Wednesday, October 8, 2008

Update Khadijah

Ummi hadapi dilema baru ni. Memandangkan ummi cuti pnjg kali ni, khadijah dgn jayanya telah menolak puting botol utk minum. Memang melekat je lah dengan ummi. Badan pun dah makin tembam, ummi suka lah kan tp part yg taknak minum thru botol tu merisaukan ummi. Macamane minggu depan kat umah makcik nnt. Kesian kat kakak tu nanti nak handle khadijah.

Everytime bg botol mesti dia nangis punya, kalau org lain bg pun sama. Last nya end up dgn bagi breast jugak. Uwaa..ummi dok pikir worst to worst mmg kul 10pg, 1 tghri nnt ummi kejar balik umak kakak tu nak bf khadijah je lah.. Mesti melalak lah anak dara tu..huhu.. Any idea kawan2 mcamne lagi nak buat? Ke ada puting botol yg sesuai boleh dicadangkan? So far, saya guna puting brand japlo sbb kecik. Dulu try avent dia taknak. Tp skrg tak try lagi. Tak bawak balik puting avent.
Alhamdulillah production susu memang ok lah since asyik direct je kan. Spanjang bercuti ni, hanya pump sekali je waktu pgi dapat lah 9oz, penuh botol avent tu, pastu dah berhenti pump. Rasanya kalau pump lagi ada lagi kot tp sebab malas...hihi..
Tu pun pump bagi aisyah minum since adik tak nak. Ada juga yg buang je. Kali ni tak buat stok beku sbb rasanya leceh nak travel balik nnt.Lagipun stok beku kat umah dah byk sgt. Adik pula yang taknak minum. Risau ni..risau ni..

8 comments:

::Umi Sufira:: said...

Mirah, alamk khadijah takmo terima botol ke...?masa mimi baru naik kerja harituh memang merajuk habis si sufia...dah kenyang susu pon takmo tido..rupanya dia nak ala2 macam bergayut nenen tau baru nak tido...kesian betul nenek dia..last2 bagi botol susu dalam buai sambil enjut baru dia nak tido..tapi takdelah sampai takmo terima botol...Mcam mimi pakai puting fiffy yang kaler kuning yang leper yang lembut tuh..puting lain sufia takmo..ataupun mirah try bagi botol 2,3 hari sblom naik kerja..bagi biasakan dia..cubalah mana tau berkesan..

Our Dreams Of Life said...

ada orang cakap puting MAM ala2 puting nenen sbb lembut putingnya+wide neck..wallahua'lam...cubalah

Mummy HnH said...

haa, puting MAM mirip puting nenen..

lg satu brand 'breastflow'.. ari tue saya jumpa kat Parkson Alamanda.. try pegang, mmg soft btol, and shape dia seakan2 nenen...

Humaira guna puting Avent ajer... saya pon plan nak tukar either MAM or Nuby, sbb yg skrg guna avent teats tue, still yg NewBorn punya size.... ekekek... kesian anakku, dah 9 bln pon gune NB nyer teats.. (nie kes nak habiskan segala stok teats yg ader)

mirah said...

mimi, tulah tgh risau amat ni. Kt umah mak ni, mak keje jd kalau siang mmg mirah tinggal dgn anak2 je lah. Abah adalah tp dia tak pandai kot nak bg baby minumhuhu..agaknya lah kan..
Tu lah esok ingat nak pg duk umah tok, ada ramai sketyg blh tlg layan aisyah.Ksian dia gak sbb kat umah takde org.
Puting fiffy eh? Ok blh try tgk nnt..

mirah said...

k ina, hari tuh ada gak niat nak beli botol MAM tu, tp sekali mcm ok pula khadijah dgn botol lama tu.Pending dululah.Tp skrg ni mmg kena cari try satu2 lah sampai dia nak.Sebenarnya,khadijah mcm tak suka minum botol sbb laju. Skrg pun, kalau direft bf, kalau laju je flow, mesti dia tarik2 nipple tu. Dulu belah kiri laju,jd dia suka belah kanan. Skrg dah asyik belah kanan, yg kanan pn dah laju gak..
Adoi pening juga mcmni..

mirah said...

arnie, kat parkson alamanda ada eh? HAri tuh just b4 cuti raya mmg pergi gak sana nak cari botol tu, tp tak jumpa. Pg JJ equine pn tak de. Ramai juga yg suggest brand tu. Kena cari ni. Plan balik sabtu,jd ahad tu adalah masa nak pergi tgk. Tu pun kalau larat lah,takut kepenatan je.Nak kena settle umah lagi, dah lama tak de ni..

anyway,thanx yea semua ats pandangan...

lia said...

mirah
psl breastflow teat n bottle 2...

cri kat sogo pn ada tp rege xpasti..cm xde less jer...
RM39.90 3bottle+3teat 5oz

mirah said...

thanx lia
dah beli semalam tp beli satu je nak try dulu. Sekali ok pula dia minum.. mnyesal tak beli byk...
mm.. takpe, abah dia dah sanggup nak beli tmpat lain walaupun takde sale.. :)