Tajuk entah apa-apa. Sebab rasa macam banyak nak cerita tapi tetiba tergantung. Oh ya nak cerita balik dari kampung tu ahad lepas kami tempuh jammed di exit nak keluat LPT dan pergerakan slow sampailah ke tol Gombak. Sampai rumah jam 9.30 malam. -
itu ditulis pada isnin minggu lepas pastu simpan jadi draf. Ini baru sambung semula.
Sabtu lepas kami ke MAHA 2010. Gigih keluar rumah pukul 9 pagi, tu pun tempuh jam juga. Nak balik pun tempuh jam 1 jam. Gambar takde sebab masing-masing dah tak kuasa nak layan. Bebudak ni pun kepenatan. Dah lah sekarang ni musim panas hujan kan. Tengaharinya panas sungguh pastu petang hujan lebat. Balik dah kepenatan, ingat malam nak keluar tapi masing-masing dah tak larat. Ahad pula, pagi-pagi dah keluar pergi carefour, pastu balik rumah, khadijah tidur. Tunggu dia bangun nak pergi kenduri kahwin anak bos. Balik dari kenduri, heading ke Bangi nak tengok rumah tapi hujan lebat pula. Singgah manjaku beli diapers khadijah. Pastu singgah Giant beli susu pula. Balik rumah. Lepas maghrib keluar makan pula sebab tak larat dah nak masak. Oh sebelum maghrib tu sempat mop rumah ok. Tu yang macam habis tenaga semua. Lepas makan pergi klinik untuk check tonsil khadijah. Kami nampak ia macam besar dan ada putih-putih. Alhamdulillah doktor cakap itu petanda baik, maknanya antibodi tengah fight. Nanti ia akan hilang. Risau juga tengok tonsil dia, baru jumaat lepas pergi klinik sebab dia demam panas tetiba. Rupanya sebab tonsil dia bengkak amat. Kalau tengok dari mata kasar, hanya muat jari kelingking dia je ruang antara tonsil dengan saluran pernafasan/ makanan dia.
|
Alolo.. anak sape lah ni. Kontrol ayu lagi tu atas buaian.. |
|
Mm..si kakak pula asyik nak buat peace je bila diajak bergambar. |
|
Ha ni gambar khadijah yang kebosanan dah stranded dalam jam. Kat luar tu area pukul 6 petang lebih. Di LPT area nak exit tol. Layan lah makan segala apa yang ada dalam kereta. Nasib baik bawa bekal macam-macam. |
|
Cuba tengok lampu kereta tu. Panjang sampai ke atas bukit sana. Tengok jam di kereta jam 7.34 malam. |
Minggu depan dan seterusnya akan jadi lagi memenatkan. Mula-mula akan ke Bukit Tinggi, kemudian Melaka, rest satu minggu dan seterusnya ke Cameron Highland. Itu tak campur yang acara spontan lagi. Kerja-kerja di pejabat menjelang akhir tahun juga banyak. Lagi berganda jika benar reshuffle pegawai akan dilaksanakan. Saya suka di lab saya sekarang. Tak nak pindah boleh? huhu.. ok ok pasrah dah ni.
6 comments:
alalalal tomeinya dua anak dara nie....:):) khadijah nampak mcm gegirl besar dah:):) muahhhh muahhh dari auntie:)
k mieja,
memang dah besarpun 2thn 7bln.
Alhamdulillah. Tak sangka dia yg kecik dulu tu dah besar ni...sekejap je rasa.
nieza nak pi tp takut jem.
memang jam nieza. weekdays biasa ni pun jammed juga. kami mengelak taknak lalu jalan depan upm tu. hihi
MAHA wat kami sekeluarga melepek kepenatan hu3... tp agak best gak la sbb lembu2 kat c2 mmg x penah tgk lg, dalam tv ada la... setakat lembu biasa tu, x heran da he3...
Lia,
hihi kami tak sempat tgk lembu pun. Nampak kuda je, tu pun dari atas tram. Panas sangat, kesian nak bawa budak 2 org tu. Risau demam pula, sebab bulan ni akan byk travel nanti.
Post a Comment