Here we go! Gambar-gambar di Bukit Tinggi. Baca caption je lah ya.
|
Masing-masing berebut nak bagi rabbit makan. |
|
Tengok tu masing-masing khusyuk je tengah tengok rabbit di belakang batu besar tu.. |
|
Sekali..bila rabbit tu berjalan, menjerit budak-budak tu melarikan diri..hihi..tengok aksi khadijah sedang melarikan diri.. |
|
Ok dah puas layan rabbit, pergi tengok donkey pula. Tokki mereka sedang melayan cucu-cucu. Khadijah tu penakut amat, taknak dekat pun dengan donkey tu.. |
|
Welcome to Colmar Tropicale! |
|
Kihkih..semua orang gelak bila tetiba budak kecik dua orang tu buat aksi sedemikian. Sebelah tu Anas, sepupu mereka. |
|
Sangat scenery dengan cuaca redup, sejuk nyaman je..Subhanallah. |
|
Swan. Muaz cuba bagi tangan dia, sekali swan tu gigit. Puas fikir dalam BM swan tu apa. Dah balik baru ingat swan tu burung undan. |
|
Acara ambil belon dengan clown ni memang wajib lah kalau terserempak dengan clown. Budak-budak ni pun dah tahu. Gigih tu kekadang beratur nak tunggu belon. Kalau tak layan kan, tahanlah dengar mereka merengek nanti.. |
|
Japanese Garden |
|
Boleh tahan tingginya mendaki. Mujur cuaca nyaman je. Khadijah dah tukar baju sebab dia tergolek jatuh masa main buaian kat Rabbit park, habis comot. Mujur spare baju banyak. Masa ni sebenarnya ada gerimis juga,sebab tu suruh bebudak tu pakai tudung. Bila ada mereka berempat ni, memang jadi eyes of attraction lah kami. Sebab orang dok perhati gelagat mereka. |
|
Aisyah and ballon.Dia request nak belon love dengan flower, mujur clown tu layankan aje. Tapi dalam gambar ni, yg flower tu dah tanggal, tinggal yang bentuk love je. |
|
Finally, inilah satu-satunya gambar ummi dengan anak-anak. Aisyah dah penat, dia suruh dukung dia. Sakit pinggang ummi nak, dia je dah 18kg. | | | | | | |
|
Ok tamatlah kisah Bukit Tinggi. Kalau ada kelapangan, nak update cerita kami ke Petrosains KLCC pula. Berjalan-jalan ni memang seronok, terutama anak-anak kecil tapi penatnya pun boleh tahan juga. Tapi, eloklah sesekali bawa anak-anak jalan-jalan ni, biar mereka kenal dan belajar perkara baru. Belajar itu bukan dalam bilik darjah sahaja, banyak yang boleh dipelajari dari alam juga. Allah dah berfirman dalam Al-Quran agar janganlah kita jadi orang yang lupa berfikir apabila melihat kebesaranNya.
5 comments:
best bukit tinggi tp rasanya dah tak berapa sejuk ekkk???
suker la anak2 ... ;)
salam kakmirah,
sihat..?
sy baru masuk kerja semalam..(fyi, sy terlepas g DPA kursus 6 bulan tu..xtau nak ckp rasa camana..lebih kurang pasrahler..)
ckp ttg bukit tinggi,kami pun dah pegi kat tmpat rabbit tu je, tapi time tu kakak je yg dpt appreciate, umar kecik lg..maybe kena g lagilah kut..kalau stay sana mahal kan??
ok, nnt sambung lg..
wsalam
boleh tahan juga sejuk nieza, compare to cameron, rasanya sejuk lagi bkt tinggi ni. atau sbb kebetulan hari kami pergi tu mmg cuaca lagi redup. tapi takdelah kena pakai sweater berlapis-lapis. hihi
takpe, next week nak ke cameron lak, nnt mirah compare kan ya.. :)
rafiza,
salam. alhamdulillah akak sihat lah, aisyah ok, cuma khadijah tgh batuk2. Baru je balik dari pst kesihatan ni.
Baby ahmad ibrahim ok? hantar ke mana skrg?
takpe, awak cubalah untuk next dpa lak, insyaAllah ada perancangan lebih baik utk awak tu.
Ya sila lah pergi lagi, tunggu baby besar sket ya. Hihi..kalau dapat book awal, rasanya takde lah mahal sgt. Kami asalnya plan nak overnight kat Janda baik, saja bawa anak-anak masuk kampung, sekali tak jadi, tukar plan overnight kat umah auntie di subang.
bestnya cuti2 msia....
Post a Comment