Sunday, August 8, 2010

Khadijah 28 months

Lama dah nak buat entry pasal khadijah ni. Dia akan cecah usia 28 bulan minggu depan. Berat dah 10kg, selera makan pun kira ok lah. Dari sudut kesihatan, baru baik dari chicken pox dan alhamdulillah dah 2 bulan dia tak selsema. Atas faktor apa kurang pasti, samada dia dah serap byk nutrisi vitamin, sebab bagi dia multivitamin, scott emulsion lagi. Dan mungkin juga sebab ada bagi ubat untuk elak selsema, ni doktor pakar ENT yang bagi dia masa check up nafas dia berbunyi tempohari, doktor suh makan tiap-tiap malam, tapi umminya selalu skip. Bagi sesekali je. Siap ada dengan ubat spray dengan ubat titis dalam hidung, juga buat sesekali je. Bukan apa, risau juga banyak sangat ubat nak kena kasi, biarlah dia boost immunity naturally juga kan. Apapun, dia memang sentiasa dalam observe mode kami lah. Nampak bersin kerap kali je, ha start kena bagi makan ubat tu.

Sejak menginjak usia 2 tahun ni, secara automatik vocab dia pun bertambah baik. Doktor ENT tu nak refer dia suh buat speech therapy, tapi kami tak rasa perlu pun. Takpe, tunggu doktor tu decide bila pergi next appointment oktober nanti. Khadijah dah lulus counting 1-10, baik dalam bahasa melayu/ bahasa inggeris. Tapi bila suh dia kira benda, memang habis sampai 10 lah dia kira. Vocab pun dah banyak, dah boleh buat ayat simple tiga perkataan macam 'ummi, abah mana?', 'adik nak mandi', 'nak ikut abah' dan lain-lain. Saya rasa perkembangan dia dah sama macam anak lahir full term lain lah. Aisyah dulu pun, dalam range umur macam ni juga dia mula petah bercakap. Dan saya rasa dia bijak (sapa lagi nak puji anak sendiri kalau tak mak dia kan..), very observant dan full of energy. Kalau suh scribble tu, boleh juga lah ikut mood dia. Saya nak kena kemas playstation mereka dan keluarkan semua jigsaw puzzle etc. Masa aisyah baya dia dulu, dia dah mahir buat jigsaw puzzle simple-simple. Sekarang ni, rasa juga bezanya sebab kami banyak tumpu pada aisyah, lupa pula khadijah belum start main games macam tu, padanlah dia selalu kacau si kakak dia menulis. Padahal banyak je mainan aisyah dulu yang dia belum try. Kekadang bila dah dua anak ni, lupa pula steps mengajar yang perlu ambil. Ha tu belum anak 3,4 lagi kan. Oh ya tumpang happy dengar Lyna mentioned dia pregnant again. Kami pun nak menyusul juga ni, anak 2011 kira ok lah kan.. :)

Cuma, khadijah ni, sampai sekarang dia memang jealous sangat dengan si kakaknya. Kesian kat aisyah banyak mengalah. Kalau dia nampakje kakak datang duk atas riba, atau tengah baca buku dengan umminya, atau tengah buat apa-apa je lah, mesti dia datang duk tengah. Confirm bergaduh. Letih juga nak melayan. Dan kesian kat si aisyah tu. Pastu kalau dua-dua baring minum susu, mesti kaki dia nak seboleh mungkin nak letak atas badan si kakak, lepas tu menangis bergaduh pula. Pening juga bila anak-anak dah mula besar dan macam-macam karenah ni. Kami tak bezakan mereka berdua, siapa buat salah, yang tu lah kena marah. Dan si khadijah ni, kalau kami marah dia, dia cekal hati sungguh. Kekadang kami saja nak tengok reaksi dia, dia boleh je buat selamba. Kalau takat pukul sikit-sikit kat kaki ke tangan ke, dia tak herannya. Memang kuat semangat dan keras hati. No wonder lah dia boleh survived masa lahir tak cukup bulan dulu. Allah dah bagi dia semangat juang tinggi. Tapi, dik janganlah nakal sangat ya, pening kepala ummi nak handle...huhu.. Yang pasti, approach untuk aisyah dengan khadijah memang tak boleh sama. Saya berulang kali dok fikir method apa lagi ni nak guna, ilmu parenting memang belum cukup ni. Baru anak dua berlainan karakter dah pening, sungguh ia sangat menguji kesabaran ok. Teringin nak pergi seminar parenting. Penting ni tau..

Oh ya, kami anak-beranak berpeluang featured dalam majalah pa&ma ogos, ruangan personaliti. Ini hasil recommendation k rita rahayu mlo pada k nita reporter pa&ma. Moga perkongsian itu ada hikmahnya dan dapat membantu ibu lain. Yang pasti, ujian Allah timpakan pada setiap orang itu berbeza-beza, namun kebergantungan pada Dia itu lah ultimate goal nya. Terima kasih atas doa-doa kalian.

2 comments:

Dayah @ Real Ummu said...

Mirah..
dah peknen ke..??ayat mcm dah ade je..?? konfius jap..heheh

mirah said...

Dayah, hihi coming soon. Setakat ni belum lagi rasanya, tapi mmg plan nak baby next year. kena start conceive skrg lah kan.. :)