Wednesday, December 23, 2009

Bercuti lagi..

Hehe ya kami ada 2nd family trip to penang and then down to perak esok. Ini trip sebelah husband pula, akan konvoi 4 buah kereta. Plannya nak ke Batu Feringgi dan Bukit Merah. pastu ada pula plan nak ke Pangkor (pengsan mak). Dan malam ni mereka akan overnight kat rumah kami dan esok awal pagi terus gerak. Huhu tengah dok fikir apa menu nak masak ni, dah lah ramai, menggigil juga kalau masak tak sedap. Haha.

Btw, kalau nak diikutkan mood cuti memanglah takde. Penat masih bersisa balik dari Acheh, ke langkawi, last weekend kemas rumah, buat tour kat Ikea (haha) pastu agaian esok sampai ahad nak berjalan lagi. Tapi, kenalah be fair juga pada family suami kan. Beg anak-anak dah siap packed jam 4 pagi tadi. Kain semua dah siap lipat, rumah dah siap kemas, tinggal beg sendiri dan suami je belum. Oh iron baju pun belum. Takpe, cool mirah, sempat kot malam ni buat..

Anak-anak pula baru nak baik dari selsema. Mm..kesian diaorang, bertambahlah penat. Harapnya mereka ok lah nanti. Oh jangan lupa bawa bekal ubat mereka ya. What to do, trip ni dah planned oktober lepas lagi, jadi haruslah ditempuh juga. Takpe, I jadi co-driver je. :)

Dah lama saya tak jote down perkembangan anak-anak kan. Saya takde mood nak update sekarang. Nanti lepas balik ni lah ya. Oh btw, aisyah going to turn 3, 26 dis ni. Baru umminya ni ingat janji nak beli kek kat dia. Harus kena terjah baker's cottage petang ni. Hadiah birthday, bought her a pair of shoes masa kat acheh, sangat sweet tau kasut tu, pastu sedar bila balik dari langkawi, sebelah je ada. Puas cari tak jumpa, mm..confirmlah ni tercicir kat kuala perlis. Aisyah ni suka nak masuk car pastu buang kasut. Kalau kita leka tak perasan, memang tinggallah. Ajak abah dia pergi beli shoes baru, tapi dah tak dan. Baru perasan hari ahad lepas masa nak pergi Ikea, pastu bila dah weekdays, confirm tak sempat pergi kedai. Takpelah kakak, nanti kita cari kat mana-mana jumpa yang cantik-elok-murah lah ya..

And as planned, kami belikan aisyah set meja dan kerusi juga stool kat Ikea untuk dia. Bagi semangat sket lah sebab 2 minggu lagi dah start school, maka dia kena tempat proper lah untuk study. Sebelum ini dia buat di coffee table kami tu, tapi kan, tapi kan, meja tu belum sempat assemble lagi. Apakah? ha ni kes tunggu abahnya pasang lah ni, takpelah tunggu balik dari bercuti nanti lah. Ada beberapa aktiviti bersama anak-anak nak buat, tapi asyik tak sempat je, minggu ni walaupun 3 hari je bekerja, tapi badan sangat penat, kepala sungguh tepu. Asyik tidur awal je, tu sebab boleh bangun awal pagi siapkan kerja rumah. Hihi.. apapun saya happy.

Segala apa yang berlaku di sekeliling kita ni wajar kita hargai. Ada masa kita di atas, ada masanya turun ke bawah. Moga Allah tetapkan kita semua dalam iman dan kukuh jatidiri ya. Semoga perjalanan bermusafir merentas bumi Mu ini memberi manfaat berharga buat kami, juga sebagai faktor mensyukuri nikmatMu, wahai Tuhan. Aminn.

2 comments:

Unknown said...

Wah bestnya...yatie pas balik dari langkawi, pun singgah ke penang, batu feringhi, tido semalam, oleh kerana kami tak plan nak ke penang, mmg hotel pun tak booking, kebykn hotel sume penuh aritu..tinggal hotel mahal je..huhu, nak taknak terpaksa stay juga..sbb dah nak malam....selamat bercuti lagi ye mirah.......best2!

Nadiah Sidek said...

seronoknya berjalan. happy holiday! :)