Wednesday, December 24, 2008

Perasaan keibuanku tersentuh

Air mata ummi menitis kala ini. Dalam kesyahduan rasa bersyukur yang amat pada Mu ya Allah kerana limpah kurnia yg banyak ini. Terima kasih kerana mengurniakan kami dgn Khadijah Nur Syifaa' yg sehingga hari ini masih sihat, aktif dan sangat membahagiakn kami sekeluarga. Doa seorang ibu ini agar anak ini sentiasa dikurniakan kesihatan tubuh badan yang sihat dan membesar tanpa sebarang masalah kesihatan. InsyaAllah..

Ummi mengambil masa membaca beberapa kisah ibu-ibu yang mencoretkan pengalaman menjaga anak-anak pramatng mereka yang mengalami pelbagai masalah kesihatan. Coretan yang sungguh meruntun jiwa, dapat dirasa beban yang dipikul. Hebat dugaan Mu ya Allah pada mereka. Dan aku juga yakin Engkau tidak akan sesekali timpakan ujian pada hambaMu tanpa kesanggupuan/ kemampuan mereka sendiri.

Naluri keibuan ini sungguh tersentuh. Air mata tak mampu lagi bertahan. Tetiba datang rasa gusar di hati, adakah anak yang fizikalnya kelihatan sihat itu sememangnya sihat atau terdapat msalah yang belum dikenal pasti memandangkan usianya yang baru mencecah 8 bulan. Masih panjang perjalanan sebenarnya, ya betul, doctor masih belum jawab samada khadijah ada mengalami masalah jangka panjang atau tidak. Oh Tuhan, berdebar-debar rasa hati menunggu appointment check up bulan depan. Apapun, doa ummi agar khadijah terus membesar sihat dan tiada masalah. Ya Allah, lindungi lah anak kami itu, kurniaan yang sangat tidak ternilai pemberianMu pada kami..

7 comments:

Mummy HnH@arnie said...

yelah mirah, sangat2 tersentuh eventho saya cuma "almost" had one...

Insya Allah, khadijah membesar dgn sihat... Amiin!

Ina Hashim said...

salam mirah,
khadijah ada masalah ke?doc cakap ke?pape pon bersabar ye...

mirah said...

arnie,
thanx for the wish. Amin..

k ina,
alhamdulillah setakat ni belum ada masalah, tp rupanya bila mirah baca pelbagai kisah ibu-ibu yg ada ank prem ni, rupanya sukar perjalanan mereka. And khadijah considered lucky so far for having no other complications. Tapi, tu lah yg long term effectnya belum tahu lagi. Tu tetiba rasa risau pula. Doakan utk khadijah yea.. thanx.

Jiey^Mien said...

Salam berbalas singgah.. Alamak, tersedih plak baca this entry.. I know I'm one of "the kisah".. Don't worry too much my friend.. InsyaAllah Khadijah will be just fine.. Keep on praying k..

mirah said...

jiey^mien,
oh thanx dear for dropping by.
No heart feeling k. Not only touched by ur story,but few more. We were blessed with the special gift from Allah rite. Perkongsian ini bukan sekadar perkongsian cerita tetapi juga membuka minda towards another views of life..

suealeen said...

salam perkenalan dan membalas singgah.

i know our story included. all of us have and will face all kinds of trials and tribulations as these are the colors of life. melihat dunia dari aspek yang berbeza, dengan melalui dan menghadapi kenyataan perjalanan hidup ini serta bersyukur kepadaNya.

preemie babies are the chosen babies. they're indeed tough fighters, they fight for their life!

mirah said...

suealeen, i agreed with u. Preemie babies are the chosen ones.
I've seen khadijah fighting her life on her early days with all the wires, tubes, ventilator on. Oh syukur Tuhan kerana masih memberi kesempatan hidup buat khadijah...