Friday, October 31, 2008

ebm production dropped?

*update* tajuk telah ditukar kerana rasanya tidak berkaitan sgt dgn main content article.
Btw, mslh msh belum totally resolve. Production msh di takat sama, weekend lps tak de buat apa sgt pun, susah juga nak pump bila duk umah, senang bg direct je kn. Apapun, lets give myself 1-2weeks to see the result. Well, rome wasn't built in a day rite?..

Mm..ummi tengah risau tp buat2 tak tahu je ni... sebab??!! susu ummi mula berkurang. Ingatkan sementara je tp rupanya takde perubahan sejak beberapa hari ni. Tapi, mujur lah yang khadijah tak heavy feeder jadi cukup lagilah susu ummi, cuma tak buat stok beku. Masih dapat bagi aisyah sebotol sehari, stok beku pula hanya amik sebotol sehari je.


Tapi, ummi rasa kena rajin-rajin ni, disiplin pump susu semula. Bila fikirkan banyak faktor yang menyebabkan susu ummi dropped tetiba. Listnya adalah:
1. ummi tak konsisten pump susu semenjak balik dari cuti raya ni - hanya pump sekali waktu subuh, dan tghri kat ofis. Sesi petang selalu skip sbb kekadang busy, tgh meting, jadi dah tak pump (ke excuse jer?? - tp memang betul ummi busy sungguh skrg ni)
2. to make it worst, sabtu lepas ummi exhausted sbb muntah 2x keluar segala isi perut, akibatnya isnin baru ok, then perasan breast tak engorge mcm biasa dan susu mula sket. Ummi muntah sbb lambat makan, perut masuk angin.
3. Relax-relax je sbb fikir ebm dh banyak, tp sekali bila tiap kali pump hanya dapat half dari biasa, ummi dah mula kelam kabut ni.. (huhu padan muka ummi sbb take things for granted sgt..)
4. Ummi mmg dah lama tak mkn foods yg blh tambah susu. Organic soya tak minum lama dah, oat pun sama, halba segala bagai lah pendek kata semua tak disiplin makan.. - ni memang kena ketuk kepala lah. Sendiri mau ingat sebab mmg salah diri sendiri kan..

Oleh itu, ummi kena lakukan transformasi bermula hari ini juga sebelum terlambat. Ummi tulis entry ni juga sbb kwn lama ummi, auntie mimi azreen pun tanya ummi mcamne nak up kan blk production susu. So ummi nak share lah apa ummi biasa buat utk mantain susu sebelum ni (read:sebelum kejadian susu dropped ni k) untuk kepentingan bersama dan terutama untuk naikkan semangat ummi sendiri. What will ummi jote down nnt might not be effective to other people but, ini lah yg ummi intend nak buat lepas ni.

1. Kena minum banyak air. Ni true story ever lah kn. Masa mula2 adik balik dari hosp dulu, susu ummi hanya dapat dlm 3-5oz each tiap kali pump. Oh ya jadual pump pun sama hanya 3x sehari. Sebulan sebelum puasa, naik jadi 6-8oz per session. Mantain sampailah skrg jadi half semula. Eh ummi nak cakap tadi yg pd waktu tersebut, ummi memang bekal air kat sebelah tilam supaya tiap kali terjaga dari tidur, ummi akan minum air.
2. Kerapkan pumping session. Ni pun mmg proven lah, sape nak tingkatkan pengeluaran susu, kena kerapkan lagi sesi pam susu. Ummi tgh pk nak tambah 1/2 session, myb pd sebelah mlm sblm tidur dgn kat ofis buat 3x sessions. Mudah2an berjaya. Kita tgk nnt k..
3. Kena mula minum air rebusan halba. Pagi tadi ummi dah start semula. Bila lama tak minum, memang payah gak lah nak habiskan tapi bila fikirkan nak susu banyak, jadi telan saja lah..
4. Kena amalkan minum oat tiap2 pagi dan juga minum soya tiap2 hari. Soya, oat semua dah ready kat umah, tinggal malas nak bancuh je. Apalah ummi ni kan..
5. Kena makan kurma, kismis byk2. Ni pun sama, stok dah ada, malas nak ambil makan. Nak makan pun susah ke?? Ummi mmg tak makan byk, kekadang byk sgt benda nak buat sampai lupa makan.

Apa lagi ek.. rasa2 mmg itu je lah yg ummi buat sebelum ni. Mungkin nampak macam biasa je kan, tp itu lah hakikatnya. Cuma oh ya 6. Makan sayur banyak2. Ummi mmg suka masak sawi, kobis, kobis bunga, carrot, brocolli etc. Dan juga 7. Banyakkan doa. Inilah senjata utama kita. Ummi doa supaya Allah banyakkan susu ummi supaya anak2 ummi dapat khasiat terbaik dari susu tersebut. Ummi mohon agar Allah berikan ummi kekuatan, ketabahan dan disiplin yg tinggi semasa mengepam susu.

Ummi terfikir nak beli 8. Air longan. Ramai yang cakap boleh tambah susu. Dulu ummi dah pernah beli dan try rebus buat air. Cuma macam kurang best rasa nya tapi ingat nak try lagi lah kali ni. Dan juga 9. Kena cari masa utk rehat mencukupi. Ni memang betullah. Myb jd satu faktor juga susu ummi kurang sbb ummi rasa penat sgt, sungguh busy lately dgn keje ofis dan hal rumahtangganya. Ok take enough rest k. Rasanya itu sahajalah dulu misi ummi untuk waktu ini. Kita tengok progress nya dalam beberapa hari ni.

Btw, ummi cuti hari ini. Saja je cuti untuk melapangkan diri, hantar anak-anak pergi umah pengasuh mcm biasa. tapi skrg ummi kat ofis.. hihi ummi ni kan pekerja yg komited. Mesti nak datang juga sekejap. Tadi hantar report pd ketua lab. Mereka ada mesyuarat. Sekejap lagi ummi nak pg mph, nak cari buku utk aisyah, nak singgah carefour beli barang dan adalah beberapa perkara lagi nak buat. Nak kemas umah, nak masak.. hihi.. dah lah k.

p/s: kalau sesape ada cadangan utk saya tambahkan susu, sila lah bagi pendapat yea..thanx..

4 comments:

~Umi.Sufira~ said...

For me, kerapkan pumping session yang paling effective ahaks!

Mommy Harith Hannah said...

saya pon dah lama tak amalkan makanan2 tue mirah... cuma jaga makan ajer laa... agak2 dah drop melampau, baru laa telan esp horlicks tue...

saya pon skrg nie pumping dpt krg dr biasa... esp session ptg... uhh, nak menangis gak tunggu nak dpt 4 oz... seb baik anak dah makan... mmg ader ups n downs kan ebm nih...

tp, kalau agak2 dah terlalu byk sgt ambil stok, saya akan krg kan amount botol ke4 tue, and suh helper bg botol tue last sekali.. kalau tak cukup pon xpe, sbb saya dah nak balek umah kan... hihih...

mirah said...

mimi,
thanx 4 the suggestion. Tp tu lah mslh nya mmg tak larat nak pump sbb penat sgt dah kalau blk umah. Lepas settle kan mereka tidur, terus mirah pn lena sama, bangun tgh mlm pula settlekan keje tertunggak and prepare utk esoknya. Klu tgh mlm bngun pump, risau bila nk pump subuh nnt dah kurang.

ekk risau je lebih kan, ok ok kena try buat ni..

mirah said...

arnie,

lately, mkn pun rasa tak berkhasiat sgt compared to klu dapat msk sendiri. Dlm sminggu weekdays tu, blh kira brapa kali je msk, the rest kena beli sbb dah blk lmbt then tak sempat nk msk (husband suka mkn sblm slps maghrib je).

Tp mmg betul, production ni ada ups and downs. Mujur stok ada byk, jd mslh tak kritikal lg cuma beringat je sblm jadi lebih parah..huhu.. plg tidak pun tak dpt nak bg aisyah ebm je lah.

Btw, arnie pump brapa kali and what time kt ofis biasanya?