Monday, October 13, 2008

Back to the routine again..

At last, cuti panjang itu berakhir jua. Jadi, ummi keje macam biasa lah mulai hari ini. Banyak nak cerita ni, tp banyak juga benda nak buat. So, i will slowly take my time lah nak update cerita2 itu yea..
Pertamanya, khadijah dah 6 bulan. Mm..mmg dah besar anak ummi ni. Ramai yg cakap walaupun adik nampak kecik tp tulang dah kuat. Tak suka baring tapi suka kalau orang pegang, duduk kan dia ke. Gmbr nnt ummi letak k, tak upload lagi. Dan yg paling syukur sbb kerisauan ummi berkaitan adik tak nak minum susu thru botol dah berakhir. Syukur alhamdulillah. Nampaknya ummi yg kelam kabut sgt risau..hihi.. Ummi ada beli teat brand fiffy spt kwn ummi, cik mimi cadangkan masa kita kat umah nenek lagi hari tuh tp tak sempat nak try. Pg semalam baru ummi sempat try, and to my suprised, adik minum tanpa tumpah pun susu tu, habis gak dlm 1 oz. Syukur sgt.. Ummi tak kisah kalau adik tak habis kan pun, sbb adik mmg pattern minum sikit2 tp kerap.. Pastu semalam ummi dgn abah mmg plan nak keluar pergi cari kelambu adik utk bwk pg umah pengasuh sbb kelambu kakak pengasuh tu dah koyak, kesian pula khadijah kena gigit nyamuk nnt. Sekali ummi ckp kt abah jomlah kita pg sogo, ada warehouse sale. Pastu tgk ada jual botol breastflow the first year tu murah 50%. Abah pun setuju lah pg. Ummi plan pg sekejap je, jd ummi bawaklah kakak dgn adik sama. Tak bwak stroller pun.

Akibatnya mmg takde lah shopping sgt, mujur juga.. (kalau tak, melayang lagi duit abahummi..) ummi beli botol breastflow tu tp satu je, sbb takut tak sesuai dgn adik. Sekali bila try bagi adik, ok pula adik minum.. adushh menyesal pula tak beli lebih... mm mlm td abah offer nak pg sogo beli lagi botol tu, tp bila ummi pk balik, kesian pula kt abah nak keluar lagi, dah kul 8 msa tu.. ummi cakap takpe lah abah, kita beli tmpat lain lah, takpelah takde sale pun, asal anak dapat minum, berapa harga pun tak kisah.. Abah cakap ok. Abah ckp kalau hari ni dia sempat pg JJ, dia beli kan lah kalau ada.

Jadi, pagi td ummi bekal kan dua2 jenis botol tu, botol biasa dgn teat fiffy, then wide neck botol breastflow tu. Kalau tanya ummi, mmg prefer suh adik minum guna breastflow bottle sbb lbh kurang mcm breast teat dia tu, tp apapun ummi dah minta tolong kakak pengasuh tu tengok mana yg adik prefer lah.. Jap td pun ummi call tanya khabar adik dgn kakak, kakak pengasuh tu cakap adik ok. Dah minum susu tp tak habis (each bottle ada 40-50ml ebm), skrg dah tidur. Kakak aisyah pun ok. Senang hati ummi.. tghari nnt ummi akan balik pg tgk anak2 ummi, mungkin boleh tanya kakak pengasuh tu lebih detail... :) (big grin = relief)

Namun begitu, sejak beberapa hari lepas, aisyah pula dgn jayanya tak nak minum susu ummi lagi. Agaknya dia dh pandai differentiate rasa susu dia. Bagi yg fresh baru perah, siap suam2 lagi pun dia tak nak. Mmg kes kronik ni. Dan ummi akur, (cuma dok terpikir, apalah aku nak buat dgn susu dah perah ni? byk juga lah yg buang je susu tu hari tu) tp hari ni dah start balik dah rutin pam susu mcm biasa. Cuma peti ais tak sempat nak organize lagi. Ada 16 botol susu MLO ummi tinggalkan kt umah kakak pengasuh sblm raya hari tu, incase blackout umah masa cuti raya,since kakak tu tak balik kg. Kt umah hanya ada 3 botol dgn liner (tak pasti berapa byk) yg tunggang terbalik dlm peti tu..

Sepanjang dia bercuti kat umah nenek (umah mak ummi lah tu) dia mmg menunjukkan kematangannya, skill bercakap yang sgt bagus sampai ummi tak sangka anak ummi boleh buat ayat begitu. Utk makluman kawan2, aisyah mmg dah byk mulut since dia 1tahun 6 bulan, skrg 1tahun 10bulan. Dia dah pandai sembang dengan nenek tokki dia. Yelah sbb since selasa lepas, semua adik2 kakak ummi dah balik kampus, umah masing2. Yg tinggal tokki, nenek, ummi, aisyah dan khadijah. jadi, tokki dgn nenek memang layan je lah aisyah. Conversation yg plg ummi tak sangka:

1.
Aisyah: Nenek, g mana?
Nenek: Nak g kedai..
Aisyah: Nak ikut.. Jom..
Ummi: kalau nak ikut, kena pakai tudung dulu.
Aisyah: nak tudung, nak tudung (meluru masuk bilik cari tudung..)

2.
Ummi: Aisyah, tokki mana?
Aisyah: Tokki g surau, solat, semayang..

3.
Aisyah: Nak makan cat... nak makan fish
Ummi: Makan cat? fish?
rupanya dia nak bagi cat dgn ikan makan fillet.. tokki lah ajar dia bagi makan. Pastu tak nak berhenti lak tu.

4. ni incident kat kedai.
Aisyah dok dalam troli, ummi amik lah brg pegang. pastu dia minta, letak sini, letak sini. Oh rupanya dia suh letak brg tu dlm troli. Ni mesti hasil pengamatan..
nak beli selipar kt dia, since dia takde selipar, sandal adalah. Pastu takde corak yg utk budak perempuan. Yg ada gmbr superman. ummi duk sembang lah dgn tokki, cakap takde gmbr sesuai. Sekali aisyah boleh cakap. nak selipar superman...
aikk pndai pula dia sebut tu, akhirnya tokki pun beli jugak lah selipar superman tu..

Kalau suh bilang satu - sepuluh, one to ten mmg dia dah lju lah. ABC pun blh sket2 tp ummi tak konsisten ajar lagi. Yg dia selalu sebut.. A, B, I, J, K,L,M... C,D sampai H mana entah hilang..huhu..
pastu dulu msa dia kecik, ada beli kan dia board puzzle. Tp dia mcm tak pandai nak susun elok lagi. Dalam bln puasa hari tu, saja keluarkan blik mainan lama dia, sekali dia main puzzle tu dan berjaya susun sendiri dgn jayanya slps beberapa kali je ajar. Mmg betul org ckp development anak2 ni mengikut kpd kesediaan anak itu sendiri.
And i'm proud of you, aisyah dear. Instead of suka juga kacau ummi dgn adik, the worst thing, susah benar nak pakai pampers lps mandi..(huhu tu yg plg tension bg ummi, yg lain kira acceptable k..) tp you're such a good girl though. Mmg hakikat seorang kanak2 kan, mereka masih terus belajar.. dari pengamatan dan contoh terbaik adalah ibubapa sendiri. Yg penting jgn give up eventhough terpaksa ulang byk kali ajar sesuatu benda tu.., sbb hasilnya nnt sgt mengkagumkan. You will be suprised as i did..

4 comments:

::Umi Sufira:: said...

Alamak Mirah, bangganya ada membantu Baby Khadijah ni (tersipu2) hehehe...BTW, mimi pon nak carik yang breastflow nilah..nampak menarik..hopefully Sufia leh terima...mirip ngan direct feeding kan..tu yang syok tuh...

mirah said...

mm.. tu lah. Td tghri pg tgk khadijah. kakak pengasuh tu ckp, khadijah minum teat fiffy lagi laju dr breastflow bottle tu. Err risau plak takut bila dah terbiasa dgn teat tu tak nak direct bf pula... (apalah aku ni risau je tak habis2...huhu). Myb nak stick dgn satu botol je nnt.. myb guna breastflow je ke..
apapun tgk dulu seminggu ni macamne then baru decide..

Mummy HnH@arnie said...

Murahnya SOGO jual breastflow tue off 50%... geramm jerr.. tp, hubby saya xsuka pi SOGO, sbb ramai sgt org.. sometimes nak beli 1 item, tp kena beratur dekat 15-20 mins..

bab aisyah xnak pakai pampers tue kan, Hakim pon sejibik laa... tang mandi lajuuu, tang pakai pampers, liat sungguh.. habis tawaf satu umah, kejar dier... saya sepatutnya dah kena start ajar diaperless, tp ntahlaa.. xready lg + mim-alif-lam-sin laa... ketuk skali! :p

mirah said...

arnie, agaknya mmg budak2 mcm tu lah kan perangainya, tp yg best nya tu, bila kat umah makcik pengasuh dia, elok pula orang tu cakap bila nak pakaikan pampers. Duk diam je tak lari pun..
sapa nak komen tu?