Showing posts with label clothdiapering. Show all posts
Showing posts with label clothdiapering. Show all posts

Friday, June 19, 2009

Stok

Lama kan saya tak update perkembangan penyusuan susuibu pada nak kecil saya itu kan, kalian. Tetiba saya terasa ingin berkongsi di sini. Untuk makluman, khadijah masih minum total sehari lebih kurang 12 - 15 oz sahaja. Tidak tahulah banyak ke sket dia consume tu, maka dengan itu, production susu umminya juga di kadar itu sahaja lah dengan 3 kali sesi pengepaman sahaja sehari. Ada orang kata production kita akn selari dengan pengambilan susu pada bayi kita, betul ke?
Ke ummi dia ni malas nak mengepam banyak kali? heheh.. betullah itu, ada juga sebab malas itu.

Biasanya, ummi bekalkan 1 botol (5oz) frozen ebm dan 2 botol (5oz) fresh ebm pada khadijah setiap hari. Jadi yang satu botol lagi tu buat stok beku, rotate dengan yang keluar tadi tu lah. Stok pun takde lah heaven sangat, adalah dalam 20 botol x 5 oz sahaja sekarang ini. Kalau kira-kira tak dapat pump susu, maka susu-susu itu mungkin bertahan satu minggu sahaja oh mungkin beberapa hari saja. Doanya moga ummi khadijah ni sihat sentiasa lah kan. Pagi tadi, dah eksport 16 botol frozen ebm ke rumah pengasuh anak-anak. Jadi, yang tinggal dalam freezer sekarang hanyalah baki 4 botol. Maka, haruslah saya buat-buat menggelabah kan supaya rajin lagi pump susu. Kehkeh.. Betul ni, motivasi untuk diri sendiri tau sebagai persediaan akan datang. Kita tak tahu apa akan berlaku,kan. Lihatlah gambar stok susu sahingga ke hari ini ya, itu sebelum pindah ke rumah pengasuh lah.

Maaflah di atas kualiti yang kurang pada gambar itu, saya ambil dalam gelap, pastu dah tak nampak kena lah adjust bagai, itu je lah yang mampu dibuat. Apapun, saya mengharapkan perjalanan menyusukan anak saya dengan susu badan sendiri ini akan berjaya sehingga dia berusia 2 tahun. Alhamdulillah setakat ini sudah 1 tahun, 2 bulan.

----------------------------------------

Nak cerita pasal clothdiaper pula. Khadijah sudah ada sebenarnya 12 kpg cd dari pelbagai jenama, namun yang dia serasi pakai hanya 9kpg sahaja. Sebabnya, khadijah kan slim, kecik je orangnya kan, cd yang cutting besar memang dia tak sesuai pakai. Kalau pakai juga, alamaknya bocor lah. Jadi, dia hanya pakai cd bila kat rumah pada waktu malam/ hujung minggu. Siangnya saya amsih pakaikan dia dispo diapers. Walaupun begitu, jumlah penggunaan dispo diapers juga dah berkurangan, oklah tu kan.

Umminya gian nak beli cd baru tapi kena sabar dulu. Di samping pemilihan jenama yang tepat, masalah air kuning di perumahan kami juga membantutkan niat tersebut. Geram tau tiap kali basuh habis cd itu bertompok-tompok kuning. Kekadang ok, kekadang tak. Ya lah perumahan kami ni terletak di kawasan perumahan lama. Nampak syabas tengah upgrade sistem kualiti air, tukar paip bagai, tapi masalah itu masih belum seelsai. Daripada ummi naik darah tinggi, stress kan tengok, jadi ummi hold dulu lah. Sayang tau tengok cd yang cute itu, pastu tetiba nampak kusam, hudoh je. (ops dalam dok sabar tu, ummi telah pre-order satu cd, ahaks! memang lah penangan bisnes online nih, tak boleh layan tau). Huhu..

Ok lah kawan-kawan, selamat berhujung minggu.
Ada sesape pergi gathering susuibu.com ahad ni? Saya macam nak pergi..

Friday, March 27, 2009

:)

Syukur.
Kesusahan itu pasti akan berlalu biar perlahan kan..
Banyak perkara dapat diselesaikan beberapa hari ini. Syukur alhamdulillah.
Terima kasih Ya Allah di atas segala nikmat yang Kau limpahkan pada kami sekeluarga.
Masukkanlah kami dalam golongan hamba-hambaMu yang bersyukur.

Pulih.
Kesihatan anak-anak juga semakin baik biar pun masih bersisa sakitnya.
Ummi juga rasanya sudah pulih. Begitu juga abah.

Aisyah.
Makin banyak karenah dan sering memeningkan kepala ummi. Dalam kepetahannya bercakap itu, terselit kematangan namun banyak juga aksi kalau permintaan tidak dilayan. Huhu.. kakak sekarang gemar juga kacau adik, sepahkan rumah etc.
Namun, dalam situasi itu, ummi sedaya mungkin mencari butang 'pause' (bak kata ustaz hasrizal) jika kelakuannya sangat tidak dapat diterima akal dan boleh mengundang sakit jantung tau. Hihi.. anak-anak ni begitulah kan. Sementara belum betul-betul dapat bezakan mana baik dan buruk, macam-macam eksperimentasi dia nak buat.

Apapun, ummi masih dalam mencari method terbaik untuk berhadapan dengan situasi anak-anak usia begini. Ilmu parenting ummi masih kurang, sebab itu lah kena cepat urut dada...
Takpe abang, kita sama-sama belajar k.

Khadijah.
Si kecil ini dah aktif memanjat sekarang ni yea. Kekadang terhantuk sendiri. Dah makin banyak 'bercakap', well dalam bahasa dia lah siap jerit-jerit lagi. Sangat mudah senyum, suka tengok anak-anak ni time mereka bangun tidur. Berat minggu lepas 6 kg cukup. Makan 3x sehari sekarang ni, dah mula kurang menyusu di siang hari. Bekal 12-15oz dah jarang habis, biasa habis 10 oz je kot. Tapi since dia dah makan ni, takde risau sangat. Dan tapi juga, adik tak suka minum air masak. Kalau minum pun, sedikit je. Minggu ni rancang nak beli ubi manis buat pelbagaikan menu selain bubur nasi je. Ummi tengah semangat ni nak masak untuk adik.

Cloth diaper.
Oh ini perkembangan terbaru untuk anak-anak sebab mula pakaikan mereka cd. Dulu masa aisyah kecil, takde lah sampai ke tahap ini lagi pula tengokkan kos cd waktu itu hampir mencecah rm100 sekeping. Berfikir panjang tu nak beli. Tapi, sejak macam-macam pilihan ada kala ini dengan harga berpatutan tapi dengan syarat kualiti ok lah kan, jadi ummi opt to this decision nak pakaikan anak-anak cd.
Walaupun begitu, aisyah tak suka pakai cd sangat. Pakai kejap pastu dia siap nak cabut sendiri cd tu. Agaknya bulky pada dia, dah lah badan pun debab kan. Takpelah, ummi pun fikir nak start potty train dia ni jadi concentrate lah pakaikan pada adik je. Kalau datang angin dia nak pakai, ha ummi pakai kan lah juga.
Setakat ini, ummi hanya ada cd brand coolababy (suka brand ni sebab tidak nampak bulky kat pinggang adik yang kecik itu) dan KS (material dia ok berbanding coolababy tapi velcro style kat pinggang tu macam besar sangat pada adik, nampak dia tak selesa pula). Tengah tunggu cd lunatots pula dan coolababy juga. Ummi taknak lah review tentang cara pakai, basuh, guna semua sebab ramai dah tahu kan. Buat masa ini belum cd kan adik sepenuhnya, belum cukup cd (baru ada 6 kpg), insyaAllah bila dapat stok baru nanti, cukuplah nak pakai full time tp syarat kena basuh hari-hari juga lah memandangkan ummi jemur kain dan cd kat dalam rumah. Kalau weekend, boleh lah jemur kat depan rumah.

Cumanya, ummi ada kemusykilan ni. Sebelum ini, ummi basuh pakai tangan je. Baik ummi cerita kan cara penggunaan yang ummi buat k supaya kawan-kawan ummi dapat membantu memahami situasinya..(kih kih ayat skema kan..). Lepas dah guna tu, biasanya ummi bilas buang kotoran tu then campak ke dalam baldi je lah kan. Pastu karang nak dekat mandi, rendamkan dengan sabun sket je (basuh 2/3 kpg cd dengan 3/4 kpg insert), pastu basuh dan bila lah cd tersebut. Ummi buat 3 kali bilas. Pastu spin dalam mesin basuh then jemur lah kan. Mula-mula ok, pastu ada satu ketika, ummi perasan ada merah-merah ruam kat alat sulit adik. Err confuse ni sebab tak pernah kena macam ini, pakai dispo takde pula ruam, sepatutnya pakai cd lagi lah tak ruam kan tapi ni ada pula. Ummi syak memang sebab cd, samada basuh tak bersih atau tak cukup pencahayaan pada cd itu menyebabkan bakteria bagai tak mati walaupun cd tu kering (ada ke sebab tu?ke ummi terlebih imagine nih...). Disebabkan itu, ummi pun stop lah pakaikan adik cd buat sementara waktu sehinggalah ruam itu hilang sendiri. Disebabkan tak puas hati, ummi basuh semua cd tu walaupun semua masih berlipat (kira macam pre-wash semula kan walaupun masa awal tu, ummi dah prewash 2/3 kali. Lupa pula ni) guna mesin basuh. Hasilnya, setakat 3 kpg cd baru guna, takde ruam lagi. Tengah observation lah kiranya sehari dua ni.

Persoalannya? Adakah tak bersih dan tak recommended cuci pakai tangan je? Ummi ingat malas nak pakai mesin basuh since ada pun 2/3 keping je nak basuh setiap hari. Tapi kalau memang kurang sesuai basuh tangan, kena lah ummi kumpul 2 hari baru masuk mesin lah. So kawan-kawan ada something boleh share dengan saya berkaitan hal ini? Thanx yea...

Kesimpulannya, banyak lagi perkara yang menggembirakan terjadi pada kami minggu ini. Walaupun dalam emosi kurang stabil, tapi saya dah ok hari ini. Moga hari-hari kalian juga penuh dilimpahi rahmat kasih sayang Allah jua. Aminn.

Monday, February 23, 2009

Mini gathering Susuibu .com

Semalam ummi berkesempatan join gathering SI. Ummi terngin sangat nak pergi sebab ada discussion pasal clothdiaper(CD). Plan ummi nak beli CD ni asyik tertangguh di atas rasa ragu-ragu kerana masih belum melihat sendiri depan mata, jika ummi pun belum confident, bagaimana nak convince kan abah,kan. Bila tanya abah, abah setuju. Ummi suprised gak bila abah sudi nak join program gathering macam ni, means ia satu permulaan cukup baik dalam niat nak tahu lebih lajut pasal CD ni.

Seronok sangat gathering ni, sempat gak borak dan dengar explanation dari mama/ puan Kamariah SI, then discuss pasal clothdiaper tu, sungguh mengujakan sampai ummi dah beli satu cd. Heheh satu je dulu untuk permulaan, btw abah dah approved beli lagi. So tak sabar lah ummi nak meng'order' ni... :). Yang pasal baby wearing tu, ummi sempat tengok dari jauh, anak2 ku dah kepenatan, ada soalan nak tanya tapi tinggal tak tertanya sebab tak dapat nak pergi lagi dekat.

Tema warna merah, tapi ummi takde baju warna merah, jadi ummi pakai je lah baju yang ada. Anak-anak pakai pink, abah je pakai warna merah, jadi lah tu wakil kan. Ummi takde snap gambar, tapi browse kat blog kawan-kawan SI, terjumpa lah page ni. Rupanya ini page mr photographer semalam. Adalah beberapa keping gambar yang ada gambar ummi.. cantik gambarnya, ummi suka tengok.. katanya tu sebahagian saja, nanti kalau ada lagi, boleh update. Berminat gak nak print ni since cameraku kan rosak lagi..


Sedang khusyuk mendengar sue diyaluna memberi penerangan..

ummi sedang perhatikan orang dapat hadiah cabutan bertuah rasanya. Khadijah dah lena di pangkuan ummi..



Mm..ummi suka those pictures.. :)
Ummi tak perasan pula ada orang amik gambar semalam, adakah ku terlalu fokus dengan penjelasan dari sue diyaluna. Thanx banyak2 yea sue.. :)