Friday, January 27, 2012

Silent mode

Ya saya mengalami kekangan masa sekarang. Lama betul rasa tak update blog. Selepas bercuti seminggu, banyak kerja pejabat tertangguh dan perlukan tindakan segera. Ada banyak nak cerita tapi nanti dulu lah. Yang penting, alhamdulillah saya masih sihat dan kandungan sudah mencecah 28 minggu. Khadijah dulu lahir masa minggu ke-28 ini. Moga kali ini dapat bertahan lebih lama. Amin.


Thursday, January 5, 2012

Hari pertama Khadijah di TASKI

Semalam merupakan hari pertama Khadijah di TASKI. Aisyah pula tahun ini dah masuk tahun ke-3 maka dia lebih cool dan rileks je. Alhamdulillah semalam adalah sangat ok. Mereka memang excited, beg, botol air, bekal(biskut je pun) semua isi sendiri dan dah siap pada malam sebelumnya lagi tu. Masa mula-mula sampai terus bawa khadijah ke tempat letak kasut, beg dan masuk ke kelas. Aisyah dah laju ke depan dah cari kawan lama dia. Mula-mula khadijah tak lepas tangan saya juga, tapi dia tak nangis. Dia cakap ummi temankanlah adik. Saya pujuklah lepas tu masa tu kan ramai ibubapa lain hantar anak-anak maka kalut jugalah suasana. Tapi, memandangkan saya dah biasa dengan taski tu jadi, saya tak kisah pun sangat tak mendapat layanan sewajarnya. Lepas dah pujuk-pujuk lebih kurang 10 minit, cikgu dia datang keluarkan lego dan dia nak main tapi dia tak lepaskan tangan saya, dia cakap nak kakak temankan dia. Saya panggil aisyah suh duduk sebelah adik dia sementara saya nak keluar. Bila kakak dah ada sebelah dia, ok je dia salam dan saya pun keluar. Taknak tunggu lama-lama takut dia berubah fikiran pula.. :)

Selepas dah siap pakai baju masing-masing. Bukan main comel lagi mereka... :)
Dalam kereta sebelum sampai taski. Khadijah dah siap galas beg tu..
Muka ceria je kan. Khadijah je dapat tag nama sebab dia pelajar baru.. Dah besar dah anak-anak saya, kan..
Ini tengah pujuk masa saya nak keluar. Tangan pegang lego, nak main tapi nak minta kakak temankan. Bila aisyah duduk sebelah dia, sayapun keluarlah. Takde pula dia ikut sama atau menangis.
Ini pula gambar khadijah masa saya ambil dia tengahari tu. Ucapan pertama dia, 'ummi, adik tak nangispun...'. Wah bagus kan dia. Alhamdulillah nampak ok setakat ini.
Aisyah akan berada di taski sampai petang, khadijah ni saya ambil tengahari dan bawa ke rumah pengasuh. Tapi tengah fikir juga ni sebab sukar juga saya tiap-tiap hari nak keluar ambil dia. Masa sampai rumah pengasuh semalam, dia nangis tak nak masuk. Katanya nak balik rumah. Saya rasa dia dah penat dan nak tidur. Dapat upah aiskrim sebatang, dia pun masuk. 

Hari ini saya mc sampai esok. Doktor suruh rehat di rumah sebab ada mild/ premature contraction. Nantilah cerita lain pasal tu. Tolong doakan agar semuanya baik-baik saja. Satu beg bawa kerja pejabat ke rumah, tapi baru satu je separuh siap. Haha.. Tengok-tengok dah separuh hari ni ha.. Kejap lagi nak pergi ambil khadijah semula dah. Hari ni percubaan hantar dia sampai pukul 3 petang. Jangan kencing kat seluar dah lah dik... risau dia terbabas masa tidur je. Tapi, sebab tak minum susu, harap-harap ok lah. Pagi tadi, lama juga saya tunggu dia, khadijah cebik-cebik nangis cakap nak gi rumah pengasuh dia. Habis pujuk pastu bawa dia ikut kakak masuk kelas kakak, main-main jigsaw jap pastu ok. Siap dah boleh senyum tu pastu ummi lari keluarlah. Tak sabar nak dengar cerita dia kejap lagi..


Sunday, January 1, 2012

Pusat Sains Negara

Selamat Tahun Baru 2012. 
Saya nak kongsikan aktiviti terakhir kami sebelum tahun 2011 berakhir iaitu kami ke Pusat Sains Negara. Sebenarnya selepas Muaz, anak saudara saya tengok gambar aisyah pergi ke sana masa lawatan taski dia hari itu, dia pun nak pergi juga, nak tengok dinosaur katanya. Maka, demi mengisi cuti sekolah yang ada dan tidak menghampakan dia, maka pergilah kami ke sana.

Bergambar di akuarium sebelum masuk bahagian dalam. Besar-besar juga ikan-ikan air tawarnya.

Main di playground disediakan sementara menanti sepupu mereka sampai. Suka betul nampaknya mereka. Masa ini baru sampai dalam pukul 12 tengahari gak lah tapi belum begitu ramai orang lagi. Itu yang sakan bebudak dapat main.

Dinosaur yang ingin sangat dilihat. Tengok tu Khadijah yang takut, ah macam biasalah dia. Aisyah je yang cool.

Siap boleh berdayung sampan lagi dalam tu..hehe..

Main gendang eh kompang rasanya tu pun boleh. Saya cakap kat Aisyah, kompang ni kat rumah tokki pun ada.

Trampoline? Sebenarnya Khadijah takleh main benda ni sebab untuk umur 5 tahun ke atas, tapi si adik yang jaga pintu tu bagi dia masuk, takpelah kan..

Mencuba rumah hamster. Boleh pusing-pusing tau.

Lepas mereka dah habis saru sesi pusing kat bawah tu, barulah Muaz, Anas, Fawwaz sampai. Masa ni Fawwaz takde sebab tidur dalam kereta.

Seekor lagi Dinosaurr

Ini antara dinosaur yang dipamerkan kat bahagian atas. Ada banyak sebenarnya tapi banyak gambar gelap sebab dalam tu malap je dan saya malas nak edit pun ada juga..heheh..

Ini bersama robot eh apa namanya eh.
Dan ini gambar terakhir sebelum balik. Semua cucu tokki dengan nenek yang ada kat sini. Nak minta semua pandang kamera memang tak dapatlah. Ini je lah yang terbaik..
Kita yang seronok tengok budak-budak ni gembira. Berbeza juga dengan pengalaman ke Petrosains. Kira kat sini ada tarikan dinosaur lah kan. Cuma kedai cenderahati dia tak strategik, biasa kan kita akan lalu kedai cenderahati bila keluar nak balik kan, tapi di sini, di bangunan berbeza sebelah kafe. Sayapun tak masuk sebab nak cepat balik. Penat dah melayan bebudak ni satu hari. Kami gerak balik hampir pukul 5.00petang juga. Tiketnya murah, boleh suka hati keluar masuk pula tu, tak strict lah yang jaga pintu masuk tu. Surau ok, tandas pun ok, cuma lokasi surau jauh dari tandas tu, ada makcik yang tegur juga lah. Dan lokasi surau kena redah tempat aktiviti. Mungkin boleh diperbaiki pada masa akan datang. Bahagian outdoor kami tak pergi pun, ya memang sebab masa dah petang dan penat. Ada 5 orang kanak-kanak tau.

Ok selamat tahun baru semua. Semoga boleh lihat kembali azam tahun-tahun lepas dan semoga azam tahun 2012 dapat diusahakan dengan jayanya juga. Marilah kita sama-sama muhasabah, meneliti dan menilai kembali sejauh mana kita berada. Semoga sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah.