Friday, April 30, 2010

Sunyi

Huhu ramai staf cuti hari ini. Senyap sunyi institut. Nak buat kerja pun malas. Haha alasan je lah tu. Boss pun takde, ke Tunisia seminggu. Eh tapi kerja still banyak menanti, cuma hari ini bermalas-malasan sket. Tapi, still ada di ofis tau, tak mengular ke tempat lain ok.

Saya teringat gambar ni dalam handpshone saya. Gambar si dua beradik tu berkongsi bantal dalam kereta masa balik dari kampung hari itu. Alah sekejap je boleh duk sama, pastu mula lah si kakak bising cakap adik himpit dia.

Selamat berhujung minggu kalian. Kami berhajat nak ke pameran Homedec kat KLCC weekend ni. Ada sesapa pergi juga?

Friday, April 23, 2010

Anak-anak

Rasa macam banyak nak tulis tapi selalu bila dah mula menulis, idea pun lari bertempiaran. Huhu.. Nak update pasal aisyah dengan khadijah lah ya. Aisyah sekarang ni habis badan dia, dahi naik ruam merah-merah. Dia ni pantang panas sket, memang macam tu. Ajak dia potong rambut, dia tak nak. Sekarang ni mandikan dia pakai sabun cetaphil, doktor bagi kat khadijah sebenarnya, tapi pakai je lah kat kakak juga. Kat badan khadijah tak seteruk dia, mungkin juga sebab pergi taski dia pakai tudung kan, main peluh-peluh tak sempat kering betul dah berpeluh semula kan. Kat taski, cikgu cakap dia pendiam sungguh, suara pun payah nak dengar. Hairan ummi mu ini nak, kenapa kalau kat rumah lain benar keadaanya. Hihi..cikgu cakap dia tak berkawan sangat kat sekolah, maksudnya tak delah banyak mulut, bersembang dengan kawan-kawan ke kan, tapi bila dia balik kg hari tu, saya tengok komunikasi dia ok je dengan sepupu, siap boleh main sama-sama, sembang-sembang semua. Apakah dia tak happy ke taski? Tapi, bila tanya dia, aisyah suka tak pergi school? Dia jawab suka.

Tengahari tadi, bawa balik buku qiraati. Cikgu cakap dia masih di halaman 2, sebab suh baca pun tak bunyi suara..kihkihkih ini memang ummi nak ketawa tadi. So,cikgu cakap ambillah buku tu practice kat rumah juga. Dia belajar hafal surah dengan abah dia, dah lancar surah alfatihah dgn an-nas. Elok je mengaji kat rumah. Abah dia pun garang gak time ajar mengaji, kalau nak kata cikgu dia ajar garang ke kan. Kenapa dia rasa self-motivated eh bila kat sekolah? saya beranggapan begitulah..Musykil ni tau..

Khadijah pula minggu lepas demam dengan muntah-muntah, 2 hari macam tu. Dah pergi klinik tapi tak reda juga, esoknya buat appointment dengan Dr. Nik kat Az Zahrah, dia check cakap demam khadijah 38.5 c, dan tonsil khadijah bengkak dan ada nanah, tu sebab dia tak nak makan dan muntah. Saya pun tak pasti di mana kaitan muntah yang disebabkan oleh tonsil bernanah. Dia terus masuk ubat ikut bontot dan sekejap lepas tu dah ok. Dr suh admit khadijah, tapi mak nya ni macam biasa lah kan mestilah appeal dengan Dr tak nak admit dulu kan. Hahaha.. ok Dr cakap jika malam nanti terus muntah, terus bawa ke klinik segera, jangan tunggu sampai esok. Alhamdulillah lah malam tu memang dia tak muntah dan dapat tidur lena sebab suhu pun dah menurun. Efisyen kan ubat masuk ikut bontot tu, kenapa lah malam sebelum tu bawa jumpa Dr di Az Zahrah gak, dia check suhu 39.1 c tapi dia relax je bagi ubat macam biasa, saya ingatkan dia nak bagi ubat ikut bontot juga tapi tak pun, saya ngadu lah anak saya ni kerap demam, dia jawab biasalah budak-budak kecil macam ni. Huh memang tak confident langsung dengar. Dia keep on demam sebab setiap kali lepas makan ubat/ minum susu, dia akan muntah, jadi ubat tu tak sempat nak bertindak balas dengan dia.

Baik dari demam tu kena selsema pula. Mujur sekejap je, masa hari khamis lepas ada appointment jumpa pakar ENT kat an nur sebab selalu dengar khadijah bernafas bunyi macam snoring ke wheezing pun ada juga. Tapi jumpa dengan pakar tu tak banyak membantu since khadijah selsema, mestilah mmg ada bunyi orang selsema kan, jadi susah lah dia nak bezakan dari keadaan khadijah sihat. So, Dr tu cakap khadijah allergy dengan certain benda. Saya tanya makanan ke? Dr tu jawab tak semestinya, kalau makanan, kesan allergy cepat timbul. Dr cakap maybe habuk etc. So, dia bagi ubat allergy, eh ubat tu ubat yang sama dapat kalau pg PKU tapi ubat untuk selsema. Saya tak puas hati sebab khadijah tengah tak sihat masa tu, dia tak dengar bunyi yang dimaksudkan tu. Isnin depan ada appointment ENT juga di Hospital Serdang.

Mm..ini penat jaga masa anak masa kecil, belum lagi masa besar nanti, kan. Masa saya balik kg tempohari, mak saya cakap kat kami adik beradik lah kan, mak cakap dah puas hati dapat jaga arwah tok hingga ke akhir usia dia, mm..nanti bila mak sakit siapa lah agaknya nak jaga macam mak jaga tok ni? saya jawab mak datang duk kl je lah, ajak duk dengan saya lah tu, tapi orang tua ni kan, mana-mana pergi pun mesti ingat kat rumah dia juga. Bila dah macam tu, rasa nak pindah time tu juga nak balik dok kg. Tapi, perjalanan hidup kita ni sukar nak ramal kan. Namun, jauh di sudut hati saya, saya nak jaga mak abah saya jika ditakdirkan mereka tak sihat di akhir usia mereka. Walau berapa banyak wang yang ada pun belum tentu dapat balas jasa mereka membesarkan kita. Jika kita nak anak-anak kita layan kita sebegitu, kita harus tunjuk contoh yang baik pada mereka kan. What you give, you get back!

Tuesday, April 20, 2010

Kepada Dia jua lah kita kembali..

Tok meninggal dunia jam 9.30 pagi Jumaat, 16 April 2010 yang lalu. Satu-satunya nenek yang kami masih ada sebelum ini dan akhirnya arwah pergi jua. Sudah suratan Ilahi yang pasti. Kami tak sempat pun nak lihat jenazah yang dikebumikan Jumaat petang selepas Asar. Kami masih dalam perjalanan. Walaupun hati nak sangat cium arwah, tapi saya akur. Hari makin senja, dan untuk ambil keberkatan hari Jumaat tu, maka jenazah harus disempurnakan. Lagi pula, mak saya kata kami kan dah balik seminggu sebelumnya dan sempat jumpa arwah, jadi memadailah.

Semingu sebelumnya, mak saya call, bagitahu keadaan tok nampak tenat. Mak cakap, kalau rasa nak jumpa tok waktu dia masih ada ni, baliklah. Mak dah panggil semua cucu-cucu tok yang lain balik kampung. Saya mula rasa tak sedap hati, maka decided ambil cuti Khamis dan Jumaat untuk balik kampung. Alhamdulillah sempat jumpa tok. Kedaan tok masa tu memang sangat uzurlah, tapi dia masih cam cucu-cucu dia, dapat bercakap sket-sket, tu pun sebab telinga dia dah tak berapa dengar, masih lagi cakap bila nak ke toilet dan sebagainya. Tapi, keadaan fizikal dia memang dah lain benar dari masa keadaan dia sihat. Last sebelum tu kami jumpa masa raya haji tahun lepas, awal Disember 2009. Arwah tok masih boleh tersenyum bila cicit-cicit dia datang salam dan cium dia. Dan airmata kami tak tertahan lagi masa kami kena balik semula ke sini Ahad lepas. Kami dapat rasankan ini mungkin pertemuan terakhir kali bagi kami. Saya mohon maaf dan ucap terima kasih di atas segala yang dia lakukan sepanjang menjaga kami sejak kecil. Walaupun tok dah tak mampu nak bercakap apa, tapi kami tahu dia tahu yang kami akan balik. Saya cium kedua belah pipi dan dahi tok. Tuhan saja yang tahu betapa beratnya hati nak melangkah pergi. Dalam pada itu, saya redha jika Allah nak jemput tok pulang. Tiap lepas solat, saya doakan tok cepat sembuh namun jika Allah nak jemput tok pulang, biarlah dalam keadaan paling baik, paling lembut, dalam iman dan dalam kalimahNya yang Agong jua.

Tiap-tiap hari seterusnya saya call mak tanya keadaan tok. Mak cakap keadaan tok makin tenat. Hari Khamis saya tak sempat call, kononnya nak call bila anak-anak dah tidur, sekali dengan saya tidur sama. Dan jumaat pagi esoknya, adik saya call jam 9.40 pagi memaklumkan tok dah tiada. Innalillahiwainnalillahirojiun.. hanya airmata yang mampu mengalir tanpa henti. Kepada Pencipta yang maha esa jugalah dia kembali. Mak cakap tok pergi dalam keadaan mudah dan tenang. Abg Pie dan abah ada di samping tok mengucapkan kalimah syahadah. Sepupu saya sempat 3x baca surah Ar ra'dhu sebelum tok meninggal.

Saya sedih. Bohong kalau saya kata tidak. Dia lah tok yang menjaga kami sejak kecil. Dia lah tok yang selalu datang ke rumah kami tiap kali kami adik-beradik sakit. Dan tok setia tiap kali hujung minggu datang tidur di rumah kami. Dia lah tok yang bersengkang mata menjaga kami tatkala kami demam, yang tolong jelom kepala, yang suap makan. Saya masih ingat suatu hari, masa bermain di tali air belakang rumah tok, kaki saya kena gigit lintah. Saya berlari balik rumah dan tok yang buangkan lintah tu. Tok marah arwah abang saya sebab dia tak tolong buangkan. Saya masih ingat juga tiap kami saya nak balik semula ke universiti dulu, mesti tok akan bagi saya paling tidak RM10. Walau menolak pun, dia tetap nak bagi. Bila cucu-cucu balik, tok mesti akan buat kuih tok aji sereban. Ni masa dia sihatlah. Kalau tiap kali raya pula, mesti tok buat ketupat. Sedap sungguh ketupat tok buat. Saya masih ingat juga tengok tok buat bedak sejuk sendiri, tapi bila masa nak basuh beras tu saya lari, sebab bau dia busuk. :) tok cakap memanglah busuk, tapi dah siap bau wangi.

Saya terkenang juga waktu tok suruh cabut uban dia, tok bagi upah 10 sen ke, 20 sen masa tu. Suka lah saya, buat beli apa tak ingat dah. Tak pun tolong pijak belakang tok. Tok sempat jaga aisyah masa saya balik berpantang di kampung dulu. Tok siap tidur kat rumah kami melayan cicit. Banyak kenangan dengan tok sebenarnya, ya lah dia lah satu-satunya tok yang berada dekat dengan kami sejak kecil. Dan paling saya tak boleh lupa, hingga ke hari ialah, kelibat tok di beranda rumah. Tiap kali kami pergi rumah tok, mesti dia ada duduk di kerusi di beranda rumah. Sampai sekarang, saya ternampak-nampak di mata tok duduk di kerusi. Even masa balik ziarah tok tempohari pun sama. Sangat jelas gambaran itu. Dan biasanya tiap kali sebelum kami balik semula ke serdang selepas bercuti di sana, kami akan singgah ke rumah tok nak bersalam dengan dia. Dah jadi tradisi, namun tiada lagi kesempatan itu selepas ini.

Mak cakap tok banyak berkorban pada masa muda dia. Ayah Ngah, bapa saudara saya suh simpan baju-baju tok cepat-cepat. Dia tak boleh tengok. Abang saya sebak tatkala balik mengajar dari sekolah, bila tiba di rumah tok nak ambil anak dia, tiada lagi tok yang menunggu di beranda. Dia lah cucu kesayangan tok. Saya sedikit terkilan sebab tak sempat nak tengok jenazah arwah dan cium tok buat kali terakhir sebelum disemadikan, namun saya akur dan pasrah. Ini semua ketentuan Allah.

Tok, bersemadilah di sana dengan tenang. Saya sentiasa doakan moga roh tok ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan diberkati Allah sentiasa. Dan moga-moga kematian ini memberi peringatan kepada kita yang masih hidup. Terima kasih tok di atas segala keringat, jasa dan kasih sayang yang telah dicurahkan kepada kami adik-beradik.

Tok masa bagi susu kat aisyah. Masa ni aisyah umur 3/4 bulan kot. Awal tahun 2007. Tok cakap kalau suh dia bagi susu, bolehlah, nak suh dukung aisyah dia tak larat. Aisyah debab amat masa tu.


Monday, April 12, 2010

Happy 2nd birthday Khadijah!


Happy birthday Khadijah!
Khadijah berusia 2 tahun hari ini. Terasa baru dan masih teringat-ingat lagi saat-saat dia di NICU dulu. 2 tahun sudah berlalu rupanya. 2 tahun yang penuh makna :).
Pagi tadi attended appointment dia di klinik paed. Mengamuk anak dara tu sebab dah boring, lama sangat kat sana. Siapa yang biasa pergi hospital serdang, sure tahu bagaimana sukarnya nak cari parking kereta. Pagi tadi pergi berdua je dengan dia, dapat park kereta kat bawah pokok, tu pun nasib baik dapat. Itu sampai pukul 8.00 pagi, kalau lambat sket, sure kena berpusing-pusing beberapa kali.

Khadijah dear,
Ummi doakan yang terbaik untuk khadijah, moga sentiasa sihat, bertambah berat dan membesar sempurna. Moga jadi anak yang dapat mendoakan kesejahteraan kami bila kami tiada lagi nanti. Moga jadi anak yang solehah dan seterusnya muslimah sejati. Ummi rasa bangga dengan khadijah. Moga terus menbesar menjadi anak yang hebat ya sayang!.

Ummi sayang Khadijah!

Friday, April 9, 2010

Kami kat kampung ni..

Kami di kampung saya sejak tengahari semalam. Ambil cuti nak tengok tok yang tak berapa sihat. Keadaan tok memang agak teruk. Usia pun dah lanjut, rasanya dah 80 lebih umurnya. Tak selera makan, pastu telinga pun kurang dengar. Doktor cakap tahi telinga dia dah keras mampat dalam tu, dia bagi ubat untuk lembutkan tahi telinga tu. Tapi, tok masih kenal dan ingat kami. Hampir semua cucu-cucunya balik, kecuali sorang adik saya yang di Unimap. Dia ada presentation viva final year project dia isnin ni, maybe lepas tu baru dia balik. Sorang lagi adik di penang akan sampai esok pagi.

Bila dah sampai kampung ni, segala jenis makanan rasa nak makan. Ala-ala tak jumpa makanan tu kat serdang lahkan. Hihi, memang takde can lah nak menguruskan badan nampaknya. Haih apa nak jadi lah ni kan. Yalah, makanan kat sini lagi banyak jenis tau, especially kuih-muih tradisionalnya, memang tak jumpalah kat sana. Kalau naklist kan memang banyak. Bilalah nak sedar diri yang diri dah semuk dan kena kurangkan makan ni kan...

Anak saudara baru.
Baru jap tad mak saya call, eh mak saya kat rumah tok saya, saya di rumah mak, menunggu anak-anak dan si abahnya bangun dari tidur. Sepatutnya lunch di rumah tok, tapi ni dah pukul 4 masih kat rumah lagi. Lama sungguh anak-anak tidur. Eh tadi nak cerita, kakak ipar saya dah bersalin. Oh another baby boy. Ni anak kedua dia, anak sulungpun lelaki juga. Dan yang menariknya, tarikh lahir si adik sama dengan si abang. Cuma beza tahun je.Abang 9 April 2007, adil pula 2010. Memang pandai timing si adik tu nak keluar. Makbul doa kakak ipar saya,semalam sempat sembang dengan dia, dia pun cakap kalau bersalin esok (hari ni lah tu), boleh sama tarikh dengan Ammar. Betul rupanya. Kira ok lah kan, balik kali ni dapat tengok anak saudara baru terus. Jap lagi kami nak pergi ziarah.

Ok kena sambung nanti, khadijah dah bangun ni..

Thursday, April 1, 2010

9 kg

Rabu lepas bawa khadijah check-up di klinik kesihatan. Berat dia dah 9kg. Apapun syukurlah sebab naik lah walaupun 1kg dalam masa 4 bulan. Considered yang dia tak sihat dalam 2-3 bulan kebelakangan ini. Selera makan pun menurun. Akhir-akhir ini je nampak berselera semula. Turutkan je lah apa dia nak makan. Klinik tanya nak multivitamin? Saya angguk je lah.

Tadi saya pula pergiklinik, ada appointment dengan Dr. Atas sebab apa tu, rahsia. Hihi.. Ala, takde apapun, sebab biasa-biasa je, saya dapatkan consultation Dr. Oh ya, masa birthday khadijah 12/4 nanti, juga tarikh sama appointment dia kat Klinik Paed Hospital Serdang. Harapnya berat dia meningkatlah dalam masa 10 hari lagi ni. Bolehkah??

Kami plan nak balik trg akhir bulan ini. Tarikh belum decide sebab tengah tunggu tarikh muktamad sambutan ulangtahun institut. Huhu tak sabarnya nak balik. Penatlah bekerja, tahun ni baru ambil cuti sehari. Cuti tahun lepas ada lagi. Nak balik tukar angin kejap, tenang-tenang, lepak kat rumah makabah. Lagi pula, tok tak berapa sihat, elok benarlah balik ziarah dia. Kakak ipar juga tengah tunggu masa nak bersalin anak kedua. Sesuai jugalah timing kami nak balik ni, harap dapat lah balik tengok anak saudara baru. Mm..banyakkan sebab untuk kami balik, kan.

Nak cuti, nak cuti..

Peronda maksiat. Nak?..

Mungkin berkata perkara benar itu mengundang rasa marah orang lain, menggugat rasa pemilik hati-hati lain, tapi saya buang rasa bersalah itu tepi-tepi dalam diam sebab saya bercakap perkara yang benar. Memang susah nak buat segalanya baik, tapi tuntutan memberitahu tetap ada di setiap bahu kita kan. Memanglah mati nanti, kubur lain-lain. Biarlah yang nak kata, jangan Allah persoalkan saya kelak kenapa tidak menegur. Menegur juga banyak caranya, mungkin ini cara saya, melontar persoalan sebagai kiasan, bagai menarik benang dari tepung, jangan sampai tepung berserakan. Fuhh menitik peluh.

Berlapang dada itu adalah paling afdhal kan. Eh saya teringat satu perkara masa saya ke Acheh dulu. Teringat sebab pagi tadi, masa dengar forum rakyat di Radio IKIM tadi, tajuknya pasal bagaimana mengatasi gejala sosial dengan kadar segera. Lepas itu, Ustaz Rosmaini telefon dan beri cadangan buat seperti apa kerajaan Acheh buat. Itu buat saya teringat ni, kata Ustaz tadi di Acheh, ada peronda berkawal di sekitar tempat-tempat berkaitan yang boleh mengundang anak-anak muda buat maksiat. Haa memang betul tu, kami sempat pergi melawat di sekitar pantai nama apa entah pada waktu petang. Di sepanjang jalan itu, ada peniaga menjual jagung bakar, bau nya sungguh menusuk jiwa.. haha, dan kami pun beli juga merasa. Ada lah kerusi disediakan untuk makan, tapi kami pusing-pusing dengan kereta sahaja. Bilamana datang trak-trak peronda ni, adalah 2-3 buah, siap perondanya pakai baju uniform warna hijau pekat ala-ala tentera kita tu, ada lelaki ada perempuan. Bila trak tu lalu je berdekatan jalan, pasangan yang tadi dok dekat-dekat, boleh pula jarakkan diri, yang tadi duk berpeluk pinggang, boleh pula leraikan. Hmm..memang terkawal suasananya. Katanya mereka berkawal sampai malam hari. Kami juga diberitahu, Acheh wajibkan wanita sana memakai tudung. memang boleh nampak, hampir keseluruhannya. Pemandu kami beritahu, jika yang tak pakai tudung itu, mungkin datang dari provensi lain.

Ada benarnya dan berasas cadangan Ustaz Rosmaini tadi agar ianya boleh diimplementasi di Malaysia. Tapi, nak ke kerajaan kita buat?? Nanti ada pula yang bagi alasan, ia hanya akan menakutkan pelancong-pelancong asing dan seterusnya menurunkan kadar ekonomi di negara kita. Siapa nak jawab tu?

Kita ni takut benar kan, dah jadi macam orang yang tak yakin dengan Allah pun ya, kan Allah dah kata, Dia sentiasa berada dengan orang yang benar, kan. Kalau kita buat sesuatu yang baik dan bertawakal mohon pada Allah agar diberikan balasan yang baik, mesti Allah tolong kita. Tapi, kalau kita abaikan Allah, bagaimana Dia nak tolong kita?