Salam Aidilfitri lagi.. selagi tak habis bulan Syawal ni kan..
Masih mencari mood untuk mula bekerja. Yang pasti, kerja memang banyak menanti. Lusa ada appointment adik kat Hosp. Serdang. Haa kena tulis ni takut lupa sebab last appointment tahun lepas. Kalau terlepas yang ini, sure lambat lagi baru boleh dapat date baru.
Cerita hari raya? wah banyak cerita tapi gambar tak banyak. Penat masih belum hilang, baju-baju belum habis basuh, rumah pun belum berkemas, kalau tetiba dalam weekdays ni ada orang terjah rumah kami, boleh tengoklah haru-birunya..huhu harap-harap takde sape datang. Harapkan hujung minggu ni nanti baru nak kemas, tapi kenangkan jemputan open house dah menunggu, ada juga yang kena buat overtime malam-malam ni..hihi..dan siapalah kalau bukan diri sendiri yang nak kena buat semua tu.
Ok saya tinggalkan sekeping gambar bersama anak-anak masa raya tempohari. Ini gambar semasa di kenduri kahwin sepupu saya. Thanks to my other cousin juga atas gambar ini. Saya cakap kat aisyah dengan khadijah, ok senyum tunjuk gigi. Hah tengoklah anak-aankku tayang gigi mereka..
baru perasan rambut depan mereka dah panjang benar rupanya. Rasa macam je baru je trim rambut mereka sebelum puasa hari itu. Nak kena operasi lagi nampaknya ni. Ok selamat pergi open house kalian. Kami tak buat open house tahun ni, tapi siapa nak datang, datanglah tapi call dulu ya..
3 comments:
Selamat Hari raya mirah,
rasa cam sekejup kan anak2 membesar ....
selamat hari raya, mirah....
bukan sepanjang Syawal nak vari mood kerja, sepanjang tahun he3...
Nieza,
selamat hari raya.
ya mmg mcm sekejap.. tetiba dah panjang akal amsing2, khadijah pun dah byk mulut skrg..
Lia,
selamat hari raya..
Post a Comment