Mendepani tahun baru 2010M ini, saya berazam untuk menjadi hamba yang lebih bertakwa dan dekat padaNya, bukan dari segi ibadat sahaja, malah dari pelbagai segi yang lain dalam erti kata lain, segalanya bila buat, mesti ada dikaitkan dengan rasa syukur, takut dan takwa padaNya. At least, usrah kena jalan semula lah, ye dak?. Di samping itu, saya berazam menjadi isteri yang lebih baik buat suami dan ibu mithali pada anak-anak. Oh banyak lagi parenting skills kena belajar ni. Anak pun dah start pra-sekolah tahun ini, maka adjustment pada saya juga perlu. Juga dengan harapan menjadi anak yang taat dan dapat berbakti pada orang tua selagi hayat mereka masih ada.
Dari segi kerjaya, saya bersyukur dengan apa yang ada, cuma seperti saya mentioned atas tadi, serasa ingin mulakan langkah menyambung pelajaran pula tahun ini. Saya tengah intai peluang dan kesempatan ini. Dan moga cita-cita kami untuk memiliki rumah sendiri pada tahun ini juga tercapai. InsyaAllah. Selebihnya, moga Allah limpahkan rahmat kesihatan, rezeki yang halal dan diberkatinya serta memberkati seluruh ahli keluarga saya dengan rahmat dan kasih sayangNya sentiasa. Amin.
Saya biar dua-dua comot makan ais krim setelah tak larat melayan bawa jalan ke night market. Ni sementara tunggu makanan tiba.
Saya akan rindukan saat menyusukannya suatu hari nanti.
Atas bot nak ke Pulau Orang Utan, Bukit Merah.
Atas bot nak ke Pulau Orang Utan, Bukit Merah.
Left-Aisyah tengah enjoy naik tren kat Bukit Merah tu. Right- Dia tengah merajuk kot, atau request apa entah dari abah dia tu.. Ya saya tahu, rambutnya dah panjang, saya dah janji dengan aisyah nak gunting rambut dia weekend ni.
Dan ini juga..
Saya sayang keluarga saya. Buat Abang, Aisyah dan Khadijah, moga tahun baru ini memberikan lebih kebahagian buat kita dunia dan akhirat.
Kawan-kawan, Selamat Tahun Baru 2010M ya. Selamat berhujung minggu. Jumpa lagi tahun depan ya.
Kawan-kawan, Selamat Tahun Baru 2010M ya. Selamat berhujung minggu. Jumpa lagi tahun depan ya.
8 comments:
moga 2010 akan membawa yg terbaik dari segala segi buat Mirah dan keluarga...kita sama -sama doakan utk kita bersama...
dayah sronok tengok org sambung belajar..jeles pun ada..tapi tulah..dayah ni dah dpt penyakit M..susah..heee..moga Mirah kuat semangat utk terus belajar...dayah belajaq kot lain pulak la..
selamat tahun baru 2010!!
Dayah,
moga 2010 juga membawaq kebaikan utk dayah sekeluarga. Sebab nak dapat baby baru juga tu kan.. :)
a ah kena kuat semangat ni. Doakan mirah boleh buat ni. Semput juga memikirkan nak sambung pHd ni, tapi nak buat jugak. heheh...
luvhaziq,
thanx 4 dropping by.
ya Selamat tahun baru 2010 to u too.
moga semua azam this year dapat dilaksanakan dgn jayanya. InsyaAllah :)
selamat tahun baru..
=)
slmt thn baru kak! smg kita lebih baik dpd thn2 sblm ni :)
akk amik course apa sblm ni? nnt nk further dlm bidang yg sama ke?
Jiey,
Selamat tahun baru juga.
Nadiah,
Sebelum ni amik msc biochem, kalau buat phd rasanya tak lari jauh dari bidang ni kot...
wah..muka happy aje masing2.
Post a Comment