Saturday, December 26, 2009

Selamat Ulangtahun ke-3, Aisyah dear!

Dear Aisyah Humaira,

Aisyah genap 3 tahun masihi hari ini. Kalau ikutkan tahun hijrah, aisyah dah 3 tahun pada 5 zulhijjah lepas. Ummi dan abah juga adik sayang sangat kat kakak! Walaupun aisyah sering juga buat ummi tension, hihi tapi ummi tetap sayang kakak. Ummi doakan anak ummi berjaya dalam hidup, menjadi anak solehah, sihat sentiasa, berjaya dalam pelajaran dan yang paling utama, jangan lupa Tuhan.

Sebagai kakak, aisyah kena jaga adik(-adik) nanti, jadilah seorang kakak yang baik, yang boleh membimbing adik-adik semasa ketiadaan ummi dan abah ya. Ummi dan abah sentiasa doakan yang terbaik buat anak-anak kami. Tahun depan kakak dah kena pergi school, belajar rajin-rajin ya.

Dari,

Ummi :)

5 comments:

Nadiah Sidek said...

happy bday aisyah! :)

Jiey^Mien said...

hepi befday Aisyah.. semoga berterusan menjadi anak yang solehah..
=)

Dayah @ Real Ummu said...

selamat hari lahir Aisyah..moga jadi anak solehah berjaya dunia akhirat.

anak2 kita ni anak Dec kan!

mirah said...

Nadiah, Jiey, Dayah,

Terima kasih atas ucapan tersebut. :)

lia said...

happy belated birthday dear...