Friday, December 12, 2008

at work

Alhamdulillah selamat sampai serdang around 9.45pm last night. Both girls dah asleep and tak sedar bila kena angkat bawak masuk umah..
And to day, ummi back at work. Tetiba jadi amat busy tapi buat ala-ala tak busy. Sebab tu sempat nak blogging lagi nih..haha..
Lab yg ummi incharged ada visiting scientist dari UK hari ni. So byk program scheduled to make use of his presence here until next week. Jap lagi ada discussion, seminar by him. And also, tadi semua sc officer kena panggil dengan dato pengarah sebab kena buat sedikit penelitian dan updates berkenaan penyelidik lab. Dan untuk menambah kan kerja, ummi kena cover keje officer yang dah tamat kontrak tu..huhu..

Oh btw, ummi ada sad story nak share ni. Semalam masa kami tgh siap2 kemas barang nak balik sini, khadijah jatuh katil!. Huhu menangis nenek dgn ummi semalam. Cuai betul lah ummi ni kan... Khadijah tidur sebenanrnya, ummi letak atas katil Sebelum ni, hadang dia dengan bantal besa, tapi semalam nenek yang letakkan dia atas katil, pastu ummi tak perasan bantal yang nenek letak tu bantal kecil dan ringan. Agaknya khadijah melonjak-lonjak ke depan, tolak sekali dgn bantal tu then jatuh ke bawah. Ada luka calar sket kat kepala dia.
Masa dengar dia nangis tu, buka je pintu tgk dia dah kat bawah. Katil tu adalah setinggi paras atas lutut. Dia terlentang dengan badan atas bantal tu kepala kat lantai. Lantai kayu cengal k. Tak pasti dia nangis bila jatuh atau dia diam then baru nangis. Huhu risau gak ummi ni.
Luka tu rasanya sebab terhantuk kat dinding sebab katil tu dekat dengan dinding. Apapun masa ummi angkat khadijah, dia nangis sekejap je, mcm nangis terkejut tu, tak sampai seminit peluk dia dah diam. Mula2 tak perasan ada calar tu, pastu bila check kat kepala baru nampak. Kepala khadijah dah keras. Tu buat ummi jadi tenang sket, takde lekuk ke apa.

Masa dalam kete nak balik, ummi called Dr Azyati. Dr Azyati ni anak kepada kawan abah, dia juga one of the doctors yang rawat khadijah masa dalam NICU. Very nice person. Ummi briefed kat Dr Azyati aka Kak G apa yang berlaku. Kak G nak sedapkan hati ummi dia cakap, biasalah anak-anak sementara nak besar, macam2 kecederaan boleh berlaku. Then dia suh observe tgk khadijah minum susu ok tak, ada muntah ke tak. Kepala ada bengkak ke, lekuk ke. Tengok samada khadijah aktif ke tak, ke asyik tidur je ke.
Dari observation ummi tak sampai 24 hours ni, khadijah minum susu ok, banyak sepanjang dalam kete sampai ummi rasa exhausted kelaparan, aktif juga tapi dalam kete nak aktif macamne sgt lah kan. Bunyi2 mulut, senyum mcm biasa. Takde muntah. Takde lekuk instead of calar tu je kat kepala. Tidur pun ok, takde meragam nangis2 ke, tak demam pun. Oh Ya Allah, moga anak ku itu jauh dari segala kemudaratan.
Ummi dah suh juga kakak yg jaga mereka tu observe keadaan khadijah hari ni.

Memang pengajaran sungguh lah bagi ummi. Dan untuk ibu2 lain juga, janganlah biar anak tidur atas katil sorang2.


2 comments:

Mummy HnH@arnie said...

owh, hopefully khadijah tak ape2...

Humaira pon recently, 2-3 kali juga jatuh katil... sedar2, dier dah jatuh... tapi, kami mmg spare tilam single siap2 kat atas lantai, in case dier jatuh...

tapi, eventho ader tilam pon, takut gak kan, kot2 masa jatuh tue terseliuh etc... nauzubillah...

mirah said...

tu lah harap pun begitu..
so far keadaan dia ok lagi..