Saya terkesan tiba-tiba selepas membaca entry ini di Saifulislam.com.
“Oleh itu (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Sesungguhnya (sekali lagi ditegaskan) bahawa tiap-tiap kesukaran itu disertai kemudahan” [Alam Nasyrah 94: 5-6]
Itulah janji Allah Subhanahu wa Ta’aala terhadap setiap cabaran yang kita baca ia sebagai suatu kesusahan dalam hidup. Bahawa kesusahan itu bukanlah sebuah beban. Ia adalah sebuah persediaan untuk menyambut kebaikan dan kesenangan. Syaratnya hanya dua:
“Apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu pekerjaan), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha menyambung (dengan tugasan yang seterusnya). Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau hajatkan)” [Alam Nasyrah 94: 5-6]
--------------------------------------------------------
Saya terkenang masa-masa susah saya, terkenang susah payah menuntut ilmu, terimbau sukarnya membawa lalu kenangan kehilangan saudara tercinta, dan buat kesekian kalinya terkenang saat-saat sukar bersama khadijah. Namun, kekuatan itu juga hadir dalam resah rasa, buntunya fikiran. Mujur sang Pencipta masih titipkan rasa 'kehambaan' dalam diri ini menyebabkan hanya kepada Dia jua lah hambamu ini kembali.
Abah selalu berpesan, amalkan lah baca surah alam nasyrah ini. Terutama di kala ingin menjawab peperiksaan/ temuduga. Ya memang selau kubaca tak semestinya pada perkara tersebut. Kerana yakin pada janji Allah 'yang di sebalik kesusahan itu, ada kesenangan' membuatkan hati ini sering mencari-cari hikmah di setiap apa yang berlaku. Sukar. Ya ia memang sukar. Tetapi siapa kita untuk berkata sebaliknya.
Saya juga manusia biasa yang tidak akan pernah berhenti buat silap, berbuat dosa padaNya. Namun sentiasa diri ini memohon agar jangan lah diberikan peluang mengulangi kesilapan sama. Betapa sudah banyak nikmat yang diberikan, mudah-mudahan diri ini akan sentiasa bersyukur.
Jauh termenung, saya teringat perihal sahabat ini, yang telah diuji keimanan dan kesabarannya dengan kepulangan anakanda tercinta ke pangkuan Ilahi. Arwah Adni Farhana juga lahir pramatang, namun beratnya jauh lebih berat dari khadijah. Pulang tanpa sebarang komplikasi. Namun, janji Allah itu tetap pasti. Arwah dijemput pulang dalam nyenyak tidur di usia 4 bulan. Bagai berhenti jantung ini seketika di saat menerima berita itu. Dan tenang lah anak itu di syurga Nya. Duhai walid dan ummi adni farhana, tabah lah kerana si anak itu telah menjaminkan syurga buat kalian, sedang tersenyum manis menanti kalian di pintu syurga...
Fikiran ini juga melayang terkenangkan sahabat maya yang hanya dikenali di dunia siber ini yang juga sedang dalam debar menghitung hari untuk melihat anakanda tercinta pulang sihat dan ceria. Walaupun hanya sekadar membaca luahan rasa di blog nya, ia turut mencengkam naluri keibuan ini. Seakan dapat dihayati setiap detik mereka melayani amir yusuf. Moga kalian juga terus diberikan ketabahan, kekuatan dan ketenangan. InsyaAllah diri ini sentiasa mendoakan yang terbaik buat anakanda amir yusuf.
----------------------
Masih banyak di luar sana sebenarnya perihal mereka ini sedang diuji keimanan oleh Tuhan. Saya dan anda juga senantiasa Dia berikan kesukaran itu sebagai satu cara mendekatkan diri kembali kepadaNya. Cuma, watak dan jalan cerita nya berbeza. Perihal di atas cuma ide spontan yang datang setelah saya membaca entry ustaz hasrizal tersebut. Sekadar berkongsi rasa. Wallahuallam.
7 comments:
betul tu akak.... sememangnya setiap kali kita ditimpa kesusahan pasti ada sebab yang memungkinkan kita akan menerima ganjaran yang lebih baik.... sesungguhnya ALLAH tidak pernah melupakan hambaNYA yang sentiasa mendekatkan diri padaNYA... moga-moga kita sentiasa berada dalam lindungaNYA
setiap bait kata2 Mirah dilontar dgn penuh makna..ya..disebalik kesusahan ada kesenangan, cuma lemahnya kita manusia mencari hikmah tersirat disebaliknya..akal kita terbatas utk melihat masa depan,tp bukan bermakna kita harus putus asa padaNya
eys and dayah,
Amin untuk doa dan harapan tersebut.
salam kak.. kak saidah lagi sedih kak.. baby pertama dia gugur 3 bulan... pastu baru2 ni dia pegnant lagi, then dah sampai date due, meninggal pula dalam kandungan sebab lemas.. bayangkan baby tu keluar, dah cukup sifat seperti bayi2 lain yang lahir.. dan nama dia nur rabiha mohd zulkiflee... mcm nama sal kan.. tapi kak saidah ni memang tabah sangat kak.. sal bertuah sangat sebab dapat close dengan dia.. ish ish.. sedih la plak sal..
Sal, akak tak tahu pun psl saidah tu. Mmg dah lost contact sungguh. Besar dugaan Allah bagi pada dia. Takpe, anak2 tu memang mengiringinya ke syurga nanti.
Mamcamne nak hubungi dia yea?
Sal, bila awak balik sini?
errmmm.. dah balas2 kat fs tadi.. ni baru kesempatan buka akk nyer blog.. dah tau kan sal balik bila.. ok, no pon kak saidah tu nanti sal kasi kat fs.. malam ni mcm malas nak buka fs, sebab kaalu dah buka mula la melalut pi tgk fs org lain.. jadi addict plak nanti..hahaha..
ish baca plak nightmare si aisyah tuh, dah la sal tggl sorang2 malam ni, husband duk stay kat lab sampai kul 11.. ish ish.. seram jek.. huhu..
akak baca ayat qursi n hembus2 kat aisyah.. sal ada gak nightmare, sedar2 husband sal duk hembus2 sal, sebab dia cakap sal cakap n nangis dalam tido.. huhu..
sal, seram gak ke. Akak lagilah seram mula2 tu. Tp sekarang nampak dah ok. Nnt ada masa akk uupdate kt entry baru. Tetiba sibuk pula ni..
Post a Comment