Wednesday, December 31, 2008

Selamat tahun baru 1430H

Selamat tahun baru 1430H dan 2009M.
Lamanya rasa tak update blog (huhu). Tahun bersilih ganti, azam lama masih juga ada yang belum terlaksana. Apapun, ummi yakin keazaman dengan niat yang tulus itu adalah satu permulaan baik untuk sebuah penghijrahan. Penghijrahan yang membawa lebih kepada kebaikan. Yang paling utama, ingin memantapkan lagi diri di sampingNya. Moga diri ini tergolong dalam kalangan hamba-hambaNya yang diredhai dan diberkati.

Instead of that, i wanna be a a better wife for my husband, the best mother to the 2 kids, getting a permanent job or else, start thinking of pursue study.. Juga nak jadi anak yang baik untuk my parents and parents in law juga.

Intention lain?? Oh kalau nak list semua, sure banyak lah kan tapi as mentioned di atas, itu lah perkara asas yang ingin dibuat, insyaAllah kalau semua tu dapat dilaksanakan, keinginan lain akan dapat dipenuhi tanpa perlu rasa gusar. Moga Allah permudahkan niat ummi ini, and on top of that moga Allah sentiasa limpahkan kasih sayang dan rahmatNya dalam keluarga hambaMu ini..

Friday, December 26, 2008

New dose?

Pagi tadi ummi pergi farmasi hosp serdang untuk amik ubat susulan khadijah. Ubat FAC ni kena amik every 2 weeks sbb ia akan expired. Before, doc ckp mkn 0.5 ml. Tetiba tadi org bagi ubat tu cakap bg 0.25ml. Eh pelik lah pula ummi. Dia cakap betul 0.25 ml. Habis tu ummi salah bagi makan ke? Dia cakap takpe, still dalam range lagi. Boleh gitu? Huhu..sebenarnya dah mcm2 karenah ummi hadapi bila tiap kali pergi farmasi nih. Tapi kali ni boleh salah amount pula. Next check up lambat lagi bulan depan. Ummi cam tak sabar lak nak jumpa paed khadijah ni...

Happy 2nd birthday!

Hari ini 26 dec 2008 aisyah genap berumur 2tahun. Alhamdulillah ummi macam tak percaya pun ada aisyah dah 2 tahun. Sekejap pula rasanya. Ucap selamat pada dia pagi td, dia macam terkebil-kebil. Haha..mana lah aisyah faham agaknya kn. Tp semalam ummi dah ajar kakak cakap kalau ada org tanya umur kakak berapa, kakak jawab apa? Aisyah jawab 'saya umur 2 tahun..' Hmm..comel comel..

Hadiah?? mm..ummi dah belikan buku baru in advance beberapa minggu lepas. Addicted sungguh dgn buku budak2 ni, tapi mujur aisyah rajin membaca. Abah dia pun baru beli kan buku kamus baru juga utk dia dalam minggu lepas kot. Haa skrg duk ulang tgk pictures dlm tu, part plg suka dkat page playground. Hari2 usung buku tu mesti akan cakap 'nak tgk playground..'. Dulu suh kita buka kan page tu,smpai abah ummi dah ingat kat page 28 yea.., skrg ni dah tau cari sendiri dgn ayat ' haa..dah jumpa playground'. Bila dah jumpa dia akan sebut ni slide, ni swing, ni bla-bla.. pastu baru dia akan pergi page lain pula.
Abahummi tgh pk nak cari hadiah special sket dkat kakak rather than books je tp tak sempat lagi. Anyway, kalau takde kira aci lah buku tu kan.. hihi..

Progress setakat ni?? Aisyah memang dah banyak cakap, dah boleh buat sentence, ha dah byk ragam juga yea sampai tak larat nak layan. Dalam proses mengenalkan dia nombor. Well, dia dah hafal sangat bilangan satu hingga sepuluh dgn lancar dan juga one to ten dgn excellent juga except for seven dia akn sebut 'petent'. Sama juga dgn elephant, dia akan sebut 'ephetent'. Haa yg dua ni pyh sungguh nak bg betul. Jd, since dia dah tau sebut, skrg ni dlm proses nak kenal nombor tu pula. So far so good, dia pandai dah bila ajar dia guna satu buku tu, except for kena ulang banyak kali, yang ni ummi failed lagi nak buat tiap2 hari.. kena struggle up ummi!!

Dan ummi dah berjaya potong rambut dia. Huhu ingatkan payah, rupanya takde lah teruk mana pun. Sebab sebelum ni tiap kali ummi cakap, jom aisyah ummi nak gunting rambut, dia akan jawab 'tak nak! tak boleh!'. Puas pujuk pun tak nak juga. Dan tak tahu lah bila dua hari lepas, ummi ajak gunting rambut sambil dia tgk cd nursery rhymes dia, dia nak pula. Jadi berambut baru lah sekarang ni, nampak lah cute sket berbanding sebelum ni, serabai je, dah lah ummi nak ikat rambut dia tak bagi. Gambar nnt ummi upload kemudian.

Btw, ummi keje hari ni tp amik half day je sebab tghri ni nak bawak aisyah jalan2, kononnya ala birthday date dgn ummi lah ni. Since abah keje, kita pergi berdua je lah yea. ummi pun tak sure nak buat apa dgn aisyah ptg ni, tp mungkin bawak dia pg alamande je kot. Jgn tak tahu, dia suka pg sana siap cakap jom lah ummi, kita g carrefour (sebutan dia karfuu..). Huhu aisyah aisyah..

Wednesday, December 24, 2008

Perasaan keibuanku tersentuh

Air mata ummi menitis kala ini. Dalam kesyahduan rasa bersyukur yang amat pada Mu ya Allah kerana limpah kurnia yg banyak ini. Terima kasih kerana mengurniakan kami dgn Khadijah Nur Syifaa' yg sehingga hari ini masih sihat, aktif dan sangat membahagiakn kami sekeluarga. Doa seorang ibu ini agar anak ini sentiasa dikurniakan kesihatan tubuh badan yang sihat dan membesar tanpa sebarang masalah kesihatan. InsyaAllah..

Ummi mengambil masa membaca beberapa kisah ibu-ibu yang mencoretkan pengalaman menjaga anak-anak pramatng mereka yang mengalami pelbagai masalah kesihatan. Coretan yang sungguh meruntun jiwa, dapat dirasa beban yang dipikul. Hebat dugaan Mu ya Allah pada mereka. Dan aku juga yakin Engkau tidak akan sesekali timpakan ujian pada hambaMu tanpa kesanggupuan/ kemampuan mereka sendiri.

Naluri keibuan ini sungguh tersentuh. Air mata tak mampu lagi bertahan. Tetiba datang rasa gusar di hati, adakah anak yang fizikalnya kelihatan sihat itu sememangnya sihat atau terdapat msalah yang belum dikenal pasti memandangkan usianya yang baru mencecah 8 bulan. Masih panjang perjalanan sebenarnya, ya betul, doctor masih belum jawab samada khadijah ada mengalami masalah jangka panjang atau tidak. Oh Tuhan, berdebar-debar rasa hati menunggu appointment check up bulan depan. Apapun, doa ummi agar khadijah terus membesar sihat dan tiada masalah. Ya Allah, lindungi lah anak kami itu, kurniaan yang sangat tidak ternilai pemberianMu pada kami..

Monday, December 22, 2008

Sambungan diari khadijah

Bila ummi tgk post lama-lama, baru teringat episod ni belum bersambung lagi. Tulis kat bawah tu akan bersambung. So ummi sambung lh k. Ummi masih ingat lagi sepanjang duk di NICU tu beberapa kali adik pindah tempat. Mula-mula duk di ICU 1, lama juga dalam 3minggu lbih kurang. Pastu bila dah tukar duk dalam inkubator, tak lama selepas tu pindah ke ICU2, duk kat depan sbb nurse cakap senang nampak kalau-kalau baby ada masalah ke apa. Tak lama lepas tu pula pindah ke bahagian belakang sedikit demi sedikit, last sekali duk kat belakang sekali dekat dgn sinki sebelum pindah ke dalam baby cot je. Sepanjang duk di wad tu,macam-macam kes baby kecil ni dirujuk. Rupanya ramai yg lahir tak cukup bulan. Ada tu kembar 3 lagi. Ummi pun terpaksalah berhadapan dengan pelbagai karenah orang di situ. Apapun kita kena lah marendah diri sentiasa..

Bila adik dapay keluar dari inkubator, masa tu berat mencecah 1.6kg. Alhamdulillah. Apabila adik dah pindah ke katil tu, bermakna ummi kena stay kat ward. Kat Nicu tu mmg ada disediakan bilik utk mothers room-in dgn babies mereka. Tapi priority utk mothers yg nak kena breastfeed baby mereka. And ummi kena stay supaya ummi boleh belajar untuk bf khadijah. Msa tu ummi baru habis tempoh cuti 60 hari. So ummi kena take annual leaves. Mencabar juga duk hospital tu rupanya, dan yg paling kesian sbb teringat hubby dgn aisyah kat umah. Kesian abah waktu tu, ptg balik dari keje, dtg hospital tgk adik, pastu balik umah ambil aisyah, layan aisyah smpi lah aisyah tidur. Mencabar juga bagi abah bila kena buat semua tu sendirian. kalau ummi yg kena layan anak-anak sendirian, ummi tak de rasa apa sebab dah biasa, tapi bagi org laki, menguji kesabaran lah dgn karenah aisyah yg mcm2 waktu tu. Tapi alhamdulillah semuanya berjalan dgn baik dan ummi sempat lah duk dlm ward tu seminggu lebih. Byk on-off juga, kekadang ptg balik umah, pastu awal pgi dtg semula ke hospital.

Kena on-off sbb dalam masa yg sama aisyah kena cirit birit, ummi ingat lagi masa tu, sampai melecet aisyah. nangis-nangis bila nak kena cebuk. Dah lah tu, bila balik umah, teringat pula kat adik, mcm dengar2 je bunyi suara adik menangis. Adik ni pula, masa duk dalam inkubator, ok je takde nangis sangat, tp bila duk dalam katil sendiri ni, mudah lak nangis, dah lah tu, kuat sungguh suara. Nurse pun cakap, suara adik tak padan dgn tubuh kecik dia tu.. huhu..
Dan bila duk di hospital, teringat kat aisyah. Keisan tgk pandangan sayu mata dia tiap kali kena hntr umah pengasuh. She seems unhappy. Sorry dear, ummi terpaksa tinggalkan aisyah kat umah nenek dulu.
Bila dah pindah duk dalam katil ni, adik dah tak minum via tiub, doc suh bagi guna syringe so that adik boleh belajar sucking juga kena kerap direct bf. Tapi, biasa lah, sgt susah mulut kecil dia tu nak grab nipple. Sudahnya dia melalak lah. Bila bagi pakai syringe pula, hanya separuh dia minum laju, pastu dia tend to sleep. Adoi lah dik, puas ummi kejut pun tak nak bangun dah. End up tak habis sukatan yg patut adik minum. Ummi risau adik tak cukup minum nnt timbangan tak naik. Dan memang betul pun berat adik terus jadi lambat naik sejak keluar dari inkubator. naik juga tapi sikit-sikit je. Ada tu, bila ummi balik umah kejap, bila dtg semula, nurse cakap adik dah minum. Ok lah kan. Pastu bila ummi check, basah baju, selimut adik. Mm..mesti tumpah byk ni. Kkadang ada ibu-ibu lain tu cakap mmg nurse bagi adik minum tapi yg masuk sama byk dgn yg keluar. Diaorg main bagi je buat cukup syarat, tolak je syringe tu. Dan ummi percaya cakap mereka sebab ummi sendiri saksikan perkara yg sama berlaku pd baby lain. yg mak baby tu takde sama. Keisan tau.. Memang tak sampai hati tengok, pastu melalak lagi baby tu takde sapa nak layan. Huhu itu lah sebabnya ummi tak sampai hati nak balik umah, tapi kesian juga dekat aisyah.. Huh dilema sungguh waktu tu.

Dan memang patut lah sapa yg nak apply jadi nurse ni kena ada kesabaran paling tinggi dan 'in love' dengan tugas mereka tambah lagi yg berhadapan dgn baby kecik ni. Payah tu..tak boleh nak buat main-main sebab anda akan berhadapan dgn baby-baby kecik yg hanya tau menangis je.

Dalam duk kalut ulang-alik hospital-umah-hospital-umah, sempat juga ummi manfaatkan waktu cuti bersalin tersebut dgn menyiapkan thesis msc ummi yg telah bertahun tertangguh gara-gara kesibukan. Dari takde anak sampai ada dua anak. Huhu..harap harap dapat bergraduat dalam majlis konvokesyen universiti thn depan. InsyaAllah.

Thursday, December 18, 2008

17/12/08 - monthly check up khadijah

Semalam ummi bawa khadijah pergi check-up bulanan. Berat adik dah 5.1 kg. Mm..besar lah tu kan. Previously on 15/10/08 adik was 4.3 kg. Maknanya bertambah dalam 800g dalam masa 2 bulan ni. Banyak ke sikit ummi pun tak pasti. Yg pasti berat adik naik dengan baik dan itu sudah cukup menggembirakan ummi. Nurse tu pun cakap oklah berat dia naik cantik. Nurse tanya minum susu apa? Ummi jawab lah susu badan je. Pastu dia cakap 'oh awak tak keje eh?' Ummi replied balik ' saya keje, tapi saya perah susu tu'. Dia cakap lagi 'duk dalam wad berapa lama?' Ummi jawab lagi '2 bulan juga, 71 hari'. 'Oo..sepanjang dlm hospital bg susu macam mana?' Ummi jawab 'pakai tiub lah'. Expression muka dia macam 'oooooo......'.

Alhamdulillah lah kan adik dapat minum susu ummi sahaja lagi sampai sekarang. Tapi dah nak kena start solid food juga ni. Cuma ummi tengah ragu-ragu lagi, confuse pula nak start dgn apa eh.. (hihi macam tak pernah ada pengalaman pula kan..). Ummi ingat nak hold dulu sampai next check-up adik jumpa paed kat hospital 22 jan 2009 tapi macam lambat sangat je lagi. Adik pun dah tumbuh gigi. Ada sorang doktor kt kg dulu masa ummi refer perihal adik kat dia, when to start solid semua lah kn. Dia ckp advisable tunggu age khadijah 8 bulan or in another words corrected age adalah 6bulan. Or else dia cakap adik dah tumbuh gigi. Bila tumbuh gigi bermakna usus dia dah matang dan ready untuk digest food. Adik pun bukan main lagi terliur kalau tgk kami makan depan dia. Badan tak boleh duduk sendiri lagi tp dah boleh berada pada posisi duduk lah. Suka masuk tgn dalam mulut and bite her teether.
Erkk apa lagi eh signs yang kita perlu observe pd baby before start solid ni? hihi kawan-kawan kalau ada yg boleh kongsi, silakan lah yea..

Coz i really had a bad memories on what did i do during aisyah's early days on her solid foods.

Dan juga kalau ada nak bg pendapat, should i start giving her solid food now or wait for another 1 month, after jumpa paed nnt, please let me know k.

Btw, next week 2nd birthday aisyah. I'm still giving her a bottle of 4-6oz of breastmilk daily. Tp ada juga skip masa blk cuti raya hari tu sbb ummi jd malas nak pump and pd travelling days tu. Abah cakap boleh stop dah lah. Ummi pun ingat nak stop juga sbb nak concentrate buat stok beku banyak2 kat khadijah. Tapi rasa macam sayang juga kan.. mmm.. anyone to give comment on this?


workshop

Workshop on Pedagogy and Technology in Mathematics Education
18 - 19 Dec 2008
Al-Khawarizmi Seminar Room, INSPEM



(tak sabar nak update blog ni, tp tak dan nak menulis byk2 huhu..)
p/s ptg ni boleh kot cari masa jap..

Friday, December 12, 2008

8 months young

Baru ummi teringat yg khadijah cukup 8bulan hari ni.
Progress so far, dah boleh pusing badan sendiri bila dalam posisi meniarap. Suka lonjak2 kan badan dia. Dah boleh berdiri dgn keras. Kira tegak lah badan dia. Oh ya, khadijah dah tumbuh gigi! Sebatang je. Ini memang sungguh tak sangka, sangat cepat. Aisyah dulu pun nak setahun baru ada gigi. Suka main dgn kakak aisyah. Bila aisyah agah dia, mesti dia ketawa..


at work

Alhamdulillah selamat sampai serdang around 9.45pm last night. Both girls dah asleep and tak sedar bila kena angkat bawak masuk umah..
And to day, ummi back at work. Tetiba jadi amat busy tapi buat ala-ala tak busy. Sebab tu sempat nak blogging lagi nih..haha..
Lab yg ummi incharged ada visiting scientist dari UK hari ni. So byk program scheduled to make use of his presence here until next week. Jap lagi ada discussion, seminar by him. And also, tadi semua sc officer kena panggil dengan dato pengarah sebab kena buat sedikit penelitian dan updates berkenaan penyelidik lab. Dan untuk menambah kan kerja, ummi kena cover keje officer yang dah tamat kontrak tu..huhu..

Oh btw, ummi ada sad story nak share ni. Semalam masa kami tgh siap2 kemas barang nak balik sini, khadijah jatuh katil!. Huhu menangis nenek dgn ummi semalam. Cuai betul lah ummi ni kan... Khadijah tidur sebenanrnya, ummi letak atas katil Sebelum ni, hadang dia dengan bantal besa, tapi semalam nenek yang letakkan dia atas katil, pastu ummi tak perasan bantal yang nenek letak tu bantal kecil dan ringan. Agaknya khadijah melonjak-lonjak ke depan, tolak sekali dgn bantal tu then jatuh ke bawah. Ada luka calar sket kat kepala dia.
Masa dengar dia nangis tu, buka je pintu tgk dia dah kat bawah. Katil tu adalah setinggi paras atas lutut. Dia terlentang dengan badan atas bantal tu kepala kat lantai. Lantai kayu cengal k. Tak pasti dia nangis bila jatuh atau dia diam then baru nangis. Huhu risau gak ummi ni.
Luka tu rasanya sebab terhantuk kat dinding sebab katil tu dekat dengan dinding. Apapun masa ummi angkat khadijah, dia nangis sekejap je, mcm nangis terkejut tu, tak sampai seminit peluk dia dah diam. Mula2 tak perasan ada calar tu, pastu bila check kat kepala baru nampak. Kepala khadijah dah keras. Tu buat ummi jadi tenang sket, takde lekuk ke apa.

Masa dalam kete nak balik, ummi called Dr Azyati. Dr Azyati ni anak kepada kawan abah, dia juga one of the doctors yang rawat khadijah masa dalam NICU. Very nice person. Ummi briefed kat Dr Azyati aka Kak G apa yang berlaku. Kak G nak sedapkan hati ummi dia cakap, biasalah anak-anak sementara nak besar, macam2 kecederaan boleh berlaku. Then dia suh observe tgk khadijah minum susu ok tak, ada muntah ke tak. Kepala ada bengkak ke, lekuk ke. Tengok samada khadijah aktif ke tak, ke asyik tidur je ke.
Dari observation ummi tak sampai 24 hours ni, khadijah minum susu ok, banyak sepanjang dalam kete sampai ummi rasa exhausted kelaparan, aktif juga tapi dalam kete nak aktif macamne sgt lah kan. Bunyi2 mulut, senyum mcm biasa. Takde muntah. Takde lekuk instead of calar tu je kat kepala. Tidur pun ok, takde meragam nangis2 ke, tak demam pun. Oh Ya Allah, moga anak ku itu jauh dari segala kemudaratan.
Ummi dah suh juga kakak yg jaga mereka tu observe keadaan khadijah hari ni.

Memang pengajaran sungguh lah bagi ummi. Dan untuk ibu2 lain juga, janganlah biar anak tidur atas katil sorang2.


Thursday, December 11, 2008

Wajah-wajah Ceria - 2

Ummi tengah rajin upload gambar ni since kat umah, tak busy sangat.



Ini aisyah bila disuruh posing senyum. Kelakar pun ada tengok dia. Nasib baik gigi putih comel jer.. Dan very sweet dgn baju kurung kaler pink roses tu..













Ini pula aisyah, anas dgn tokki. Ini di tengahari raya haji pertama hari tu. Tokki dah siap dgn baju basahan dia nak kemas umah untuk kenduri aqiqah esok nya. Psl kenduri tu insyaAllah nnt ummi update kemudian k.







Khadijah yang aktif ceria sebelum majlis cukur rambut dia..

K lah yea, ummi ni ala-ala tak sedar diri barang semua tak siap pack lagi sedangkan jap lagi nak balik Serdang dah..huhu..
So doakan kami selamat dalam perjalanan.

Wednesday, December 10, 2008

wajah-wajah ceria - 1

Khadijah selepas bangun tidur. Sedar-sedar ummi tengok kain alas tidur dah duk atas kepala dia.. Khadijah dah besar, maybe dah 5kg plus. Mungkin bunyi macam ringan je kan tapi yang penting development lain dia ok. Badan dah tegak, tulang dah keras, dah pandai senyum dan gelak. Juga dah tahu cari bila ada orang panggil nama dia. Dalam proses nak meniarap sendiri..

Ini pula gambar aisyah yang cuba nak senyum. Bila ummi cakap kakak senyum lah, ummi nak ambil gambar. Ini lah hasilnya..

3 stooges. Mereka sepupu. Dari kiri Ammar (1thn8bulan), aisyah (2thn) dan anas (2thn4bulan). Mereka cuma beza 4bulan antaranya. Tapi anas dgn aisyah akan masuk sekolah sekali. Punya lah susah nak snap gambar bertiga ni, tengoklah tu, ummi nak ambil gambar, diaorg semua tengok mak mereka..

Dan lihat lah wajah ceria saya ni.. makin aktif, makin bijak. Moga anak ummi ini terus membesar dgn sihat dan cergas. Moga jadi inspirasi mummy fahry, yang insyaAllah fahry juga suatu hari nnt akan membesar seperti khadijah. InsyaAllah...

Monday, December 8, 2008

aqiqah

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua..
InsyaAllah raya haji tahun ni abah dan ummi buat aqiqah untuk aisyah & khadijah.
Skrg ni family members dah pergi tengok nak sembelih lembu dgn kambing.
Kenduri tengahari esok.
Aisyah dgn khadijah tgh lena tidur siang, tu sebab ummi sempat blogging lagi ni.. hihi..

Btw, last night ummi sempat text msg dgn mummylyna, ibu fahry the miracle boy.
Alhamdulillah she's getting stronger for her baby.
And fahry also is doing good right now, moga mereka tabah menghadapi segalan ujian ini.
Ingatlah hanya orang-orang yang sabar akan beroleh keberuntungan.

Ummi will be here in trg until thursday.
I wish i could stay longer but there are few things need to be settled this weekend in Serdang.
And ummi has to work on friday, eventhough my leave has been approved.
We've a visiting scientist coming over to our institute.

Mm..moga semuanya mendapat rahmat kasih sayang Allah..

Sunday, December 7, 2008

a shocking news for me

I am back home again.
Safely reached here yesterday at 8.15am.
Took a rest for few hours, then at 11.00am, we headed to Kelantan, to attend my husband's cousin wedding. It was raining heavily. Aisyah just got flu and cough. Khadijah also seems to have it soon, she's also a bit cranky, i bet that she's too tired with the long journey and couldnt sleep properly on her mattress.

To my suprise this morning, i read at mommylyna's blog that she has just delivered her premature baby boy safely yesterday too. Weighed 1.2kg. Yes, the boy named Fahry is a strong and healthy boy. He's a special baby. Please pray that he's getting better each day and his mummy could supply enough breastmilk for him.

I was so touched lately if i've heard somebody gave birth to prem baby, since i've been in that 'shoes' and i can feel how hard it is.

Thursday, December 4, 2008

Sukar

Sukar sebenarnya mendidik hati menjadi pemurah. Pemurah dalam segala segi, baik senyuman, baik wang ringgit, baik masa, pemurah dalam tutur kata dan budi dan segala macam lagi. Sukar kerana kita sering kali lupa nikmat yang Dia beri pada kita hari ini adalah sekadar pinjaman dan bila-bila masa boleh ditarik balik. Ya sukar.

Sukar juga untuk seringkali menilai sesuatu bukan dari satu sudut sahaja tapi melihat dari kepelbagaian ruang, arah dan masa. Kepelbagaian itu adalah indah kerana jika hanya tahu menikmati warna biru sahaja, kita hilang nikmat dan rasa melihat warna merah, hijau yang tenang, kuning yang memikat dan putih yang suci itu. Hidup akan jadi satu episod sepi dan sunyi.
Itu dari sudut warna. Analogi sahaja.
Tapi berbalik kepada seringkali kita jadi lupa untuk menyelami hati dan masalah orang lain. Meletakkan diri di tempat orang yang jadi 'lawan' kita adalah perlu.
Juga meletakkan diri serendah staf bawahan andai kita seorang pegawai juga wajar.
Setiap orang pasti ada masalah, konflik dan beban tersendiri.
Meringankan beban orang lain adalah satu tuntutan agama.
Justeru, perlu sangat cermat dan indah budi bahasa dalam santun percakapan dan perilaku diri.
Hormati lah mereka selayaknya agar diri kita juga dihormati orang lain.

Mengambil masa biar sejenak untuk merenung, mengoreksi diri adalah langkah paling bijak.
Biar kita tidak dipandang asal Tuhan tahu niat dan tujuan kita.
Biar diri ketinggalan tapi tak pernah kurang dari sudut Dia.
Biar miskin harta tapi kaya di sisi Tuhan.
Biar diri merasa susah kerana sesungguhnya nikmat susah itu menginsafkan, mengingatkan diri keEsaan Tuhan.
Biarlah hanya Tuhan di hati
Biarlah hidup ini hanya untuk Dia.
Segalanya sementara cuma. Menunggu masa untuk dijemput pulang,
tapi seringkali diri lupa tentang itu!

Namun, rahmat kasih sayang Allah itu maha luas tiada sempadan....

Wednesday, December 3, 2008

Seminar

3 & 4 Disember 2008:
Penganjuran Seminar Etnomatematik Asia Tenggara 2008.
Alhamdulillah majlis berjalan baik setakat ini, walaupun ada beberapa kekurangan kecil. Well, nobody is perfect, rite? Participants ada 40 org lebih.