Thursday, December 4, 2008

Sukar

Sukar sebenarnya mendidik hati menjadi pemurah. Pemurah dalam segala segi, baik senyuman, baik wang ringgit, baik masa, pemurah dalam tutur kata dan budi dan segala macam lagi. Sukar kerana kita sering kali lupa nikmat yang Dia beri pada kita hari ini adalah sekadar pinjaman dan bila-bila masa boleh ditarik balik. Ya sukar.

Sukar juga untuk seringkali menilai sesuatu bukan dari satu sudut sahaja tapi melihat dari kepelbagaian ruang, arah dan masa. Kepelbagaian itu adalah indah kerana jika hanya tahu menikmati warna biru sahaja, kita hilang nikmat dan rasa melihat warna merah, hijau yang tenang, kuning yang memikat dan putih yang suci itu. Hidup akan jadi satu episod sepi dan sunyi.
Itu dari sudut warna. Analogi sahaja.
Tapi berbalik kepada seringkali kita jadi lupa untuk menyelami hati dan masalah orang lain. Meletakkan diri di tempat orang yang jadi 'lawan' kita adalah perlu.
Juga meletakkan diri serendah staf bawahan andai kita seorang pegawai juga wajar.
Setiap orang pasti ada masalah, konflik dan beban tersendiri.
Meringankan beban orang lain adalah satu tuntutan agama.
Justeru, perlu sangat cermat dan indah budi bahasa dalam santun percakapan dan perilaku diri.
Hormati lah mereka selayaknya agar diri kita juga dihormati orang lain.

Mengambil masa biar sejenak untuk merenung, mengoreksi diri adalah langkah paling bijak.
Biar kita tidak dipandang asal Tuhan tahu niat dan tujuan kita.
Biar diri ketinggalan tapi tak pernah kurang dari sudut Dia.
Biar miskin harta tapi kaya di sisi Tuhan.
Biar diri merasa susah kerana sesungguhnya nikmat susah itu menginsafkan, mengingatkan diri keEsaan Tuhan.
Biarlah hanya Tuhan di hati
Biarlah hidup ini hanya untuk Dia.
Segalanya sementara cuma. Menunggu masa untuk dijemput pulang,
tapi seringkali diri lupa tentang itu!

Namun, rahmat kasih sayang Allah itu maha luas tiada sempadan....

2 comments:

::Umi Sufira:: said...

Betul tuh mirah..walhal kalu kita jadi lebih pemurah esp pasal wang ringgit...dn diberi dengan penuh keikhlasan berlipat ganda lagi Allah balas kat kita..mari menjadi lebih pemurah!

mirah said...

ya mimi,
payah nak didik hati ni..