Thursday, July 7, 2011

Umrah dengan anak-anak 1

Mungkin saya akan buat banyak siri berkenaan tajuk entry di atas. Nak mengarang sekaligus, macam tak sempat pula. Saya pergi berlima orang dewasa dan 2 orang anak-anak saya dengan pakej Rayhar. Harga untuk dewasa dalam RM5k ++ dan kanak-kanak RM3k ++. Ini bergantung kepada pakej apa yang anda ambil ya. Alhamdulillah proses sebelum adalah ok, kami dapat hotel yang dekat dengan pintu King Abd Aziz MasjidilHaram. Lebih kurang 80-100m sahaja di sebelah kiri pintu hadapan masjid. Walaupun Hotel Al-Qasar Al-Qamar ni kira tak berapa mewah sangat, kami dapat jenis apartment sebab nak semua satu bilik, tapi kira ok sebab bukan pergi nak berehat-rehat sangat kan, pergi niat nak beribadat. Itupun dah cukup baik dah, yang penting dekat dengan masjid. Begitu juga di Madinah, menginap di Hotel Dallah, juga dekat, keluar je pintu hotel dah nampak pintu masjid. Lupa pula pintu nombor berapa. Lebih kurang 30-50m je dengan pagar masjid Nabawi tu. Hotel di sini mewah lah berbanding di Mekah sampai kami rasa jadi satu ujian pula nak bangun tidur. Hihi..

Persiapan Pra-Umrah
Bila bawa anak-anak kecil ini bersama, memang pening nak sort barang, nak buat checklist keperluan sebagainya, tapi kena buat sebab ia perjalanan yang jauh dan tidak dapat dijangka. Saya senaraikan barang-barang yang saya buat untuk anak-anak ya:
1. Pakaian siang, malam dan sweater. Juga socks dan tudung.
2. Ubat-ubatan seperti PCM, ubat batuk, selsema, ventolin untuk semput - ini untuk khadijah bila dia mula batuk, vicks, vitamin C. Lebih kurang seminggu sebelum pergi, saya bawa anak-anak jumpa doktor dan dapatkan nasihat doktor untuk ubatan dan panduan menghadapi anak tidak sihat. Well, doktor kan berpengalaman. It soothed a bit my worries at least. Saya juga jumpa doktor dan dapatkan ubat seperti PCM, ubat batuk tablet, selsema, ubat sakit tekak (yang ini sangat penting, sila bawa lebih ya), vitamin C, ubat cirit, ubat gastrik. Cuaca sana memang panas lebih 40C sekarang, jadi kemungkinan nak dapat sakit tekak adalah tinggi. Memang habis ubat sakit tekak saya di sana, alhamdulillah ada lebih dapat berkongsi dengan adik ipar sekali.
3. Buku-buku dan alatulis. Ini penting untuk buatkan mereka leka dalam plane dan di bilik hotel. Walaupun masa di bilik hotel tak dapat tumpu perhatian, takpe sekurang-kurangnya ada.
4. Biskut, coklat, air kotak, gula-gula. Biskut itu penting nak makan sambil-sambil isi masa lapang semasa di airport, dalam bas, di masjid (oh senario di masjid ini memang tak hairan sangatlah, memang ramai parents yang bawa anak dan bawa bekal yang ringan-ringan siap boleh sedekah bagi orang sebelah makan lagi). Gula-gula itu juga untuk meredakan keadaan. Haha. Saya tak setuju dengan idea ini, tapi nak bagi anak-anak ini senyap dan tenang sket, umpanlah dengan gula-gula. Saya tak belipun gula-gula ni, abah dia yang beli senyap-senyap. Tapi, berguna nampaknya. Jangan bagi semua, kawallah keadaan ya.
5. Topi untuk pakai semasa keluar. Anak-anak saya memang tak boleh celik mata bila keluar dari hotel. Kalau tengok gambar-gambar yang diambil, semuanya mata tak boleh nak buka. Jadi, perlu juga bawa topi ni.
6. Bawa selipar/ sandal yang flat, senang nak pakai dan cabut.
7. Carrier untuk anak kecil. Saya beli khusus untuk Khadijah yang dah berumur 3 tahun sekarang. Memang ada gunanya semasa di airport, berziarah dan juga di dalam masjid. Suami sempat tawaf sunat dengan backcarry Khadijah di belakang.

8. Tisu basah. Ini penting juga. Selain itu, tisu biasa juga. Banyak kejadian memerlukan tisu basah dan kering ini terutamanya berada dalam bas untuk perjalanan jauh seperti dari Mekah ke Madinah yang mengambil masa lebih kurang 6 jam.

9. Termometer. Mungkin juga coolfever. Tapi saya tak bawa. Tak sempat beli, lagi pula fikir anak-anak saya memang tak suka pakai itu, lap pakai tuala kecil je nanti.

Saya rasa itu adalah perkara yang pentinglah. Mungkin kalau ada yang saya ingat lagi, saya tambah kemudian. Oh penting juga, sebulan sebelum pergi, selalulah bercerita dengan anak-anak pasal nak pergi umrah ni, nak naik aeroplane, nak pergi Mekah, nak tengok Kaabah, nak pergi solat kat masjidilharam dan lain-lain. Berilah mereka pendedahan awal dan clue awal mana kita nak pergi dan apa tujuan kita ke sana. Saya tak risau sangat soal mereka di dalam masjid sebab mereka dah biasa ke masjid di sinipun, cuma pening bila fikir nak tawaf dan saie pada masa tu. Yelah belum ada pengalaman. Menurut ustaz-ustaz, kami tidak boleh dukung anak masa tawaf sebab antara rukun sah tawaf ialah berada dalam keadaan suci dan berwuduk. Aisyah bolehlah bagitahu bila dia nak ke tandas, tapi khadijah masih on diapers. Tapi, tawakal sahajalah dengan doa biar dipermudahkan urusan kami.

Musafir bermula.
Penerbangan kami ke airport Jeddah lebih kurang 8 jam, terbang jam 1530 dan sampai sana 1830 lebih kurang waktu sana. Alhamdulillah urusan imigresen dengan ambil barang berjalan lancar, lagi pula kami didahulukan sebab bawa anak-anak kecil yang comel. Hihi orang Arab memang sukakan kanak-kanak. Sungguh jelas itu. Kami disapa hampir semua staf mereka dan didahulukan. Sampaikan saya nak buka beg sandang saya, masa itu juga sedang backcarry khadijah, mereka cakap tak perlu. Dilepaskan sahaja kami. Lega. Sebabnya pihak Rayhar dah maklumkan untuk bersedia jika menunggu lama untuk selesaikan urusan imigresen dan bagasi yang terkenal lama di Terminal haji airport tersebut. Kemudian, kami solat jamak takdim maghrib isyak di terminal tersebut dan naik bas untuk bergerak ke Mekah. Perjalanan mengambil masa 1 jam setengah. Memang tidur semuanya. Kalau ikutkan memang waktu tidur di Malaysia masa itu sekitar jam 9 malam di sana.

Bila bas mula perlahan dan nampak lampu-lampu terang dan bila nampak kali pertama masjidil haram itu, tersergam hebat, terpegun. Subhanallah cantiknya. Hampir mentis airmata. Alhamdulillah menjadi kenyataan juga menjejakkan kaki ke masjidil haram.

Dalam plane. Dapat satu row. Hampir give up melayan budak 2 orang ini. Dahlah saya bertelekung siap sebab kami akan niat umrah di dalam plane (di Qarnul Manazil). Diaorang ini sempat merasa ke tandas juga. Fuh mencabar tau. Ini belum sampai lagi. Takpe, ujian semua tu. Hihi.. Inilah pertama kali saya melawat tandas kapal terbang. Walaupun dah banyak kali naik flight sebelum ini, memandangkan belum pernah perjalanan jauh, paling jauh pun 2 jam setengah sahaja, saya tak pernah teringin nak ke tandas. Mula-mula nak ke tandas tu risau juga. Hoho saya memang over sket kekadang, suka fikir bukan-bukan. Haha...
Khadijah sudah lena biarpun pesawat belum take-off lagi. Lega sekejap, lepas tu bila dia bangun dah tak nak tidur.
  
Aisyah juga tidur masa dah nak sampai Jeddah. Bila dah sampai dan kejutkan dia, menangislah apa lagi, sebab tak puas tidur. Kan tadi ummi dah pesan suruh tidur tak nak kan. Dia leka tengok cerita kartun, baca buku dan bangun duduk. Pengalaman pertama naik plane katakan.

Di airport Jeddah sementara tunggujemaah siap solat.

Frontcarry Khadijah sebab dia tak nak duk belakang. Dia insist nak berdukung, berat dah dia, 12kg. Surrender dukung dia lama-lama. Sedang gerak nak ke bas pula untuk ke Mekah.


Nanti sambung lagi ya.

11 comments:

Nieza Ishak said...

alhamdulillah sampai jugak mirah & anak-anak kesana.

insyaallah selepas ni rezeki kami pulak.

mirah said...

Thanx Nieza, InsyaAllah mudah-mudahan nieza dan keluarga juga dapat jejak kaki ke sana. Amin.

AMIIZAA@Mieja said...

Alhamdullilah, semoga dipermudahkan segala amal ibadah disana:):)

knv said...

wow seronoknya. alhamdulillah. please share everything ye! memang impian akak nak bawak budak2 pi umrah.

thanks for sharing sis!

mirah said...

K mieja,
terima kasih. Alhamdulillah.


K Ana,
Alhamdulillah. InsyaAllah saya cuba ceritakan semuanya. Hihi..

Chik Na said...

tak sabar nak baca N3 seterusnya..Chik Na suka baca cerita Mekah ni sebab tak pernah sampai lagi ke sana..

mirah said...

Huhu insyaallah saya akan sambung segera cerita umrah ini. Maaf kan saya. Baru habis dari sibuk yang panjang dan sakit yang dah pulih. Thanx for reading everyone.

iman izyan hafizal said...

11asslamualaikum puan,saya berhajat untuk menimba pengalaman membawa si kecil ke umrah daripada puan, saya harap puan dapat menghubungi saya kerana saya tak jumpa emel atau no telefon puan dalam blog ni...saya sangat berhajat..terima kasih..emel: izyanizdihar@yahoo.com

mqaizerm said...

Akum kak..sy nk bw anak 2thn buat umrah..kalau x blh dukung,ape cara blh sy guna?sbb anak msh on diapers..tq

Ann Lee said...

saya duk mcari info berkenaan nk bawa ank kecil bersama utuk umrah tahun depan..

Anak akan berumur 2taun ++..ade yg nasihat xpayah bwk..ade yg nasihat bawak jer..skrg ni lpas bca pngalaman jemaah yg dh pegi umrah dgn anak kecil ni buat saya bulat hati utk bwa bersama nti..mudahan2 Allah perkenanankan hajat saya ni nk g umrah satu keluarga nti..Inshaa Allah..

Unknown said...

tetibe rasa nak pergi umrah bersama keluarga. tapi ade x yg bole tolong mcm mane nak pergi dengan membawa anak2 2thn dgn 4 tahun .. sape2 yg sudi bantu sy .. baim 012 341 3003