Thursday, December 31, 2009

2010 & gambar anak-anak

Saya check semula apa saya tulis untuk azam tahun ini dalam post list kalau ada. Ada rupanya, ini dia. Walaupun tak details, tapi ada juga signifikannya. Saya ada tulis untuk dapatkan permanent job pada tahun ini or else nak sambung study lagi. Alhamdulillah permanent job dah dapat Julai lepas. Pasal nak sambung study tu pun, insyaAllah, kira carry forward utk tahun depan ni lah. InsyaAllah. The rest, saya sungguh bersyukur dan gembira di atas segala nikmat yang Allah berikan pada saya sepanjang setahun ini dan sepanjang hidup saya ini. Memang Dia yang Maha Mengetahui segalanya. Terima kasih Allah!.

Mendepani tahun baru 2010M ini, saya berazam untuk menjadi hamba yang lebih bertakwa dan dekat padaNya, bukan dari segi ibadat sahaja, malah dari pelbagai segi yang lain dalam erti kata lain, segalanya bila buat, mesti ada dikaitkan dengan rasa syukur, takut dan takwa padaNya. At least, usrah kena jalan semula lah, ye dak?. Di samping itu, saya berazam menjadi isteri yang lebih baik buat suami dan ibu mithali pada anak-anak. Oh banyak lagi parenting skills kena belajar ni. Anak pun dah start pra-sekolah tahun ini, maka adjustment pada saya juga perlu. Juga dengan harapan menjadi anak yang taat dan dapat berbakti pada orang tua selagi hayat mereka masih ada.

Dari segi kerjaya, saya bersyukur dengan apa yang ada, cuma seperti saya mentioned atas tadi, serasa ingin mulakan langkah menyambung pelajaran pula tahun ini. Saya tengah intai peluang dan kesempatan ini. Dan moga cita-cita kami untuk memiliki rumah sendiri pada tahun ini juga tercapai. InsyaAllah. Selebihnya, moga Allah limpahkan rahmat kesihatan, rezeki yang halal dan diberkatinya serta memberkati seluruh ahli keluarga saya dengan rahmat dan kasih sayangNya sentiasa. Amin.

Di Batu Feringgi - Khadijah tengah tengok horse kat tepi laut

Saya biar dua-dua comot makan ais krim setelah tak larat melayan bawa jalan ke night market. Ni sementara tunggu makanan tiba.

She's sweet kan. Rambut dah panjang pun.


Saya akan rindukan saat menyusukannya suatu hari nanti.
Atas bot nak ke Pulau Orang Utan, Bukit Merah.

Left-Aisyah tengah enjoy naik tren kat Bukit Merah tu. Right- Dia tengah merajuk kot, atau request apa entah dari abah dia tu.. Ya saya tahu, rambutnya dah panjang, saya dah janji dengan aisyah nak gunting rambut dia weekend ni.


Suka tengok gambar ni...


Dan ini juga..

Saya sayang keluarga saya. Buat Abang, Aisyah dan Khadijah, moga tahun baru ini memberikan lebih kebahagian buat kita dunia dan akhirat.

Kawan-kawan, Selamat Tahun Baru 2010M ya. Selamat berhujung minggu. Jumpa lagi tahun depan ya.

Monday, December 28, 2009

Back with...

...probably 3-4 times of laundry to be made before all clear
...2 full baskets of clean clothes left to be folded
...and of course, office works that don't know when to finish. Fail Meja oh Fail Meja..

Penat. Tapi seronok gak lah. Serdang-Batu Feringgi-Bukit Merah- Serdang. Gambar nantilah ya, kena cari mana kabelnya tu. Pengarah bercuti 2 minggu, tapi kan, tapi kan tak boleh ponteng tau. Kena ambil peluang ketiadaanya untuk siapkan semua kerja tertangguh. Harap sangat dapat siapkan semuanya ni, supaya tahun 2010 berjalan lancar dan tiada lagi perkara yang patut selesai pada 2009 kena carry forward pula. Ya lah, tahun baru, maka wajarlah buka buku baru, kan.

Esok maybe nak bawa aisyah daftar sekolah. Harus bawa dia sama, sebab nak ukur saiz baju. Oh saya dah start pening nak kena cari menu breakfast apa untuk dia ni. Tu tak masuk kira melayan karenah bangun pagi dia lagi. Anak oh anak...

Saturday, December 26, 2009

Selamat Ulangtahun ke-3, Aisyah dear!

Dear Aisyah Humaira,

Aisyah genap 3 tahun masihi hari ini. Kalau ikutkan tahun hijrah, aisyah dah 3 tahun pada 5 zulhijjah lepas. Ummi dan abah juga adik sayang sangat kat kakak! Walaupun aisyah sering juga buat ummi tension, hihi tapi ummi tetap sayang kakak. Ummi doakan anak ummi berjaya dalam hidup, menjadi anak solehah, sihat sentiasa, berjaya dalam pelajaran dan yang paling utama, jangan lupa Tuhan.

Sebagai kakak, aisyah kena jaga adik(-adik) nanti, jadilah seorang kakak yang baik, yang boleh membimbing adik-adik semasa ketiadaan ummi dan abah ya. Ummi dan abah sentiasa doakan yang terbaik buat anak-anak kami. Tahun depan kakak dah kena pergi school, belajar rajin-rajin ya.

Dari,

Ummi :)

Wednesday, December 23, 2009

Bercuti lagi..

Hehe ya kami ada 2nd family trip to penang and then down to perak esok. Ini trip sebelah husband pula, akan konvoi 4 buah kereta. Plannya nak ke Batu Feringgi dan Bukit Merah. pastu ada pula plan nak ke Pangkor (pengsan mak). Dan malam ni mereka akan overnight kat rumah kami dan esok awal pagi terus gerak. Huhu tengah dok fikir apa menu nak masak ni, dah lah ramai, menggigil juga kalau masak tak sedap. Haha.

Btw, kalau nak diikutkan mood cuti memanglah takde. Penat masih bersisa balik dari Acheh, ke langkawi, last weekend kemas rumah, buat tour kat Ikea (haha) pastu agaian esok sampai ahad nak berjalan lagi. Tapi, kenalah be fair juga pada family suami kan. Beg anak-anak dah siap packed jam 4 pagi tadi. Kain semua dah siap lipat, rumah dah siap kemas, tinggal beg sendiri dan suami je belum. Oh iron baju pun belum. Takpe, cool mirah, sempat kot malam ni buat..

Anak-anak pula baru nak baik dari selsema. Mm..kesian diaorang, bertambahlah penat. Harapnya mereka ok lah nanti. Oh jangan lupa bawa bekal ubat mereka ya. What to do, trip ni dah planned oktober lepas lagi, jadi haruslah ditempuh juga. Takpe, I jadi co-driver je. :)

Dah lama saya tak jote down perkembangan anak-anak kan. Saya takde mood nak update sekarang. Nanti lepas balik ni lah ya. Oh btw, aisyah going to turn 3, 26 dis ni. Baru umminya ni ingat janji nak beli kek kat dia. Harus kena terjah baker's cottage petang ni. Hadiah birthday, bought her a pair of shoes masa kat acheh, sangat sweet tau kasut tu, pastu sedar bila balik dari langkawi, sebelah je ada. Puas cari tak jumpa, mm..confirmlah ni tercicir kat kuala perlis. Aisyah ni suka nak masuk car pastu buang kasut. Kalau kita leka tak perasan, memang tinggallah. Ajak abah dia pergi beli shoes baru, tapi dah tak dan. Baru perasan hari ahad lepas masa nak pergi Ikea, pastu bila dah weekdays, confirm tak sempat pergi kedai. Takpelah kakak, nanti kita cari kat mana-mana jumpa yang cantik-elok-murah lah ya..

And as planned, kami belikan aisyah set meja dan kerusi juga stool kat Ikea untuk dia. Bagi semangat sket lah sebab 2 minggu lagi dah start school, maka dia kena tempat proper lah untuk study. Sebelum ini dia buat di coffee table kami tu, tapi kan, tapi kan, meja tu belum sempat assemble lagi. Apakah? ha ni kes tunggu abahnya pasang lah ni, takpelah tunggu balik dari bercuti nanti lah. Ada beberapa aktiviti bersama anak-anak nak buat, tapi asyik tak sempat je, minggu ni walaupun 3 hari je bekerja, tapi badan sangat penat, kepala sungguh tepu. Asyik tidur awal je, tu sebab boleh bangun awal pagi siapkan kerja rumah. Hihi.. apapun saya happy.

Segala apa yang berlaku di sekeliling kita ni wajar kita hargai. Ada masa kita di atas, ada masanya turun ke bawah. Moga Allah tetapkan kita semua dalam iman dan kukuh jatidiri ya. Semoga perjalanan bermusafir merentas bumi Mu ini memberi manfaat berharga buat kami, juga sebagai faktor mensyukuri nikmatMu, wahai Tuhan. Aminn.

Saturday, December 19, 2009

Selamat Tahun Baru 1431H

Moga tak terlambat mengucapkan Selamat Tahun Baru 1431H pada semua. Semoga kita berusaha meningkatkan ketakwaan padaNya dan berhijrah ke satu fasa lebih baik dari sebelumnya. Doa details kalian masing-masing bacalah eh.. :). Ya lebih baik berdoa secara details apa kita nak. Agar Allah makbulkan doa-doa kita seperti diminta. Saya percaya pada itu sebab it was proven true.

p/s: tahniah untuk pasukan bola sepak malaysia menang 1-0. Tak semena-mena hubby cakap isteri dia ni peminat bola. Well, memang lah jarang tengok, tapi ni Malaysia lawan di peringkat akhir okeh, haruslah tumpang bangga bila menang kan. Hihi..

Thursday, December 17, 2009

Langkawi 2009

Kami bertolak seawal jam 4.30 pagi ke Kuala Perlis. Kepala masih berpusing-pusing sebenarnya waktu itu, mujur boleh tidur dalam kereta, tapi tak lena juga, hubbyku pecut kereta 160-170km/hr kat highway. Sebelum tu baru sampai dari Acheh jam 5.oo petang dan sampai rumah jam 7.oo malam lebih. Pemergian ke langkawi kali ini memang mengujakan. Dari yang tak plan nak beli apa, ha amik kau tambah satu beg dan 3 plastik besar barang perhiasan dan mangkuk kaca. Mujur naik kereta, kalau naik flight, confirm kena reject dah ni, tu tak termasuk barang-barang mak dan abang sekeluarga. Kami pergi 9 orang dewasa dan 3 kanak-kanak. Tapi 3 orang kanak-kanak tu pun dah cukup happening, masing-masing geleng kepala melihat gelagat mereka bertiga, tu takde lagi 3 hero anak-anak kakak.

Kami stayed di Kuah, senang kalau nak shopping katanya. Memang pun, jalan kaki je semua boleh access. Second day barulah ke Makam Mahsuri, Padang Matsirat, Pantai Cenang etc. See gambar kat bawah ni, khadijah tengah enjoy main pasir kat Pantai Cenang sambil kami melihat matahari terbenam.
Khadijah puas dilepaskan berjalan dan ke sana ke mari ikut suka hati dia. Biasanya kami dukung je dia, tak larat nak kejar.

Ha ni lah dia hero dan heroin kami di Langkawi. Dapat belon sorang satu beli di Padang Matsirat. Aisyah Humaira' dan Ammar Abdul Rahman. Dah macam twin pun ada.

Ini aksi mereka naik kereta coin tu kat Jeti Langkawi sementara tunggu nak naik feri.

Keseluruhannya memang berbaloi. Kami dapat beli barang dengan harga 20% diskaun, menambahkan koleksi bunga yang ada. Setelah menghabiskan duit di Acheh, balik sini habis duit di Langkawi pula, mujur mr hubby sporting, cuma dia cakap beli ni simpan dulu ya, tunggu masuk rumah baru, baru guna. Oraitlah tu, rumah sekarang pun memang takde tempat nak display semua tu. Apapun, thanx abang. Juga terima kasih buat abah dan mak, nanti kita datang lagi ya.

p/s: Acheh - part 2 sambung kemudian k.

Tuesday, December 15, 2009

Acheh - part 1

Saya buat keputusan pergi ke Acheh ini sangatlah last minute. 2 minggu sebelum tarikh pergi baru decide, maka sibuklah renew pasport, beli ticket bagai. Sebenarnya ketua lab merangkap second boss saya ajak dah lama dulu, tapi saya tak berminat sangat, ada rasa nak pergi tapi entahlah kenapa belum terbuka hati kot. 2 minggu sebelum program, kami ada perbincangan, melalui perbincangan inilah saya rasa teruja untuk pergi bila didedahkan keadaan di sana, apa misi nak dibuat, pengalaman yang bakal diperoleh dan sebagainya. Ya saya sangat teruja.

Kami pergi seramai 10 orang ahli kumpulan terdiri daripada 5 orang pensyarah, 2 orang pegawai iringan dan 3 ahli keluarga yang lain. Tujuannya adalah mencari manuskrip lama Melayu-Islam yang dikhabarkan ada di salah sebuah zawiyah/ pondok di sana. Saya pergi bersendirian, anak-anak saya demam kena tinggal 4 hari, tapi demam masa hari pertama saya pergi je lah. Mak saya ada di sini temankan anak-anak, saya hanya mampu tinggalkan 6-7 botol ebm untuk khadijah sepanjang tempoh tersebut. Dan saya pula mananged buat stok ebm sebanyak 8-9 bekas sepanjang berada di sana, habis saya angkut cooler beg dan breastpump. Siap pump susu dalam mpv lagi, since banyak aktiviti kami on the road je. Saya bersyukur sangat sebab pensyarah saya memahami dan kebetulan mpv yang dinaiki semuanya perempuan. Masa kami sangat terhad di sana, shopping pun sempat sikit-sikit je di kawasan berdekatan hotel menginap.

Selain melawat zawiyah dan muzium untuk mencari bahan yang diperlukan, kami juga dibawa melawat ke perkampunagn tsunami. MasyaAllah memang Allah itu Maha Besar. Sungguh tak percaya kalau lihat apa yang ada sekarang berbanding masa tsunami dulu.

Masjid Raya Abdurrahman - masjid yang tidak runtuh dilanda tsunami 2004. Masih tersergam kukuh.

Pantai lokasi tsunami bermula. Indah kan. Sangat terpegun saya melihat keindahan pesisir lautnya dan putih pasir serta hijaunya air laut itu. Pantai Lampu'uk kalau tak silap ni. Di belakang tu bukit yang dikatakan tidak kena air dan adanya yang terselamat kerana berada di bukit saat itu.

Cantik kan. Kami berhenti rehat dan makan di tepi pantai ini. Hidangannya ikan bakar, nasi putih dan air kelapa muda yang segar. Pergh sungguh refreshing dan kami makan sampai tegang perut sambil duduk bersila.

Ini antara ikan bakarnya, memang ikan bakar macam tu je tapi sedap. Air asamnya pun sedap, saya minta resepi tapi orang tu tak tahu nak translate ingredientsnya apa, saya lagilah tak faham. Haha..

Mula-mula order 4 ekor ikan je, pastu entah macammana driver kami tambah lagi 4 ekor. 8 ekor ikan yang besar ok kami berlima menjamu selera, memang puas amat, sampai boss saya cakap masing-masing makan bagai tak ingat suami semuanya. Hihi, memang pun, inilah first time saya makan dengan penuh nikmat tanpa fikirkan nak mengawasi anak-anak di kiri kanan. Sungguh marvellous ok.

Ini pula anatara menu makan tengahri kami masa hari kedua di sana. Penuh meja, rupanya style di sana, mereka akan hidang je semua, dan kita bayar apa yang kita usik/ makan sahaja. Mula-mula sukar juga saya nak menikmati makanan di sana, tapi makan sahajalah kan, kalau tak, lapar!.

Jus alpokat

Dan last sekali, sungguh sedap minum air jus alpokat/ avocado ni. Saya pernah baca kat blog munirah - triplets plus one tentang enaknya air jus avocado ini masa dia ke bali dulu. And it's true!. Dengan lemak berkrim dan ditambah coklat cair, sangat sedap ok. Saya sempat minum 2 kali kat sana, tu pun kalau ada lagi satu malam di sana, mesti saya akan order lagi. Rp 5000 segelas itu, lebih kurang RM 1.50 sahaja. Sungguh berbeza penyediaan jus di sini, apa sahaja jus di sana memang pekat dan pure. Terasa-rasa lagi keenakannya ni. Harus buat sendiri ni nanti. Sila lah cuba ya kawan-kawan.

Banyak yang terjadi di sana, apapun yang signifikannya, ketua kumpulan kami sangat happy sebab dia berjaya peroleh apa yang dia nak dan cari di sana. Saya tak boleh nak describe melihat air muka kegembiraannya menjumpai apa yang dicari setelah dikecewakan sebelum itu. Apa yang pasti, lawatan ini pasti bukan yang terakhir kali, ia seolah merintis jalan baru, insyaAllah agenda sedang diatur untuk peringkat seterusnya. Sebagai yang mengaku serumpun sebangsa melayu dengan Acheh, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga khazanah alam Melayu dari diciplak bangsa asing. Mereka telah menjalankan misi mereka dan moga kita tidak terlambat mengejarnya.

Banda Acheh - moga kita bisa bertemu lagi. Bumi yang sungguh indah, permai dan sejuk mata memandang. Semoga Allah merahmati kita semua.

Monday, December 14, 2009

Acheh to Langkawi

Seminggu tak ada di pejabat, memang terasa lama benar bercuti. Empat hari bertugas di acheh, kemudian terus ke Langkawi, bercuti bersama keluarga. Suara hampir hilang kerana asyik terjeritkan aisyah yang sungguh over-excited bawa diri sampai sesak nafas kita melihatnya. Dah tak boleh berenggang bila jumpa dengan sepupunya yang juga hampir out of control. Anak-anak kecil memang begitu lagaknya kot. Sebab banyak sangat minum air ais semasa berada di Langkawi, dia dah dapat batuk-batuk.

Banyak nak update ni. Sungguh. Tambah lagi nak bercerita pengalaman berada di Acheh. InsyaAllah nanti saya khabarkan ya. Hari ini datang pejabat rasa blank sangat, tak tahu apa nak buat dulu. Maka, haruslah saya duduk diam buat checklist kerja dulu kan. Pagi tadi bawa khadijah pergi jumpa paed dia. patutnya appointment minggu lepas, tapi since saya takde, saya forwardkan ke hari ini. Berat naik dari 7.3kg ke 8.1kg dalam masa 4 bulan. Sedikit je kan. Tapi alhamdulillah dia sihat dan Dr cakap takde apa perlu dirisaukan. Macam biasalah, jumpa Dr kejap je, menunggunya yang lama.

Nanti saya sambung ya.

Monday, December 7, 2009

Acheh

Salam

In Banda Aceh now.
Macam kampung kat kelantan, terengganu je.
Sekian dulu.

Sunday, November 29, 2009

Cuti

Masih di kampung. InsyaAllah esok pagi baru gerak balik Serdang.

Sekejap je dah nak masuk bulan Disember kan. Dan bulan ini nanti akan jadi sangat padat dengan macam-macam aktiviti. Ada 2 family trips, satu ke Langkawi dan satu ke Bukit Merah. Cuti berbaki 4 hari je lagi, kalau tolak pergi Acheh, maka tinggal sehari je lagi. Yang sehari ini je lah kalau nak carry forward ke tahun depan pun. Apakah?

Apapun, sesiapa yang akan berangkat balik ke rumah masing-masing hari ini, moga selamat dalam perjalanan ya.

Thursday, November 26, 2009

Salam Aidiladha

Salam Aidiladha dari kami di Terengganu.

Suprisingly, 2 hari ini tak hujan pun di sini dan masyaAllah para tetamu haji kita di Mekah pula telah menerima rahmat hujan yang sangat jarang berlaku di hari wukuf siang tadi.

The kids are enjoying themselves here. Esok pagi nak pergi tengok orang sembelih lembu.

Till then.

Regards,
mirah

Monday, November 23, 2009

please recover soon..


One is recovering from a mild flu and one is down with a fever.

Going back to Terengganu? Heard the news this morning that the flood is getting worse there. Eventhough my house were never get flooded before, but we're afraid that we might get stranded somewhere on the way home. Could be ke?

Acheh anyone?


p/s: will update more later (busy weh, tak habis-habis kerja ni..)

Thursday, November 19, 2009

Why I wish to have a portraiture session with TRIPLETSplusONE



Uh oh munirah from TripletsplusOne buat giveaway on having a free portraiture session with her. Oh dear, memang wish to join. Memula tahu about her blog bila dia dropped by at my blog and say hi, juga dia mentioned about her prem triplets. Oh masa tu saya sangat baru dengan blogging world and baru set up blog, mostly awal-awal dulu cerita pasal khadijah - during her early days at NICU (my khadijah kan prem baby juga). And bila dia dah sapa saya di blog, since that saya memang follow blog munirah ni. Eventhough, sometimes je give comments and mostly jadi silent readers, but i admire her courage, high spirits and really talented person. Saya masih ingat entry bergambar dia dahulu and compare dengan sekarang, memang beza. Dan saya masih teringat gambar dia hold one of the twins (harith ke athirah tak sure) dengan sebelah tangan je. How i wish i pernah bergambar macam tu dengan khadijah. Heheh.. memang tak pernah terfikir nak capture gambar macam tu. Ya i'm not a creative person. Have to admit that.

And why i wish to have a potraiture session with her are:

1. Teringin nak jumpa munirah herself and her twins. Kalau saja-saja nak pergi, segan pula. Rasa rendah diri pun ada. Serius.
2. Kami memang dah takde kamera since awal tahun, heheh kalau ada pun, mesti gambarnya pun biasa-biasa je. Jadi, teringin lah juga nak ada gambar family yang menarik kan. Boleh lah diframekan nanti.
3. My kids; aisyah going to be 3 yrs this dec, and khadijah pun dah 19months, baru sekali i print gambar mereka. Huhu kes takde gambar cantik dan tak bergambar sangat pun. Kalau dapat shoot masa aisyah turn 3 nanti, kira as a birthday gift lah kan.
4. I've a dream, angan-angan lah ni imagine myself ada dslr ke apa kan, tapi i know memang mustahil sebab i'm not a camera-type person, jauh sekali creative kan. Maka, haruslah mendapat khidmat fotografi orang lain kan. Apa salahnya kalau win this giveaway, dapat free kan.. :)
5. Finally, ya memang sebabnya potraiture tu free kan, sapa yang taknak kan, tambah lagi memang tahu kita takde skill nak ambil gambar macam tu, rite? and back to no. 1, i really wish to meet her and her kids (tapi kalau jumpa, nak cakap apa eh?). Heheh...

Dan ini beberapa gambar my kiddies (takde gambar baharu pun, sebab tak bergambar, ni recycle mana yang adalah ya);




Both gambar masa raya tempohari (tu pun guna camera olympus sepupu..)

Ni je lah gambar terbaru, beberapa minggu lepas kat alamanda (yang ni guna camera phone k770i je)

So frens, kalau nak join sempat lagi nih, deadline 21 nov 2009 k.
Pesanan dari munirah:

Winner will be choosen based on creativity of the entry and also traffic to my blog.

The prizes are:

1st Place: ONE HOUR PORTRAITURE SESSION

2nd Place: RM150 Voucher

3rd Place: RM100 Voucer

*voucher is not valid for the Special Delivery: Fresh from Oven session

**Those outside KL who wish to participate are most welcome, however portraiture session will be held in KL.



p/s: scheduled entry, puas godek cari gambar last sekali letak yang tu je lah.

Wednesday, November 18, 2009

Seminar Etnomatematik Rumpun Melayu siri 3/ 2009

Seminar Etnomatematik Rumpun Melayu siri 3/ 2009
sedang berlangsung di Bilik Seminar Al-Khawarizmi, INSPEM

3.20am

It's 3.20 am masa saya on kan laptop ni. Saya mimpi something tadi dan terjaga. Nak kata horror sangat tidaklah tapi the thing keep tingling in my mind. So i'm wide awake. Pastu perasan anak dara kecik tu takde kat sebelah, dan seperti dijangka, dia tengah elok baring tertiarap kat atas lantai tanpa alas tu. Dan seperti biasa juga, kalau angkat dia mesti dia terjaga maka kenalah bf kan dia dulu. Habis sejuk tangan kaki, huhu harapnya tak melarat lah selsema dia. Dah lah sekarang musim sejuk kan. Bagi pakai socks, dia dah tanggalkan sendiri, ha tadi dah sarungkan semula. Kalau pakaikan blanket, memang sure dia akan tanggalkan.

Takde benda nak update pun, cuma gatal tangan je nak on laptop. Huhu. Daripada layan internet ni, baik lah juga buat senaman minda dan badan 2-4 rakaat ke kan. Yeah, i'd better go. Rasa banyak sangat empty spaces inside me now.

Tuesday, November 17, 2009

public relation

Dalam apapun kita buat, as an employee ke, manager ke, atau pun sebagai orang biasa sekalipun, haruslah ada good manner dan etikanya. Ingatlah apa yang kita buat tu akan pantul balik pada diri kita semula. Believe me. What you give, you'll get back. Kalau kita nak other people to treat us well, then we have to start giving the best to others juga. If there's any problem pun, there should be a solution. You dont have to scream or instantly marah orang tu. Try to be calm first, then settle it slowly.

Bila kita kerja, of course we deal dengan pelanggan kan, jadi PR (public relation)nya kena baguslah, tambah pula kalau kita kerja di bahagian khidmat pelanggan ke atau banyak deal dengan orang. Kalau orang yang kerja front desk ni ada tatakerja tak bagus, ia kan effect the whole organisasi ok. So, please lah janganlah sesekali bertindak sesuka hati, ikut emosi ke apa. Ingatlah yang setiap apa kita buat tu, kita bawa nama organisasi sekali. Oklah enough said.

p/s: tetiba rasa tersentap juga hari ini. Btw, ini hanyalah sekadar peringatan buat diri sendiri juga,
Ambil lah yang jernih, buang yang keruh k.

Saturday, November 14, 2009

Plan tak jadi

Mm..hari ni plan nak pergi clearance sale fabulousmom tapi tetiba tak jadi. Lalu kami ke Mines je hantar my handphone untuk repair. Huhu handphone tu baru bebrapa bulan beli tapi selepas beberapa kali jatuh mostly sebab anak dara berdua tu jatuhkan, just imagine aisyah pernah purposely dropped the handphone dari tangga atas ke bawah tau. Ni kes tengah bad mood kot. Ha lepas dah kena marah dan handphone dah rosak, barulah tak minat nak usik tapi dah terlambat nak, handphone tu dah mengalami gegaran tahap apa dah pun. Dia rosak bahagian LCD rasanya sebab asyik dok blinking je, payah weh nak type message, dah lah most of the time, bersms je pun urusannya. Harap-harap lepas baiki ni ok lah, kalau nak beli baru pun, tunggu lah duit bonus si dia dulu. Heheh...berangan nak pakai handphone canggih, tapi mengenangkan kebarangkalian berlaku sebegini rupa lagi, maka harus lupakan dahulu niat tu rasanya, apa kes kalau tiap 6 bulan - 1 tahun sekali tukar handphone pula nanti kan. Handphone sebelum-sebelum ni, memang pakai bertahun, barulah tukar ganti baru tu pun sebab dah rosak ke apa. Ni baru beli 6 bulan dah rosak. Rasanya nak switch back tu nokia kalau nak beli baru pun nanti...

oh layan je lah bebelan saya tu ya...la la la..

Friday, November 13, 2009

Free sample of clothpad - join Babysnowdrop giveaway!

Saya tengah survey untuk beli clothpad lately dan tanpa disangka, saya bumped into banyak pula blogs yang tulis entry pasal clothpad. What a coincidence, rite. Senang boleh dapat terus preview from those yang biasa pakai. Dan dalam banyak tu, saya jumpa giveaway dari nisa ni from babysnowdrop. Actually, dah pernah berurusan dengan nisa sebelum ni sebab pernah beli fenugreek dengan dia, dua kali gak lah. Memang bisness dia makin maju dan terbaru sebab nak step forward lagi venture new products, dia come out dengan giveaway ni. Dan hadiahnya cloth pad, oh who can resist kan. Tambah pulak memang tengah cari clothpad ni.

Ok syarat-syaratnya,

Step 1

Copy and paste mana2 code below on your blog. Kire add banner Baby Snowdrop la.

BannerFans.com

or

BannerFans.com

Step 2

Become Baby Snowdrop's follower.

Step 3

Make entry tentang Baby Snowdrop's Giveaway ni in blog uolls. So boleh share pd sume kan for free samples cloth pad.

Step 4

Leave your name, email address and blog/website kat comment in this entry, no comment in entry will be disqualified ye, we dont accept msgs in chatbox. Nanti we will visit each blog and tgk whether qualified tak to get the free sample. (If nak Baby Snowdrop link balik your blog, pls inform k)

Finally, we will list name and blog yg qualified to get free sample, then uolls have to email to me your full name, address and phone number(ni utk nak pos)

NOTE : Anyone yg still publish banner Baby Snowdrop for at least a month, your blog akan qualified to next month lucky draw, we pick one winner randomly. Winner akan qualified to get one piece of Ring Sling from Baby Snowdrop. Lucky Draw ni akan berjalan selama 3 months berturut2 until bulan February.

Ni lah rupa clothpad tu. Colors pun dah menarik kan..

Semua dah buat dan harapnya ada peluang nak dapat free sample clothpad tu.. :)
I heard a lot of stories pasal kebaikan cloth pad ni. Katanya darah kita sebenarnya tak berbau pun, yang berbau sebab reaction dengan disposable pads tu. That's why kena try nih. Lagi pula, lately nih, dapat email pasal yang jumpa ulat kat dispo pad lah, yang pregnant tikus lah, weh sapa tak ngeri, me myself pun sampai bila nak pakai pad/ pantyliner, siap check lagi. Serius nervous weh. Tambah lagi memang pengguna egar pantyliner. I really should invest on this. It's a long term investment.

So dear frens, jom kita sertai giveaway ni. Deadline nya pada 16 November 2009 ni je tau.

Bumble Bee from MyBreastpumpshop

Alhamdulillah. Thanx to Aja yang buat giveaway nih. Eventhough saya baru kenal dia, itupun kenal sebab dia jual medela breastpump dari forum SI. Huhu dapat tengok sajalah, sebab harganya boleh tahan mahal dan saya dah selesa menggunakan avent isis pada masa itu dan perjalanan menyusukan khadijah pun dah half way, rasanya stick guna pump yang ada je lah. Tapi, tapi kan chewwah ada angan-angan nak beli new pump bila ada next baby nanti ni. Maybe will opt for medela. Who knows kan. InsyaAllah... 'wink wink'

Dan saya dapat 8 botol bumble bee ni. Sangatlah sesuai untuk saya simpan ebm, selagi ada ni kan. Saya pernah terfikir nak beli juga dulu, tapi mengenangkan tak dapat nak buat frozen stock banyak lately, maka dipadamkan niat ni dulu lah. Kat rumah tu pun dah berderet botol mlo yang kena digunapakai. Kira boleh standby botol baru ni bila nak discard mana-mana botol mlo yang dah tak relevan nak pakai.


Ni lah botol bumble bee tu.

And to my suprised, semalam baru email details kat Aja, hari ni dah terima dah parcel tu. Memang fast delivery kan. Thanx again Aja. May Allah bless you.

p/s: ni 1st time dapat free gift. Excited rupanya.. hihi.

too short..

Akhir-akhir ini banyak benar berfikir.
Pagi tadi pula saya terkenang waktu zaman sekolah. Andai masa boleh diputar kembali kan.
Life is too short to be wasted on something that don't bring any good.
That's very clear.
The rules you have to follow also perfectly written.
It's only you, the one who should decide.

p/S: Happy weekend frens!

Wednesday, November 11, 2009

missing..


I feels like there's something missing inside me now.

Huh wake up mirah! You can't get and be everything you want.
But you still have time to catch them up.
It's just a matter of time.

Tuesday, November 10, 2009

cari idea

Last week bawa aisyah and khadijah pergi check up 2thn 10bulan dan 1thn 6bulan. Berat masing-masing adalah 15.5kg dan 8.1kg.
Selera makan aisyah kira ok lah, eventhough ada ups and down dalam seminggu tu, tapi mood makan khadijah nampaknya turun mendadak. Makan nasi 3,4 suap je. Oh adik, kenapa ni? Makanlah dik, bulan depan kita ada appoinment dengan paed dan dietician. Makan banyak-banyak so berat adik bertambah lagi.

sekian.
Dari ummi yang tengah cari idea nak masak apa kat anak-anak dia. Huhu.

p/s: for those yang keep coming to this blog baca pasal PTD, sorry i've removed the pages. Dah tak relevan kalau simpan pun. Biar self-reviewed je k.


Friday, November 6, 2009

zoo melaka

Letak gambar je aci lah kan..


Nampak tak muncung mulut khadijah tu, hihi dia kena paksa dukung dengan atuk dia tu, tanda protes lah tu kononnya. Inilah masa biar atuk dia beramah mesra dengan dia kan..


aisyah dengan tiger kat entrance, ni masa nak balik dah..

aisyah insist nak duk kat stroller adik dia, err actually stroller lama dia jugak..

Dan ini gambar selepas dia jatuh tersungkur sebab nak jalan sendiri, dah tak bagi nak juga akhirnya habis merah hidung, atas bibir tu..


Lain kali update lagi ya. Sekian. Happy weekend frens!

p/s: gambar animals tak payah letak lah eh, tunjuk gambar anak dara berdua tu cukuplah kan..
huhu malas nak edit!.

Friday, October 30, 2009

siti khadijah - my khadijah?

Waktu rehat tadi, saya balik rumah. Dalam perjalanan tu sempat dengar lagu siti khadijah by saff one. Dan dan tu jugalah saya teringat kat my khadijah. Then, terimbau bagaimana abah dia propose nak bagi nama tu, pastu berharap sama agar biarlah my khadijah jadi setabah dan sekuat saidatina khadijah, isteri Rasulullah. Tapi, pastu terkenang lah pula yang my khadijah ni seorang yang garang, err ada tokoh ke tak tu kan, dengan suka merajuk sembam muka pun ada tu. Ish adik, adik, harap biarlah waktu kecik ni je macam tu ya. Pastu teringat pula kat aisyah, wah mereka berdua ni sangat jauh karakternya, dan aisyah memang dah ada tunjuk ciri-ciri seorang kakak. Aisyah ni kalau adik buat kat dia, dia tak balas pun, paling teruk pun dia nangis, pastu selalulah cakap kat dia, kakak lari lah tempat lain kalau adik kacau. Si adik lagi lah akan terus mengacau, suka tarik rambut si kakak bila tengok kakak baring, tapi kakak tak balas pun, sebaliknya meraung panggil ummi suh selamatkan dia. Hahaha.. Kalau adik nangis, kakak akan datang tanya, kenapa adik, sakit kat mana? Barang dia pun boleh share dengan adik, tapi barang adik dia tak nak share. Kalau makan apapun, most of the time akan ingat kat adik dia, tapi yang geram tu, bila makan vitamin C tablet, dia bagi adik pegang sendiri, dah banyak kali cakap jangan bagi adik, kalau nak bagi pun, half je. Tapi, apart from that, ada juga lah masa-masanya dia menyakat adik juga. Biasalah budak kecik lagi, tapi kebanyakan masa, dia memang baik dengan adik dia.

Ehh tadi cerita asal dengar lagu siti khadijah je kan.. Ok saya stop ni, esok kami nak pergi zoo melaka, singgah on the way balik muar. Aisyah dah excited nak tengok elephant katanya. Pastu dia tanya pagi tadi, ummi, snails ada tak? uish confuse pula umminya nak jawab ada ke tak, ada lah kot kan...?? (takpe, nanti esok kita tengok ada ke tak :))

p/s: Happy weekends kalian..

Wednesday, October 28, 2009

Mixed feeling - mix feeding

Baru habis meeting. Sigh. Bertambah-tambah kerja, baru saja balik konferensi dah nak kena set up committee lagi untuk next year pula. (So adik-adik pegawai, bersedia lah ya.. :)). Sebelum sesi clearkan meja jap lagi ni, saja take a break tulis blog. I've so many things nak update pasal anak-anak ni, pasal kerja tak payahlah update, cukuplah kena tulis dalam Fail Meja nanti.


Khadijah
Semalam bawa khadijah pergi klinik ENT, untuk check telinga dia, so kena buat satu test ni di amna ada alat masukkan kat telinga dia, pastu sambung wayar kat tepi telinga dan dahi, oh dia diberikan ubat tidur supaya proses berjalan lancar. Ecehh.. Resultnya, both telinga dapat dengar/ tafsir bunyi yang dihasilkan kira pass lah test tu cuma, telinga belah kiri take some times about 60 seconds kot utk dapatkan peak 100%, meanhile yang belah kanan terus je peak naik cantik ke 100%. Oh risau mak mula-mula tu kan, tp Doktor tu cakap it's ok, sebab dia pass test tu cuma mungkin ada air dalam telinga yang ganggu wave tu ke atau adalah possibility lain. Pendek kata, setakat ini dia boleh mendengar dan mentafsir dengan baik or normal. So, next check up another one year. La i thought dah habis, tp Doc tu cakap since khadijah prem dan wave td yg kurang cantik pada dia lah, so dia nak monitor setahun lagi. Apapun, syukurlah semua ok. Ada juga mengadu kat Doc tu yg khadijah ni mudah sangat terkejut bila dengar bunyi kuat contohnya lori lalu depan rumah (rumah kami depan jalan utama), atau tetiba kalau saya duk sebelah dia, pastu menjerit pasti dia akan terkejut dan akan terpa kat sesapa lah yang berdekatan dengan dia. Doc tu cakap maknanya telinga dia sangat peka tu, takde apa nak dirisaukan. Ehehh mak dia yang over-risau lah ni?? no wonder lah, kalau khadijah duk kat bilik atas, bila abah dia buka pintu rumah yang berbunyi sket tu, terus dia akan cakap 'abah..', kira dia tahulah abah dia balik lah tu. Memang kita pun boleh perasan bunyi tu tapi bunyi tu sangat perlahan tau, mungkin tak semua boleh perasan..

Ni nak bercerita pasal tajuk kat atas tu. Mencecah usia khadijah 18 bulan, saya dah introduce dia pada susu formula since saya tak dapat nak penuhkan permintaan harian dia, sebab juga saya kena kerja extra hours sampai malam sejak konferensi minggu lepas. Memang sayu hati tau, pengalaman pertama pergi survey susu kat pasaraya, saya boleh patah balik pastu cakap ka husband jom lah balik, tak jadi beli susu sebab saya terserempak dengan entah siapa entah, tapi saya seolah dapat baca pada muka diaorang yang 'oh, dia pun tengah cari susu ke?' Psiko ya kalian, padahal saya tak kenal orang itu dan orang itu tak cakap apa pun, tapi saya yang serba salah sendirian. Selepas berbagai-bagai mencuba, sehari sebelum konferensi, selasa lepas lah, saya bawa anak pergi klinik untuk dapatkan nasihat doktor. Tapi kebetulan doktor yang saya jumpa tu doktor baru, bukan doktor panel saya. Dia bagi kami setin susu similac, weight gain. Haih apa kaitan dengan weight gain kan? Takpelah, ambil juga lah, ni kira percubaan lah ni setelah dia reject susu brand anmun, friso gold, dutch lady, dumex dugro. Agaknya sebab di rumah pengasuh dan dia tiada pilihan, maka petang tu minum lah dia susu formula tu dengan each feeding 60 ml utk satu scoop susu.

Bukan senang untuk mengalah. Namun kesian si anak. Kalau dia di rumah, kami boleh bagi makan sebagai ganti, tapi di rumah orang ni, payahlah, mereka pun ada perkara lain nak buat kan. Mujur juga pengasuh tu memahami niat suci murni lagi tulus saya nak bagi anak minum susu badan je. Hari rabu pun kena top up juga sekali dengan susu fm. Dan yang pandainya khadijah mmg akan reject susu fm kalau kat rumah. Dia siap campak botol tu lagi. Dia tahu ummi dia ada kan. Minggu ni, alhamdulillah production mantain dan ada juga sedikit peningkatan, maka misi bekalkan susu fm terhenti dahulu. Mungkin sebab debaran konferensi dah habis, tak sibuk sangat maka badan pun rileks sket. Takpelah sebab tak dapat nak fully breastfeed khadijah sampai 2 tahun, i've to console myself ni kalau tak lagi tension. Since dia pun lahir small kan, pastu still dalam observation her paed, maka we've decided that yang dia deserve untuk dapat yang terbaik untuk tumbesaran dia. I am proud enough for fully beastfeeding her for these 18 months and hopefully can continue until dia nak wean off sendiri nanti. Ingat lepas ni nak try susu pediasure, lets say kata susu tak cukup nanti. Susu similac tu memang bagi minum je sebab dah last minute sangat tak sempat nak pergi cari susu lain. Busy sungguh last week, ada hari yang sehari lebih tak jumpa anak, ya lah balik anak dah tidur, keluar semula anak belum bangun.

By the way, akhirnya khadijah dah start walking!. Alhamdulillah. Habis satu rumah dia explore walaupun senget2 lagi jalan, last weekend bawak dia pergi playground, pastu suh dia jalan. Nangis kawan tu, berdiri tegak je mulanya, takut agaknya tak biasa jalan di luar rumah lagi agaknya, tapi bila dah ok, ha siap nangis mengamuk tak nak masuk kereta. Janji nak belikan dia kasut baru, kasut yang beli masa raya dulu over-size pula, entah apa lah ummi dia fikir masa beli tu sampai boleh oversize sungguh. Dia patut muat kasut size 2, tapi ummi dia belikan size 3, confirmlah berbulan lagi baru muat pakai. So samada try kasut lama aisyah dulu muat ke tak, kalau tak kena carikan kasut lain lah untuk dia. Hujung minggu ni kami nak ke zoo melaka, mmm..kena cari kasut cepat ni.. :)

Aisyah
Si kakak macam biasalah, mulut dah banyak, oh dia dah 100% diaperless at age 2yrs 10months now. Save dah lah kami budget diapers dia dah 2 bulan rasanya. Yang ada berbaki kat rumah tu pun rasanya last beli masa puasa hari tu. Dah lama juga dia tak pakai diapers masa tidur malam, ada juga terbabas tapi kira acilah sebulan sekali je, tu pun masa waktu hujan, agaknya sejuk kot kan, tapi dah lama lah tu. Sekarang ni, malam pun dah jarang bangun minta susu, dia minum air masak je. Dia dah boleh follow kita baca ABC - Z. Suka juga baca buku sendiri, kita hanya bacakan sekali kat dia, pastu pandailah dia buat skrip dia based apap kita baca kat dia. Tengah plan nak belikan meja study kat dia. Dengarnya kat Ikea ada sale kan, kan. Harus ajak suami pergi ni, as a birthday present kat aisyah yang akan turn 3 akhir tahun ni. Orait lah tu kan.

Bila tanya aisyah, umur berapa? dia jawab 3 tahun. InsyaAllah tahun depan, eh 2 bulan lagi jelah kiranya kan, akan hantar dia pergi taska. Hari-hari lalu kawasan rumah pengasuh dia, dia cakap ummi tu jalan pergi school aisyah kan. Almost hari-hari ok. Harapnya bila betul-betul pergi sekolah nanti, dia rajin lah nak pergi. Pening nanti nak melayan karenah dia pagi-pagi kalau mengamuk taknak mandi ke, atau alasan dia aisyah tak boleh buka mata.

Itu je lah nak update setakat ini, dah panjang lebar rasanya, nanti lah lain kali sambung lagi ya, apa yang pasti, momentum nak menulis blog memang sudah menurun seiring dengan banyaknya kerja di pejabat, nak haraokan blogging kat rumah, lebih baik masa yang ada lipat kain ke, tidur ke. Heheh alasan ke?.. Have a nice day kawan-kawan, walaupun saya tak dapat tulis entry serancak kalian, tapi saya cuba juga menyinggah di blog kalian dan leave comments.



Tuesday, October 20, 2009

conference fever

We are having an international conference at renaissance Kl until this friday.
Next week lah baru boleh tenang sket agaknya.. peace! :)


Monday, October 12, 2009

18 bulan

Khadijah berusia 18 bulan hari ini (kalau nak ikut tarikh sepatutnya dia lahir, kena minus 2 bulan lah ya). Baru nak bertatih jalan, dah lepas bangun sendiri dan melangkah setapak dua. Pastu taknak dah. Jadi, aktiviti harian baru kami ialah assist dia berjalan lah kan, atau kata lain encourage dia melangkah. Interesting though, even kakak aisyah pun excited nak adik cepat jalan. Selalu cakap "Cepat dik, datang kat aisyah". Ya aisyah ni ikut suka dia lah, kejap dia bahasakan diri dia kakak, kejap dia bahasakan aisyah. Khadijah boleh sebut 3 perkataan dengan clear setakat ini iaitu 'abah', 'mi' dan 'cat'. Huhu takpe saya tahu dia tengah digest perkataan-perkataan lain tu.

Dan yang paling seronoknya, she's still fully breastfeeding until now. Sangat signifikan kena jote down kat sini takut nanti dah tak takde title fully bf tu. Huhu ya saya masih struggling nak up kan milk production. Takpe, kita berusaha selagi boleh kan. Untuk direct bf insyaAllah ok, cuma nak prepare enough ebm untuk dia sangatlah mencabar minda dan kemampuan saat ini. Kawan-kawan doakanlah untuk saya, eh untuk khadijah juga, moga ada rezeki dia bf dengan umminya sampai 2 tahun paling kurang. Aminn. Thanx yea.

Aisyah
Akhir bulan nanti, dia akan berusia 2 tahun 10 bulan. Memang dah big girl. Adorable macam biasa, bila datang angin dia yang nak-buat-sendiri semua benda tu memang mencabar kewarasan akal lah juga kan. Ahaks, ya anak dara tu memang segala bagai nak buat sendiri sampai susu dia pun nak buat sendiri. Ye lah bagus nak buat sendiri tapi kalau waktu kita tengah urgent tengah handle benda lain ke apa kan, payah juga nak control.

Mujur dia baik dengan adik, banyak juga mengalah walau ada juga kekadang bergaduh. Tapi kira ok lah, kalau ikutkan si adik lagi suka pukul kakak, pantang si kakak baring kat bantal, mesti adik datang nak tarik rambut lah, pukul kakak lah, siap panjat naik duk atas perut pun ada. Haha..seronok tau bila anak dah jadi toddler ni, sikit hari lagi, ada yang sibuk main kejar-kejar dalam rumah ni kan.

Semalam balik rumah kakak di rawang. Sebelum tu, singgah rumah kawan, kawan tu bagi aisyah duit raya. Dalam kereta tu, dia pegang lah duit seringgit tu, pastu dia cakap:

Aisyah: Ummi, ada kite (layang-layang) lah.
Ummi: Mana?
Aisyah: Ni kat duit ni
Ummi: A ah lah ada kite (gambar wau kat duit rm1 tu). Bagus kakak ni.. (yelah kena pujilah sikit, anak dapat discover something kan. Me myself pun tak perasan kat duit rm1 ada gambar apa)
Aisyah: (aksi bila dipuji biasalah, senyum simpul meleret lah kan) ni atuk.
Ummi: Atuk? mana? (dia tengah pointing kat gambar agong tu. Kihkih kami ketawa lah kan)
Ummi: ya ke atuk? Atuk yang mana? Tokki ke? (Atuk refer tu ayah suami, meanwhile tokki tu untuk abah saya)
Aisyah: Atuk lah..
Ummi: Ya lah, ya lah.. (nak explain lebih-lebih, pasti dia tak faham, so iyakan je lah dulu)

Selepas main tak berhenti di rumah kakak, masuk je kereta nak balik serdang, khadijah terus lelap tak sampai 10 minit jalan, aisyah pula tidur masa dah half way journey, sampai rumah pun tak sedar terus tidur sampai pagi ni. Khadijah ada lah bangun time kami dinner, sempatlah dia pun dinner gak 4-5 suap pastu merengek nak tidur semula. Hujung minggu kami sangatlah penuh acaranya. Ok back to work. Konferensi dah tak lama ni, minggu depan, semoga ianya berjalan lancar.

Thursday, October 8, 2009

Takde tajuk

Kalaulah masa 8 jam di pejabat itu boleh ditambah? Ecehh bunyi macam pekerja komited kan. Rasanya kalau masih bujang, memang boleh nak stay back kat ofis selepas waktu pejabat, teringat masa buat lab work dulu, malam baru balik, kekadang pukul 10 malam, lewat lagi tak berani, sebab masa tu jalan kaki je balik rumah sewa dari lab. Mm..kami semua amat sibuk di institut kala ini, mungkin sehingga akhir bulan ini, dapat rehat sekejap sebelum kembali marathon kendalikan program sepanjang november hinggalah disember(eh dah akhir tahun dah pulak), banyak program sampai tak tahu nak slot in mana lagi program yang nak anjurkan. Semuanya menuntut komitmen, dedikasi dan semangat kerja berpasukan yang tinggi. InsyaAllah saya amat positif kita semua kan berjaya menghadapinya. Yang penting, setiap kesukaran itu kita ambil sebagai cabaran, insyaAllah ia akan jadi mudah nanti.

Bila dah sibuk, pasti ada bahagian yang akan terabai. Hmm..dalam kesesakan minda ini juga, saya cuba pastikan urusan rumahtangga, anak-anak, keluarga, hal-hal lain di pejabat, dan paling penting masa bersama Allah sang Pencipta tetap diutamakan. Saya pegang pada kata "jika kita lapangkan masa untuk Allah, pasti Allah akan lapangkan masa untuk kita, permudahkan urusan kita..". Fikiran saya bercelaru akhir-akhir ini, dan yang paling dirisaukan kemerosotan penghasilan susu bekal untuk khadijah. Saya sangat down, tapi saya belum berputus asa. Mungkin Dia belum makbulkan doa saya, mungkin sebab usaha saya belum mencukupi, namun saya pasrah dan redha dengan ujian ini. Namun, saya yakin Allah pasti permudahkan urusan kami. Dia pasti dengar rintihan hati seorang ibu ini.


Duhai anak, senyum kalian sungguh mengundang damai di hati.

Moga ada sinar bahagia di hujung sana.
Amin.

Monday, October 5, 2009

Aurat Wanita

Saya ingin kongsikan artikel Ustaz Zaharuddin ini. Jelas kandungannya biarpun panjang. Harap dapat menelitinya. Moga beroleh manfaat untuk semua yang membacanya.

Rujuk sumber di sini

Persoalan Aurat Wanita: Apa Sudah jadi?

Oleh Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Semasa saya memberikan kuliah kepada satu kumpulan wanita yang terdiri dari golongan professional termasuk para Datin di satu daerah, ketika itu, sedang heboh isu wanita seksi ditangkap di sebuah kelab malam. Lalu timbul isu hak peribadi wanita untuk memakai apa jua pakaian yang diingininya, termasuk yang seksi. Lalu, semasa kuliah ini saya mengambil peluang bertanya kepada kumpulan wanita ini soalan mudah berikut :-

“Apakah agaknya sebab wanita ingin memakai seksi dikhalayak ramai? Dengan skirt pendek, atau baju sendat dan nipis?”

Ada di antara mereka mula memberikan pandangan, tetapi kerana terlampau ramai yang bercakap, saya tidak mendengar butirannya. Apabila saya meminta seorang wakil, seorang menjawab dengan yakin.

” Untuk nampak cantik ustaz…” katanya sambil tersenyum malu.

Saya bertanya pula : “Agaknya kepada siapa nak ditunjukkan kecantikan itu?”

“Tentulah kepada kaum lelaki ustaz, kaum wanita pun iye juga..” sambungnya.

“Baiklah, jika lelaki tersebut sudah tergoda dengan kecantikan tu, lalu ingin menyentuh bahagian indah yang dilihatnya boleh tak ?” Tanya saya menguji.

” Isyh, ustaz ni.. tentulah tak boleh ustaz, dah kira ‘sexual harassment’ (gangguan seksual) tu ustaz” dengan yakin sekali hujjahnya kali ini.

“Jika demikian, tidakkah para wanita merasakan, tindakan mereka yang memaparkan bahagian yang menarik di tubuh mereka itu juga merupakan gangguan seksual kepada lelaki?” Tambah saya.

” Erm, macam mana tu ustaz?” Tanya mereka dengan nampak sedikit bingung sambil berkerut dahi.

“Ye la, bila orang lelaki yang dah naik syahwatnya tu, kerana kecantikan peha wanita tu contohnya, mestilah terganggu syahwatnya, lalu terdetik keinginan seksualnya secara tidak terkawal” ..”Kerana itu saya katakan berpakaian seksi adalah suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki di sekelilingnya”

“Cuba bayangkan, kucing yang lapar diacah-acah dengan ikan ‘fresh’ yang digoyang-goyankan di hadapannya tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka orang yang mengacah juga” Tambah saya lagi memberi keyakinan.

“Tapi perlu diingat, tak semua kucing akan terkam, hanya yang amat lapar dan liar je, demikian juga lelaki, tak semua lelaki gagal kawal nafsunya, tetapi tak dinafikan bahawa ramai juga yang gagal dan liar”

“Akhirnya, kerana suasana yang tak sesuai, mungkin kerana ramai orang dan di tempat awam pula, terselamatlah wanita seksi itu dari terkaman lelaki liar tadi. Masalahnya, anak-anak perempuan kecil berumur 7 hingga 12 tahun yang mungkin menjadi mangsa tempiasan nafsu lelaki begini. Dan di ketika itu, samada wanita itu bertudung, berjubah, kanak-kanak dan sebagainya tidak lagi mampu menahan nafsu si lelaki seperti ini, asalkan suasana cukup sesuai (sunyi dan jauh dari pandangan ramai), akan dilepaskan nafsunya secara kekerasan” Terang saya dengan panjang lebar, mereka mengganguk dengan wajah serius kali ini.

Lebih terangnya, sama-sama fikirkan adakah jika para wanita yakin bahawa jika anda berada di hadapan Baginda SAW hari ini, adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya? . Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini untuk mendapat Syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?. Benar, mungkin sesoerang wanita itu berjaya meraih pandangan istimewa dari kaum lelaki hasil pendedahan kecantikannya yang memukau. Tapi keseronokan itu hanyalah palsu dan sementara sahaja, serta tidak menambah sebarang nilai buat kehidupan kekal di Barzakh dan Akhirat selain menambahkan tahap azab sahaja. Apa yang jelas, pakaian yang ditunjukkan oleh wanita Arab yang solehah dengan penutupan aurat yang sempurna di zaman ini sudah tentu boleh memberi sedikit info kepada kita bahawa inilah mugkin pakaian yang dipakai oleh wanita Islam di zaman Nabi serta mendapat redha dari mata dan hati baginda SAW. Tidakkah para wanita hari ini juga berminat meraih redha dari mata dan hati baginda SAW?.

BENARKAH MENUTUP AURAT DAPAT MENGELAK DARI WANITA DISAKITI?

Ramai wanita professional dan yang kurang didikan agama hari ini mencebik bibirnya apabila tajuk ini disebutkan, mereka tidak percaya langsung fakta yang saya sebut diatas. Malah ada yang berpendapat lelaki sengaja melakukan perkara buruk kepada wanita kerana ingin menunjukkan kekuasaannya terhadap wanita. Kerap benar saya dengar hujah ini di media massa.

Hakikatnya, sebagai hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW kita diajar untuk merujuk Al-Quran dan Al-Hadith bagi mendapat kepastian tentang baik buruk dan benar salahnya sesuatu perkara itu. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman :-

“Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu.” (al-Ahzab: 59)

Jilbab, iaitu pakaian yang lebarnya semacam baju kurung untuk dipakai oleh kaum wanita bagi menutupi tubuh badannya. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan “Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara (‘afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.

Jadi jelasnya, bahawa ayat tersebut memberikan ‘illah (alasan) utama perintah ini adalah kerana bimbang wanita muslimah diganggu oleh orang-orang fasik dan menjadi perhatian orang-orang yang suka berzina. Bukanlah ketakutan yang timbul dari perempuan itu sendiri atau karena tidak percaya kepada mereka, sebagaimana anggapan sebahagian orang, tetapi ia adalah kerana sebahagian wanita yang suka menampakkan perhiasannya, berjalan dengan penuh lenggang lengguk dan bicaranya dibuat-buat manja, sering menarik perhatian nafsu lelaki dan menjadikannya sasaran orang-orang yang suka berzina. (Petikan dari kitab Al-Halal wal Haram fil Islam dengan sedikit pindaan)

Ayat ini juga jelas menunjukkan bahawa salah satu target utama menutup aurat yang diletakkan oleh Allah SWT adalah sebagai kaedah dan cara terbaik bagi mengelakkan wanita Islam dari diganggu dan disakiti.

BANTAHAN KAUM WANITA

“Eleh, tetapi hari ini ramai juga wanita bertudung yang kena rogol, malah setengahnya kena bunuh dijerut dengan tudungnya pulak, kanak-kanak pun kena rogol dan bunuh. Ini maknanya, tudung bukan lagi penyelamat la ustaz. Ha..macam mana ustaz nak jawab tu ?. Hujah balas yang selalu saya dengar bila isu ini ditimbulkan.

“Pernah tak anda merasa amat marah sepanjang hidup anda ?” Tanya saya kembali.

“Pernah juga ustaz..kenapa ustaz, apa kaitannya?” Bingung sekali lagi mereka nampaknya.

“Biasanya bila seseorang itu sedang amat marah, sempat tak agaknya ia berfikir bahaya atau tidak tindakan yang dibuatnya sebagai contoh; ada orang yang sedang marah kerana bising tangisan kanak-kanak, maka ditendang (seperti berita yang saya baca di akhbar baru-baru ini), ditolak jatuh tangga, ditekup wajah kanak-kanak itu dengan bantal dan macam-macam lagi bagi menghilangkan kemarahan atau gangguan bising itu, setelah beberapa ketika mungkin baru seolah-olah dia tersedar, lalu cemas dan mungkin menyesal”

“Demikianlah juga nafsu jahat, bila ia berada di tahap tinggi, ia tidak lagi melihat samada kepada pakaian dan umur wanita mahupun isteri orang dihadapannya, sasarannya hanya mendapatkan hajat jahatnya, kerana itulah wanita yang menutup aurat dengan sempurna serta kanak-kanak perempuan juga terancam, tanpa dapat dinafikan juga peranan vcd, laman, akhbar, majalah dan novel lucah ” terang saya.

“Tapi macam mana pulak ayat tadi kata tutup aurat dapat mengelakkan wanita dari disakiti ?” Balas mereka dengan penuh minat kali ini.

“Jika kita lihat dengan teliti, ayat tadi sebenarnya ditujukan kepada seluruh kaum wanita. Ini bermaksud, jika sebahagian besar wanita tidak mentaatinya dan memakai pakaian seksi pula. Di ketika itu, faedah dan kebaikan dari tutup aurat bagi menjaga semua kaum wanita dari disakiti secara umum akan tergugat dariu mencapai matlamat umumnya. Sebenarnya, ayat itu nak beritahu bahawa seluruh wanita bertanggung jawab menjaga keselamatan kaum sejenisnya dengan menjaga aurat masing-masing” Jelas saya

“Maka bila ada yang seksi, ini bermakna, ia sedang mengancam kaum sejenisnya yang lain dan di tempat lain kerana telah menghidupkan nafsu kebinatangan lelaki jahat yang sedang tidur”

PENGALAMAN MENUMPANG KE MASJID

Saya masih ingat, dalam perjalanan ke Masjid untuk menunaikan solat Jumaat di sebuah Masjid di Ibu Negara. Pejabat saya di Jalan Sultan Ismail dan pada hari tersebut saya menumpang kereta seorang rakan. Bersama kami beberapa rakan sekerja yang lain. Tiba-tiba semasa berada di lampu trafik, tiba-tiba suasana dalam kereta agak bising dengan bunyi..uiiiii..oii…peh..mengancam…dan sebagainya, diikuti dengan kata-kata :

“Astaghfirullah..korang ini teruk betul la, kan ustaz ada dengan kita ini..” Kemudian “disambut dengan kata rakan di belakang, ye la..ini la yang bagus kita pergi masjid dengan ustaz, terjaga sikit”

Anda tentu dapat menggagak apa yang dilihatnya? Alhamdulilllah saya tidak sempat melihat apa-apa kerana sedang membelek pelbagai mesej soalan hukum hakam tertunda yang memenuhi telefon bimbit saya. Bila saya tanya, kenapa? dengan malu-malu mereka menyalahkan sesama sendiri akibat ‘gatal mata’ melihat skirt-skirt pendek wanita KL, samada wanita Melayu mahupun Cina disekitar kawasan segitiga emas itu.

Cuba bayangkan, perasaan lelaki-lelaki ini. Mereka dalam perjalanan ke masjid, semuanya juga telah berumah tangga, tapi nafsu masih teransang apabila didedahkan kepada permandangan seperti itu. Jahatkah mereka?

“Gatal dan dah miang sangat kot orang lelaki ni, memang teruk mereka ni, tak sangka, harap suami kita tak macam ni” mungkin itulah yang akan dikatakan oleh sebahagian besar pembaca wanita sekarang ini.

Tapi itulah cabaran terbesar lelaki wahai kaum wanita, iaitu ANDA, wanita dan seluruh kecantikan yang dikurniakan Allah SWT kepadanya sebagai ujian, ia disebutkan oleh Allah SWT :

زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين ..

“Dihiaskan (diuji) bagi manusia itu, nafsu syahwat dan keinginan serta kecintaan kepada wanita, anak-anak, harta…”

Ayat ini dengan jelas menyebut syahwat utama lelaki adalah pada wanita. Nabi SAW juga pernah bersabda :

ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء

Ertinya : “Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita” (Riwayat Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir & Doa )

ANTARA LAWAK & HUKUM

Saya juga masih ingat, sewaktu di tempat lama, rakan-rakan sepejabat sering kali apabila mereka terlihat aurat wanita sebegini akan disebut .. “tak pe ustaz kan, pandangan pertama tak berdosakan?”. Sedih saya melihat sikap sebahagian umat Islam hari ini yang kerap mempermainkan hukum hakam akibat kejahilan mereka.

Sebuah hadith : “Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!” (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) – Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya sebagainya datang dalam hadith Nabi kepada Sayyidina Ali r.a.

Apabila ia adalah sebuah hukum, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkan apa jua berkaitan dengannya. Nabi SAW bersabda :-

ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب

Ertinya : ” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)

Inilah Yang Kerap Kita Lihat, Adakah Nabi SAW Tersenyum Melihat Wanita Yang Mengaku Ummatnya Menutup Aurat Sebegini?

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

Ketika ini, saya mengambil masa sekitar satu jam untuk ke pejabat, memandu kereta dari Puchong ke Jalan Sultan Ismail. Setiap hari, laluan jalan pergi dan pulang ini akan mempamerkan kejahilan wanita Islam hari ini tentang penutupan aurat. Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR.” (an-Nur: 31)

Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub’ kata jama’ (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.

Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.

Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.

Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.

Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, ‘Atha’, Auza’i dan lain-lain.

Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya.

Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.

Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerusakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan fitnah.

“Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya.” (an-Nur: 31)

Ini lebih diredhai di mata Rasulullah SAW

Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan mu’minah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.

Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)

Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)

‘Bukhtun’ adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut karena rambutnya ditarik ke atas.

Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini

Larangan Nipis

Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma’ binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:

“Hai Asma’! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini — sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya.” (Riwayat Abu Daud)

Walaupun terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat dengan hadis-hadis lain yang membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan ketika diyakini tidak akan membawa fitnah.

Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan bahawa melihat secara normal kepada wanita atau lelaki, kepada selain aurat, selama tidak dilakukan dengan syahwat dan berulang-ulang, hukumnya adalah halal. (Al-Halal Wal Haram Fil Islam)

KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-

يرحم الله المتسرولات

Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .

Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta’rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)

Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tiadk berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.

KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : “Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit.” (al-Ahzab: 32)

TUJUAN TUNTUTAN MENUTUP AURAT

Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh dan cabang. Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati’e dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal Syaitan mensasarkan dosa ‘buka aurat’ ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya :-

” Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya ..” Al-A’raf : 20)

Ringkasnya, antara tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki dan wanita untuk menutup aurat adalah :-

a) Perbezaan dengan binatang.

Allah SWT berfirman :

” Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan” ( Al-A’raf : 26)

Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tiada cukup kemampuan dan aqal bagi menjalankan arahan penutupan aurat.

b) Agar kaum wanita tidak disakiti

Ia berdasarkan ulasan yang telah saya buat sebelum ini bersandarkan firman Allah SWT dari surah Al-Ahzab ayat 59.

c) Tanda atau seperti uniform kepada penganut agama Islam.

Ia juga boleh difahami dari surah Azhab ayat 59 tadi apabila Allah SWT menyebut : « .. yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam).. »

Dari sini jelas, menunjukkan salah satu fungsi tutupan aurat juga adalah sebagai syiar diri sebagai penganut Islam. Firman Allah : « Barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati »

d) Tanda profesionalism dalam sistem pemakaian Islam. Kita dapat memerhati bagaimana ‘trend’ sesebuah organisasi atau restoran hebat hari ini pasti meletakkan ‘dress code’ tertentu bagi kakitangannya dan para tetamunya. Ia pastinya bertujuan penjagaan standard khas bagi organisasi dan restoran itu di tahap tertentu. Sebagai contoh, kita tidak akan dapat melihat individu berselipar Jepun di sebuah Persidangan Antarabangsa di PICC, Putrajaya mahupun di kalangan kakitangan PETRONAS di pejabat mereka di Menara Berkembar. Semua menjaga ‘standard’ berbanding Tauke kedai runcit yang tidak beruniform.

Justeru, Islam adalah satu agama dan cara hidup yang profesional pastinya begitu lengkap menyediakan panduan melengkapi setiap sudut kehidupan manusia. Dari hal-hal yang sulit seperti urusan di dalam tandas hinggalah ekonomi dan kenegaraan. Walaupun demikian, Islam tidak mengarah umatnya membuat perkara yang tidak rasional, justeru, sudah tentu ‘standard’ pemakaian yang diletakkan ini tidak membebankan bahkan ia amat bertepatan dengan logik aqal manusia yang sihat.

e) Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka kepada Allah SWT.

Saya kira hal ini amat jelas, dari firman Allah ertinya : Dijadikan hidup dan mati adalah untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya” (Al-Mulk : 2)

DON’T JUDGE A BOOK BY ITS COVER

Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.

“Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi” Katanya memberi buah fikirannya.

“Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok” tambah wanita ini lagi.

Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance’ hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu” (Riwayat Muslim)

Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.

“Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game’ semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: “Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu”

Lalu jawab si pekerja : ” Saya luaran je nampak main ‘game’ boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang”

Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ?

Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :

“Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati” (Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.

Justeru, ‘we can judge a book by its cover in certain cases’ iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what’s inside the heart of a person’.

Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith :

إنما أنا بشر , وإنكم تختصمون إلىّ , ولعلّ بعضكم أن يكون ألحن بحجته من بعض , فأقضي بنحو ما أسمع , فمن قضيت له من حق أخيه شيئاَ فلا يأخذه , فإنما أقطع له قطعة من النار

Ertinya : Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka jangalah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka” (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )

Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam Islam akan membuat hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam.

Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendaat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW

من سن في الإسلام سنة سيئة فعليه وزرها ووزر من عمل بها من غير أن ينقص شيئاً

Ertinya : Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya..” ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )

Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya ?.

Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya. ?

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

Tuesday, September 29, 2009

Kenduri

Masih dalam mood raya kan. Belum ada perancangan berjalan raya, wah bunyi macam sibuk kan tapi benarlah, yang sebetulnya belum berkesempatan nak berbincang dengan suami lagi bagaimana perancangan hujung minggu nanti. Beg dari kampung pun belum unpack lagi, baju anak siap tarik dari beg lagi. Huhu.. Mencabar juga bila dah start kerja semula selepas seminggu lebih bercuti, yang pasti time management still fail lagi. Gonna take few weeks lagi baru boleh well organized agaknya. Mujur anak-anak baik saja bila dihantar ke rumah pengasuh, at least khadijah takde lah menangis-nangis, siap nak salam lagi bila hantar dia ke sana. As promised, ada beberapa keping gambar anak dara berdua itu yang sempat diambil masa cuti lepas. Gambar berbaju kurung memang takde, di hari raya pertama lah tu, yang ada gambar di hari kenduri dan di rumah mertua kakak (sebab yang kendurinya adik ipar kakak).

Ni khadijah yang cuba dihiburkan oleh makcik-makcik sepupunya, baru lepas bangun tidur tu, siap ada air mata berjurai lagi k. Dia memang sangat sensitif ok sejak balik cuti ini, pantang hilang di mata, meraung lah. Sampai balik rumah sini pun, kat dapur asyik berpaut kat kaki je, mm..apa boleh buat, kalau duk tunggu melayan dia, harus tak berasap lah dapur..

Gambar aisyah dengan anas, sepupunya, mereka ni sebaya, memang member kamcing nih, siap pimpin tangan lagi jalan ok. Tu tengah berarak tengah panas kat rumah kenduri, siap buat macam rumah sendiri, turun naik rumah. Pastu siap buat ala-ala jakun pula, nampak benar budak bandar, malu weh ramai orang kampung tengok.

Khadijah lah ni.. Saya memang tak boleh nak tolong apa, asyik berdukung dengan khadijah je lah. Boleh kalau orang lain ambil dia, tapi dia nangis dululah, lepas tak nampak saya, ok je, tapi jangan lah lalu depan dia, memang confirm menangis balik..

Khadijah: Nak kamera tu.. Nampak tembam tak saya?

Haha saja interframe gambar dua adik bujang saya ni, tengah berlengas menolong mengopek kulit kelapa. Masa ni sehari sebelum kenduri, ada lebih kurang 70 biji lebih kelapa kering nak kena proses, sekejap je adik-adik saya, suami, abah, abg ipar dan beberapa orang lagi siapkan. Bila lagi nak kerah tenaga orang muda tu kan. Cakap je lebih takde makna, ha cuba tunjuk skill sket.. lepas tu dapat minum air kelapa muda, fresh dari pokok, memang best!.

Ada lagi gambar, nanti-nanti saya upload k.

p/s: ada sesapa nak ajak kami datang open house ke? Rumah kami takde open house, tapi rumah kami sentiasa terbuka kalau sesiapa sudi nak datang. Jemput-jemputlah ya tapi kenal call dululah, kan main terjah je takde orang pula kat rumah... :)