Tuesday, August 10, 2010

Check up 9/8/10 dan Selamat Berpuasa..

Semalam Khadijah ada appointment di Klinik Pead Hosp. Serdang. Dah lama bertangguh disebabkan chicken pox yang dialami beberapa minggu lepas. Berat 10.2 kg. Doktor cakap berat dia naik banyak berbanding masa last check up, doktor cakap tak payah jumpa dietician lagi (fuh lega..) dan next appointment jan 2011. Katanya kalau masa next appointment tu nampak kesihatan khadijah ok, mungkin tak payah follow up dah lah lepas ni. Oh happynya dengar. Bunyi macam sekejap je kan jumpa doktor tapi hampir pukul 1 petang gak lah baru sampai office semula.

Ini ada beberapa gambar latest anak-anak.

Khadijah yang serius. Rambut belum gunting lagi masa ni. Sekarang dah gunting ya. Semua gambar ni masa hantar makabah kami ke menunaikan umrah di KLIA minggu lepas.

Aisyah merajuk sebab dia nak roti bakar, tapi cashier tu cakap belum jual lagi. Kesian dia..

Ha ni ceria dah semula..

Akhir sekali, inilah mankabah saya. Rindulah kat mereka. Saya ni hampir tiap hari call mak, sekarang ni rasa sunyi pula. Ini baru perpisahan sementara kan.. moga mereka selamat kembali ke tanahair. Amin.

Esok kita akan mula berpuasa. Selamat berpuasa semua. Moga Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan yang lebih baik dan marilah sama-sama kita mengimarahkan bulan yang mulia ini dengan memperbanyakkan amal kebajikan kerana pahala dan ganjarannya berlipat ganda, moga bulan ini juga dapat mengekang hawa nafsu dan mendidik jiwa kita supaya lebih dekat kepada sang Pencipta.



3 comments:

hajarus said...

selamat menyambut bulan ramadhan & selamat berpuasa kak ;d

Nieza Ishak said...

selamat berpuasa

*** tengok khadijah cam dah jadik anak dara jerk ...

mirah said...

Hajar, ya selamat berpuasa utk hajar dan suami juga.. :)


Nieza, selamat berpuasa.. :)
semnagat tu dengan cat dinding baru tu kan.. hihi..

memang dah besar pun khadijah tu, tp still manja dan penakut juga..