Monday, June 6, 2011

Cendol pulut..fuhh..

Hari ini entry edisi tertangguh lagi. Tetiba rasa nak update blog. Banyak gambar kali ini, hampir semuanya gambar semasa balik kampung 2-3 minggu lepas. Ok kita pergi satu-satu ya.


Di Masjid As-Syakirin KLCC. Tengah dengar ceramah. Sebelum balik kampung.
Aisyah dan sotong goreng tepung. Fuh memang yummy. Dia yang makan paling banyak rasanya. Khadijah tidur masa ni.
Inilah cendol pulut yang sentiasa jadi bualan. Haha. Sejak kecil lagi, kalau sempat kami akan singgah sini dalam perjalanan pergi atau pulang dari rumah Tokki di K. Terengganu. Manis amat tapi mampu hilangkan dahaga dan lenguh badan dek perjalanan yang jauh.
Aisyah and her Tokki.
Inilah kedainya. Ada pelbagai jenis menu seperti ikan/ sotong celup tepung, keropok lekor, mee goreng etc. Lupa dah tengok dari jauh je..
Ada air cendol pulut, air kelapa dan pelbagai lagi. Lokasinya di Kg. Rhu Sepuluh. Best tau makan di sini berhadapan dengan laut dengan angin sepoi-sepoi bahasa.
Heaven sungguh kan dapat balik kampung. Ibarat nak qada' makan segala benda, segala tempat nak pergi. Hihi tapi memang tak sempatlah. Cuti 5 haripun rasa sekejap je dan penat juga.

Kasi chance makan ais krim sambil jalan-jalan di Pantai Bukit Keluang. Suka Aisyah dan Khadijah. Excited nak main air sampai makan ais krim pun tak habis.
Khadijah melompat-lompat nak mandi tapi kami tak bagi sebab tak bawa baju spare dan dah lewat petang. Tapi dia sempat jugalah buat-buat 'tercelup' dalam air sampai balik terpaksa tak pakai baju seluar semasa dalam kereta sebab dah kuyup basah. Sebab rumah hanya lebih kurang 5-7 minit dari pantai, maka bolehlah buat macam tu.
Kalau biar ni memang pasti ke tengah laut lah mereka. Berani sungguh. Ingatkan esok-esoknya sempat lah bawa mereka mandi laut, tapi masa takde. Takpelah nak, tunggu lain kali pula lah ya.
Masa dalam perjalanan balik ke Serdang, suami cakap terasa nak ke Pulau Perhentian lagilah. Seronok dapat snorkeling dan menikmati pantai cantik putih bersih tahun lepas. Saya cakap insyaAllah nanti kita pergi lagi. Kalau cakap awal, boleh je kita arrange kan pergi satu malam masa bercuti tu. 

Seronoknya bercuti kan. Esok majlis pertunangan sepupu saya. Tapi kami tak balik. Cemburu sebab semua adik-beradik berkumpul dan ini adalah kenduri pertama di belah sepupu kami. Majlis akad nikahnya pada 9 Jun 2011, masa itu nanti, kami hampir sampai ke Tanah Suci. Perjalanan yang berbeza destinasinya, moga kita sama-sama beroleh barakahnya. Doa dari kejauhan. Dari hati anak yang rindukan kampung halamannya..
:)

Thursday, June 2, 2011

Entry tertangguh lagi.

Entry tertangguh lagi ini.Saya pamerkan kad ucapan Selamat Hari Ibu yang Aisyah buat di taski dia dan dia buat untuk ummi dia. Terima kasih Aisyah. Ummi sayang kakak dan adik.

Kad ucapan besar ini ditampal di sekolah dia. Aisyah kata dia tulis sendiri nama dia.


Dua gambar di atas ini pula kad yang dia buat untuk umminya. Saya rasa tahun lepas pun ada kad juga, tapi malas pula saya nak cari semula. Hihi. Memang kad tahun ini lebih baik daripada tahun lepas pastinya.

Ini gambar di i-city lagi.

Aisyah seronok sungguh main salji buatan tu. Yang tak seronoknya sebab lantai tu basah, kalau letak pelapik plastik yang boleh elak licin tu rasanya ok juga kan.
Gambar Khadijah mestilah ada juga kan. 










Saya mula kena selsema hari ini. Sesuatu yang saya tak jangka dan harap dijauhkan pada hari-hari terakhir sebelum berangkat ni. Namun, perancangan Allah itu tiada siapa yang tahu kan. Pasti ada hikmah di sebaliknya. Maka, saya redha. Moga saya cepat baik dan tidak berjangkit pada anak-anak pula. Itu lagi merisaukan. Saya perlu rehat yang cukup je sebenarnya tapi, masa sangat terhad. Moga segala urusan kami dipermudahkan. Amin.