Semalam ummi bawa khadijah pergi check-up bulanan. Berat adik dah 5.1 kg. Mm..besar lah tu kan. Previously on 15/10/08 adik was 4.3 kg. Maknanya bertambah dalam 800g dalam masa 2 bulan ni. Banyak ke sikit ummi pun tak pasti. Yg pasti berat adik naik dengan baik dan itu sudah cukup menggembirakan ummi. Nurse tu pun cakap oklah berat dia naik cantik. Nurse tanya minum susu apa? Ummi jawab lah susu badan je. Pastu dia cakap 'oh awak tak keje eh?' Ummi replied balik ' saya keje, tapi saya perah susu tu'. Dia cakap lagi 'duk dalam wad berapa lama?' Ummi jawab lagi '2 bulan juga, 71 hari'. 'Oo..sepanjang dlm hospital bg susu macam mana?' Ummi jawab 'pakai tiub lah'. Expression muka dia macam 'oooooo......'.
Alhamdulillah lah kan adik dapat minum susu ummi sahaja lagi sampai sekarang. Tapi dah nak kena start solid food juga ni. Cuma ummi tengah ragu-ragu lagi, confuse pula nak start dgn apa eh.. (hihi macam tak pernah ada pengalaman pula kan..). Ummi ingat nak hold dulu sampai next check-up adik jumpa paed kat hospital 22 jan 2009 tapi macam lambat sangat je lagi. Adik pun dah tumbuh gigi. Ada sorang doktor kt kg dulu masa ummi refer perihal adik kat dia, when to start solid semua lah kn. Dia ckp advisable tunggu age khadijah 8 bulan or in another words corrected age adalah 6bulan. Or else dia cakap adik dah tumbuh gigi. Bila tumbuh gigi bermakna usus dia dah matang dan ready untuk digest food. Adik pun bukan main lagi terliur kalau tgk kami makan depan dia. Badan tak boleh duduk sendiri lagi tp dah boleh berada pada posisi duduk lah. Suka masuk tgn dalam mulut and bite her teether.
Erkk apa lagi eh signs yang kita perlu observe pd baby before start solid ni? hihi kawan-kawan kalau ada yg boleh kongsi, silakan lah yea..
Coz i really had a bad memories on what did i do during aisyah's early days on her solid foods.
Dan juga kalau ada nak bg pendapat, should i start giving her solid food now or wait for another 1 month, after jumpa paed nnt, please let me know k.
Btw, next week 2nd birthday aisyah. I'm still giving her a bottle of 4-6oz of breastmilk daily. Tp ada juga skip masa blk cuti raya hari tu sbb ummi jd malas nak pump and pd travelling days tu. Abah cakap boleh stop dah lah. Ummi pun ingat nak stop juga sbb nak concentrate buat stok beku banyak2 kat khadijah. Tapi rasa macam sayang juga kan.. mmm.. anyone to give comment on this?
1 comment:
mmm, nmpk macam Khadijah dah ada tanda2 nak start solid kan?
Kalau saya, try bg sesudu-dua blended bubur kot, tgk reaksi dier mcm maner...
Humaira dulu, even dah 6 months, langsung takde tunjuk minat nak makan... Biler test bagi, mmg betul pon dier tak minat, siap kuarkan balek semula.. Last2, dah 7 bulan baru betul2 start makan...
Post a Comment