Sunday, December 26, 2010

Happy 4th birthday dear!

26 December 2010 is her 4th birthday for Aisyah. How fast time flies.
I bought a cake for her. A set of books for her birthday present and on top of that, she's celebrating her birthday up at the highland of Cameron.Wow I've never had one before. Hihi.. Whatever it is, Abah and Ummi are always praying for your best health, best in everything you do and be a good muslimah and daughter. You are our precious sweetheart forever.

2007

2007
Langkawi 2008
At Cameron Highland - Feb 2009
Aidilfitri 2009
2009
A lovely sisters - 2009
I love both of you! - 2009
My big girl!
Last Day at Taski - Nov 2010
She asked for a spectacle (i bet most of the kids want this fancy spectacle) for a birthday gift and a love shaped birthday cake. Oh dear, but i have ordered for a blackforest cake and other present for her. It's ok dear. You might get those things not necessarily on your birthday. Happy 4th Birthday once again Aisyah Humaira'

Friday, December 24, 2010

The spirit

Lately, in the midst of busyness, there's something bothered myself. I kept thinking of for how long can i survive handling administration works. I'm envied those people at the conference, they were there to present their work and i was there working for the conference to succeed. What did i gain? and what battle i lost?

2010 has come towards the end. I should start thinking of what should i achieve in the upcoming year. I have been advised (a lot actually) to re-align myself. Huh in other words, to find a better carrier prospect in the future. Now i think it does make sense. Yes, i am not that ambitious person to be true. I have rejected the PTD offer, I actually do not know what to do with the master degree - i mean i am not certain yet of should i be a researcher or a lecturer. I have enjoyed myself in this comfort zone. I am afraid of venturing new path, afraid of the failure, afraid of the new environment perhaps, but i love to be challenged and yet i have been devoted to my work more than I've expected i can do. I have passed the barrier actually (which i've set up for myself) and surprised that i managed to do it. Thank you very much to the former boss for trusting in me, for guiding me in a lot of ways. I am now very looking forward for a new start. Yes a new chapter.

Because of that, 2011 will be a year I want to challenge myself. But the resolutions will be kept to myself only :) I will only reveal it once it has done. Haha another lame excuse.. Ok lets start muhasabah our self first. And leave to Allah for the best. Only He knows the best. Definitely.


p/s: i need to start writing a paper to be sent to the journal soon. Please pray for a success friends..I've been postponed it for a year i think.

Tuesday, December 21, 2010

Bukit Tinggi

Here we go! Gambar-gambar di Bukit Tinggi. Baca caption je lah ya.

Masing-masing berebut nak bagi rabbit makan.

Tengok tu masing-masing khusyuk je tengah tengok rabbit di belakang batu besar tu..
Sekali..bila rabbit tu berjalan, menjerit budak-budak tu melarikan diri..hihi..tengok aksi khadijah sedang melarikan diri..
Ok dah puas layan rabbit, pergi tengok donkey pula. Tokki mereka sedang melayan cucu-cucu. Khadijah tu penakut amat, taknak dekat pun dengan donkey tu..

Welcome to Colmar Tropicale!
Kihkih..semua orang gelak bila tetiba budak kecik dua orang tu buat aksi sedemikian. Sebelah tu Anas, sepupu mereka.

Sangat scenery dengan cuaca redup, sejuk nyaman je..Subhanallah.

Swan. Muaz cuba bagi tangan dia, sekali swan tu gigit. Puas fikir dalam BM swan tu apa. Dah balik baru ingat swan tu burung undan.

Acara ambil belon dengan clown ni memang wajib lah kalau terserempak dengan clown. Budak-budak ni pun dah tahu. Gigih tu kekadang beratur nak tunggu belon. Kalau tak layan kan, tahanlah dengar mereka merengek nanti..

Japanese Garden
Boleh tahan tingginya mendaki. Mujur cuaca nyaman je. Khadijah dah tukar baju sebab dia tergolek jatuh masa main buaian kat Rabbit park, habis comot. Mujur spare baju banyak. Masa ni sebenarnya ada gerimis juga,sebab tu suruh bebudak tu pakai tudung. Bila ada mereka berempat ni, memang jadi eyes of attraction lah kami. Sebab orang dok perhati gelagat mereka.

Aisyah and ballon.Dia request nak belon love dengan flower, mujur clown tu layankan aje. Tapi dalam gambar ni, yg flower tu dah tanggal, tinggal yang bentuk love je.

Finally, inilah satu-satunya gambar ummi dengan anak-anak. Aisyah dah penat, dia suruh dukung dia. Sakit pinggang ummi nak, dia je dah 18kg.

Ok tamatlah kisah Bukit Tinggi. Kalau ada kelapangan, nak update cerita kami ke Petrosains KLCC pula. Berjalan-jalan ni memang seronok, terutama anak-anak kecil tapi penatnya pun boleh tahan juga. Tapi, eloklah sesekali bawa anak-anak jalan-jalan ni, biar mereka kenal dan belajar perkara baru. Belajar itu bukan dalam bilik darjah sahaja, banyak yang boleh dipelajari dari alam juga. Allah dah berfirman dalam Al-Quran agar janganlah kita jadi orang yang lupa berfikir apabila melihat kebesaranNya.

Friday, December 17, 2010

Lelah - Bukit Tinggi - Melaka

Kami balik dari Melaka Selasa malam lepas. Sehingga hari ini, lelahnya masih terasa. Malam tadi memenuhi pelawaan ketua lab temankan dia pergi dinner bersama speakers. Pukul 11 malam lebih juga baru tiba rumah. Pagi tadi bawa anak-anak ke Pusat Kesihatan, Khadijah batuk-batuk berlarutan dah 3-4 hari, masih belum reda. Tadi Dr checked lung dia still clear. Ok lega sket dengarnya. Aisyah cirit birit dah banyak hari. Saya risau dia terminum air kolam masa mandi di swimming pool hotel masa di melaka. Juga dah berhari-hari tak baik juga, jadi sebagai rasa bersalah sebab mengabaikan mereka kerana agak sibuk seminggu dua ni, saya bawa mereka untuk dapatkan rawatan. Takut kalau dibiarkan sahaja, lagi teruk jadinya. Hujung ini ini akan jadi minggu istirehat sebelum travel lagi hujung minggu depan. Minggu untuk settlekan perihal rumahtangga dan anak-anak. Weekend untuk huge laundry, house cleaning and shopping juga. Year end sale dah nak habis, kami belum sempat ke kedai manapun, except for Sogo. Itu cari barang lain sambil bawa makabah, ini nak cari barang lain kategori pula. Haha..

Since banyak nak cerita apa berlaku dalam masa beberapa minggu ini, saya cerita bab pergi Bukit Tinggi dulu ya. Tapi malas nak mengarang, jadi layan gambar sahajalah. Seronok juga ke sana, paling happy anak-anak kecil lah kan. Tak berpeluh ketiak walaupun tengahari di sana. Tak rasa pun pergerakan masa, sedar-sedar dah petang. Ok bagi gambar intro dulu ke Bukit Tinggi ya.
Jalan yang berkabus dan curam. Dalam perjalanan pergi, ada kereta hampir jatuh gaung, terbabas agaknya. Memang sejuk udaranya.
Entrance fee. Kalau overnight di sana, dapat free entrance fee, since kami tak bermalam sana, maka kena bayarlah. Budak-budak bawah 4 yrs tak kena bayar k.

Alahai kenapa dengan kahdijah tu? berkerut-kening haa. baru sampai di Rabbit Farm.Gambar lain next entry ya.

Friday, December 10, 2010

Pra-konferensi

Hari-hari terakhir sebelum konferensi antarabangsa bermula Isnin ini.
Memang sibuk semua orang. Dah berapa hari balik lambat dan hari ini mula rasa tak sedap badan.
Simptom nak demam, nak dapat selsema, sakit tekak dah ada ni.

Moga-moga dipermudahkan segalanya.
Adatlah bila dah ramai ni, macam-macam hal berlaku.
Adat bekerjalah kan. Harap masing-masing tak simpan dalam hati.

All the best untuk semua jawatankuasa.
Jumpa di ICMER 2010, Melaka.

Monday, December 6, 2010

Selamat Tahun Baru 1432H

Semoga tahun baru memberikan semangat dan keazaman baru buat kita semua dalam melayari kehidupan yang cuma persinggahan ini. Destinasi akhir belum tentu bila tiba, namun persiapkanlah diri kita seolah-olah akan meninggalkannya esok hari dan bekerjalah seolah-olah akan hidup seribu tahun lagi. Moga Allah sentiasa memberkati hidup kita dunia dan akhirat.

Salam Tahun Baru 1432H.

Friday, December 3, 2010

Show me the way...

Oh sungguh tak suka perasaan ini. Cakap untuk pasrah je terima memang senang daripada seluruh hati nak menerimanya. Kalau hati ini boleh dikawal macam tu sahaja, mesti boleh kan. Tapi hati ini pun ada perasaan juga. eh apalah ku melalut ni. Terasa nyaman bila dapat dengar lagu InsyaAllah dari Maher Zain. Mudah-mudahan Kau lembutkanlah hati ini Ya Allah. Biar segala resah dan gusar itu cepat berlalu pergi.

Moga minggu depan dapat bermula dengan semangat, tenaga dan harapan baru. Juga doa untuk semua sahabat yang terlibat. You know who you are!. Jom kita bercuti! Yeay we're off to Bukit Tinggi esok. Apa ada di sana? Takpelah saja bawa anak-anak jalan-jalan...

Wednesday, December 1, 2010

Your premature baby

Saya sedang menghabiskan halaman-halaman terakhir buku ini. Your premature baby - the first five years. By Nikki Bradford. Sungguh informative buku ini. Almost complete. Sejak mula membacanya, seolah-olah saya refresh balik waktu-waktu awal kelahiran khadijah dulu. Ceritanya sama, olahan saja mungkin berbeza. Dan saya dapati cadangan untuk make contact dengan prem baby by kaedah kangaroo care itu tidak pernah berlaku pada saya. Saya rasa sebab agaknya nurse kita pu segan kot nak buat macam tu. Kalau nak kanggaroo care, kena masuk bilik asing, kan susah sebab baby on machine je kan. Kalau di NICU Hosp Serdang ni, semua ventilator ada di ruang legar luar, parents semua boleh masuk. Tak banyak yang private room. Isolated rooms hanya untuk kes-kes infection dan lain-lain. Takkan nak buka baju kat ruang tengah tu kan. Pandangan saya je lah tu. Tak tahulah if after 2 years now they have practice it. Apapun, ia tidaklah necessary. Dengan sentuhan, belaian, urutan juga sudah boleh merangsang baby, biar baby tahu kehadiran kita. Yes memang i was like reflecting back the momentous time in my life.

I totally agree with the above statement. Saya dah hilang semua gambar stok susu yg penuh peti dulu. Sebab external hard disk corrupted. Tapi saya masih ingat hari-hari yang panjang itu selama 71 hari ulang-alik hospital tak pernah miss, untuk hantar bekalan susu untuk si anak yang sedang berjuang.The paed sangat menggalakkan terus mengepam susu untuk bagi pada baby. Berat khadijah naik steadily dari 0.768kg ke 1.8kg dalam masa lebih kurang 57 hari kot (sebab tolak lebih kurang 2 minggu pertama sebab dia kena puasa - on ventilator). Kira cepatlah tu dapat balik rumah. Berat 0.768 kg tu sebab kena puasa tu lah.  Apapun Alhamdulillah.

My premature babies.

And here are my two my precious babies. Aisyah was born at 37 wks with 2.22kg (classified prem since those babies born below 38 wks but not as crucial compared to below 31 wks) and Khadijah was born at 29 wks with 0.934kg.
Sedang enjoying their ais krim. Aisyah 17.5 kg, Khadijah 11 kg sekarang.


Tapi tidaklah kami treat aisyah itu sebagai prem. Dia kira full term baby juga instead of saya bersalin kan dia awal sebulan dari due date nya. Supposednya aisyah lahir akhir januari 2007, jika ia terjadi, dia akan sebaya dengan 2 orang sepupunya tapi sebab dia keluar awal, maka tak sama tahun walaupun hakikatnya lebih kurang je. eh faham ke ayat saya ni? huhu.. Khadijah ni memang betul prem lah. Tanda kelahiran memang sama, iaitu water beg pecah dulu. Saya nak pregnant lagi ni, tapi saya macam sort of trauma pun ada. Setiap kali ingat balik, macam taknak dah ulang lagi. Dalam buku di atas pun sebut, Nanti saya discuss pasal tu lain entry ya. Saya tengah cari maklumat regarding premature labour ni, since dua-dua anak saya lahir awal tak lepas 38 wks, probability is high untuk kelahiran seterusnya. Walaupun tak semestinya berlaku lagi, tapi berhati-hati itu harus kan. Dan belum sempat meluangkan masa pergi jumpa gynae..hihi tunggu habiskan disember dulu lah kot. 2011 is another year to cherish. InsyaAllah jika panjang umur. Ok masih ada 30 hari 2010 untuk dimanfaatkan. Jom kita manfaatkannya dengan perkara yang berfaedah ya.

p/s: Aisyah gonna be 4 years old this 26th. Hadiah dah ada. Kek kena tempah lah. Venue? rasa macam di Tanah tinggi waktu itu. Wah jauhnya kakak celebrate birthday nanti dan ramai yang ada. Harus ummi tempah kek besar ni. Tapi boleh kah sempat sampai atas dengan sturuktur kek yang tak berubah?. Ummi tak jadi beli kek princess lah kalau macam tu ya kakak.. hihi.. cheers! :)

Monday, November 29, 2010

Entry tertangguh

Tajuk entah apa-apa. Sebab rasa macam banyak nak cerita tapi tetiba tergantung. Oh ya nak cerita balik dari kampung tu ahad lepas kami tempuh jammed di exit nak keluat LPT dan pergerakan slow sampailah ke tol Gombak. Sampai rumah jam 9.30 malam. - itu ditulis pada isnin minggu lepas pastu simpan jadi draf. Ini baru sambung semula.

Sabtu lepas kami ke MAHA 2010. Gigih keluar rumah pukul 9 pagi, tu pun tempuh jam juga. Nak balik pun tempuh jam 1 jam. Gambar takde sebab masing-masing dah tak kuasa nak layan. Bebudak ni pun kepenatan. Dah lah sekarang ni musim panas hujan kan. Tengaharinya panas sungguh pastu petang hujan lebat.  Balik dah kepenatan, ingat malam nak keluar tapi masing-masing dah tak larat. Ahad pula, pagi-pagi dah keluar pergi carefour, pastu balik rumah, khadijah tidur. Tunggu dia bangun nak pergi kenduri kahwin anak bos. Balik dari kenduri, heading ke Bangi nak tengok rumah tapi hujan lebat pula. Singgah manjaku beli diapers khadijah. Pastu singgah Giant beli susu pula. Balik rumah. Lepas maghrib keluar makan pula sebab tak larat dah nak masak. Oh sebelum maghrib tu sempat mop rumah ok. Tu yang macam habis tenaga semua. Lepas makan pergi klinik untuk check tonsil khadijah. Kami nampak ia macam besar dan ada putih-putih. Alhamdulillah doktor cakap itu petanda baik, maknanya antibodi tengah fight. Nanti ia akan hilang. Risau juga tengok tonsil dia, baru jumaat lepas pergi klinik sebab dia demam panas tetiba. Rupanya sebab tonsil dia bengkak amat. Kalau tengok dari mata kasar, hanya muat jari kelingking dia je ruang antara tonsil dengan saluran pernafasan/ makanan dia.


Alolo.. anak sape lah ni. Kontrol ayu lagi tu atas buaian..

Mm..si kakak pula asyik nak buat peace je bila diajak bergambar.

Ha ni gambar khadijah yang kebosanan dah stranded dalam jam. Kat luar tu area pukul 6 petang lebih. Di LPT area nak exit tol. Layan lah makan segala apa yang ada dalam kereta. Nasib baik bawa bekal macam-macam.

Cuba tengok lampu kereta tu. Panjang sampai ke atas bukit sana. Tengok jam di kereta jam 7.34 malam.
Minggu depan dan seterusnya akan jadi lagi memenatkan. Mula-mula akan ke Bukit Tinggi, kemudian Melaka, rest satu minggu dan seterusnya ke Cameron Highland. Itu tak campur yang acara spontan lagi. Kerja-kerja di pejabat menjelang akhir tahun juga banyak. Lagi berganda jika benar reshuffle pegawai akan dilaksanakan. Saya suka di lab saya sekarang. Tak nak pindah boleh? huhu.. ok ok pasrah dah ni.


Wednesday, November 24, 2010

Al Fatihah buat Allahyarham Hamidi Hassan

Awal pagi tadi saya bermimpi menziarah K Eda bersama rakan. Memziarah kerana suaminya, juga sahabat kami meninggal dunia. Tersentak saya dari tidur. Dalam masih mamai itu, tiba-tiba kedengaran sms diterima di handphone. Saya baca dan lagi tersentak sebab ia merupakan makluman yang sahabat kami itu, saudara Hamidi Hasaan atau lebih dikenali dengan panggilan abg Kusan telah kembali dijemput Ilahi. Allahuakbar. Saya khabarkan pada suami, rupanya dia sudah pun menerima kiriman dan panggilan sebelum saya.

Sekalung alfatihah buat allahyarham. Arwah yang saya kenali sejak zaman universiti merupakan seorang yang tabah. Banyak benar dugaan, ujian yang dia lalui. Turun dan naik kehidupan yang kami sendiri rasa tak mampu untuk dihadapi namun dia tetap dia. Seorang yang sangat humble, mungkin keras hati sebab dia ada pendirian sendiri. Mungkin ramai yang persoalkan apabila dia tidak menamatkan pengajian ijazahnya suatu masa dahulu untuk menceburi perniagaan. Namun, arwah seorang yang baik. Suami selalu puji dia pandai masak masakan cina sebab arwah berketurunan cina. Masih ingat ketika kami baru pindah ke rumah sewa sekarang, arwah dan isteri merupakan jiran belakang rumah kami sebelum mereka pulang ke Ipoh. Saya masih ingat masa arwah temankan suami (masa itu sebelum kahwin lagi) ke rumah kakak saya untuk sesi perkenalan. Dan terakhir kali, kami jumpa di rumah pak ayob beberapa bulan lepas. Arwah sudah lain benar, sangat kurus namun sikapnya sama seperti dulu. Arwah menghidap kanser. Kanser yang bermula dari hidung dan seterusnya merebak ke otak arwah. Moga Allah tempatkan arwah di kalangan para solihin. Dan Ya Allah, berilah ketabahan yang hebat juga untuk isteri dan anak-anaknya menghadapi kehidupan mendatang.

Saya begitu teringin nak menziarahi arwah, sejak minggu lepas, sehari sebelum aidiladha apabila kami dimaklumkan arwah dimasukkan ke hospital dan dimaklumkan tiada harapan untuk sembuh. Perancangannya hujung minggu ini kami nak ke sana memandangkan sepanjang minggu lepas kami di terengganu. Namun, perancangan Allah itu lagi hebat. InsyaAllah suami dan rakan-rakan lelakinya akan ke sana. Saya nak ikut tapi suami minta saya di sini sahaja :(

Sahabat-sahabat, sedekahkan lah al-fatihah buat allahyarham Hamidi Hasaan.

Thursday, November 18, 2010

Salam Aidiladha 1431H

Masih belum terlambat rasanya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua pembaca. Kami beraya di Terengganu sekarang. Masa solat hari raya semalam, saya bawa dua budak kecik tu solat bersama di surau. Alhamdulillah mereka behaved lah, kira lulus lah untuk bawa pergi masjid pula. Tapi sebelum ni pun, masa kami berhenti di RnR di highway, mereka dah mula ikut saya pergi solat sama. Biasakan mereka, jika tidak lagi lah masa kami berhenti sebab nak kena bergilir-gilir sembahyang. Gambar takde sebab tak bawa kamera, kelam kabut dah sebab takut terlewat. Pergi pun jalan kaki je sebab surau dekat dengan rumah makabah ni.

Makabah masuk 2 bahagian korban tahun ini. Semalam petang pula bergotong-royong acara potong daging. Lenguh tangan ok. Raya Haji tahun ini jugalah raya haji pertama arwah tok takde. Balik kali ini, memang teringat-ingat sangat dengan dia, terbayang-bayang dia ada kat rumah ayah ngah. Biasanya tok lah sibuk masa acara agihkan daging ni. Ia memang acara tahunan. Malam nanti ada buat kenduri tahlil. Pagi ini akan bergotong royong masak pula.

Kesian adik yang seorang itu tak dapat balik raya sebab tengah berjuang menghadapi final exam. Takpe wan, makan daging boleh bila-bila je. Adat belajarlah, kakakmu yang sorang ni pun pernah juga berhari raya di perantauan (perantauan lah sangat tu kan..haha).

Saturday, November 13, 2010

Horse

Minggu lepas, kami bawa anak-anak ke Pusat Equine Univ. Seronok diaorang ni dapat tengok horse secara live. Sebelum tu ke fak. veterinar, aisyah complained horse bau busuk. Haha lepas tu singgah Pusat Equine pula. Banyak rupanya kuda kat sini, dalam 20 ekor ada rasanya. Ia dibuka juga untuk training. RM100 untuk student dan RM200 untuk staf dengan 8 kali sesi belajar. Erk takdelah saya nak belajar pun, ingatkan ada kelas untuk kanak-kanak tapi di sini tiada. Aisyah ok lah daripada khadijah yang menangis tak ingatnya. Tapi Aisyah takut-takut juga mulanya, suh dia naik atas kuda, tapi mahunya dia nak. Dia hanya gosok-gosok kepala kuda tu, tapi bila balik rumah, bukan main kecoh lagi cakap dia pegang kuda. Hihi sampai hari ni dia dok sebut lagi sambil bagitahu, ummi lain kali kita pergi tengok horse, kita bawa carrot ya, ummi potong-potong pastu kita bagi makan k. Masa kami di sana hari tu, ada seorang staf tu bagitahu lain kali datang bawa carrot, kuda suka makan. Itu yang dia ingat tu. Tapi kami tak ambil gambar semua kuda pun, malas nak pusing lagi sekali kat kandang tu.

Ini antara kuda yang ada, kuda ni nama Hobo. Baru habis riding oleh salah seorang staf sebelum tu. Kuda ni friendly, bila pergi usap dia, dia siap nak lentuk dekat kita lagi, sebab tu bukan takat anak yang takut, mak diaorang pun sama lari..haha.. Kuda warna kekuningan tu dimaklumkan garang, jadi kami tak berani dekat sebab katanya ia suka mengigit. Kan fobia terus bebudak ni dengan kuda pula nanti..

Tengoklah khadijah pegang erat umminya, aisyah pun takut-takut. Ingatkan nak posing sebelah kuda, sekali dia alih posisi pula. Ha scene selepas gambar ini diambil ialah kami undur belakang jauh-jauh.. :p
Oh gambar ini tiada kaitan dengan kuda. Masa transfer gambar, tengok ada gambar ni. Ini kerja aisyah lah. Motif gambar - mungkin dia nak snap selipar dia kot... haha..

Apapun, semua happy time tu. Saya rasa bagus juga encourage anak-anak pada nature. Saya ada dengar dekat pusat equine royal selangor ada facilities untuk kanak-kanak, RM20 untuk 30 minutes sesi dengan kuda. Eh ya ke RM20? rasa-rasa macam betul dah, lupa pula dah ni.. Minggu depan kami balik kampung sempena aidiladha. Anak-anak ni kalau balik rumah Nenek mereka memang riuhlah, kejap-kejap nak bagi makan cat, kejap-kejap nak bagi makan fish. Pengsan kekenyangan fish kat umah tu..hihi.. Emm..tak sabarnya nak balik kampung...yeay..yeay..(haha mak mereka pula yang over, kan..)

Thursday, November 11, 2010

Klinik ENT - 10/11/10

Ke Klinik ENT Hospital Serdang lagi kami semalam. Appointment follow-up Khadijah dengan Dr. Shuba, speacialist. Ini berkaitan dengan hidung dia macam ada bunyi snoring, perlahan je bunyi tu tapi bila duduk dekat dia, memang boleh dengar. Sekarang ni dah tak selalu, kekadang je dengar, nak klasifikasi time bila pun payah. Dr memang cakap tonsil dia besar, maybe extra big lah untuk dia agaknya. Cuma Dr cakap biasa pada umur macam dia, then slowly akan mengecut bila umur bertambah. Tetapi, jika ia menghalang khadijah makan, maksudnya susah nak swallow food atau kerap selsema, demam, batuk, juga jika sukar bernafas dan nak bernafas ikut mulut most of the time, then tonsil tu patut dibuang. Erk boleh faham ke? Saya pun ambil masa nak digest apa Dr. Shuba - indian lady tu cakap. Hihi sorry Dr tapi saya jelas dengan penerangan Dr yang berulang kali tadi. So, dia pun taknak buat operation sebab khadijah masih kecik, lagilah mak dia ni pun taknak benarkan juga, so dia bagi lagi 4 bulan untuk observe semula. She said no point of keeping the tonsil jika ia buat khadijah sentiasa sakit dan tak nak makan. Siap timbang berat, naik 0.7 kg dalam masa 3 bulan. Dr cakap not so bad lah. Hah ya ke ok berat naik banyak tu. Takpelah asal sihat, naik sikitpun takpelah dik. Yang pasti, memang ummi tahu adik makan banyak sekarang ni.

Ok so another appointment mac next year dan kena pergi speech therapy awal januari nanti. Walaupun saya tahu khadijah boleh bercakap walaupun pelat, alah biasalah pada umur baya dia sekarang ni kan dan ada certain huruf dia tak boleh sebut dengan betul, tapi saya excited juga nak pergi teraphy ni. I'm gonna learn something new nanti, tambah pula takde salah pun jika she needs the treatment. Dr Shuba said again, 'i just want to make sure she'll be able to speak properly before going to kindergarten'. Mm..Saya suka Dr Shuba ni tau sebab approach dia macam tu, trying very hard to make us understand the situation. Siap dia tanya masa jumpa paed, semua ok ke paed check. Dan dan tu juga saya cakap paed hanya tanya berat, tanya anak ok ke tak, check dada sket pastu tgk berat naik, cakap ok. If berat tak naik sangat, refer to dietician. No more than that. Believd me, that was happened to my daughter lah, maybe dengan patient lain tak sama dan mungkin juga sebab khadijah tak pernah sakit teruk masa pergi regular check-up tu. Masa dia kena pneumonia tempoh hari pun kami bawa ke private. Dr Shuba senyum dan cakap, if there's emergency happen, just bring her to the emergency. She has a record here, they will know what to do. Haha kan kena sedas kat situ. Jika berlaku lagi, mungkin lah kami bawa ke hosp serdang kot, our good friend-paed there takde masa khadijah admitted tempoh hari, so instead of going there, we opt for the private as recommended by the doktor kat pusat kesihatan sini.

Dalam perjalanan balik, khadijah siap leraikan spray hidung dia, buka dan tumpahkan ubat syrup dia atas seat kereta, huhu stress mak nya drive nak sampai ke rumah pengasuh. Sempatlah kena bebel sikit sampai diam tak terkata. Mm..khadijah ni memang takut bila saya marah dia. Dia takut saya tinggalkan dia atau taknak kat dia lagi. Kan saya ada mentioned dia ni clingy amat kan. Jadi, kalau saya marah dia, dia akan datang peluk kaki pastu panggil 'ummi..ummi..' sampai lah kita cakap, ok ok dah dah, cukup menangis dan ambil dukung dia baru ok. Dramatic dia ni. Saya rasa sebab breastfeeding bonding kat situ, dia memang rapat dengan saya tak macam aisyah yang lebih cepat mesra dan mudah berkawan. Kalau tak  nampak ummi, aisyah tak heran biasanya sampai time nak tidur baru cari biasanya. Tapi khadijah ni kalau jumpa orang yang dia tak kenal, siaplah minta dukung atau dia peluk kaki kita atau terus menangis.

Gambar dia makan biskut selepas keluar bilik doktor. Bila nak balik tu, saya cakap kat dia, ok salam doktor, cuba adik tunjuk gigi adik. Boleh pula tu dia nganga luas-luas, padahal sebelum tu masa doktor check dia, dia menangis meraung sampai satu klinik boleh dengar rasanya.

Khadijah yang cuba nak buat peace dengan full hands dia tu.. haha..

Tuesday, November 2, 2010

Cetusan itu...

Saya patut berterima kasih pada seseeorang atas apa yang berlaku petang semalam. Perasaan itu membuatkan saya menginsafi kelemahan diri. Saya ini terlalu kerdil di sisiNya. Dan memang betullah Allah nak uji kita bukan hanya dengan kesenangan, juga bukan dengan kesakitan tapi juga dengan datangnya anasir-anasir luar dalam diri kita. Tugas syaitan terkutuk itu memang sudah jelas, dia ada janji dengan Allah sejak azali lagi, jika Allah izinkan mereka berbuat sesuatu, maka tiada siapa dapat menghalangnya. Allah timpakan ia pada kita sebagai satu bentuk ujian. Bukankah semakin tinggi iman seseorang itu, makin besar ujianNya? Namun, bukanlah saya yang tinggi iman itu. Saya hanya insan kerdil yang terlalu daif sebenarnya. Banyak lalai dan alpa dengan nikmat sementara yang dipinjamkan ini. I got this kind of distractions for quite sometimes and yet i've neglected it and thought it's only some sort of emotional imbalances. But then i've forgotten that i didnt do anything to overcome it. Until somebody talked to me yesterday and made me believed that it's not an ordinary thing and i've to be cautious with it. Dear Allah, do forgive me for all my sins and do help me to go through this.

Susah nak cerita lanjut. Apapun ia membuatkan saya lagi percaya bahawa Allah itu Maha Besar dan Maha Berkuasa. Dalam perjalanan balik semalam, saya buka radio dan sempatlah mengikuti siaran keluarga sakinah di radio ikim yang sememangnya saya nantikan setiap petang isnin kerana ia memaparkan bualbicara dengan Prof. Dr Sidek Baba. Seorang tokoh yang sangat saya hormati dan kagumi sejak di persada kampus lagi. Bicaranya penuh santun, cair hati ini mendengar pesanan seorang ayah. Dan semalam dia nyatakan cetusan itu lahir dalam pelbagai keadaan. Ia menambahkan rasa kerdilnya diri ini. Terima kasih Allah kerana Engkau berikan cetusan ini dalam susunan yang sangat cantik, tersusun dan terus terkesan di hati. Luasnya kasih sayangMu ya Allah..

Monday, November 1, 2010

Ke klinik ENT minggu lepas

Ok kalau ikutkan malas nak cerita kat sini sebab kena spent 4 jam setengah kat sana, alaih-alih tak jadi buat test tu. Boleh imagine macammana stress tak saya berkejaran dengan si kecik lasak Khadijah tu, paksa suh tidur sebab test tu hanya boleh buat bila dia tidur dan taknak tidur-tidur. Cergas yang amat padahal pagi tu dia bangun awal jam 5 pg dan belum tidur selepas tu. Kronologinya sampai hospital daftar bagai dalam pukul 8pg. Pastu nurse cakap klinik buka jam 9pg, jadi kamipun pergilah breakfast lagi sekali, lagi sekali tu sebab kat rumah dah makan. Hanya untuk nak mengisi masa lapang sahaja. Pukul 9pg, nurse bagi ubat tidur kat khadijah. Masa berlalu dan akhirnya jam 11.45 pagi baru dia tertidur. Lepas tu kena tunggu turn pula. Elok je pukul 12.15 tghri jumpa audiologist tu, dia tampal apa yang patut, instinct saya rasa khadijah akan bangun. Memang betul pun, maka tak dapatlah buat test tu. Menangis lah dia sedar-sedar tengah baring kat katil dan orang dok pegang-pegang kepala dia. Saya cakap tak dapat, takpelah saya nak balik, taknak tunggu sebab saya nak kena masuk ofis. Pastu audiologist tu tanya kenapa kena repeat test tu sebab last year dah buat. Alahai manalah saya tahu, saya follow je lah appointment suruh datang ni kan. Cuma saya explain lah masa buat tahun lepas, result memang lulus, tapi graf per second bagi telinga kiri tu naik lambat sket. Pegawai tu cakap, biasanya takpe jika lambat naik asal lulus dan dari observation, anak tu dapat mendengar dan bercakap. Saya bagitahu memang khadijah boleh dengar dan dia boleh bercakap. Dia pun ajak pergi buat another test yang simple je, siap dalam masa 2 minit je, dia test nak tengok telinga khadijah ada blocked ke takde dan dia cakap both telinga ok.

Sebab itulah saya rasa stress sket sebab dah wasted masa dan bila sampai turn, dimaklumkan it's not appropriate pun nak kena buat test tu. Patutlah ada makayah kekadang culas datang appointment kat hospital sebab kekadang menyusahkan mereka dan benda-benda unexpected macam ni lah berlaku. Tapi, saya tak serik. Next week ada lagi appointmnet dengan Paed ENT khadijah, ini untuk kes dia ada snoring and wheezing. Demi kesihatan anak-anak dan selagi belum confirm dia selamat dari sebarang penyakit, maka saya akan sedaya upaya buat untuk kesejahteraan dia. Bebel-bebel juga, tapi lepas tu hilanglah. Haha.. Rasanya untuk tahun ni, next appointment ni lah yang terakhir. Next after that, later on January 2011, appointment dengan Paed khadijah di Klinik Peadiatrik.

Friday, October 29, 2010

Tukar Template..

Hihi tetiba gatal tangan klik sana-sini pastu tukar template.
Mm..ok juga. dah lama niat nak tukar tapi entah kenpa tak buat-buat. Rupanya blogspot pun dah banyak template baru dan not bad lah kan. Saya ni pun bukan suka yang fancy-fancy sangat. Suka yang simple dan senang mata memandang je. Ok tunggulah berapa lama boleh bertahan dengan yang ini sebab beum habis explore. Kan ada masa nak try template lain pula..sebabnya nak try insert gambar tapi malas nak edit gambar tu untuk buat header. Nak cari yang lagi simple.

Wednesday, October 27, 2010

Sape nak ikut g Vietnam?

Saya tak pergi pun nanti. Tolong prepare perkara-perkara untuk bos bawa pergi dan establish connection. Nak establish connection ni sukar sebab takde contact email address yang valid. Bila buka webpage seperti alamat tertera, yang keluarnya webpage under construction. Try send email berkali-kali, dapat notification failed, delayed etc. Dan petang semalam bos besar marah kat pegawai sebab tak buat kerja. Aik? terima sajalah nampaknya. Ok ada misi penting kena buat setibanya ke ofis nanti ni.

Siapa cakap buat kerja admin. ni senang. Tugasan yang non-stop. Dan pelbagai cabarannya. Saya suka juga kerja sekarang walaupun saya suka juga dapat duduk di lab buat research. Entah. Kekadang confused pula nak jadi apa ni. Eh dah jadi macam sekarang pun dah syukur ni. Bekerja di mana-mana sahaja akan ada cabarannya. Paling saya tak suka, bila ada budaya menjatuhkan orang, bermuka-muka dan tidak menghormati orang lain. Ok walaupun kita pegawai, masih perlu kena ada rasa hormat pada staf bawahan. Dan saya berpegang pada what you give, you get back. Hari ini kita buat pada orang lain, esok mungkin kita dapat balasannya atau biarlah orang buat jahat pada kita, tak jatuhnya martabat diri jika kita merendah diri dan tidak balas balik apa yag dibuat pada kita. Allah tu kan maha mengetahui.

Eh dah melalut pula. Nak join pergi Riau macam tak dapat approval. Yang ke Vietnam ni hanya bos-bos je yang pergi. Dr, bawalah saya pergi Brunei ke Singapore ke ikut buat research tahun depan ya...hahaha..macamlah bos dengar, pastu macamlah banyak duit research tu, pastu macamlah terlibat sangat dengan research tu. Ok dah, dah confirm tak dapat ikut. Pastu, masih ada ke saya kat sini nanti?
Ya lah, ajal maut, jodoh pertemuan tu kan bukan dalam pengetahuan kita,kan.

Dah jom sambung buat kerja. Sambung kat ofis nantilah maksudnya...

Monday, October 25, 2010

Overprotective kah?

Saya tidak menafikannya.
Dr Arbaiyah said, since dia lahir prem, faced the stormy days, tapi sekarang dia dah stable, so stop be overprotective with her. Should treat her as a normal toddler. Itu komen Dr Arbaiyah.
Memang betul pun, berbanding masa aisyah dulu, dia banyak independent dan kami pun banyak spend masa untuk dia belajar, dalam erti kata lain put some efforts untuk sama-sama duduk dengan dia. Dan Aisyah banyak progress dari segi memori, kreativiti, dan vokal.
Masa umur baya khadijah sekarang, 2 tahun 7 bulan, aisyah dah boleh solved jigsaw puzzle sendiri, dah potty trained, dah kenal ABC walaupun tak semua. Namun, saya tak salahkan khadijah, kami yang lenient sangat dengan dia. Dengan alasan, takpelah dia kecik lagi, rupanya salah cara itu.
Masa di bilik Dr tu, since khadijah menangis sebab dia nampak Dr, oh dia memang fobia agaknya jumpa Dr, sebelum tu saya solat maghrib di surau hospital, masuklah nurse nak solat sama, dari saya angkat takbir pertama sampailah bagi salam, dia meraung tak ingatnya punya kuat, sebab takut dengan nurse beruniform tu. Saya habis je solat, elok je terus diam.
Oh ya, berbalik bila jumpa Dr tadi, since dia menangis, Dr berikan dia mainan, pastu Aisyah pun sibuk juga nak tengok. Dalam khadijah dok nangis takut Dr nak check dada dia, boleh dia tarik mainan tu tak nak bagi si kakak pegang. Dah cakap yang kakak nak tengok sekejap, dia nak juga. Bila Dr suh baringkan dia, pun dia menangis pegang tudung saya dengan kuat tak nak baring. Kan saya ada mentioned yang khadijah ni memang takut kena baring, kan. Dr juga bagitahu, jika parents tak strict dengan dia, maksudnya kalau sesuatu perkara tu tak patut dia buat, salah kena bertegas cakap ia salah dan tak boleh. Jika biar je, dia akan tantrum dan kita beralah, dia akan ingat cara itu sebagai penyelesaian masalah dia. Dia akan jadi determine untuk dapatkan sesuatu perkara dengan tidak bertempat.

Tapi, saya dan suami rasa, kami tidak lah memanjakan khadijah secara berlebihan. Mungkin betul jika kami tidak spend masa banyak untuk ajar dia itu ini, dan mungkin juga bila dia berebut sesuatu dengan aisyah, saya minta asiyah beralah dengan si adik. Tapi tidaklah sepanjang masa. Jika dia pukul kakak, saya marah juga dia, atau pergi pukul sket tangan dia tanda dia tak boleh buat macam tu, sama juga jika si kakak yang buat pada si adik. Lepas tu explain lah baik-baik.Namun khadijah ni nampak seolah-olah dia tak heran pun kalau kena marah, takat kena cubit sket tu takde hal bagi dia. Maybe sebab dia kan pernah sakit teruk dulu, tu yang kira dia ni tahan sakit kot. Pendek kata, a survivor. a real fighter. very determine. ha kalau tak percaya, walaupun kita dah siap pakaikan baju seluar dia lepas mandi, kalau tetiba dia teringat dia nak buat sendiri, ha sanggup tu buka semula baju seluar, pastu terkedek-kedek buat sendiri. Sama juga kalau dia kata dia nak, dia nak lah sampai sudah. Kalau suap nasi kat dia, dia kata nak chicken tak nak nasi, jangan cubalah letak nasi, nanti habis dia buang tinggal chicken je. Ayat favourite dia. 'Ummi, adik uat (buat)..'. Semua dia nak buat, bila agak-agak tak boleh baru lah minta tolong.

Apart of that, dia takdelah 'nakal' pun, biasalah budak-budak kekadang cheeky nya lebih. Suka menyakat, kalau dia tak kacau kakak, kakak akan kacau dia. Sama je sebenarnya. Cuma dia lebih agresif berbanding kakak. Kalau marah kat kakak, siap tarik rambut kakak. Kakak pula, paling dia tak boleh tahan dengan adik, dia akan rebut benda dari adik. Paling tidak pun, dia jerit minta tolong. Saya rasa kami kena 'channel'kan kebolehan dan sikap mereka itu secara berbeza-beza. Tidak boleh sama approachnya. InsyaAllah masih belum terlambat rasanya. Anak baru dua dah pening, belum lagi anak 4,5 orang, kan. Apa pendapat kalian ya tentang anak-anak berciri sebegini? Ada yang sudi share dengan saya?

Saturday, October 23, 2010

Rawatan Khadijah

Nak sambung sedikit pengalaman mendapatkan rawatan untuk khadijah tempoh hari di hospital. Rasanya cukuplah sekali je pengalaman itu. Sejak kena admit tu, kena nebulizer setiap 4 jam sekali. Tidur terganggu sekali dengan mak dia jugalah kan. Kalau time kena neb tu khadijah tidur, saya bangunkan dia dan riba dia pastu halakan corong gas ke mulut dia. Ok je dia dalam lentuk tu sampailah habis. Ubat pula 6 jam sekali, iv. Kena physio-tepuk-tepuk belakang badan adalah dalam 4 kali, kena suction 3 kali. Part kena sedut kahak ini memang kesian lah kat khadijah. Meraung-raung, meronta sampai 3 orang kena pegang dia dan tambah dengan ahli physio tu. Kuat sungguh tenaga dia dalam sakit tu. Sehari sebelum balik, jarum iv dia tercabut, bermula dengan malam sebelum itu, saya minta nurse tukar bandage dia sebab dah nampak kotor dan basah kena air. Nurse tukar tapi bndagenya nampak loose, kesian khadijah menangis kesakitan sebab ubat tak masuk ikut jarum tu, dia menanigs sambil cakap, ummi, sakit, sakit... memang tak sampai hati dengar. Nurse lain pula check tengok memang dah tercabut, maka kena buat insertion iv baru, kiri kananlah tangan dia kena cucuk.

Mujurlah kos rawatan tersebut ditanggung oleh syarikat suami bekerja. Total dalam RM 3.5k jugalah untuk 6 hari, sebab kami upgrade ke bilik single, maka kena bayar excess fees dalam seratus ringgit lebih. Perkhidmatan memamg puas hati lah, nak compare dengan tempat lain tak boleh sebab tak pernah kena warded sebelum ni kecuali di Hosp. Serdang je lah. Ok, itu sahajalah untuk perkongsian..

Semalam pergi follow-up dengan Paed. Dia cakap khadijah dah sihat. Dan dia suggest Khadijah ambil suntikan pneumonocal. Kami pertimbangkan untuk dapatkan injection tersebut untuk khadijah selepas ini.

Friday, October 22, 2010

jiwa kacau..

Hahaha..buat suspens orang yang membacanya pulaklah kan..
Saya dapat satu berita penting jugalah hari ini. Berkecamuk rasa di hati.
Mujur dapat merasionalkan diri dengan cepat.
Saya yakin setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmah tersendiri.
Semua yang berlaku itu dalam perancangan dan pengetahuan Dia.
Kekadang apa yang kita suka, sebenarnya bukan milik kita dan sebaliknya.
Maka, redha dan pasrahlah seadanya..


Ok cukuplah tu dengan spekulasi.
Petang nanti ada follow-up appointment Khadijah dengan Paed di An-Nur.
Esok nak balik kampung. Seronoknya.
Alhamdulillah!

Tuesday, October 19, 2010

PTK

Saya ada PTK hari ini sampai Khamis.
Slides presentation dah siap, betul ke tidak, mencukupi ke tidak, tawakal je lah.
Kali ini merupakan format baharu yang univ. gunapakai.
Ada presentation berkumpulan (formatnya macam pergi PAC PTD dulu), ada penilaian bertulis (3 jam), ada presentation tentang SKT.
Wish me luck ya..

p/s: walaupun kerajaan cakap akan mansuh mulai Jun 2011, namun kami kena juga menghadapinya ni..

Saturday, October 16, 2010

Bronchopneumonia Khadijah

Ahamdulillah Khadijah dah keluar wad. Paed diagnosed dia kena bronchopneumonia and hyperactive airways. 6 hari kami berkampung di hospital. Terima kasih pada kakak, abang ipar, adik, mertua dan kawan-kawan yang sudi menziarah kami, eh datang tengok khadijah lah kan. Sorry lah sebab member kecik tu moody amat, tak nak dengan orang lain. Dan terima kasih juga atas panggilan dan sms kalian.

Saya google nak tahu details pasal bronchopneumonia tu. So ini beberapa details penting saya copy paste.

Bronchopneumonia is a severe type of pneumonia that is characterized by multiple areas of isolated and acute consolidation that affects one or more pulmonary lobes. This condition is similar to ordinary pneumonia, except that this is a more severe variety whose treatment requires special attention than its ordinary counterpart.

Bronchopneumonia is closely associated with hospital-acquired pneumonia. In a person suffering from bronchopneumonia, bacteria invade the lungs, which results to an inflammatory immune response. This reaction of the lungs leads to the filling of the alveolar sacs with exudates. As a result, consolidation takes place: a condition wherein the air space in the lungs is replaced with fluids.

Fever: Any body temperature that goes above 37°C or 98.6°F is considered fever already. In bronchopneumonia, fever may be a symptom for having the disease especially if it is accompanied by other symptoms such as colds, coughing, and difficulty in breathing.
Cough: Coughing is a natural reaction of the body to the presence of certain elements that may irritate the throat. Moreover, coughing is very important to keep the throat and airway clean and clear, thus making breathing easy. However, if coughing becomes persistent and especially if it is accompanied by mucus, then it is a sign of something more serious than ordinary coughing. A person with bronchopneumonia experiences frequent and excessive coughing, sometimes accompanied by mucus. 
Chest pain: Any form of chest pain should be a cause for concern for those affected by bronchopneumonia. Chest pain is frequent and associated with excessive coughing and difficulty in breathing. A person with bronchopneumonia easily becomes fatigued and experiences difficulty in breathing especially after doing some strenuous exercise or after playing. A person with bronchopneumonia not only experiences difficulty in breathing but also feels that there is also the sensation of not getting enough air. As a result, the person gasps for air frequently.

 Treatments for Bronchopneumonia
The best bronchopneumonia treatment is to get some rest. This is to provide relief to the body and prevent it from getting fatigued, which is one of the common symptoms of the disease. On the other hand, one may prepare a home remedy by mixing lemon juice and honey to help soothe the throat and help the body expel the mucus that has concentrated in the lungs.

source: http://www.tandurust.com/general-health/bronchopneumonia-remedy.html

Kalau nak tahu lebih lanjut, sila search lah ya, memang byk info pasal ni.

Mula-mula Aisyah demam panas, batuk-batuk tiba-tiba hampir 2 minggu lepas. Saya dah risau sebab memang pasti khadijah akan berjangkit sama. Masuk hari ke-4, aisyah dah ok, batuk-batuk pun berkurangan lepas bawa dia ke klinik. Saya ingat lagi masa tu hari jumaat. Esoknya, sabtu kami rehat je kat rumah, malamnya khadijah start demam. Saya terus bagi ubat demam. Ahad dah nampak ok, kami berjalan raya ke sg buloh, rawang dan balik ke seri kembangan. Lepas maghrib, kami ke rumah makcik Ika, pengurus taski aisyah dan senior abim di sini, dah macam mak kami pun ibaratnya dia tu. Khadijah start panas balik, sampai muntah di sana. Baliknya terus bagi ubat demam dan dia tidur. Malam tu tak boleh tidur dan badan dia sangat panas sampai menggigil. Saya check susu dia guna termometer yang letak kat dahi tu, terus takde spot yang keluar, saya expect badan dia panas sangat over 40c. Memang kejap-kejap bangun lap badan, basahkan kepala, badan. Khadijah menangis pun saya buat juga. Risau dia kena fit ke apa pula kalau biar je. Esoknya, decided bawa dia ke klinik. Kami ke az zahrah, bangi. Doktor check badan dia 39.8c, dia suh nurse sponging dia. Bukan takat lap je, mandi terus, meraunglah dia. Lama juga di sana, suhu masih 39 tak nak turun. Pastu kami minta balik dengan doktor dan promise akan buat kat rumah. Nurse bagi ubat ikut bontot tu dan antibiotik augmentin. Doktor pesan jika Rabu masih belum ok, sila datang balik ya.

Selasa, Rabu berlalu dengan demam panas masih ada dan mula berkurangan, batuk-batuk pula ada, selsema sikit. Pastu berak-berak dan muntah-muntah. Awal khamis pagi, dalam pukul 3 pagi last bagi dia ubat demam, tu pun standby je bagi, walaupun badan dia tak panas sangat. Sebab tak sedap hati, ditambah dengan bunyi wheezing dari dada khadijah, maka buat keputusan pergi Pusat kesihatan Univ. Dapat masuk jumpa doktor hampir pukul 10 pagi. Sanggup tungu sebab nak jumpa Dr. Latinah juga. Masa ni, khadijah aktif je main, cuma sesekali nak berdukung. Bila jumpa doktor, dia check dada, tak sempat nak bercakap panjang, doktor tu cakap 'ok, tak payah cakap banyak dulu, pergi ambil gas dulu, 2 kali, lagi sekali pukul 12 ya, nanti saya datang bilik rawatan'. Saya ingatkan macam biasa je, ok ambil neb, khadijah pun ok je, dia tak menangis pun, agaknya dia masih ingat dia pernah guna corong gas tu sebelum ini agaknya. Dah habis, nurse cakap rest kat katil bilik rawatan nak tunggu pukul 12. Dalam menunggu tu, khadijah cirit lagi, dan lepas tu dia tertidur sampai pukul 12. Dah ambil 2nd neb tu, doktor check bunyi berkurangan, tapi dia cakap nak reconfirm semua ok, dia suh buat chest x-ray.

Part ni memang tough. Imagine macammana nak baringkan si kecik tu yang memang fobia masuk tempat asing tambah-tambah ala-ala hospital tu dan akan dibaringkan. Huhu masa ni memang rasa manfaatnya saya call suruh adik datang temankan kami di PKU ni, dan dia bawa masuk khadijah. Tapi, khadijah meraung meronta juga, dan terpaksalah saya masuk sama, kami pegang kiri kanan tangan kaki dia. Staf x-ray tu tanya, saya pregnant ke tak, yelah bahaya sinar x ni utk ibu preggy. Rasanya belum, tu saya confident masuk sama. Haih kesian khadijah penat dia meraung meronta. Bila tengok result tu, doktor cakap dia nampak something which is not very good dan dia nak refer ke paed utk decide what should do, dia cakap nampak patches pada paru-paru khadijah, dan not sure samada kena iv antibiotik atau enough dgn oral je. Dia taknak refer kami ke hosp serdang sebab takut kami tak dapat jumpa paed. So, saya kata private pun ok, dia suggested ke an nur. Tu yang kami ke sana petang tu.

Di An Nur, dapat jumpa Dr Arbaiyah dah hampir pukul 5 ptg. Dia tengok je xray tu dengan surat referral, dia terus suh khadijah admit ward. Inilah pertama kali saya macam tak tahu nak decide setuju ke tak. Kalau ikutkan nak jumpa Kak G aka Dr Azyati, paed di NICU dulu tapi since dia tgh maternity leave, maka akhirnya kami setujulah kena warded. Maka bermulalah episod berkampung di hospital.

Gigih tau saya nak habiskan entry ni. Moga-moga ia satu pengalaman yang kami harap tak berulang lagi, sekurang-kurangnya dalam masa terdekat ini. Amin.

p/s: Kerajaan bagi cuti 90 hari bersalin kepada penjawat awam wanita mulai tahun depan, wah tetiba rasa nak terus pregnant. Haha..

Sunday, October 10, 2010

4 hari 3 malam

Khadijah masih warded di Hosp. Pakar An Nur. Sudah 4 hari 3 malam dan she's not going to be discharged today. sigh. Probably esok. Hari-hari saya dok ulang mengharap akan balik esok, tapi sudah 4 hari masih di sini. Alhamdulillah khadijah nampak makin baik hari ini, cuma clingy yang amat. Tak nak dengan orang lain, pulak tu asyik nak berdukung.

Dr. Arbaiyah cakap dia ada prone to get pneunomia, referring to her chect xray last thursday. Ada patches, putih-putih kat bahagian bawah lung dia. So, dia advised khadijah masuk wad and start iv antibiotics. Dah 2 hari juga dia kena physio. Semalam kena suction, habis lah anak dara tu meronta-ronta. Physioterapist tu pun cakap kuatnya dia tak padan kecik. Jap lagi kena lagi.

Harap-harapnya memang dapat baliklah esok. Walaupun servis best, siap abahnya dengan aisyah tidur sana sekali tapi home sweet home kan. Confirm esok tak dapat pergi kerja lagi. Well, me pun sakit-sakit pinggang ni, tidur mengiring pastu dukung si khadijah tu, 10kg lebih ok.

Ok nanti update lagi.

Thursday, October 7, 2010

neb and xray

Separuh hari di klinik hari ini.
Batuk-batuk khadijah belum reda, decided nak pergi PK.
Dia kena neb 2 kali pada jam 10pg dengan 12 tghari.
pastu kena x-ray.
ok ni nak pg jumpa paed. pula.
nanti update lagi ya..

Friday, October 1, 2010

aisyah macam mak dia?..

Semakin hari, semakin tak tahu nak menulis apa. Bukan takde apa yang berlaku tapi mood tiada. Kalau ikutkan nak cerita tentang Aisyah yang mula mengeja suku kata, nak cerita tentang Khadijah yang makin besar makin panjang akal, nak cerita tentang raya pun ada lagi, dan macam-macam. Namun, akhirnya cuma tinggal hajat je lah. Huhu sebab utama kerana saya bukan seorang penulis yang tegar. Habis cerita.

Anyway, minggu lepas kan kami bawa Khadijah pergi check power mata dia. Alhamdulillah power mata dia sama seperti tahun lepas, dalam erti kata lain, pegawai tu cakap perkembangan yang baik buat setakat ini, dalam bahasa mudah lagi, dia takdelah kena pakai cermin mata ke, kena buat apa-apa pada mata dia. Semua nampak normal. Alhamdulillah. So, next appointment ialah pada tahun hadapan, juga nak check power mata dia. Kira sebagai syarat je lah, jika ok maybe lepas ni dah tak payah buat annual check up kot. Eh pepandai je assume sendiri.

Oklah cerita pasal Aisyah ya. Aisyah sudah 3 tahun 9 bulan. Sangat aktif, petah amat bercakap sampai kekadang tak terlayan. Agak susah bangun pagi, hari-hari kena psiko, pujuk bangun nak ke sekolah. Tapi, once dia dah fully awake, dia ok je. Mujurlah suka ke sekolah. Rajin juga cuma cikgu cakap dia pemalu di taski. Sungguh tak dijangka begitu sikapnya di taski. Sekarang ini dah bolehlah mengeja dua suku kata. Perlu latih tubi lagi. Kat taski ni, cikgu ajar guna kaedah macam kita dulu lah mengeja, b.a. bunyi 'ba', bukan kaedah phonetik atau whole word. Counting dah sampai 100. Mengaji masih di iqra' 1, hurup qaf rasanya. Tika mood baik, dia rajinlah nak revise baca kat rumah, kalau dia mood main, kena jerit baru datang, pastu dia tak concentrate. Dah hafal surah alfatihah, an nas, al ikhlas, al falaq masih tersalah baca lagi, al asr dan ada lagi satu dua rasanya. Part ni dia latih tubi dengan abah dia kat rumah. Tapi mengaji dengan abah dia lagi garang dari mengaji dengan ummi. So Aisyah, mengaji jangan main-main tau, kena fokus. Biasanya ada tangisan menangis hibalah..

Dari segi lain, berat dia dah nak 18kg, which is ok lah dgn ketinggian dia, tapi sedara mara semua cakap dia debab. Mak saya kata, aisyah sama macam saya masa kecik, badan debab, lasak, muka bulat, cuma saya kulit lebih cerah. Hahaha..eh itu mak saya cakap tau.. BIla dikenang kembali, ingat gambar-gambar lama, memang ya pun. Dah mak nya masa kecil macam tu, tak heranlah kan jika anaknya pun sama,kan. Masih minum susu botol. Nak slowly dah wean off ni. Bila cakap kat dia, aisyah, nanti bila botol yg aisyah guna sekarang dah kotor, ummi tak beli botol baru dah tau. Botol ni kita buang, aisyah minum dalam cawan, blh? Hah laju je dia angguk, cakap boleh.Kita tengoklah nanti ya.. sejak semalam, dia batuk-batuk dan demam on off. Tapi, hari ni masih ke sekolah. saya janji dengan dia nak bawa pg klinik tengahari ni.. tu pun kalau dia masih tak sihat lah kan..

Oklah, saya nak kena pergi amik aisyah dulu. Kisah pasal khadijah lain kali saya cerita ya. Entry ni pun baru siap setelah seminggu dok peram. Dah banyak hari tulis, tapi tak habis-habis..

Monday, September 20, 2010

Masih dalam mood raya..

Salam Aidilfitri lagi.. selagi tak habis bulan Syawal ni kan..
Masih mencari mood untuk mula bekerja. Yang pasti, kerja memang banyak menanti. Lusa ada appointment adik kat Hosp. Serdang. Haa kena tulis ni takut lupa sebab last appointment tahun lepas. Kalau terlepas yang ini, sure lambat lagi baru boleh dapat date baru.
Cerita hari raya? wah banyak cerita tapi gambar tak banyak. Penat masih belum hilang, baju-baju belum habis basuh, rumah pun belum berkemas, kalau tetiba dalam weekdays ni ada orang terjah rumah kami, boleh tengoklah haru-birunya..huhu harap-harap takde sape datang. Harapkan hujung minggu ni nanti baru nak kemas, tapi kenangkan jemputan open house dah menunggu, ada juga yang kena buat overtime malam-malam ni..hihi..dan siapalah kalau bukan diri sendiri yang nak kena buat semua tu.
Ok saya tinggalkan sekeping gambar bersama anak-anak masa raya tempohari. Ini gambar semasa di kenduri kahwin sepupu saya. Thanks to my other cousin juga atas gambar ini. Saya cakap kat aisyah dengan khadijah, ok senyum tunjuk gigi. Hah tengoklah anak-aankku tayang gigi mereka..

baru perasan rambut depan mereka dah panjang benar rupanya. Rasa macam je baru je trim rambut mereka sebelum puasa hari itu. Nak kena operasi lagi nampaknya ni. Ok selamat pergi open house kalian. Kami tak buat open house tahun ni, tapi siapa nak datang, datanglah tapi call dulu ya..

Tuesday, September 7, 2010

Salam Aidilfitri 1431H

Salam Aidilfitri buat semua sahabat yang sudi menjengah blog tidak seberapa ini. Saya tahu blog ini agak suram sekarang. Kekadang, terasa banyak benar nak dicoretkan, namun bila di hadapan pc, tangan kelu untuk mengolah. Apapun, moga ada kebaikan dalam perkongsian ini.

Sempena Syawal yang bakal menjelma, saya ingin mengambil kesempatan ini memohon maaf di atas sebarang terkasar kata dan laku sepanjang perkenalan kita. Selamat balik kampung dan berhati-hati di jalan raya. Moga Aidilfitri yang dinanti ini bukan penghujung kepada amal kebaikan yang diusahakan di bulan Ramadhan ini. Sebaliknya, biarlah roh tarbiyyah Ramadhan ini terus meresap dalam jiwa kita dan menjadi penyambung kepada kehidupan yang lebih baik kelak. Sayu hati mengenangkan Ramadhan yang bakal pergi. Adakah sempat untuk menghadapi Ramadhan akan datang? Hanya Dia yang tahu.. Moga Allah merahmati kita semua.

Friday, September 3, 2010

Hampir Pergi...

Oh Ramadhan hampir berlalu pergi.
Namun, terasa diri masih belum puas dengan tarbiyyah Ramadhan ini.
Banyak sungguh lompangnya..
Ya Tuhan, moga masih ada rahmat kasih sayangMu padaku..
Sama-samalah kita meraikan malam-malam terakhir Ramadhan ini dengan banyak
bertaubat dan mencari keampunan, rahmat dan kasih sayang Allah.
Jom kita qiyammullail!..

Sunday, August 29, 2010

Di kampung..

Alhamdulillah semalam sampai di kampung saya. Mengambil peluang beberapa hari cuti untuk balik berpuasa di rumah makabah. Tahun ini balik raya Johor dulu lagi, makanya pasti tiada kesempatan nak berpuasa di rumah. Semalam memang penat melayan karenah anak-anak je. Mereka dah tidur dalam kereta sepanjang perjalanan, bila dah sampai rumah, mana boleh nak duk diam lagi. Kita yang nak qada' tidur pun haru dibuatnya.. huhu..

Semalam dapat sms daripada bos besar, ada lagi maklumat yang dikehendaki. Mana nak cari ni, tak save lah pula kerja jumaat hari tu dalam pendrive, ingatkan dah tutup buku dah.. Rakan-rakan setugas, dah siap ke? hihi..

Sunday, August 22, 2010

Musim demam agaknya..

Aisyah dan Khadijah tengah demam, batuk, selsema sekarang ni. Siap pakej sekali. Kesian pula tengok mereka. Si Khadijah tu asyik bersin, Aisyah pula batuk-batuk bunyi macam orang tua batuk pun ya juga. Dua-dua dah lena tidur lepas minum ubat tadi. Siang tadi ke PKNS Bangi ada bazaar ramadhan. Aisyah merengek nak bunga api, abahnya layan je lah beli. Lepas abah dia balik dari masjid tadi, terus ajak main. Lepas pegi bazaar, baru ke klinik An Nur. Mujur tak lama sangat menunggu. Balik rumah, mereka layan tidur dan saya pula siap-siap masuk dapur masak nasi minyak. Lepas Asar, bawa mereka ke playground pula, dah banyak kali janji nak pergi. Dapat main setengah jam pun jadilah, balik rumah mandi, dan sama-sama makan maghrib tadi. Aisyah makan banyak, si adik biasalah acting je lebih.

Esok kena lalui rutin kerja macam biasa. Seawal jam 8.30 pagi ada meeting. Inipun online sebab nak siapkan kerja juga, tapi sebelum buat kerja, buat entry blog dulu. Hehe.. Penatnya rasa. Tapi, kena buat juga. Esok nak present kat boss. So, saya takkan buat entry panjang nampaknya. By the way, perasaan membuak-buak nak balik kampung je hujung minggu ni, kan boleh dapat cuti 5 hari jika 30hb tu apply cuti. Dah 2 tahun tak merasa berpuasa di rumah. Rasa rindu pula nak merasa juadah sana. Tapi, beza dengan nak cuti raya hanya lebih kurang 11 hari. Berbaloi ke balik? Kalau fikir kos, memanglah berganda tapi kalau dinilai dari gembiranya hati ibubapa, mesti tak ternilai kan. Siapa nak bagi suggestion kat saya, silakanlah ya..

Friday, August 20, 2010

Ramadhan..

Ya minggu yang sangat hectic. Memenuhi tuntutan tugas, tanggungjawab pada keluarga, pada diri dan pada orang-orang di sekeliling. I've started my day dengan niat dan doa nak buat kebaikan. Sebanyak mana  mungkin kebaikan. And it ended well. Sometimes, i missed to sit dan think what i've been doing all this while. Kerja, kerja dan lupa nak muhasabah. Bukan lupa juga, more on melihat dari sesetengah sudut sahaja. Ramadhan ini bulan mendidik jiwa. Ya saya nak mendidik jiwa saya supaya lebih lembut, lebih beriman dan lebih dekat di sisiNya. Kekadang we tend to forget that the tiniest things we did in our lives also have big impacts.

Saya hambaMu yang lemah oh Tuhan!
Moga roh Ramadhan meresap dalam diri ini...Amin.

Tuesday, August 10, 2010

Check up 9/8/10 dan Selamat Berpuasa..

Semalam Khadijah ada appointment di Klinik Pead Hosp. Serdang. Dah lama bertangguh disebabkan chicken pox yang dialami beberapa minggu lepas. Berat 10.2 kg. Doktor cakap berat dia naik banyak berbanding masa last check up, doktor cakap tak payah jumpa dietician lagi (fuh lega..) dan next appointment jan 2011. Katanya kalau masa next appointment tu nampak kesihatan khadijah ok, mungkin tak payah follow up dah lah lepas ni. Oh happynya dengar. Bunyi macam sekejap je kan jumpa doktor tapi hampir pukul 1 petang gak lah baru sampai office semula.

Ini ada beberapa gambar latest anak-anak.

Khadijah yang serius. Rambut belum gunting lagi masa ni. Sekarang dah gunting ya. Semua gambar ni masa hantar makabah kami ke menunaikan umrah di KLIA minggu lepas.

Aisyah merajuk sebab dia nak roti bakar, tapi cashier tu cakap belum jual lagi. Kesian dia..

Ha ni ceria dah semula..

Akhir sekali, inilah mankabah saya. Rindulah kat mereka. Saya ni hampir tiap hari call mak, sekarang ni rasa sunyi pula. Ini baru perpisahan sementara kan.. moga mereka selamat kembali ke tanahair. Amin.

Esok kita akan mula berpuasa. Selamat berpuasa semua. Moga Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan yang lebih baik dan marilah sama-sama kita mengimarahkan bulan yang mulia ini dengan memperbanyakkan amal kebajikan kerana pahala dan ganjarannya berlipat ganda, moga bulan ini juga dapat mengekang hawa nafsu dan mendidik jiwa kita supaya lebih dekat kepada sang Pencipta.



Sunday, August 8, 2010

Khadijah 28 months

Lama dah nak buat entry pasal khadijah ni. Dia akan cecah usia 28 bulan minggu depan. Berat dah 10kg, selera makan pun kira ok lah. Dari sudut kesihatan, baru baik dari chicken pox dan alhamdulillah dah 2 bulan dia tak selsema. Atas faktor apa kurang pasti, samada dia dah serap byk nutrisi vitamin, sebab bagi dia multivitamin, scott emulsion lagi. Dan mungkin juga sebab ada bagi ubat untuk elak selsema, ni doktor pakar ENT yang bagi dia masa check up nafas dia berbunyi tempohari, doktor suh makan tiap-tiap malam, tapi umminya selalu skip. Bagi sesekali je. Siap ada dengan ubat spray dengan ubat titis dalam hidung, juga buat sesekali je. Bukan apa, risau juga banyak sangat ubat nak kena kasi, biarlah dia boost immunity naturally juga kan. Apapun, dia memang sentiasa dalam observe mode kami lah. Nampak bersin kerap kali je, ha start kena bagi makan ubat tu.

Sejak menginjak usia 2 tahun ni, secara automatik vocab dia pun bertambah baik. Doktor ENT tu nak refer dia suh buat speech therapy, tapi kami tak rasa perlu pun. Takpe, tunggu doktor tu decide bila pergi next appointment oktober nanti. Khadijah dah lulus counting 1-10, baik dalam bahasa melayu/ bahasa inggeris. Tapi bila suh dia kira benda, memang habis sampai 10 lah dia kira. Vocab pun dah banyak, dah boleh buat ayat simple tiga perkataan macam 'ummi, abah mana?', 'adik nak mandi', 'nak ikut abah' dan lain-lain. Saya rasa perkembangan dia dah sama macam anak lahir full term lain lah. Aisyah dulu pun, dalam range umur macam ni juga dia mula petah bercakap. Dan saya rasa dia bijak (sapa lagi nak puji anak sendiri kalau tak mak dia kan..), very observant dan full of energy. Kalau suh scribble tu, boleh juga lah ikut mood dia. Saya nak kena kemas playstation mereka dan keluarkan semua jigsaw puzzle etc. Masa aisyah baya dia dulu, dia dah mahir buat jigsaw puzzle simple-simple. Sekarang ni, rasa juga bezanya sebab kami banyak tumpu pada aisyah, lupa pula khadijah belum start main games macam tu, padanlah dia selalu kacau si kakak dia menulis. Padahal banyak je mainan aisyah dulu yang dia belum try. Kekadang bila dah dua anak ni, lupa pula steps mengajar yang perlu ambil. Ha tu belum anak 3,4 lagi kan. Oh ya tumpang happy dengar Lyna mentioned dia pregnant again. Kami pun nak menyusul juga ni, anak 2011 kira ok lah kan.. :)

Cuma, khadijah ni, sampai sekarang dia memang jealous sangat dengan si kakaknya. Kesian kat aisyah banyak mengalah. Kalau dia nampakje kakak datang duk atas riba, atau tengah baca buku dengan umminya, atau tengah buat apa-apa je lah, mesti dia datang duk tengah. Confirm bergaduh. Letih juga nak melayan. Dan kesian kat si aisyah tu. Pastu kalau dua-dua baring minum susu, mesti kaki dia nak seboleh mungkin nak letak atas badan si kakak, lepas tu menangis bergaduh pula. Pening juga bila anak-anak dah mula besar dan macam-macam karenah ni. Kami tak bezakan mereka berdua, siapa buat salah, yang tu lah kena marah. Dan si khadijah ni, kalau kami marah dia, dia cekal hati sungguh. Kekadang kami saja nak tengok reaksi dia, dia boleh je buat selamba. Kalau takat pukul sikit-sikit kat kaki ke tangan ke, dia tak herannya. Memang kuat semangat dan keras hati. No wonder lah dia boleh survived masa lahir tak cukup bulan dulu. Allah dah bagi dia semangat juang tinggi. Tapi, dik janganlah nakal sangat ya, pening kepala ummi nak handle...huhu.. Yang pasti, approach untuk aisyah dengan khadijah memang tak boleh sama. Saya berulang kali dok fikir method apa lagi ni nak guna, ilmu parenting memang belum cukup ni. Baru anak dua berlainan karakter dah pening, sungguh ia sangat menguji kesabaran ok. Teringin nak pergi seminar parenting. Penting ni tau..

Oh ya, kami anak-beranak berpeluang featured dalam majalah pa&ma ogos, ruangan personaliti. Ini hasil recommendation k rita rahayu mlo pada k nita reporter pa&ma. Moga perkongsian itu ada hikmahnya dan dapat membantu ibu lain. Yang pasti, ujian Allah timpakan pada setiap orang itu berbeza-beza, namun kebergantungan pada Dia itu lah ultimate goal nya. Terima kasih atas doa-doa kalian.

Saturday, July 31, 2010

29hb yang ke-29

ulangtahun kelahiran yang ke-29 tahun.
Terima kasih kepada sahabat-sahabat di fb yang dah wish saya masa hari kejadian. Dekat blog tak dan nak buat entry sebab saya sibuk. Sibuk di pejabat dan menguruskan anak yang tak sihat. By the way, chicken pox khadijah teruk tau, sangat banyak biji2 nya. Dr cakap by isnin pun belum tentu baik, kena cuti lagilah gamaknya ni, tapi saya dah apply half day, another half tu nanti kita fikir ya sapa nak jaga khadijah. Dah lah dia susah nak sapukan cream ubat tu, pastu suka menggaru pula, memang confirm tinggal parut jelas ni. Berat khadijah dah 10 kg tau, hihi seronoknya, padanlah bila dukung dia, memang cepat je lenguh. Dah lama tak cerita pasal khadijah kan, nanti saya buat entry tentang perkembangan dia.

Wednesday, July 28, 2010

Cambodia II

Rasa nak cerita lagi pasal lawatan ke Kemboja tempoh hari. Gambar banyak, laporan masih belum siap lagi. Huhu tengah cari mood dan idea nak mengarang lah ni. Layan gambar je lah ya.

Ini di sebuah perkampungan bernama Kg Oudong, Prey Pih. Kami kena panjat bukit untuk sampai ke kawasan ini. Di sinilah tempat yang mana saya ada ceritakan dalam entry Cambodia hari tu mereka mengaku beragama Islam namun diajar solat hanya seminggu sekali pada hari Jumaat dan solat Jumaat sahaja, manakala bagi orang dewasa berumur 40 thn ke atas, tidak wajib solat lagi. Saya dimaklumkan ajaran tersebut dan beratus tahun digunapakai di kawasan itu. Memang payah nak betulkan semula akidah mereka tapi mujurlah ada ustaz di sana yang dalam proses membetulkan pegangan mereka yang mana dibuat secara berperingkat. Sesi temuramah sedang dijalankan.


Pada hari ke-2 di sana, kami menuju ke Phnom Da ini nak pergi tengok tapak arkeologi seperti gambar di atas tu yang dikatakan milik kerajaan Funan beratus tahun lampau. Nak sampai ke sana dari Bandar Phnom Penh mengambil masa lebih kurang 3 jam, dengan jalan tidak berturap, hanya tanah merah sahaja. Memang mencabar minda dan fizikal ok. Bergegar van 12 seaters kami tu. Balik dari sana, aircond rosak dalam perjalanan menambahkan kelesuan kami. Ditambah kepenatan kena mendaki bukit lagi, sampai je di atas sana, dapat menikmati sebungkus nasi goreng. Nyaman terasa.. :)

Eh apasal gambar ni terkecil lak? hihi silap resize lah ni.. Sempat mengabadikan gambar berlatar belakang monumen tersebut. Memang utuh tak ditelan zaman. Namun, hasil pemerhatian tidak menjumpai sebarang inskripsi/ bahan baharu untuk kajian lanjut. Ada laluan ke bawah monumen tersebut tapi penyelidik kami tak benarkan masuk. Risiko weh, tak pasal-pasal tak balik nanti kan..

Ha nak tunjuk juga gambar sebahagian makanan kami makan di sana. Itu ikan Toman bakar ya, dimakan samada dengan mee laksa tu, campur sayur di sekeliling tu dan cicah dengan air asam dalam bekas tepi tu. Saya memang tak makan ikan darat, serius tak dapat nak telan rasanya. Cuba juga lah nak makan sebab lapar amat, kat sana bukan boleh beli makan tepi jalan sesuka hati je. Namun surrender lepas tu, makan nasi dengan sayur dan kuah asam tu je.. Kat sana memang makanan mereka based on sup sayur, singgang, no wonder orang sana cantik-cantik dan slim-slim. Hihi..

Lastly, nak tunjuk juga gambar ini. Buah manggis, rambutan dan laici. Buah laici dia manis amat tau. Kalau pergi ke mana-mana, mereka akan hidang setiap seorang sepinggan buah ni, memang confirm tak habis. Kang makan banyak, nak kena pergi toilet pula, sedangkan perjalanan kami ni tak pasti persinggahan di mana. Ngeri nak fikir kena masuk public toilet. Hihi..sabar je lah. Ini buah yang kami nikmati dan sempat ambil gambar nak tayang kat blog semasa berada di Royal Academy of Cambodia.

Ok sekian cerita bergambar ya. Gambar research yang lain tak payahlah tunjuk kan. Apapun, memang selama seminggu berada di Kemboja memberikan pengalaman baru dan takkan dapat dilupakan. Sungguh berharga dan sukar diperoleh.

Tuesday, July 27, 2010

Turn Khadijah pula..

Seperti dijangka, khadijah pula kena chicken pox ni. Berbeza dengan aisyah hari tu, biji2 ruam tu naik banyak sangat kat badan dan muka khadijah. kesian dia, asyik cakap gatal dan nak menggaru. Tidur pun tak lena. Makan pun sure taknak sangat. Dah 2x pergi jumpa doktor, yang mula2 tu pg az zahrah, dapat cream antivital tp mcm takde kesan sgt. pagi tadi ke Pusat Kesihatan Univ pula, dapat ubat sama mcm aisyah dapat hari tu. Harap2 cepat baik ni.

Thursday, July 22, 2010

Sorry, Aisyah!

Aisyah dah pergi sekolah semula hari ini. Alhamdulillah kesan kena chicken pox tu tak nampak sangat. Semalam doktor bagi minyak vitamin A untuk hilangkan parut. Parut kelihatan kat belakang badan dia je, kat tempat lain hilang macam tu je. Tak sabar nantikan cerita dari sekolah dia jap lagi.

Malam tadi kan, saya terasa sayu hati sangat, entahlah kenapa, sampai menitis air mata. Usai solat tu, saya menangis dalam doa yang dibaca. Anak-anak memang ada di sekeliling tengah main (selerakkan bilik), saya pula rasa sangat down dan helpless, lalu menitis air mata dalam doa yang dipohon, walaupun takde suara, tetiba aisyah datang rapat pada saya dan dia cakap kat adik dia 'adik, ummi sedih..'. Makin lama dia makin rapat dan duk atas riba saya, tak semena juga dia menangis sama. Saya habiskan doa dalam gesa kerana aisyah pula teresak-esak menangis. Ya Allah, saya tersentuh hati dengan perlakuan dia, si kecil itu seolah turut sama mengerti kesedihan saya walaupun dia tak tahu apa yang saya gusarkan. Aisyah kept bertanya, 'ummi, kenapa? kenapa ummi sedih?' saya bawa dia dan adik turun dan tidurkan mereka. Kesian aisyah. Maafkan ummi ya buatkan aisyah turut sama sedih tapi yang pasti, ia bukan sebab kenakalan kalian... Kat bawah pula, saya ajak dia peluk saya dan saya peluk dia kemas-kemas dan doakan moga Allah rahmatilah anak ini, moga dia dapat menjadi anak yang solehah dan kakak yang baik untuk adik-adik.

Saya dah ok pagi ini. Sesungguhnya sentiasa lah ingat bahawa Allah timpakan ujian/ kesakitan/ kesusahan itu sebenarnya tanda kasih sayang Allah supaya kita kembali dekat padaNya. Moga dalam rahmat Allah semuanya. Amin.

Wednesday, July 14, 2010

chicken pox

Ok ini memang sungguh di luar jangkaan. Elok je saya sampai rumah sabtu lepas, perasan badan aisyah ada ruam, tapi tak clear sangat. Pastu dengarnya dia makan ketam banyak, atuk dia masakkan, maka ahad esoknya tu, makin menjadi-jadi naik biji-biji kat badan dia. Tuan punya badan masih aktif lagi, malamnya pergi klinik, doktor pun tak sure sebab chicken pox ke allergy. Ok in observed mode then. Isninnya, aisyah pergi taski macam biasa, bila ambil dia tengahari tu, lagi macam biji-biji keluar. Mm..rasa memang sah kena chicken pox ni, tambah pula cikgu dia cakap ada budak lain kena chicken pox juga. Pagi tadi (selasa), bawa dia ke pusat kesihatan uni. Doktor cakap memang betul chicken pox, makanya aisyah tak boleh pergi sekolah dan mak nya juga kena cuti. Ok i'll be on leave until thursday. Jumaat kena datang ofis sebab ada meting dan ada report kena buat. My husband will take charge on that day. Next week? mm..not sure and still undecided how are we going to handle the kids. Esok, aisyah will stay with me at home and khadijah will go to her babysitter's house. We need to take precaution so that khadijah get lesser chance to be infected too eventhough the possibility is high. Oh cannot think if khadijah get infected later and we need to take another leave. Huhu dah lah saya baru balik dari outstation dan kerja menimbun kat pejabat belum terusik. Minggu depan juga ada banyak mesyuarat penting dan ada institut akan ada audit kendiri mungkin awal bulan depan. Saya perlu prepare the letters dan jadual. Ya Allah permudahkanlah urusan kami.

Back to aisyah, she looks really restless, tidur tak lena sebab badan dia rasa miang agaknya, walaupun dah pesan jangan garu, alah budak kecik kan, bila dah gatal, menggaru juga dia. Doktor bagi dia ubat demam, ya memang dia demam, badan dia tengah fight dengan virus tu kan, ubat tahan gatal dan krim sapu. Pity her. Boleh tahan banyak juga biji-biji naik kat dahi, muka dia. Yang paling penting, jangan kasi kena hujan kan, nanti parut tak hilang. Oh i've experienced this before. Pastu selalu mengadu badan dia sakit, kaki dia penat. Sabar ya kakak..

Ok i'll try to update on her later.