I totally agree with the above statement. Saya dah hilang semua gambar stok susu yg penuh peti dulu. Sebab external hard disk corrupted. Tapi saya masih ingat hari-hari yang panjang itu selama 71 hari ulang-alik hospital tak pernah miss, untuk hantar bekalan susu untuk si anak yang sedang berjuang.The paed sangat menggalakkan terus mengepam susu untuk bagi pada baby. Berat khadijah naik steadily dari 0.768kg ke 1.8kg dalam masa lebih kurang 57 hari kot (sebab tolak lebih kurang 2 minggu pertama sebab dia kena puasa - on ventilator). Kira cepatlah tu dapat balik rumah. Berat 0.768 kg tu sebab kena puasa tu lah. Apapun Alhamdulillah.
My premature babies.
Tapi tidaklah kami treat aisyah itu sebagai prem. Dia kira full term baby juga instead of saya bersalin kan dia awal sebulan dari due date nya. Supposednya aisyah lahir akhir januari 2007, jika ia terjadi, dia akan sebaya dengan 2 orang sepupunya tapi sebab dia keluar awal, maka tak sama tahun walaupun hakikatnya lebih kurang je. eh faham ke ayat saya ni? huhu.. Khadijah ni memang betul prem lah. Tanda kelahiran memang sama, iaitu water beg pecah dulu. Saya nak pregnant lagi ni, tapi saya macam sort of trauma pun ada. Setiap kali ingat balik, macam taknak dah ulang lagi. Dalam buku di atas pun sebut, Nanti saya discuss pasal tu lain entry ya. Saya tengah cari maklumat regarding premature labour ni, since dua-dua anak saya lahir awal tak lepas 38 wks, probability is high untuk kelahiran seterusnya. Walaupun tak semestinya berlaku lagi, tapi berhati-hati itu harus kan. Dan belum sempat meluangkan masa pergi jumpa gynae..hihi tunggu habiskan disember dulu lah kot. 2011 is another year to cherish. InsyaAllah jika panjang umur. Ok masih ada 30 hari 2010 untuk dimanfaatkan. Jom kita manfaatkannya dengan perkara yang berfaedah ya. My premature babies.
p/s: Aisyah gonna be 4 years old this 26th. Hadiah dah ada. Kek kena tempah lah. Venue? rasa macam di Tanah tinggi waktu itu. Wah jauhnya kakak celebrate birthday nanti dan ramai yang ada. Harus ummi tempah kek besar ni. Tapi boleh kah sempat sampai atas dengan sturuktur kek yang tak berubah?. Ummi tak jadi beli kek princess lah kalau macam tu ya kakak.. hihi.. cheers! :)
8 comments:
chaiyok2 kak mirah.. tambah umat..ade 30 hari lagi nih..muahahah... kak mirah kan cekal, mana ade trauma2.. hehe..
haha sal ni. Takde kaitan dgn 30 hari tu.
InsyaAllah moga dipermudahkan. memang plan untuk menambah tahun depan ni. Sal pun kena berusaha gak tu.. hihi
cepat2 la menambah :)
tak sangka Aisyah pun lahir b4 38 wks.....mcmne Mirah masa mula2 masukkan aisyah ke tadika ms awal thun dulu..sbb anak Dec kan..namaje 4 thun tapi baru 3..takut takleh adapt pulak.
Dayah,
sebab tu lah mirah rasa mmg probability utk bersalin awal lagi akan dtg adalah tinggi. But hopefully tak lah kan. Mother's instinct kan.
Aisyah dulu masa dia belum masuk 3 tahun lg, dia dah petah cakap pastu dia selalu cakap nak pergi sekolah. Jadi bila dia dah mindset mcm tu senang lah bila betul2 pergi taski tu. Dia pergi taski masa dia baru beberapa hari sambut birthday 3 tahun. yelah birthday dia 26 dis, sekolah buka minggu pertama januari kan.
Mula-mula dia pemalu sangat, takes few months juga baru ok. Kira first half year tu tgh adapting lagi lah. Tapi sekarang alhamdulillah lah ok. Dayah nak hantar imtiyaz ya?
sal dah dapat dah kak..hehehe.. doakan moga babiesssss sal ni selamat dunia dan akhirat ek.. Alhamdulillah dah 3 bulan.. Allah bagi tepat masanya.. perancangan Allah lebih baik dari perancangan hambaNya.. =)
Sal,
alhamdulillah. Akak doakan awak berjaya mengharunginya hingga selamat deliver. So sempat deliver kat msia ke kat sana? jaga diri baik-baik tau...
ameen.. skrg ni fasa mabuk2...muntah..pening.. alahan yang boleh mengurangkan kesabaran...hehe.. tapi sabor jelah kan..Allah bagi tu tentu ada hikmahNya..
InsyaAllah lahir kat mesia kak.. suami nak doktor islam yang menyambutnya.. due 17 jun..hari ni baru nak pi scan untuk pertama kalinya..wah nervous gak.. mcmmana la babiesss kat dalam tu..hehe.. moga slamat semuanya..ameen..
ok sal, keep updated. Moga dipermudahkan segalanya. Adatlah mabuk2 pening awal2 tu, insyaallah masuk trimester kedua dah ok sket.
Post a Comment