Kalaulah masa 8 jam di pejabat itu boleh ditambah? Ecehh bunyi macam pekerja komited kan. Rasanya kalau masih bujang, memang boleh nak stay back kat ofis selepas waktu pejabat, teringat masa buat lab work dulu, malam baru balik, kekadang pukul 10 malam, lewat lagi tak berani, sebab masa tu jalan kaki je balik rumah sewa dari lab. Mm..kami semua amat sibuk di institut kala ini, mungkin sehingga akhir bulan ini, dapat rehat sekejap sebelum kembali marathon kendalikan program sepanjang november hinggalah disember(eh dah akhir tahun dah pulak), banyak program sampai tak tahu nak slot in mana lagi program yang nak anjurkan. Semuanya menuntut komitmen, dedikasi dan semangat kerja berpasukan yang tinggi. InsyaAllah saya amat positif kita semua kan berjaya menghadapinya. Yang penting, setiap kesukaran itu kita ambil sebagai cabaran, insyaAllah ia akan jadi mudah nanti.
Bila dah sibuk, pasti ada bahagian yang akan terabai. Hmm..dalam kesesakan minda ini juga, saya cuba pastikan urusan rumahtangga, anak-anak, keluarga, hal-hal lain di pejabat, dan paling penting masa bersama Allah sang Pencipta tetap diutamakan. Saya pegang pada kata "jika kita lapangkan masa untuk Allah, pasti Allah akan lapangkan masa untuk kita, permudahkan urusan kita..". Fikiran saya bercelaru akhir-akhir ini, dan yang paling dirisaukan kemerosotan penghasilan susu bekal untuk khadijah. Saya sangat down, tapi saya belum berputus asa. Mungkin Dia belum makbulkan doa saya, mungkin sebab usaha saya belum mencukupi, namun saya pasrah dan redha dengan ujian ini. Namun, saya yakin Allah pasti permudahkan urusan kami. Dia pasti dengar rintihan hati seorang ibu ini.
9 comments:
salam kak
susu saya tidak berkurang
alhamdulillah
cuma cukup2
tetapi berat anak saya berkurang
dan sebenarnya khasiat susu sy yang kurang
krn sy mmg tak menjaga pemakanan
dan sy sendiri sgt tidak sihat zahir dan batin
akhirnya atas nasihat pakat kanak2 di annur, umar sy diberi susu tambahan..
semua demi kebaikan umar..
di usia 9 bulan dgn berat 6.1kg shj
umar juga selalu tidak sihat
walaupun muka cukup ceria bila bersama umminya
sy kesalkan cuma sy sendiri yang tidak menjaga kesihatan
incomparable with khadijah
umar dilahirkan cukup bulan
berat naik dgn cantik sehingga usia 5 bulan
mungkin cerita sedih dalam hidup sy mempengaruhi kesihatan saya dan juga kualiti susu yang dihasilkan..
itu shj kali ini..
moga ketemu lagi dalam keadaan yang ceria
rafiza, awak kedengaran sangat sayu. Bila nak jumpa ni?
Yang pasti, perancangan Allah itu lebih hebat dan Dia maha berkuasa. k mirah tak pula menolak kalau one day nnt khadijah kena minum formula, tahu lah dia prem baby, kenaikan berat yg significant penting utk dia, juga good and enough nutrients utk perkembangan dia, dia dah suffered hard times dulu, so doc always advise dia patut dapat extra in everything, i mean dr segi zat utk growth dia lah.
Hang in there, akak tahu awak sedih tapi awak kena kuat, tabah dan cekal hadapi hari akan datang. Terima lah ketentuan itu dengan seadanya..
amin...
bagusnya kak mirah... rasanya sal ni tak mampu le nak jadi super mummy macam akak.. ni belum bertiga lagi, dah agak2 boring ke dapur..hehehe.. bagi mengatasi boring tuh, skrg duk jaga anak orang plak le..
Amin...
bestnye ade anak2 yg comel mcm anak k.mirah ni..eheee..
berangan..padahal kawen pun x lagi :P
mama-miya,
thanx.. :)
Sal,
Awak akan tahu bagaimana rasa jadi seorang ibu dan perasaannya bila awak ada anak nanti. Awak akan buat sama macam akak, semua demi anak.
Oh jadi babysitter ya skrg nih? bagus lah tu, amik berkat..:)
Hajar,
Terima kasih.. :)
Yus,
oleh sebab itu, kena cepat2 kahwin ok!..hihi..
oowhh...usahla dipinta masa di pejabat ditambahkan..heheh..
demi anak2..segala akan seorang ibu lakukan...
Post a Comment