Monday, September 20, 2010

Masih dalam mood raya..

Salam Aidilfitri lagi.. selagi tak habis bulan Syawal ni kan..
Masih mencari mood untuk mula bekerja. Yang pasti, kerja memang banyak menanti. Lusa ada appointment adik kat Hosp. Serdang. Haa kena tulis ni takut lupa sebab last appointment tahun lepas. Kalau terlepas yang ini, sure lambat lagi baru boleh dapat date baru.
Cerita hari raya? wah banyak cerita tapi gambar tak banyak. Penat masih belum hilang, baju-baju belum habis basuh, rumah pun belum berkemas, kalau tetiba dalam weekdays ni ada orang terjah rumah kami, boleh tengoklah haru-birunya..huhu harap-harap takde sape datang. Harapkan hujung minggu ni nanti baru nak kemas, tapi kenangkan jemputan open house dah menunggu, ada juga yang kena buat overtime malam-malam ni..hihi..dan siapalah kalau bukan diri sendiri yang nak kena buat semua tu.
Ok saya tinggalkan sekeping gambar bersama anak-anak masa raya tempohari. Ini gambar semasa di kenduri kahwin sepupu saya. Thanks to my other cousin juga atas gambar ini. Saya cakap kat aisyah dengan khadijah, ok senyum tunjuk gigi. Hah tengoklah anak-aankku tayang gigi mereka..

baru perasan rambut depan mereka dah panjang benar rupanya. Rasa macam je baru je trim rambut mereka sebelum puasa hari itu. Nak kena operasi lagi nampaknya ni. Ok selamat pergi open house kalian. Kami tak buat open house tahun ni, tapi siapa nak datang, datanglah tapi call dulu ya..

Tuesday, September 7, 2010

Salam Aidilfitri 1431H

Salam Aidilfitri buat semua sahabat yang sudi menjengah blog tidak seberapa ini. Saya tahu blog ini agak suram sekarang. Kekadang, terasa banyak benar nak dicoretkan, namun bila di hadapan pc, tangan kelu untuk mengolah. Apapun, moga ada kebaikan dalam perkongsian ini.

Sempena Syawal yang bakal menjelma, saya ingin mengambil kesempatan ini memohon maaf di atas sebarang terkasar kata dan laku sepanjang perkenalan kita. Selamat balik kampung dan berhati-hati di jalan raya. Moga Aidilfitri yang dinanti ini bukan penghujung kepada amal kebaikan yang diusahakan di bulan Ramadhan ini. Sebaliknya, biarlah roh tarbiyyah Ramadhan ini terus meresap dalam jiwa kita dan menjadi penyambung kepada kehidupan yang lebih baik kelak. Sayu hati mengenangkan Ramadhan yang bakal pergi. Adakah sempat untuk menghadapi Ramadhan akan datang? Hanya Dia yang tahu.. Moga Allah merahmati kita semua.

Friday, September 3, 2010

Hampir Pergi...

Oh Ramadhan hampir berlalu pergi.
Namun, terasa diri masih belum puas dengan tarbiyyah Ramadhan ini.
Banyak sungguh lompangnya..
Ya Tuhan, moga masih ada rahmat kasih sayangMu padaku..
Sama-samalah kita meraikan malam-malam terakhir Ramadhan ini dengan banyak
bertaubat dan mencari keampunan, rahmat dan kasih sayang Allah.
Jom kita qiyammullail!..