Monday, October 12, 2009

18 bulan

Khadijah berusia 18 bulan hari ini (kalau nak ikut tarikh sepatutnya dia lahir, kena minus 2 bulan lah ya). Baru nak bertatih jalan, dah lepas bangun sendiri dan melangkah setapak dua. Pastu taknak dah. Jadi, aktiviti harian baru kami ialah assist dia berjalan lah kan, atau kata lain encourage dia melangkah. Interesting though, even kakak aisyah pun excited nak adik cepat jalan. Selalu cakap "Cepat dik, datang kat aisyah". Ya aisyah ni ikut suka dia lah, kejap dia bahasakan diri dia kakak, kejap dia bahasakan aisyah. Khadijah boleh sebut 3 perkataan dengan clear setakat ini iaitu 'abah', 'mi' dan 'cat'. Huhu takpe saya tahu dia tengah digest perkataan-perkataan lain tu.

Dan yang paling seronoknya, she's still fully breastfeeding until now. Sangat signifikan kena jote down kat sini takut nanti dah tak takde title fully bf tu. Huhu ya saya masih struggling nak up kan milk production. Takpe, kita berusaha selagi boleh kan. Untuk direct bf insyaAllah ok, cuma nak prepare enough ebm untuk dia sangatlah mencabar minda dan kemampuan saat ini. Kawan-kawan doakanlah untuk saya, eh untuk khadijah juga, moga ada rezeki dia bf dengan umminya sampai 2 tahun paling kurang. Aminn. Thanx yea.

Aisyah
Akhir bulan nanti, dia akan berusia 2 tahun 10 bulan. Memang dah big girl. Adorable macam biasa, bila datang angin dia yang nak-buat-sendiri semua benda tu memang mencabar kewarasan akal lah juga kan. Ahaks, ya anak dara tu memang segala bagai nak buat sendiri sampai susu dia pun nak buat sendiri. Ye lah bagus nak buat sendiri tapi kalau waktu kita tengah urgent tengah handle benda lain ke apa kan, payah juga nak control.

Mujur dia baik dengan adik, banyak juga mengalah walau ada juga kekadang bergaduh. Tapi kira ok lah, kalau ikutkan si adik lagi suka pukul kakak, pantang si kakak baring kat bantal, mesti adik datang nak tarik rambut lah, pukul kakak lah, siap panjat naik duk atas perut pun ada. Haha..seronok tau bila anak dah jadi toddler ni, sikit hari lagi, ada yang sibuk main kejar-kejar dalam rumah ni kan.

Semalam balik rumah kakak di rawang. Sebelum tu, singgah rumah kawan, kawan tu bagi aisyah duit raya. Dalam kereta tu, dia pegang lah duit seringgit tu, pastu dia cakap:

Aisyah: Ummi, ada kite (layang-layang) lah.
Ummi: Mana?
Aisyah: Ni kat duit ni
Ummi: A ah lah ada kite (gambar wau kat duit rm1 tu). Bagus kakak ni.. (yelah kena pujilah sikit, anak dapat discover something kan. Me myself pun tak perasan kat duit rm1 ada gambar apa)
Aisyah: (aksi bila dipuji biasalah, senyum simpul meleret lah kan) ni atuk.
Ummi: Atuk? mana? (dia tengah pointing kat gambar agong tu. Kihkih kami ketawa lah kan)
Ummi: ya ke atuk? Atuk yang mana? Tokki ke? (Atuk refer tu ayah suami, meanwhile tokki tu untuk abah saya)
Aisyah: Atuk lah..
Ummi: Ya lah, ya lah.. (nak explain lebih-lebih, pasti dia tak faham, so iyakan je lah dulu)

Selepas main tak berhenti di rumah kakak, masuk je kereta nak balik serdang, khadijah terus lelap tak sampai 10 minit jalan, aisyah pula tidur masa dah half way journey, sampai rumah pun tak sedar terus tidur sampai pagi ni. Khadijah ada lah bangun time kami dinner, sempatlah dia pun dinner gak 4-5 suap pastu merengek nak tidur semula. Hujung minggu kami sangatlah penuh acaranya. Ok back to work. Konferensi dah tak lama ni, minggu depan, semoga ianya berjalan lancar.

9 comments:

Jiey^Mien said...

Tak sabar nk tunggu Ian jalan..
Walaupun tatau bila..
:P

mirah said...

Jiey, insyaAllah one fine day nanti. Jangan berhenti berharap tau. Khadijah ni pun mungkin sebulan lagi baru boleh betul jalan agaknya. Dia tak confident.

Dayah @ Real Ummu said...

insyaAllah..nanti sedar2 dah buleh berlari........

rafiza said...

salam kak mirah
datangla rumah bila2 lapang(telefon dulu)
tapi sbnrnya sy pun terkejar2
weekend ni pun dah penuh..
kalau nak datang malam weekdays ni bolehla
mak mertua ada
kemas sikit rumah saya..
hihi bukan sy y minta
agaknya dia sendiri rimas tgk sy ni hjg mggu baru nak kemas
hari kerja balik rumah mmg penat sesangat..

back to topic
sy tahu adalah salah compare anak sendiri dgn anak org lain..

tapi sy risau anak sy tak bercakap dgn betul lagi
boleh bercakap, sgt suka bercakap,
bercakap dgn sgt laju..
selalu bgtahu dia.."kakak cakapla perlahan sikit..ummi tak paham.."

rupanya anak sulung akak lagi muda 2 bulan dari anak sulung saya..ni yang makin musykil nih..(tapi bila fikir dalam2 semula, mungkin ada kaitan dengan fatimah lahir tak cukup matang juga, walaupun bukanla se pra matang khadijah..)

n mcmmana akak latih aisyah sayang adik
gap dekat sgt kan
at least fatimah n umar gap 1 tahun 8 bulan..tapi fatimah sgt2 cemburukan adiknya
agaknya sbb adiknya selalu melekap dgn ummi kut..

oklah
curi masa je nih..

wassalam
(p/s:akak ada join mana2 usrah tak?teringin nak join, at least hidup terisi gak..)

mirah said...

Dayah,
tu lah kan. 2 3 hari ni, asyik practise jalan je. Suka betul dia..

mirah said...

Rafiza,
eh k mirah lahirkan aisyah dulu rasanya. Aisyah lahir 26/12/2006. Awak lahirkan fatimah tahun 2007 kan.

mm..pasal sayang adik tu. Since dlm perut mmg dah ajar dia syg adik. Tp bila adik lahir, hoho dia jealous gak. Tp mungkin bila akak in charge of baby/ adik, dia akan baik dgn abah dia. Dan apa saja buat, dahulukan dia dulu, ni masa adik kecik lagi lah. Cth nya, bila sampai rumah babysitter, mesti ambil dukung dia dulu, baru ambil adik. Sampai skrg mcm tu. Selalu kena peluk dia, kiss dia, puji dia good girl, gosok2 ckp syg, layan dia cakap. Pastu bagitahu kena syg adik, but slowly lah. Lama2 dia pun ok dgn sendiri. Takde nak kacau adik, nak pukul adik ke.

Kalau suh dia tgk kan adik masa kita g toilet, blh diharapkan juga lah. Pastu bagilah tugas2 'org besar' mcm tlg buatkan sesuatu, ambil itu ini yg adik tak boleh buat, pastu pujilah dia. Mesti sampai ke telinga tgk dia senyum. Kalau ikutkan gap anak k mirah dua org tu lagi dekat berbanding dgn anak awak. Beza diaorg hanya 1thn 4bln. InsyaAllah boleh, try slowly k. Nanti kalau teringat lg, akak share dgn awak.

A wira dah hbs dpa ke? segan lah suami akak kalau dia takde. Eh awak duk kat mana kat ptrajaya?

rafiza said...

owh
sy tersilap
2 tahun 10 bulan
saya nampak 2 tahun 1 bulan
(tu yang sangka aisyah kecil dr fatimah..)

fatimah, depan2 pun dia tunjal kepala adik..(kecil2 macam dah cerita keburukan)tapi mmg susah hati tgk dia buat adik macam tu
tapi mak mertua sy kata bila sy takde, umar nangis dia akan pujuk,"ummi keje.." katanya..

tapi bab kongsi barang mmg tak boleh langsung...apa adiknya pegang, dia akan ambil a.k.a. rampas..

takdelah terus marah..cakap elok2 kat die..bglah kat adik..

paling obvious jealous ni after balik raya..kami pusing pahang-ipoh-kelantan..
perjalanan jauh, n fatimah duk belakang sorang2..dia terasa sgt2 kut...selalunya sy duk belakang sekali..
tapi sbb keta kecik, brg bw byk..

nnt sambung lagi..

mirah said...

rafiza, try psiko kan dia dulu. Cth nya, berebut mainan kan. Cakap mcm ni, 'eh, adik, ni kakak punya. Adik nak, kita minta dgn kakak k'. Buat2 lah minta, pastu cakap dia, mainan kakak ni cantik, adik nak pinjam kejap je, adik takde, sian kat adik, kakak kan good girl, kakak bagi adik main kejap je..

Try tau lebih kurang mcm tu instead of terus ckp bagilah adik main. Dia akan rasa kita lebihkan adik, sedangkan tu dia punya kan. Kekadang buat2 lah sebelahkan dia dari adik. Sure it works tau.

Rozy said...

Mirah,

Hadiff ikut mood kalau nak jalan.. tengok macam boleh dah tp dia cam tu laaa...xrajin nak praktis..