Monday, December 22, 2008

Sambungan diari khadijah

Bila ummi tgk post lama-lama, baru teringat episod ni belum bersambung lagi. Tulis kat bawah tu akan bersambung. So ummi sambung lh k. Ummi masih ingat lagi sepanjang duk di NICU tu beberapa kali adik pindah tempat. Mula-mula duk di ICU 1, lama juga dalam 3minggu lbih kurang. Pastu bila dah tukar duk dalam inkubator, tak lama selepas tu pindah ke ICU2, duk kat depan sbb nurse cakap senang nampak kalau-kalau baby ada masalah ke apa. Tak lama lepas tu pula pindah ke bahagian belakang sedikit demi sedikit, last sekali duk kat belakang sekali dekat dgn sinki sebelum pindah ke dalam baby cot je. Sepanjang duk di wad tu,macam-macam kes baby kecil ni dirujuk. Rupanya ramai yg lahir tak cukup bulan. Ada tu kembar 3 lagi. Ummi pun terpaksalah berhadapan dengan pelbagai karenah orang di situ. Apapun kita kena lah marendah diri sentiasa..

Bila adik dapay keluar dari inkubator, masa tu berat mencecah 1.6kg. Alhamdulillah. Apabila adik dah pindah ke katil tu, bermakna ummi kena stay kat ward. Kat Nicu tu mmg ada disediakan bilik utk mothers room-in dgn babies mereka. Tapi priority utk mothers yg nak kena breastfeed baby mereka. And ummi kena stay supaya ummi boleh belajar untuk bf khadijah. Msa tu ummi baru habis tempoh cuti 60 hari. So ummi kena take annual leaves. Mencabar juga duk hospital tu rupanya, dan yg paling kesian sbb teringat hubby dgn aisyah kat umah. Kesian abah waktu tu, ptg balik dari keje, dtg hospital tgk adik, pastu balik umah ambil aisyah, layan aisyah smpi lah aisyah tidur. Mencabar juga bagi abah bila kena buat semua tu sendirian. kalau ummi yg kena layan anak-anak sendirian, ummi tak de rasa apa sebab dah biasa, tapi bagi org laki, menguji kesabaran lah dgn karenah aisyah yg mcm2 waktu tu. Tapi alhamdulillah semuanya berjalan dgn baik dan ummi sempat lah duk dlm ward tu seminggu lebih. Byk on-off juga, kekadang ptg balik umah, pastu awal pgi dtg semula ke hospital.

Kena on-off sbb dalam masa yg sama aisyah kena cirit birit, ummi ingat lagi masa tu, sampai melecet aisyah. nangis-nangis bila nak kena cebuk. Dah lah tu, bila balik umah, teringat pula kat adik, mcm dengar2 je bunyi suara adik menangis. Adik ni pula, masa duk dalam inkubator, ok je takde nangis sangat, tp bila duk dalam katil sendiri ni, mudah lak nangis, dah lah tu, kuat sungguh suara. Nurse pun cakap, suara adik tak padan dgn tubuh kecik dia tu.. huhu..
Dan bila duk di hospital, teringat kat aisyah. Keisan tgk pandangan sayu mata dia tiap kali kena hntr umah pengasuh. She seems unhappy. Sorry dear, ummi terpaksa tinggalkan aisyah kat umah nenek dulu.
Bila dah pindah duk dalam katil ni, adik dah tak minum via tiub, doc suh bagi guna syringe so that adik boleh belajar sucking juga kena kerap direct bf. Tapi, biasa lah, sgt susah mulut kecil dia tu nak grab nipple. Sudahnya dia melalak lah. Bila bagi pakai syringe pula, hanya separuh dia minum laju, pastu dia tend to sleep. Adoi lah dik, puas ummi kejut pun tak nak bangun dah. End up tak habis sukatan yg patut adik minum. Ummi risau adik tak cukup minum nnt timbangan tak naik. Dan memang betul pun berat adik terus jadi lambat naik sejak keluar dari inkubator. naik juga tapi sikit-sikit je. Ada tu, bila ummi balik umah kejap, bila dtg semula, nurse cakap adik dah minum. Ok lah kan. Pastu bila ummi check, basah baju, selimut adik. Mm..mesti tumpah byk ni. Kkadang ada ibu-ibu lain tu cakap mmg nurse bagi adik minum tapi yg masuk sama byk dgn yg keluar. Diaorg main bagi je buat cukup syarat, tolak je syringe tu. Dan ummi percaya cakap mereka sebab ummi sendiri saksikan perkara yg sama berlaku pd baby lain. yg mak baby tu takde sama. Keisan tau.. Memang tak sampai hati tengok, pastu melalak lagi baby tu takde sapa nak layan. Huhu itu lah sebabnya ummi tak sampai hati nak balik umah, tapi kesian juga dekat aisyah.. Huh dilema sungguh waktu tu.

Dan memang patut lah sapa yg nak apply jadi nurse ni kena ada kesabaran paling tinggi dan 'in love' dengan tugas mereka tambah lagi yg berhadapan dgn baby kecik ni. Payah tu..tak boleh nak buat main-main sebab anda akan berhadapan dgn baby-baby kecik yg hanya tau menangis je.

Dalam duk kalut ulang-alik hospital-umah-hospital-umah, sempat juga ummi manfaatkan waktu cuti bersalin tersebut dgn menyiapkan thesis msc ummi yg telah bertahun tertangguh gara-gara kesibukan. Dari takde anak sampai ada dua anak. Huhu..harap harap dapat bergraduat dalam majlis konvokesyen universiti thn depan. InsyaAllah.

No comments: