Friday, September 12, 2008

Khadijah

Lama tak sambung cerita pasal adik.
Lebih kurang 2 minggu selepas dilahirkan, barulah adik boleh minum, itu pun hanya sedikit (5ml) sebagai permulaan. Doc ckp nak tengok response baby dulu. Wah memang sabar menanti lah abah ummi masa tu. Stp kali hari isnin dgn khamis, mesti excited lebih nak datang tgk baby sebab nak tengok weight chart adik naik ke tak. Alhamdulillah memang naik sangat cantik sampai dapat balik umah lah graf tu. Dr rohaizah pun cakap, bagus sangat perkembangan baby, doc suh teruskan pump susu dan simpan utk baby. Memang adik tak pernah minum susu lain lah selain susu ummi hingga ke hari ini. Rasa sedikit bangga pun ada dapat bagi susu badan walaupun via tiub masa tu. Dah lama sket, nurse ajar cara nak bg sendiri ebm melalui tiub tu. Takut juga ummi mula2 tu, bukan apa, takut tersedak ke apa lah kan.. Terketar2 juga lah.. Sebab mula2 kena sedut keluar dulu lebihan susu dalam tiub tu kalau ada, ss tu kira susu basi. Pastu baru lah masukkan susu baru. Baby minum susu tiap 2 jam sekali, pastu dh berat naik 1 kg lbih, baru lah jd 3 jam sekali. masa tengah kritikal stage, doc cakap mereka ada bagi makanan (dlm bentuk cecair kot..) untuk tambah kalori pd baby supaya berat mantain walaupun tak minum susu lagi masa tu.
Disamping ebm, baby pun diberi vitamin etc lah utk bantu dapat kesihatan optimum. Masa adik minum pakai tiub tu kira oklah sbb memang confirm byk tu yg dia minum, tp bila berat dah 1.6 kg, adik dah boleh keluar dari inkubator, duduk dalam katil baby biasa tu.

Mm..sebelum adik nak capai berat 1.6kg tuh, memang mencabar juga lah. Penat tu tak usah cakap lah. Tokki dan nenek ulang alik dtg dr trg nak temankan ummi. Ummi tau makabah ummi kesian kan ummi sorang2, takde sapa jaga dah lah dalam pantang lagi masa tu, tp takde istilah 'berpantang' sangat pun bagi ummi. Memang hari bekerja, abah hantar kakak aisyah pergi umah makcik pengasuh tu, ummi stay kt umah, masak utk mkn tghri dan malam, kemas umah sket2, rehat. Bila abah balik keje petang dlm kul 4 mcm tu, dah siap2 pergi hosp tgk baby, pastu dalm kul 6 balik umah amik kakak pula. Kalau ikutkan rasa sekejap je dapat tengok adik tapi abah cakap kesian pula kt aisyah kalau amik lambat sgt. Tinggal dia sorang je kat umah makcik tu. Jadi, ummi kena lah beransur. Sayu je hati bila nak tinggalkan adik. Adik tu pulak, kekadang bila time abahummi datang, adik tidur. Bila abahummi nak balik, boleh pula dia celik mata, pegang tangan abahummi..
Mm..masa ni emosi ummi dah stabil (can considered kuat lah - dah tak nangis dah), sebab alhamdulillah khadijah dah stabil. Cuma risau long term effect jelah. Sblm balik nnt, dr rohaizah cakap akan buat brain scan, check mata semua lah to make sure ada apa2 komplikasi ke tak. Suspense juga ni, tp ummi doa moga2 adik sihat dapat balik tanpa sebarang masalah lah..

sambung nnt k..


No comments: