Friday, October 17, 2008

Aisyah back to ebm

Alhamdulillah aisyah kembali minum susu ummi..
Ingat lagi dalam previous entry ummi ada cakap yg ummi akur bila aisyah taknak minum ebm dah sejak blk dr trg last weekend. Tp beberapa hari lepas, sambil2 ummi tgh sembang2 dgn abah. Ummi cakap lah yg aisyah dah tak nak minum tp jawapan abah yg menyebabkan ummi terkesima nih 'syg try lah bagi lagi susu syg kat aisyah tuh, kan dia belum 2thn lagi. Nanti menyesal tak sudah pulak..'. Erkk..tetiba ummi jadi bersemangat semula nak terus bagi susu kat aisyah. Memang pun sebelum ni mmg ummi niat sampai 2thn at least, nak bg ebm kat aisyah, tu pun kalau dia nak tp bila byk kali dia reject minggu lps, ummi jadi down pula. Ada tu tu smpai 5-6oz buang mcm tu je sbb dia dah minum pastu tetiba tak nak dah..
Tak sangka pula abah concern psl ni, walaupun kekadang abah buat tak tahu je.. (mentang2 lah susu ummi byk, pastu pam pun takde masalah, adik pun ok, abah nampak mcm relax, mantain cool je.. - tu ummi ingat abah tak kisah..hihikk..)

Dua tiga hari lepas pula, ummi try bagi dlm 2-3oz fresh ebm kat aisyah. Sekali habis dia minum sampai tak cukup. Reaksi dia pun macam takde apa, kalau sebelum ni, bila dia tak suka, dia tgk pada botol dia, pastu cakap pedas. (aikk pedas ke susu ummi?)
Jadi, moga-moga ummi lebih bersemangat nak teruskan bg aisyah susu ummi dan lebih kreatif provide ebm dalam pelbagai menu selain fresh ebm semata.


6 comments:

~Umi.Sufira~ said...

Untungnya Aisyah dapat merasa susuibu walaupun tak fully kan..teringat syauraku..kesian dia..by the way, hubby saya pon nampak macam tak kesah..yelah lelaki ni kengkonon cool..tapi kalu tengok stok EBM saya increase or decrease kekadang dia tanya gak..concern gak tu sebenarnya..ihik..

mirah said...

Rezeki aisyah agaknya.. tak sangka juga dapat bagi dia share susu adik dia.
A ah mmg betul lah org laki ni kan..
Tp, kekadang bagi lah sedikit tanda appreciation kat kita yg bertungkus lumus nak provide yg terbaik utk anak ni kan..
Tp, my hubby ok lah even dia tlg beli kan breastpump medela mini-e dulu tu.. kalau nak makan apapun asal nak tmbah susu, dia cuba lah cari kan.. hihi..
Tp, kalau nak dgr kata2 pujian, mmg lambat lah..

sayangibu said...

Salam mirah..emm...untungnya Aisyah...blom pernah lagi try bagi Aina EBM. cuma kadang2 mix kan balance EBM Ainin yg x habis minum dgn FM Aina. Kes syg nak buang laaa EBM yg x abih tu...maybe should try bagi Aina jugak kan. tp next mth Aina dah genap 2 thn...

mirah said...

sayangibu,

aina nak masuk 2thn dah eh.. Takpe, try je lah bg kalau dia nak. takpe, moga2 dia juga dapat khasiat dri ebm tu kan..

lia said...

Alhmdlh...
Aisyah dgr mirah n husband borak kot ;)

btw, husband lia pon kureng bab puji ni... tp tang mntk belikan apa2 yg boleh tmbh susuibu, insyaAllah cpt jer dpt...

mirah said...

hihi instinct anak dgn ibu lah kot kan. rasanya aisyah takde masa kami sembang tu.. tp kan skrg ni since dia dah faham byk perkataan in both language (BM&BI) terpaksa gak lah kekadang kami berdua kena speaking bg mngelakkan dia faham (cth nya mcm kalau kami plan nak buat apa2, like lpas ni nak mandi, then siap2 nak keluar- dia faham kalau ckp BM, nnt dia yg lebih2, kami tak sempat nak urus)..haha..