Showing posts with label Thoughts. Show all posts
Showing posts with label Thoughts. Show all posts

Monday, May 25, 2015

Bersyukurlah..

Assalamualaikum wbt

Allah tidak jadikan sesuatu perkara itu tanpa hikmahNya. Kerana setiap yang berlaku itu pasti dalam pengetahuanNya dan aturanNya. Dia Maha Mengetahui sedang kita sering lalai, leka dan mempersoalkan setiap apa yang terjadi. 

Terima kasih Allah kerana panjangkan usiaku, moga dengan kesempatan ini membuatkan diriku lebih dekat padaMu. Bermuhasabah mengingat banyaknya dosa-dosaku, sering lalai dengan urusan duniawi semata. Semoga Engkau ampunkan dosa hambaMu ini. 

Terima kasih kerana memberi kesempatan menatap wajah anak yang dilahirkan. Aku yakin ada hikmahnya di sebalik ketentuan ini dan yang paling penting, amanahMu untuk membesarkan 4 orang anak ini harus kulakukan sebaik mungkin. 

Terima kasih Allah di atas segalaNya, di setiap nafas yang dihirup, di setiap rezeki yang Engkau beri, di setiap ujian susah yang akhirnya menginsafkan diri untuk kembali kepadaMu.

Aku hanya hamba yang berkelana.


Thursday, April 17, 2014

Interpretasi 1

Hidup ini sukar apabila kita melihatnya dengan cara yang payah kan.

Setiap hari struggle dengan macam-macam untuk lengkapkan kehidupan sebelum melelapkan mata untuk ketemu esok pula.

Susah. Senang. Gagal. Berjaya. Semua urusan Allah. Yang jadi asbab usaha kita ialah jangan putus asa berusaha.

Rindu. Akan masa selesa tetapi kepayahan ini yang akan jadi sangat manis apabila tiba masanya.

Sabarlah duhai hati. Hari itu pasti akan tiba. InshaAllah.


A big boy - Adam

The sisters. 

Hasbunallahiwanikmal wakeel..





Tuesday, March 25, 2014

MH370, Ikhwanul Muslimin

Lama sungguh menyepi.
Ada, tetapi ada kepentingan lain yang perlu diutamakan.
Hari ini sedih. 1. Pengumuman pesawat MH370 yang dilaporkan berakhir di Lautan Hindi. 2. Seramai 529 ahli Ikhwanul Muslimin dijatuhkan hukuman mati. Allahu Allah.

Namun, perancangan dan kekuasaan Allah itu Maha Hebat melebihi logik akal kita.
Allah pasti telah aturkanNya dengan terbaik sekali.
Marilah kita sama-sama mengambil hikmah daripada semua ini.
Mungkin hari ini bukan kita, ahli keluarga kita yang terlibat, tetapi akan datang bagaimana?
Moga Allah sentiasa pelihara kita, negara kita dan ditetapkan iman.

Kami baru pulang dari musafir keluarga ke Padang-Bukit Tinggi Indonesia.
Musafir ini telah membuka mata dan menjentik jiwa.
Moga Allah sentiasa membuka hati dan mata kami untuk melihat kebesaranMu Y Allah.

Subhanallah.
Di Kilang Kopi Kiniko, Bukit Sangkar, Bukit Tinggi


Tuesday, November 12, 2013

I need high motivation now..

Meh dengar lagu..


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..permudahkanlah segala urusanku. Lapangkanlah hati dan fikiranku. Berikanlah hambaMu ini kemudahan, kefahaman dalam urusan pengajiannya. Amin..


Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan Kareem...

Salam Ramadhan 1434H
Semoga madrasah tarbiyyah ini dapat memajukan diri kita menjadi hamba yang lebih bertakwa, persediaan untuk 11 bulan seterusnya.
Saya mohon maaf di atas keterlanjuran, terkasar bahasa sepanjang penulisan di blog ini.


Friday, February 17, 2012

Jatidiri kita

Salam Jumaat semua.
Saya beranggapan sibuk itu satu kebiasaan bagi semua orang. Dengan pelbagai tugas dan cabaran dalam kerjaya masing-masing. Kerana setiap kita mempunyai peranan tersendiri baik sebagai seorang pekerja, mahupun sebagai anak, isteri, suami, sahabat, ibu, ayah, ahli masyarakat atau lain-lain jawatan sekalipun. Dalam ceramah sempena maulidurrasul di institut pagi tadi, Ustas Hasri Harun menyatakan tenang dan senyum dahulu tiap kali terima berita atau beban kerja, atau khabar buruk sekalipun. Itu sunnah Rasulullah. Jangan kalau ada perkara buruk atau tidak diingini, kita terus nak melenting, atau kelam kabut tak tentu pasal, sebaliknya tenangkan hati dahulu dan mulakan setiap yang diberi dengan positif. Saya bersetuju dengan pernyataan beliau.

Kita ni cepat melatah kadang-kadang, kan. Benda mudah jadi payah, yang sepatutnya boleh selesai segera, tapi sebab karenah orang lain, terpaksa ambil masa untuk siapkan. Itu belum lagi cerita hal balik rumah, anak-anak buat perangai dan terus nak marah anak. Sebenarnya, kita boleh cuba dengan pendekatan psikologi dahulu. Tarik nafas dalam-dalam supaya Allah beri kita ilham untuk bertindak. Sayapun dalam proses mengamalkannya. Sukar bukan tapi cubalah, ia memang berkesan. Sekurang-kurangnya dengan belajar menerima, belajar mengawal diri dan sentiasa berfikir yang kita semua tidak sempurna, bermuhasabah semula, akan membuatkan kita lebih tenang dan gembira dalam hidup ini. 

Saya di usia 31 minggu kandungan. Allahuakbar macam sekejap pula rasa. Saya patut menghayati baki masa yang ada dengan pengalaman mengandung kali ini, iyalah bukan mudah nak mengandung dan melahirkan seorang anak, khalifah di muka bumi Allah ini. Belum kira cabaran membesarkannya nanti. Anak itu amanah Allah pada kita. Baik buruk akhirnya terletak pada tangan kita ibubapa mencorakkannya semenjak kecil lagi. Gusar melihat pelbagai masalah sosial hari ini, kerana itulah pendidikan awal anak-anak adalah sangat penting. Jatidiri seorang anak itu perlu dibentuk dari akarnya lagi, sedari sekarang.


Tuesday, November 29, 2011

Salam Maal Hijrah 1433H

Saya mungkin terlambat membuat entry ini, tapi lambat daripada tidak ucap langsung adalah berbeza kan. Maka, Selamat menyambut tahun baru 1433H kepada semua. Semoga tahun baru ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya dan moga Allah sentiasa limpahkan rahmat dan kasih sayang Dia kepada kita semua. Berdoalah dengan apa yang dimahukan kerana Allah tidak pernah menghampakan permintaan hamba-hamabNya cuma 1. Dia terus makbulkan doa kita atau 2. Dia tangguhkan pemberianNya kepada suatu masa yang kita tak tahu atau 3. Dia gantikan permintaan kita dengan perkara lagi baik dalam pengetahuanNya.

Saya simpan satu hajat besar, besar bagi sayalah ni kan untuk tahun baru ini saya nak berjaya menyiapkan proposal dan membuat permohonan melanjutkan pelajaran lagi. Allahuakbar. Payah benar rasa jihad nak belajar lagi ini. Nak selak satu halaman jurnalpun rasa susah. Dah cari jurnal, dah cetak, dah bawa foldernya ke sana ke mari, tinggal buka je belum. Moga Allah permudahkan urusan saya. rabbi yassir walatu'assir ya kareem.. Itu belum masuk nak fikir nak buat di universiti mana, nak mohon biasiswa dan pelbagai urusan lagi. Moga urusan awal ini dapat saya siapkan dahulu.




Wednesday, November 2, 2011

Ingatan untuk kita..

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kebesaranNya dan kekuasaanNya, Ia memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir) dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan Ia menurunkan hujan dari langit, lalu Dia hidupkan bumi sesudah matinya dengan hujan itu. Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk memahaminya. 
- surah al-ruum, ayat 24.

Tuesday, October 18, 2011

Friday, October 14, 2011

Di mana kita?

“Semua anak Adam melakukan kesalahan. Sebaik-baik yang melakukan kesalahan itu ialah mereka yang bertaubat” 
(Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, dinilai hasan oleh al-Albani).

Aisyah masa kecil

Khadijah.

Anak-anak ini memang mendamaikan jiwa kan. Saya rindu saat-saat mereka masih bayi..

Friday, August 26, 2011

Salam Aidilfitri 1432H

Selamat balik kampung. Hati-hati dalam perjalanan. Moga hari-hari terakhir Ramadhan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya  (until to the fullest - bak kata mat saleh lah kan :) ). InsyaAllah kami balik Muar esok. Dan gerak ke Kota Tinggi dan raya kedua pulang ke Terengganu. Perjalanan yang panjang pastinya, namun demi meraikan pertemuan keluarga, di mana hari raya beginilah adik-beradik, saudara mara berkumpul, maka gigih juga lah bermusafir. Seronok juga bermusafir ni, banyak pengalaman baru, benda baru dapat dilihat dan dibelajar. Moga perjalanan kami berjalan lancar dan diredhai Allah swt. Saya juga doakan hari raya kalian berjalan lancar dan dalam redha Allah juga.

Aidilfitri itu sendiri membawa maksud kembali kepada fitrah. Banyak yang saya perlu muhasabah ini, banyak yang tersasar contohnya dalam pembelian baju raya anak-anak dan saya sendiri. Huhu beli secara berperingkat, akhir sekali sedar ia seolah melebihi keperluan. Mm..alasan takpelah setahun sekali je beli itu memang benar tapi, ia mengundang rasa insaf bila terkenangkan saudara seagama yang lebih memerlukan, bukan soal baju raya tapi soal apa nak makan untuk berbuka. Allahuakbar. Ampunkanlah hambaMu ini duhai Tuhan. Moga masih ada amal jariah yang kami lakukan dihitung sebagai timbangan kelak. Bab kuih raya, Alhamdulillah tahun ini berjaya mengurangkannya, pengalaman beberapa tahun ini asyik membazir memang memberi erti besar. Selain beli untuk dibawa pulang ke kampung, tinggal sebekas dua sahaja di rumah, itupun Aisyah dah hampir habiskan satu balang biskut samprit. I wonder bagaimana dia suka biskut tu? Tapi, saya pun suka juga biskut samprit Dahlia. Oh all time favorite tu kalau mak saya buat masa kecil-kecil dulu. So like mother like daughter lah kan..Hihi.

Banyak lagi sudut yang boleh diperbaiki, bukan dari segi material yang nampak sahaja. Cuba hitung pula berapa banyak bangun malam dan doa serta helaian Al-quran yang dibaca? Juga sedekah yang diberikan? Saya tanya pada diri saya sebenarnya ini. Allahuakbar. Bagaimana menghayati syukur pada segala nikmatNya ini? 

Jadi, bagaimana kita ingin kembali ke fitrah seorang hamba setelah menerima tarbiyah Ramadhan sepanjang sebulan ini? Moga lahirlah insan yang lebih baik dari sebelumnya agar dapat menjadi bekal sebelas bulan lagi yang mendatang sebelum ketemu madrasah Ramadhan lagi. Jika Allah masih panjangkan umur kita.

Salam Aidilfitri 1432H. Saya mohon maaf di atas segala kekurangan dan kesilapan saya sepanjang menulis di blog ini. Moga dapat ketemu lagi pada masa akan datang.


Saturday, May 7, 2011

I love you mom..

Untuk emak yang disayangi!

sumber:google
Anak-anak penyejuk hati..

Aisyah bersama semangkuk honeystars..

Adikpun sama..

Dan ini mangkuk yang kedua dengan coco krunch pula..
Terima kasih Allah kerana mengizinkan semuanya berlaku. Saya bersyukur di atas segala nikmat yang Engkau berikan ini baik rezeki, suami, anak-anak, ibubapa, kerjaya dan segalanya. Segalanya ada peranan dan penglibatan tersendiri dalam kehidupan saya.

Anak-anak, andai ummi sudah tidak mampu menjadi pelindung kalian suatu hari nanti, sudilah pula menjadi tempat berlindung ummi.. Sebagaimana tidak pernah luput doa selepas solat agar Allah ampunkan dosa-dosa ibubapa dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku semasa kecil, ummi berharap ia juga tidak akan luput dalam doa anak-anak juga.

Tuesday, April 5, 2011

Lost and Found

Almost lost my patience, but Allah gave me new strength.
What a hectic weeks.
I wish for more smooth sailing days onwards..
May Allah Bless us all!

A Success is not a destination, it's a journey! -quoted from whom? - lupa lah..haha

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul dan aktiviti kami

Kami menghabiskan masa di rumah sahaja. Menonton pengisian di MHI, kemudian bersambung ke Al-Kulliyah dan Jejak Rasul di TV3. Menonton sambil-sambil melayan anak-anak ni. Si Aisyah dengan buku dia, Khadijah dengan asyik nak mengunyah je, betul sampai kami cakap, 'adik, cukup-cukuplah makan tu', sebab dia asyik buka peti ais dan bekas biskut dan sempat potty trained dia separuh hari. Good job dear!

Cinta Rasulullah.
Moga-moga makin bertambah rasa cinta kita pada baginda Rasulullah saw. Banyak caranya untuk menzahirkan rasa cinta pada baginda dan paling mudah dengan berselawat dan membuat segala perkara yang menjadi sunnah Rasulullah. Ustaz di Al-Kuliyyah tadi cakap,paling mudah nak ikut sunnah baginda ialah dengan sentiasa berbuat sesuatu menggunakan tangan kanan. Mudah, kan. Sabda Nabi 'Orang yang paling dekat dengan aku ialah orang yang paling banyak berselawat padaku'. Marilah sama-sama kita ambil peluang untuk mendapat syafaat Rasulullah agar ia dapat membantu kita di padang mashyar kelak. Janganlah disebabkan kita tak mampu buat banyak maka kita tidak buat langsung. Ada satu riwayat dinyatakan 'Pada suatu hari, sahabat melihat Rasulullah menangis lalu bertanya ''wahai Rasulullah, kenapa kamu menangis?'' Rasulullah menjawab, ''aku menangis kerana aku rindukan saudaraku''. Sahabat bertanya lagi, ''bukankah kami ini saudaramu?'' Rasulullah menjawab ''Kamu adalah sahabatku, saudaraku adalah mereka yang mengingatiku walaupun tidak pernah berjumpa denganku''. Begitulah lebih kurang riwayat yang saya dengar, dan lihatlah betapa cinta dan rindunya baginda pada kita, yang Rasulullah gambarkan sebagai saudara baginda, umat baginda yang tidak pernah baginda jumpa. Tidakkah kita ingin menjadi sebahagian saudara baginda? Juga diriwayatkan bagaimana di akhir hayat baginda, baginda tetap memikirkan tentang umat-umat baginda dengan mengucapkan ''ummati, ummati, ummati..''. Allahuakbar. Tinggi sungguh peribadi baginda. Marilah sama-sama kita menguatkan lagi rasa cinta dan ingatan kita pada Rasulullah.Moga Allah merahmati baginda dan kita semua. InsyaAllah.

p/s: budak dua orang itu tengah nap petang. Tadi janji nak bawa ke playground petang ini, aisyah nak main swing. InsyaAllah nak, jika tak hujan kita pergi ya. Sebab itu saya boleh update blog :)

Monday, December 6, 2010

Selamat Tahun Baru 1432H

Semoga tahun baru memberikan semangat dan keazaman baru buat kita semua dalam melayari kehidupan yang cuma persinggahan ini. Destinasi akhir belum tentu bila tiba, namun persiapkanlah diri kita seolah-olah akan meninggalkannya esok hari dan bekerjalah seolah-olah akan hidup seribu tahun lagi. Moga Allah sentiasa memberkati hidup kita dunia dan akhirat.

Salam Tahun Baru 1432H.

Tuesday, November 2, 2010

Cetusan itu...

Saya patut berterima kasih pada seseeorang atas apa yang berlaku petang semalam. Perasaan itu membuatkan saya menginsafi kelemahan diri. Saya ini terlalu kerdil di sisiNya. Dan memang betullah Allah nak uji kita bukan hanya dengan kesenangan, juga bukan dengan kesakitan tapi juga dengan datangnya anasir-anasir luar dalam diri kita. Tugas syaitan terkutuk itu memang sudah jelas, dia ada janji dengan Allah sejak azali lagi, jika Allah izinkan mereka berbuat sesuatu, maka tiada siapa dapat menghalangnya. Allah timpakan ia pada kita sebagai satu bentuk ujian. Bukankah semakin tinggi iman seseorang itu, makin besar ujianNya? Namun, bukanlah saya yang tinggi iman itu. Saya hanya insan kerdil yang terlalu daif sebenarnya. Banyak lalai dan alpa dengan nikmat sementara yang dipinjamkan ini. I got this kind of distractions for quite sometimes and yet i've neglected it and thought it's only some sort of emotional imbalances. But then i've forgotten that i didnt do anything to overcome it. Until somebody talked to me yesterday and made me believed that it's not an ordinary thing and i've to be cautious with it. Dear Allah, do forgive me for all my sins and do help me to go through this.

Susah nak cerita lanjut. Apapun ia membuatkan saya lagi percaya bahawa Allah itu Maha Besar dan Maha Berkuasa. Dalam perjalanan balik semalam, saya buka radio dan sempatlah mengikuti siaran keluarga sakinah di radio ikim yang sememangnya saya nantikan setiap petang isnin kerana ia memaparkan bualbicara dengan Prof. Dr Sidek Baba. Seorang tokoh yang sangat saya hormati dan kagumi sejak di persada kampus lagi. Bicaranya penuh santun, cair hati ini mendengar pesanan seorang ayah. Dan semalam dia nyatakan cetusan itu lahir dalam pelbagai keadaan. Ia menambahkan rasa kerdilnya diri ini. Terima kasih Allah kerana Engkau berikan cetusan ini dalam susunan yang sangat cantik, tersusun dan terus terkesan di hati. Luasnya kasih sayangMu ya Allah..

Friday, September 3, 2010

Hampir Pergi...

Oh Ramadhan hampir berlalu pergi.
Namun, terasa diri masih belum puas dengan tarbiyyah Ramadhan ini.
Banyak sungguh lompangnya..
Ya Tuhan, moga masih ada rahmat kasih sayangMu padaku..
Sama-samalah kita meraikan malam-malam terakhir Ramadhan ini dengan banyak
bertaubat dan mencari keampunan, rahmat dan kasih sayang Allah.
Jom kita qiyammullail!..

Friday, August 20, 2010

Ramadhan..

Ya minggu yang sangat hectic. Memenuhi tuntutan tugas, tanggungjawab pada keluarga, pada diri dan pada orang-orang di sekeliling. I've started my day dengan niat dan doa nak buat kebaikan. Sebanyak mana  mungkin kebaikan. And it ended well. Sometimes, i missed to sit dan think what i've been doing all this while. Kerja, kerja dan lupa nak muhasabah. Bukan lupa juga, more on melihat dari sesetengah sudut sahaja. Ramadhan ini bulan mendidik jiwa. Ya saya nak mendidik jiwa saya supaya lebih lembut, lebih beriman dan lebih dekat di sisiNya. Kekadang we tend to forget that the tiniest things we did in our lives also have big impacts.

Saya hambaMu yang lemah oh Tuhan!
Moga roh Ramadhan meresap dalam diri ini...Amin.

Tuesday, August 10, 2010

Check up 9/8/10 dan Selamat Berpuasa..

Semalam Khadijah ada appointment di Klinik Pead Hosp. Serdang. Dah lama bertangguh disebabkan chicken pox yang dialami beberapa minggu lepas. Berat 10.2 kg. Doktor cakap berat dia naik banyak berbanding masa last check up, doktor cakap tak payah jumpa dietician lagi (fuh lega..) dan next appointment jan 2011. Katanya kalau masa next appointment tu nampak kesihatan khadijah ok, mungkin tak payah follow up dah lah lepas ni. Oh happynya dengar. Bunyi macam sekejap je kan jumpa doktor tapi hampir pukul 1 petang gak lah baru sampai office semula.

Ini ada beberapa gambar latest anak-anak.

Khadijah yang serius. Rambut belum gunting lagi masa ni. Sekarang dah gunting ya. Semua gambar ni masa hantar makabah kami ke menunaikan umrah di KLIA minggu lepas.

Aisyah merajuk sebab dia nak roti bakar, tapi cashier tu cakap belum jual lagi. Kesian dia..

Ha ni ceria dah semula..

Akhir sekali, inilah mankabah saya. Rindulah kat mereka. Saya ni hampir tiap hari call mak, sekarang ni rasa sunyi pula. Ini baru perpisahan sementara kan.. moga mereka selamat kembali ke tanahair. Amin.

Esok kita akan mula berpuasa. Selamat berpuasa semua. Moga Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan yang lebih baik dan marilah sama-sama kita mengimarahkan bulan yang mulia ini dengan memperbanyakkan amal kebajikan kerana pahala dan ganjarannya berlipat ganda, moga bulan ini juga dapat mengekang hawa nafsu dan mendidik jiwa kita supaya lebih dekat kepada sang Pencipta.



Thursday, April 1, 2010

Peronda maksiat. Nak?..

Mungkin berkata perkara benar itu mengundang rasa marah orang lain, menggugat rasa pemilik hati-hati lain, tapi saya buang rasa bersalah itu tepi-tepi dalam diam sebab saya bercakap perkara yang benar. Memang susah nak buat segalanya baik, tapi tuntutan memberitahu tetap ada di setiap bahu kita kan. Memanglah mati nanti, kubur lain-lain. Biarlah yang nak kata, jangan Allah persoalkan saya kelak kenapa tidak menegur. Menegur juga banyak caranya, mungkin ini cara saya, melontar persoalan sebagai kiasan, bagai menarik benang dari tepung, jangan sampai tepung berserakan. Fuhh menitik peluh.

Berlapang dada itu adalah paling afdhal kan. Eh saya teringat satu perkara masa saya ke Acheh dulu. Teringat sebab pagi tadi, masa dengar forum rakyat di Radio IKIM tadi, tajuknya pasal bagaimana mengatasi gejala sosial dengan kadar segera. Lepas itu, Ustaz Rosmaini telefon dan beri cadangan buat seperti apa kerajaan Acheh buat. Itu buat saya teringat ni, kata Ustaz tadi di Acheh, ada peronda berkawal di sekitar tempat-tempat berkaitan yang boleh mengundang anak-anak muda buat maksiat. Haa memang betul tu, kami sempat pergi melawat di sekitar pantai nama apa entah pada waktu petang. Di sepanjang jalan itu, ada peniaga menjual jagung bakar, bau nya sungguh menusuk jiwa.. haha, dan kami pun beli juga merasa. Ada lah kerusi disediakan untuk makan, tapi kami pusing-pusing dengan kereta sahaja. Bilamana datang trak-trak peronda ni, adalah 2-3 buah, siap perondanya pakai baju uniform warna hijau pekat ala-ala tentera kita tu, ada lelaki ada perempuan. Bila trak tu lalu je berdekatan jalan, pasangan yang tadi dok dekat-dekat, boleh pula jarakkan diri, yang tadi duk berpeluk pinggang, boleh pula leraikan. Hmm..memang terkawal suasananya. Katanya mereka berkawal sampai malam hari. Kami juga diberitahu, Acheh wajibkan wanita sana memakai tudung. memang boleh nampak, hampir keseluruhannya. Pemandu kami beritahu, jika yang tak pakai tudung itu, mungkin datang dari provensi lain.

Ada benarnya dan berasas cadangan Ustaz Rosmaini tadi agar ianya boleh diimplementasi di Malaysia. Tapi, nak ke kerajaan kita buat?? Nanti ada pula yang bagi alasan, ia hanya akan menakutkan pelancong-pelancong asing dan seterusnya menurunkan kadar ekonomi di negara kita. Siapa nak jawab tu?

Kita ni takut benar kan, dah jadi macam orang yang tak yakin dengan Allah pun ya, kan Allah dah kata, Dia sentiasa berada dengan orang yang benar, kan. Kalau kita buat sesuatu yang baik dan bertawakal mohon pada Allah agar diberikan balasan yang baik, mesti Allah tolong kita. Tapi, kalau kita abaikan Allah, bagaimana Dia nak tolong kita?