Friday, November 28, 2008

Reports for this week - part last

on wednesday:
ummi free sket. Siapkan report wajaran utk hari kualiti. Settlekan juga kerja-kerja tertangguh disebabkan oleh audit hari sebelumnya. Ada lagi part audit tak siap, so kena sambung buat lagi. Abah cakap mungkin dapat balik awal. Ummi sukalah kan tapi rupanya abah cakap dia balik awal tapi malam nanti kena pergi ofis semula, ada meeting kul 10.30pm. Ada ke mereka ni baut meting waktu tu?mm..ummi pun tak faham lah.. Hajat petang tu nak ajak abah dan anak2 pergi jumpa tok abah, tapi tak dapat sebab tok abah ikut kwan dia keluar berjalan. Pergi mid valley katanya..Huhu jauh tu, kalau tanya pendapat ummi, pergi alamanda pun dh cukup ok..

thursday:
Tgh ummi sibuk menghadap pc mcm biasa, dlm area kul 10am, tok abah call cakap dia dh habis exam, nak gerak balik dah. Nk jumpa sekejap.So ummi pun tinggalkan lah kerja pergi lah jumpa tok abah. Then off they went back heading to trg.
Ada mesyuarat.
Oh ya, my second boss takde skrg, outstation ke Italy. Tup tup petang tu dia sms.
1st sms. 'Salam. We are ok. On the way nak g disneyland. ..............how's preparation 4 sem etno and workshop going? Risau ni .....'
My reply. 'Dont worry Dr. Kita proceed bt seminar tu but tempat dh tukar. Tgh compile their paperworks. For workshop, Prof dr noor azlan agreed utk jd speaker. Prof adrian tgh work on his notes. Skrg tgh riot kat bangkok, not sure samada prof adrian nak pergi sana tak.'
2nd sms. 'Thanx 4 the updates and getting things going. Alhamdulillah semua seems good. Ada nak pesan apa tak? .....'.
My reply. 'Ok Dr. Tak tahu nak pesan apa on particular tapi tgh eyeing on baby sling. Kalau terjumpa kat sana, Dr tlg belikan. ........'

Pastu ummi rasa mcm tak patut je ummi pesan macam tu, jadi ummi cancel lah balik dgn sms 'Dr, abaikan je lah permintaan saya tadi. Menyusahkan Dr saja.' (huhu ada ke patut ummi ni,kn. Tu lah reply sms tanpa fikir panjang. Segan pula dkt boss..)

Ummi keluar ofis dlm kul 6pm. Tgk langit sangat gelap, laju lah sket bawak kete dgn harapan sempatlah nak angkut anak-anak sblm hujan turun, gaya mcm nak lebat je tu. Sekali tak sempat sampai pun, hujan turun dgn lebat. Ummi kira terperangkap lah kat umah pengasuh tu sbb hujan lebat sngt, takkan lah nak redah angkut diaorg tgh hujan kn. Akhirnya bila dah reda sket, ummi angkut juga mereka sebab dh maghrib.

Friday:
Pagi pagi lagi ada discussion regarding audit. Huhu tapi ummi masuk lambat sket sbb rush pergi hosp serdang dulu amik ubat khadijah. Ubat ni Ferric ammon citrate kena amik every 2 weeks sbb cepat expired. Biasa tunggu ubat ni ready, lama juga. Jd, ummi pun berjalan-jalan ke sekitar hosp tu dan nampaklah ada gerai2/ booth jualan. Mcm2 ada like books, telekung, baju, tudung, brooch etc. Ummi sempat beli 4 buku + 1cd utk aisyah cost rm25. Then beli tudung ala-ala munawwarah satu utk ummi - rm14 + 2 naskhah mjlh anis yg bulan jun&sept kot dgn harga rm4. pastu ummi back to kaunter ubat, ubat dah ready.

Hari ni sort of relax sket lah sbb byk keje settled. Institut ada organize sem etnomatematik asia tenggara 2008 next week on 3&4 dis. Buat kat upm juga. So dijemput juga datang sapa berminat k.

No comments: