang sbb ummi rasa penat sgt, sungguh busy lately dgn keje ofis dan hal rumahtangganya. Ok take enough rest k. Rasanya itu sahajalah dulu misi ummi untuk waktu ini. Kita tengok progress nya dalam beberapa hari ni.

Btw, ummi cuti hari ini. Saja je cuti untuk melapangkan diri, hantar anak-anak pergi umah pengasuh mcm biasa. tapi skrg ummi kat ofis.. hihi ummi ni kan pekerja yg komited. Mesti nak datang juga sekejap. Tadi hantar report pd ketua lab. Mereka ada mesyuarat. Sekejap lagi ummi nak pg mph, nak cari buku utk aisyah, nak singgah carefour beli barang dan adalah beberapa perkara lagi nak buat. Nak kemas umah, nak masak.. hihi.. dah lah k.

p/s: kalau sesape ada cadangan utk saya tambahkan susu, sila lah bagi pendapat yea..thanx..

Friday, October 24, 2008

23/10/08 khadijah's check up

Minggu ini merupakan minggu yang sangat sibuk bagi ummi. Sekejap lagi, ada jamuan raya. Semua staf dah pergi, ummi baru je sampai ofis ni, baru balik dari hospital ambil ubat khadijah. Jadi, ummi decide nak pergi pukul 10 pg je, majlis start pukul 10.30pg. tapi baru terinagt yang ummi tak tahu tempat.. erkk..tadi mcam confident je tau.. alamak nak kena pergi cepat lah ni, tak pe sikit je nak tulis ni...

Semalam bawa khadijah pergi jumpa paed. Dapat pula dgn ketua jbtn paed hosp serdang. Lama juga lah discuss dgn dia. To cut short, alhamdulillah adik sihat sahaja instead of ada sedikit selsema (btw skrg kan musim hujan, mmg tak dapat nak elak lah..) Tapi doc ckp tak payah risau, biar je. Minta ubat pun dia tak bagi. Dia cakap biar baik sendiri. Berat adik skrg 4.43kg je? last month was 4kg.. huhu sedikit je naik.. tapi takpe lah doc cakap asal ada peningkatan ok lah tu.

Doc cakap continue breastfeeding sampai adik umur 8 bulan nnt (corrected age 6 months lah) baru start solid. Sekarang ni bagi je susu banyak2. Good for her. memang ummi plan nak bagi adik makan tunggu lagi 2 bulan. Biar adik dah besar sket. Skrg ni rasa kalau bagi makan, mesti adik tak minum susu lah. Dah lah minum pun tak banyak sgt. lagipun risau kalau perut ke, usus dia belum betul2 matured and not ready nak terima solid food/ plain water. So sesape yg ada suggest kan ummi campur fine cereal dlm susu ke, bg air masak ke, sorry! memang tak boleh k..

Apapun, adik kena continue makan ubat. Ada 4 jenis. Then, doc suh ummi makan nutritious foods, take supplements supaya breastmilk ummi lebih berkhasiat utk keperluan adik juga.

Ok tu je update. Have to go...
See ya next week je k. Hari ni myb amik half day, balik rawang.

Tuesday, October 21, 2008

takde tajuk khusus...

Lama tak update gambar aisyah dgn khadijah. Ummi try cari gmbr raya yg semua ada, tp tak de yg sesuai pula. Gmbr masa 1st day raya ada dalam kamera mak G (mak sedara diaorg), katanya belum transfer lagi. Jadi, layan je lah dulu gambar2 ni k.

Gambar masa raya hari tu. Tgk lah dahi saya kena gigit nyamuk..

haha anak sapa lah ni rambut panjang sampai masuk mata.. *update* sekarang dah potong rambut tapi mcm dah panjang semula (cepat tul rambut dia panjang)

ada iras tak rupa mereka?..

aisyah, khadijah dgn iqbal (sepupu ummi tu..)

aman rasa bila dua2 dah tidur. Ummi ingat boleh lah ummi bersantai baca buku sambil mkn biskut raya, sekali tak sampai setengah jam, khadijah dah bangun...huhu..

gambar bertudung ni scene masa aisyah nak ikut tokki dgn nenek pergi kedai sperti ummi ada cerita kt previous entry.. (tu tgh tunggu tepi pintu) :)

cepat lah nenek...

ni pula gambar aisyah dgn tokki..

Ok lah itu sahaja gambar yang ummi sempat upload. Nanti update gambar lagi k.. Sesekali enjoy the pics pulak k..

Monday, October 20, 2008

Kena tag

Kena tagged dari arnie and k ina. So amik lah masa yg ada ni utk menjawabnya..


1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
husband, anak-anak, makabah..eh pendek kata keluarga sedara mara semua lah..

2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?
beli top up celcom pagi semalam

3. Dimanakah tempat impian perkahwinan kamu?
takde impi tmpt lain sbb mmg tau kena buat kt umah makabah lah.

4. Berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan?
insyaAllah sehingga ke akhir hayat..

5. Adakah anda di lamun cinta?
yes..selamanya dgn hubby ku.

6. Dimanakah restoran terakhir kamu makan malam?
kat umah p ayob, pegi open house..

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
buku takde, majalah pa&ma dgn Rasa adalah. Boleh?hihikk..

8. Apakah nama penuh kamu?
Nur Sumirah

9. Kamu lebih senang dengan mak atau ayah?
dgn mak tp dgn abah ok juga..

10. Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
takde sapa-sapa kot..

11. Christina atau Britney?
dua-dua rasa tak berkaitan...

12. Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri?
sesetengah nya ya, selebihnya guna mesin k..

13. Tempat yang paling seronok kamu mahu pegi?
tak terpikir pulak skrg ni..

14. Pelukan atau ciuman?
dua2 lah..

15. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu.
Arnie? nice person, inspired by her courage nak bf anak dia.
k ina? yup inspired juga sbb wlupun ni ank ke4 (kan?) dia msh bersemangat nak bf anak dia.

16. 8 perkara yang amat saya gilai:
ntah lah..

17. 8 perkataan yang sering di ucapkan:
ok, alrite, tu antara nya kot..

18. 8 buah buku yang paling terbaru dibaca:
ayat-ayat cinta.. tu yg terakhir, sblm tu lupa pula tajuk apa..

19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali:
pasrah segalanya dari Dehearty

20. 8 perkara yang saya pelajari tahun lalu:
banyak.. tak dapat lah nak list sbb tak mampu nak recall skrg..

haha aci tak ummi jawab tag mcm tu? ummi nak cepat ni, ada keje kena siapkan.
Ummi bagi lah tag ni pula kat kawan2 blog yg sudi baca blog ummi ni k.
So selamat menjawab k.


Friday, October 17, 2008

Aisyah back to ebm

Alhamdulillah aisyah kembali minum susu ummi..
Ingat lagi dalam previous entry ummi ada cakap yg ummi akur bila aisyah taknak minum ebm dah sejak blk dr trg last weekend. Tp beberapa hari lepas, sambil2 ummi tgh sembang2 dgn abah. Ummi cakap lah yg aisyah dah tak nak minum tp jawapan abah yg menyebabkan ummi terkesima nih 'syg try lah bagi lagi susu syg kat aisyah tuh, kan dia belum 2thn lagi. Nanti menyesal tak sudah pulak..'. Erkk..tetiba ummi jadi bersemangat semula nak terus bagi susu kat aisyah. Memang pun sebelum ni mmg ummi niat sampai 2thn at least, nak bg ebm kat aisyah, tu pun kalau dia nak tp bila byk kali dia reject minggu lps, ummi jadi down pula. Ada tu tu smpai 5-6oz buang mcm tu je sbb dia dah minum pastu tetiba tak nak dah..
Tak sangka pula abah concern psl ni, walaupun kekadang abah buat tak tahu je.. (mentang2 lah susu ummi byk, pastu pam pun takde masalah, adik pun ok, abah nampak mcm relax, mantain cool je.. - tu ummi ingat abah tak kisah..hihikk..)

Dua tiga hari lepas pula, ummi try bagi dlm 2-3oz fresh ebm kat aisyah. Sekali habis dia minum sampai tak cukup. Reaksi dia pun macam takde apa, kalau sebelum ni, bila dia tak suka, dia tgk pada botol dia, pastu cakap pedas. (aikk pedas ke susu ummi?)
Jadi, moga-moga ummi lebih bersemangat nak teruskan bg aisyah susu ummi dan lebih kreatif provide ebm dalam pelbagai menu selain fresh ebm semata.


Thursday, October 16, 2008

what a day..

It was raining heavily last night starting from maghrib to isyak. Me and children were relaxing, my hubby was having his dinner (me not yet), then since khadijah seemed already falls asleep, my hubby stop eating and going upstairs to get the bed ready for the kids.
Tetiba, masa dia lalu depan tv kat umah kami ni (oh ya hujan dah berenti waktu tu k), dia terpijak air. Hubby tanya air apa? Saya pun bangun tgk, eh takkan aisyah kencing pulak, lagipun dia pakai pampers. Sekali nmpk air makin byk... Ya Allah, umah kita banjir bang..

To cut short, memang habis lah permaidani kami tu, yg lain tak teruk sangat sbb sempat angkat. The carpet is really heavy due to big size too, so kami terpaksa tanpa rela melihat je lah ia terapung. All in all, air naik lbih kurang paras buku lali jugak lah tapi mampu mengapungkan segala benda yang ada atas lantai rumah tu.. Kutinggalkan semua itu, bawak naik khadijah kat atas, tgh menangis, tak jadi tidur td. Aisyah pula kami letak kat atsa tangga, dia pun taknak duduk. jadi hubby dukung dia sambil alih kan kete. Jiran2 dah bising riuh kat luar.
Tidurkan khadijah, mujur cepat dia lelap. Mungkin sebab kesan ubat demam dia makan sebelum tu. Lupa nak inform, pagi semalam khadijah kena cucuk, tu badan dedar2 je. Pagi ni alhamdulillah nmpk dah sihat.

Dalam kul 10 mlm, hubby bwk masuk aisyah suh tidurkan. Lama gak lah nak tidurkan dia sampai ummi pun tidur sama. Kul 11 mlm bangun balik, tgk hubby dah basuh sekali lalu lantai kat bawah sbb takut kesan lumpur/ pasir tu tak hilang kalau biarkan je. Rasa perut sangat lapar,so i have my dinner at 11pm.
Utk menambahkan rasa letih, i got diarrhea pula hingga lah ke subuh tadi. Byk kali terjaga dari tidur dan ulang pg toilet.. penat tul rasa. Dah lah umah mcm tongkang pecah dah jadinya. Tp kami semua pg keje juga ni. We left dulu semua tu. Myb amik half day hari ni. I've reports to settle before noon today.

We moved to this rent house rite after our wedding mac 2006. Dulu once in april 2006 pernah sekali i experienced banjir juga tp air lebih tinggi dari kali ni, sampai paras lutut juga lah masa tu. And we thought it would never happen aagain since we've heard from somebody that the sistem perparitan has been improved tapi, bila jadi lagi mcm ni.. haru jugak lah. Rasa nak pindah sekarang juga.

K lah nanti continue k. nak siapkan report ni.

Monday, October 13, 2008

Back to the routine again..

At last, cuti panjang itu berakhir jua. Jadi, ummi keje macam biasa lah mulai hari ini. Banyak nak cerita ni, tp banyak juga benda nak buat. So, i will slowly take my time lah nak update cerita2 itu yea..
Pertamanya, khadijah dah 6 bulan. Mm..mmg dah besar anak ummi ni. Ramai yg cakap walaupun adik nampak kecik tp tulang dah kuat. Tak suka baring tapi suka kalau orang pegang, duduk kan dia ke. Gmbr nnt ummi letak k, tak upload lagi. Dan yg paling syukur sbb kerisauan ummi berkaitan adik tak nak minum susu thru botol dah berakhir. Syukur alhamdulillah. Nampaknya ummi yg kelam kabut sgt risau..hihi.. Ummi ada beli teat brand fiffy spt kwn ummi, cik mimi cadangkan masa kita kat umah nenek lagi hari tuh tp tak sempat nak try. Pg semalam baru ummi sempat try, and to my suprised, adik minum tanpa tumpah pun susu tu, habis gak dlm 1 oz. Syukur sgt.. Ummi tak kisah kalau adik tak habis kan pun, sbb adik mmg pattern minum sikit2 tp kerap.. Pastu semalam ummi dgn abah mmg plan nak keluar pergi cari kelambu adik utk bwk pg umah pengasuh sbb kelambu kakak pengasuh tu dah koyak, kesian pula khadijah kena gigit nyamuk nnt. Sekali ummi ckp kt abah jomlah kita pg sogo, ada warehouse sale. Pastu tgk ada jual botol breastflow the first year tu murah 50%. Abah pun setuju lah pg. Ummi plan pg sekejap je, jd ummi bawaklah kakak dgn adik sama. Tak bwak stroller pun.

Akibatnya mmg takde lah shopping sgt, mujur juga.. (kalau tak, melayang lagi duit abahummi..) ummi beli botol breastflow tu tp satu je, sbb takut tak sesuai dgn adik. Sekali bila try bagi adik, ok pula adik minum.. adushh menyesal pula tak beli lebih... mm mlm td abah offer nak pg sogo beli lagi botol tu, tp bila ummi pk balik, kesian pula kt abah nak keluar lagi, dah kul 8 msa tu.. ummi cakap takpe lah abah, kita beli tmpat lain lah, takpelah takde sale pun, asal anak dapat minum, berapa harga pun tak kisah.. Abah cakap ok. Abah ckp kalau hari ni dia sempat pg JJ, dia beli kan lah kalau ada.

Jadi, pagi td ummi bekal kan dua2 jenis botol tu, botol biasa dgn teat fiffy, then wide neck botol breastflow tu. Kalau tanya ummi, mmg prefer suh adik minum guna breastflow bottle sbb lbh kurang mcm breast teat dia tu, tp apapun ummi dah minta tolong kakak pengasuh tu tengok mana yg adik prefer lah.. Jap td pun ummi call tanya khabar adik dgn kakak, kakak pengasuh tu cakap adik ok. Dah minum susu tp tak habis (each bottle ada 40-50ml ebm), skrg dah tidur. Kakak aisyah pun ok. Senang hati ummi.. tghari nnt ummi akan balik pg tgk anak2 ummi, mungkin boleh tanya kakak pengasuh tu lebih detail... :) (big grin = relief)

Namun begitu, sejak beberapa hari lepas, aisyah pula dgn jayanya tak nak minum susu ummi lagi. Agaknya dia dh pandai differentiate rasa susu dia. Bagi yg fresh baru perah, siap suam2 lagi pun dia tak nak. Mmg kes kronik ni. Dan ummi akur, (cuma dok terpikir, apalah aku nak buat dgn susu dah perah ni? byk juga lah yg buang je susu tu hari tu) tp hari ni dah start balik dah rutin pam susu mcm biasa. Cuma peti ais tak sempat nak organize lagi. Ada 16 botol susu MLO ummi tinggalkan kt umah kakak pengasuh sblm raya hari tu, incase blackout umah masa cuti raya,since kakak tu tak balik kg. Kt umah hanya ada 3 botol dgn liner (tak pasti berapa byk) yg tunggang terbalik dlm peti tu..

Sepanjang dia bercuti kat umah nenek (umah mak ummi lah tu) dia mmg menunjukkan kematangannya, skill bercakap yang sgt bagus sampai ummi tak sangka anak ummi boleh buat ayat begitu. Utk makluman kawan2, aisyah mmg dah byk mulut since dia 1tahun 6 bulan, skrg 1tahun 10bulan. Dia dah pandai sembang dengan nenek tokki dia. Yelah sbb since selasa lepas, semua adik2 kakak ummi dah balik kampus, umah masing2. Yg tinggal tokki, nenek, ummi, aisyah dan khadijah. jadi, tokki dgn nenek memang layan je lah aisyah. Conversation yg plg ummi tak sangka:

1.
Aisyah: Nenek, g mana?
Nenek: Nak g kedai..
Aisyah: Nak ikut.. Jom..
Ummi: kalau nak ikut, kena pakai tudung dulu.
Aisyah: nak tudung, nak tudung (meluru masuk bilik cari tudung..)

2.
Ummi: Aisyah, tokki mana?
Aisyah: Tokki g surau, solat, semayang..

3.
Aisyah: Nak makan cat... nak makan fish
Ummi: Makan cat? fish?
rupanya dia nak bagi cat dgn ikan makan fillet.. tokki lah ajar dia bagi makan. Pastu tak nak berhenti lak tu.

4. ni incident kat kedai.
Aisyah dok dalam troli, ummi amik lah brg pegang. pastu dia minta, letak sini, letak sini. Oh rupanya dia suh letak brg tu dlm troli. Ni mesti hasil pengamatan..
nak beli selipar kt dia, since dia takde selipar, sandal adalah. Pastu takde corak yg utk budak perempuan. Yg ada gmbr superman. ummi duk sembang lah dgn tokki, cakap takde gmbr sesuai. Sekali aisyah boleh cakap. nak selipar superman...
aikk pndai pula dia sebut tu, akhirnya tokki pun beli jugak lah selipar superman tu..

Kalau suh bilang satu - sepuluh, one to ten mmg dia dah lju lah. ABC pun blh sket2 tp ummi tak konsisten ajar lagi. Yg dia selalu sebut.. A, B, I, J, K,L,M... C,D sampai H mana entah hilang..huhu..
pastu dulu msa dia kecik, ada beli kan dia board puzzle. Tp dia mcm tak pandai nak susun elok lagi. Dalam bln puasa hari tu, saja keluarkan blik mainan lama dia, sekali dia main puzzle tu dan berjaya susun sendiri dgn jayanya slps beberapa kali je ajar. Mmg betul org ckp development anak2 ni mengikut kpd kesediaan anak itu sendiri.
And i'm proud of you, aisyah dear. Instead of suka juga kacau ummi dgn adik, the worst thing, susah benar nak pakai pampers lps mandi..(huhu tu yg plg tension bg ummi, yg lain kira acceptable k..) tp you're such a good girl though. Mmg hakikat seorang kanak2 kan, mereka masih terus belajar.. dari pengamatan dan contoh terbaik adalah ibubapa sendiri. Yg penting jgn give up eventhough terpaksa ulang byk kali ajar sesuatu benda tu.., sbb hasilnya nnt sgt mengkagumkan. You will be suprised as i did..

Wednesday, October 8, 2008

Update Khadijah

Ummi hadapi dilema baru ni. Memandangkan ummi cuti pnjg kali ni, khadijah dgn jayanya telah menolak puting botol utk minum. Memang melekat je lah dengan ummi. Badan pun dah makin tembam, ummi suka lah kan tp part yg taknak minum thru botol tu merisaukan ummi. Macamane minggu depan kat umah makcik nnt. Kesian kat kakak tu nanti nak handle khadijah.

Everytime bg botol mesti dia nangis punya, kalau org lain bg pun sama. Last nya end up dgn bagi breast jugak. Uwaa..ummi dok pikir worst to worst mmg kul 10pg, 1 tghri nnt ummi kejar balik umak kakak tu nak bf khadijah je lah.. Mesti melalak lah anak dara tu..huhu.. Any idea kawan2 mcamne lagi nak buat? Ke ada puting botol yg sesuai boleh dicadangkan? So far, saya guna puting brand japlo sbb kecik. Dulu try avent dia taknak. Tp skrg tak try lagi. Tak bawak balik puting avent.
Alhamdulillah production susu memang ok lah since asyik direct je kan. Spanjang bercuti ni, hanya pump sekali je waktu pgi dapat lah 9oz, penuh botol avent tu, pastu dah berhenti pump. Rasanya kalau pump lagi ada lagi kot tp sebab malas...hihi..
Tu pun pump bagi aisyah minum since adik tak nak. Ada juga yg buang je. Kali ni tak buat stok beku sbb rasanya leceh nak travel balik nnt.Lagipun stok beku kat umah dah byk sgt. Adik pula yang taknak minum. Risau ni..risau ni..

Tuesday, October 7, 2008

Cerita hari raya

Mm..raya dah hampir seminggu berlalu. Ummi dan anak2 masih di Trg ni... Jgn jeles..ummi bercuti sampai jumaat ni.InsyaAllah sabtu ni kami balik KL semula. Byk benda berlaku raya kali ni, tp yg paling sykur sbb anak2 semua ok walaupun travel jauh kali ni. Raya di muar dan kota tinggi was fine. The foods that my MIL cooked was superb.Mmg suka lah mak masak. Sesekali ubah selera makan masakan sana mmg best jugak lah. Ummi makan tak ingat apa, mujur adik tak sakit perut..hihi..

Kakak dan adik pun behave well dalam kete msa on the way blk trg. Almost 10hrs journey gak. Smpi di Ktrg, jammed pula sblm smpi umah NekSu, adalah dekat sejam gak. Masa ni mmg kakak aisyah dah tak senang duduk.Terpaksalah ummi ulang baca 123,abc bagai shingga smpi umah.Ummi cakap lagi 10min kita sampai,so kakak pun diamlah. Lps 10min tak sampai2 jugak, kakak mula lah bising, pastu nak duk depan sama dgn ummi dgn adik. Mana boleh sayang.. Akhirnya sampai jugaklah kn...

Gmbr nnt lah ummi upload. Tak byk bergambar pun kali ni..tp adalah jugak sekeping dua gmbr family.

Friday, September 26, 2008

Salam Eidulfitri


Get Hari Raya Graphics Here

Salam aidilfitri buat kawan-kawan yang sudi membaca blog saya.
Esok awal pagi kami sekeluarga akan berangkat balik Muar dulu. Doakan perjalanan kami selamat. Dan didoakan juga buat kawan-kawan agar selamat sampai ke destinasi masing2, ingatlah orang yang tersayang.. :)

Wednesday, September 24, 2008

Dapat kad raya

thanx to mimi sbb bagi ummi kad raya nih.. :)
baru tringat yg tahun ni ummi tak sempat pun hntr kad raya kat kawan2 kecuali dua keping pd abahmak dan abahmak mertua. Apalah kan, dulu bukan main rajin. Tapi kesibukan yg amat sekarang ni memang kian merisaukan lah...

Apapun, moga masih berkesempatan memanfaatkan Ramadhan yang kian berlalu ini..
Jadi, ummi dedicate kan jugak kad raya ni utk semua pembaca blog ini. Moga kalian juga dalam rahmat Allah sentiasa...

haa..ni pula auntie mimi ckp kasi pd aisyah dan khadijah. Kalau betul kan best tu..hihi...


Nak komplen ni..

Mm..semalam khadijah demam lagi, pastu atas nasihat kawan yg pun ada ank prem ni, ummi pun decide nak bwk khadijah pergi kecemasan hosp serdang terus. Dlm on the way nk pergi, rasa mcm tak confident lak berdua je dgn baby, pk panas lagi, mana nak parking semua. Abah tak blh ikut sama. lalu ummi call auntie codda.. ajak dia teman kan kot2 dia free. kalau dia tak free, mmg ummi nekad je lah bawak khadijah. Mujur auntie codda free. So kami sampai hosp dlm kul 11.30 pg kot lbh kurang. Turun kan auntie codda dgn baby, pastu ummi pergi parking yg jauh dan panas itu.

Tunggu punya tunggu, kul 12.20tghri baru dapat nombor. Tunggu lagi, dan lagi dan lagi sampai kul 3.10 petang. Weih apa hal ni, ummi dah hilang sabar dah ni. STRESS sungguh dah waktu tu, dah lah ummi terpaksa skip kursus QMS yg wajib ummi pergi, ni duk menunggu mcm tak kesudahan. Last sekali ummi tanya staf tu, doc ada ke tak ni? Dia ckp ada, doc slow. Ada sorang je. Apa??? sorang je doc kt emergency unit ni? Mmm..memang ummi cakap kat auntie codda, jom lah kita balik. Ni dah kul 3. Tak solat zuhur lagi, dah lah asar awal. Akhirnya, ummi berlalu macam tu je. Dah lah kita ni bawak anak kecik, menangis lagi sbb tak selesa. Kena tunggu hampir 4 jam.. boleh bayang kan tak?

memang serik sungguh rasa. Memang stress lah smlm. Lepas hntr auntie codda balik, ummi bwk khadijah pg umah pengasuh, mnta tumpang solat kat umah dia, pastu angkut lagi khadijah bwk pg klinik private je. Tgh panas tu, tp ummi memang terpaksa gak refer khadijah semalam sbb takut hari ni dan esok2 lagi bz. Keje2 byk nak kena settle sblm cuti. (dah lah ummi cuti smpai 11hb dpan..). Sekali sampai klinik doc ckp badan dia panas, tp check suhu, tak demam. Boleh ke lagu tu? Ummi ckp lah demam dia on of dah 3 hari, kn. Pastu doc ckp takpe, observe dulu bbrapa hari ni mcamne. Continue je lah mkn ubat demam yg klnik krajaan bg tuh (ubat msa kena cucuk hari tuh)..

Alih-alih, dalam kul6 ptg mcm tu badan khadijah panas smula. Ummi bagi ubat sekali. Dalam kul2 pg ummi pegang badan adik, memang panas sgt. Ummi lap badan adik dgn towel basah. Then bagi ubat. Wah adik ni rupanya pyh juga nak makan ubat. Dulu ok mkn vitamin etc, skrg ni mmg menangis lah sampai keluar smula ubat tu.. Mujur adik still minum susu dgn banyak (ummi assume lah), jd takde lah dehydrated sbb badan panas, kencing pun byk. So, tak risau sgt. Pg td, alhamdulillah rasa badan adik dah tak panas. So tghri jap lagi ummi nak pergi tgk adik lagi..

harap2 adik dah sembuh sepenuhnya. Adik cepat2 lah baik sebab ummi risau kita nak berjalan jauh mnggu depan ni, kalau adik tak sihat, susah hati ummi ni..