Friday, December 17, 2010

Lelah - Bukit Tinggi - Melaka

Kami balik dari Melaka Selasa malam lepas. Sehingga hari ini, lelahnya masih terasa. Malam tadi memenuhi pelawaan ketua lab temankan dia pergi dinner bersama speakers. Pukul 11 malam lebih juga baru tiba rumah. Pagi tadi bawa anak-anak ke Pusat Kesihatan, Khadijah batuk-batuk berlarutan dah 3-4 hari, masih belum reda. Tadi Dr checked lung dia still clear. Ok lega sket dengarnya. Aisyah cirit birit dah banyak hari. Saya risau dia terminum air kolam masa mandi di swimming pool hotel masa di melaka. Juga dah berhari-hari tak baik juga, jadi sebagai rasa bersalah sebab mengabaikan mereka kerana agak sibuk seminggu dua ni, saya bawa mereka untuk dapatkan rawatan. Takut kalau dibiarkan sahaja, lagi teruk jadinya. Hujung ini ini akan jadi minggu istirehat sebelum travel lagi hujung minggu depan. Minggu untuk settlekan perihal rumahtangga dan anak-anak. Weekend untuk huge laundry, house cleaning and shopping juga. Year end sale dah nak habis, kami belum sempat ke kedai manapun, except for Sogo. Itu cari barang lain sambil bawa makabah, ini nak cari barang lain kategori pula. Haha..

Since banyak nak cerita apa berlaku dalam masa beberapa minggu ini, saya cerita bab pergi Bukit Tinggi dulu ya. Tapi malas nak mengarang, jadi layan gambar sahajalah. Seronok juga ke sana, paling happy anak-anak kecil lah kan. Tak berpeluh ketiak walaupun tengahari di sana. Tak rasa pun pergerakan masa, sedar-sedar dah petang. Ok bagi gambar intro dulu ke Bukit Tinggi ya.
Jalan yang berkabus dan curam. Dalam perjalanan pergi, ada kereta hampir jatuh gaung, terbabas agaknya. Memang sejuk udaranya.
Entrance fee. Kalau overnight di sana, dapat free entrance fee, since kami tak bermalam sana, maka kena bayarlah. Budak-budak bawah 4 yrs tak kena bayar k.

Alahai kenapa dengan kahdijah tu? berkerut-kening haa. baru sampai di Rabbit Farm.Gambar lain next entry ya.

8 comments:

AMIIZAA@Mieja said...

salamss mira,

hehehehhe comel khadijah:)
semoga cepat sihat semula...

sangat sejuk sanakan...sebb belum tercemar:)cuma jalan yg berliku tu alahai nak pergi lagi pikir 3-4kali..

ummi09 said...

la..khadijah ke? ingat aisyah tadi.. dok puas pikir2, anak sulung kak mirah nama aisyah ke, khadijah ke? scroll balik kat atas, baca header.. kompem itu khadijah.. besar dah dia ek.. ish cepat betul masa berlalu.. dah mcm sama besar kakak dia plak..hehe

anyway best ek jalan2..hehe

mirah said...

k mieja,

thanx. ya sejuk tp bebudak ni kejap je pakai sweater, mujur dah siap-siap pakai long sleeves.

mirah said...

sal,

hihi..best jalan2 tp penat. sal lagi best dpt jalan2 kat sana. tunjuk gambar main snow lah.. :)

ummi09 said...

hahaha..best kalo pi kejap2 je kat sini.. kalo dah duk setahun ni, takde best nyer doh.. hati nak balik mesia dah tak tertahan.. mujur bukan sal yang blajo..kalo tak pelajaran entah kemana.. Allah bagi pengalaman ni, so dah tertutup niat utnuk sambung blaja luor negara..cukuplah teman suami jek... nanti kak mirah n a.faisal sambung phd kat sini ek.. kak mirah takpe, kuat semangat..hehe..

mirah said...

hihi sal ni, akak pun nak gak g duk rileks kat sana. kalau g belajar, mesti payah gak nak enjoy. Tapi nak tunggu a faisal sambung phd dia, rasanya k mirah sempat habis kat sini dulu lah..

insyaAllah kalau dipermudahkan jalan kami nanti..:) tak sabarlah nak jumpa sal. Rindu..

ummi09 said...

ok la tuh..tggu phd a.faisal.. akk habiskan siap2 kat mesia.. nnti a.faisal sambung kat sini, akk datang relex2 jelah..hehehe

ummi09 said...

InsyaAllah nanti kita jupe ek.. sal duk kat bangi je nanti.. bleh la timba ilmu susuan dari akk.. huhu.. miss u too =)