Baru habis meeting. Sigh. Bertambah-tambah kerja, baru saja balik konferensi dah nak kena set up committee lagi untuk next year pula. (So adik-adik pegawai, bersedia lah ya.. :)). Sebelum sesi clearkan meja jap lagi ni, saja take a break tulis blog. I've so many things nak update pasal anak-anak ni, pasal kerja tak payahlah update, cukuplah kena tulis dalam Fail Meja nanti.
Khadijah
Semalam bawa khadijah pergi klinik ENT, untuk check telinga dia, so kena buat satu test ni di amna ada alat masukkan kat telinga dia, pastu sambung wayar kat tepi telinga dan dahi, oh dia diberikan ubat tidur supaya proses berjalan lancar. Ecehh.. Resultnya, both telinga dapat dengar/ tafsir bunyi yang dihasilkan kira pass lah test tu cuma, telinga belah kiri take some times about 60 seconds kot utk dapatkan peak 100%, meanhile yang belah kanan terus je peak naik cantik ke 100%. Oh risau mak mula-mula tu kan, tp Doktor tu cakap it's ok, sebab dia pass test tu cuma mungkin ada air dalam telinga yang ganggu wave tu ke atau adalah possibility lain. Pendek kata, setakat ini dia boleh mendengar dan mentafsir dengan baik or normal. So, next check up another one year. La i thought dah habis, tp Doc tu cakap since khadijah prem dan wave td yg kurang cantik pada dia lah, so dia nak monitor setahun lagi. Apapun, syukurlah semua ok. Ada juga mengadu kat Doc tu yg khadijah ni mudah sangat terkejut bila dengar bunyi kuat contohnya lori lalu depan rumah (rumah kami depan jalan utama), atau tetiba kalau saya duk sebelah dia, pastu menjerit pasti dia akan terkejut dan akan terpa kat sesapa lah yang berdekatan dengan dia. Doc tu cakap maknanya telinga dia sangat peka tu, takde apa nak dirisaukan. Ehehh mak dia yang over-risau lah ni?? no wonder lah, kalau khadijah duk kat bilik atas, bila abah dia buka pintu rumah yang berbunyi sket tu, terus dia akan cakap 'abah..', kira dia tahulah abah dia balik lah tu. Memang kita pun boleh perasan bunyi tu tapi bunyi tu sangat perlahan tau, mungkin tak semua boleh perasan..
Ni nak bercerita pasal tajuk kat atas tu. Mencecah usia khadijah 18 bulan, saya dah introduce dia pada susu formula since saya tak dapat nak penuhkan permintaan harian dia, sebab juga saya kena kerja extra hours sampai malam sejak konferensi minggu lepas. Memang sayu hati tau, pengalaman pertama pergi survey susu kat pasaraya, saya boleh patah balik pastu cakap ka husband jom lah balik, tak jadi beli susu sebab saya terserempak dengan entah siapa entah, tapi saya seolah dapat baca pada muka diaorang yang 'oh, dia pun tengah cari susu ke?' Psiko ya kalian, padahal saya tak kenal orang itu dan orang itu tak cakap apa pun, tapi saya yang serba salah sendirian. Selepas berbagai-bagai mencuba, sehari sebelum konferensi, selasa lepas lah, saya bawa anak pergi klinik untuk dapatkan nasihat doktor. Tapi kebetulan doktor yang saya jumpa tu doktor baru, bukan doktor panel saya. Dia bagi kami setin susu similac, weight gain. Haih apa kaitan dengan weight gain kan? Takpelah, ambil juga lah, ni kira percubaan lah ni setelah dia reject susu brand anmun, friso gold, dutch lady, dumex dugro. Agaknya sebab di rumah pengasuh dan dia tiada pilihan, maka petang tu minum lah dia susu formula tu dengan each feeding 60 ml utk satu scoop susu.
Bukan senang untuk mengalah. Namun kesian si anak. Kalau dia di rumah, kami boleh bagi makan sebagai ganti, tapi di rumah orang ni, payahlah, mereka pun ada perkara lain nak buat kan. Mujur juga pengasuh tu memahami niat suci murni lagi tulus saya nak bagi anak minum susu badan je. Hari rabu pun kena top up juga sekali dengan susu fm. Dan yang pandainya khadijah mmg akan reject susu fm kalau kat rumah. Dia siap campak botol tu lagi. Dia tahu ummi dia ada kan. Minggu ni, alhamdulillah production mantain dan ada juga sedikit peningkatan, maka misi bekalkan susu fm terhenti dahulu. Mungkin sebab debaran konferensi dah habis, tak sibuk sangat maka badan pun rileks sket. Takpelah sebab tak dapat nak fully breastfeed khadijah sampai 2 tahun, i've to console myself ni kalau tak lagi tension. Since dia pun lahir small kan, pastu still dalam observation her paed, maka we've decided that yang dia deserve untuk dapat yang terbaik untuk tumbesaran dia. I am proud enough for fully beastfeeding her for these 18 months and hopefully can continue until dia nak wean off sendiri nanti. Ingat lepas ni nak try susu pediasure, lets say kata susu tak cukup nanti. Susu similac tu memang bagi minum je sebab dah last minute sangat tak sempat nak pergi cari susu lain. Busy sungguh last week, ada hari yang sehari lebih tak jumpa anak, ya lah balik anak dah tidur, keluar semula anak belum bangun.
By the way, akhirnya khadijah dah start walking!. Alhamdulillah. Habis satu rumah dia explore walaupun senget2 lagi jalan, last weekend bawak dia pergi playground, pastu suh dia jalan. Nangis kawan tu, berdiri tegak je mulanya, takut agaknya tak biasa jalan di luar rumah lagi agaknya, tapi bila dah ok, ha siap nangis mengamuk tak nak masuk kereta. Janji nak belikan dia kasut baru, kasut yang beli masa raya dulu over-size pula, entah apa lah ummi dia fikir masa beli tu sampai boleh oversize sungguh. Dia patut muat kasut size 2, tapi ummi dia belikan size 3, confirmlah berbulan lagi baru muat pakai. So samada try kasut lama aisyah dulu muat ke tak, kalau tak kena carikan kasut lain lah untuk dia. Hujung minggu ni kami nak ke zoo melaka, mmm..kena cari kasut cepat ni.. :)
Aisyah
Si kakak macam biasalah, mulut dah banyak, oh dia dah 100% diaperless at age 2yrs 10months now. Save dah lah kami budget diapers dia dah 2 bulan rasanya. Yang ada berbaki kat rumah tu pun rasanya last beli masa puasa hari tu. Dah lama juga dia tak pakai diapers masa tidur malam, ada juga terbabas tapi kira acilah sebulan sekali je, tu pun masa waktu hujan, agaknya sejuk kot kan, tapi dah lama lah tu. Sekarang ni, malam pun dah jarang bangun minta susu, dia minum air masak je. Dia dah boleh follow kita baca ABC - Z. Suka juga baca buku sendiri, kita hanya bacakan sekali kat dia, pastu pandailah dia buat skrip dia based apap kita baca kat dia. Tengah plan nak belikan meja study kat dia. Dengarnya kat Ikea ada sale kan, kan. Harus ajak suami pergi ni, as a birthday present kat aisyah yang akan turn 3 akhir tahun ni. Orait lah tu kan.
Bila tanya aisyah, umur berapa? dia jawab 3 tahun. InsyaAllah tahun depan, eh 2 bulan lagi jelah kiranya kan, akan hantar dia pergi taska. Hari-hari lalu kawasan rumah pengasuh dia, dia cakap ummi tu jalan pergi school aisyah kan. Almost hari-hari ok. Harapnya bila betul-betul pergi sekolah nanti, dia rajin lah nak pergi. Pening nanti nak melayan karenah dia pagi-pagi kalau mengamuk taknak mandi ke, atau alasan dia aisyah tak boleh buka mata.
Itu je lah nak update setakat ini, dah panjang lebar rasanya, nanti lah lain kali sambung lagi ya, apa yang pasti, momentum nak menulis blog memang sudah menurun seiring dengan banyaknya kerja di pejabat, nak haraokan blogging kat rumah, lebih baik masa yang ada lipat kain ke, tidur ke. Heheh alasan ke?.. Have a nice day kawan-kawan, walaupun saya tak dapat tulis entry serancak kalian, tapi saya cuba juga menyinggah di blog kalian dan leave comments.
11 comments:
Alhamdulillah Mirah...even mixed feeling tahniah sudah melepasi 18months...dah syukur juga pendengaran Khadijah adalah normal..:)
oh..khadijah berjalan dh ye. good job! akk ajar aisyah potty training ms umo dia brp?
wah..bz ye...takpe to the kids, u r still supermom.
Ya masih bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi. Pasti ada hikmahnya kan. Ya syukur sangat telinga dia ok. Thanx mimi.
Nadiah,
Ya sekarang fasa sangat rajin berjalan, kira dah boleh lah nak berjalan laju sket, sambil jalan sambil angkat kerusi, kira dah balance lah tu. Takdelah asyik jatuh ja.
Aisyah potty train start 2yrs 2mnths, mula2 start dgn suh dia cakap klu nak kencing wlaupun masa tu still pakai diapers. Lepas dia dah tahu gesaan nak ekncing baru try tak pakai diapers siang je, pastu steps by steps sampailah tak pakai langsung siang dan malam. But for sure, pasti ada accident, alah bisa tegal biasa nanti.. hihi..
mama-miya,
ya busy, real busy, i baru nak buat senarai semak tugas yg baru ni sebab takut ada yg tertinggal. Serius non-stop program sampai akhir tahun, in fact tahun depan punya pun dah kena masuk kalendar.
Supermom? Heheh tak tahulah deserved ke tak, but i'm doing my very best to my kids. Moga Allah memberkati kasih sayang seorang ibu ini dengan dilimpahkan rahmat kesihatan dan kemudahan pd anak2...
Salam
Maaf jika nukilan saya ini mengganggu..cuma saya terjumpa blog ini dan saya dapati banyak info yang berguna dalam mendidik anak..saya di sini cuma ingin bertanya jika puan dapat menceritakan tentang bagaimana puan dapat mendidik anak yang kurang tiga tahun untuk tidak menggunakan pampers lagi...terima kasih
bravo khadijah....bravoooo...
Alesya taktau bile nak jalan bebetul..takat dekat-dekat tu boleh la... hobi baru dia skerang ialah berpaut kat kabinet tv, dan geram tengok kartun-kartun kat disney channel..so bibik tader can la tgk drama indon dah.. dia akan jerit minta tukar disney playhouse channel je..
dah kenal Dibo, Barnie.. Pocoyo dah..
to aku,
heheh kalau boleh intro lah diri sapa ya. Boleh kita berkenalan.
Anyway, setiap anak mungkin berbeza kebolehannya utk dapat diaperless cepat atau lambat. Ok saya cerita kronologi pencapaian aisyah, anak saya. Mungkin utk anak org lain tak sama k.
umur 2thn 2bln, saya start pesan kat dia, kalau nak kencing, nak berak cakap kat ummi tau.. Berulang kali sampai dia naik muak kot hari2 kena tanya. Bila dah dia pun tahu nak ckp dia nak kencing berak semua, saya try tak pakaikan pampers waktu mlm, ni masa hari kerja lah kan. Pastu remindkan tiap 10-15 minit taya nak kencing tak. Ajar juga suh g toilet klu rasa nak kencing. Lbh kurang 2 minggu, dia dah terbiasa boleh bgtau lah time dia nak kencing tp dlm tempoh tu, mmg adalah kes accident terkencing semua.
Jgn marah dia tau, kita pun kena mindsetting awal2, bila train anak tak pakai pampers ni, kalau anak terkencing, jgn mengamuk. Sebelum berjaya, mestilah ada percubaan yg gagal dulu kan. Jd, redha je lah kena mop lantai tu, pastu nasihatkan dia elok2 lah..
Weekend pun sama train mcm tu juga sampai dia ok. Masa umur dia 2thn 4 bln, dia dah boleh tak pakai pampers kat rumah cuma kat rumah pengasuh still pakai lah. Bila 2thn 6 bln, barulah siang hari pun kat rumah pengaush dah tak pakai pampers. Tp, malam hari masa nak tidur still pakai.
masa 2thn 8bln, dia dah tak pakai pampers masa tidur, ada kes terkencing juga tp kena ajak g toilet sebelum tidur, pastu tanya dia tgh mlm kalau terjaga. Macam tu lah hingga sebulan terakhir ni, dah tak pakai langsung. Saya sediakan lapik kalis air kat bawah cadar siap2 sebagai protection, nmpk skrg mcm dah ok. Bangun pagi dia ckplah nak kencing.
Oh begitulah lebih kurang perjalanannya. Gud luck ya.
oh oh advancenya alesya dah tahu semua cartoon tu. Heheh kat rumah kami takde astro. Takat yg basic je lah tgk. Hehe.. Btw, rasa cepat pula bila dia dah berjalan ni, dulu rasa mcm lambat.
Kak, vocab alesya dah byk belum?
Mirah,
U've done your best dear! Setuju dgn mama-miya, to the kids, you're super mom... :)
Somehow kan, saya rase, lepas top-up dgn FM & Hannah pon nak dgn FM nie, mcm satu batu berat dah terangkat dari bahu. Serius rasa tenang & happy. Bila pumping kat ofis pon, takdelah teruk sgt outputnya, but still, tak boleh nak dpt 3 botol full. Yg best bila malam lah, boleh dengar bunyi "gulp, gulp, gulp" waktu dia nenen. Rasanya, my body adjust utk kuarkan susu byk2 waktu mlm ajer kot. Ekekeke. (Teori arnie! :P )
p/s : Kalau nak try Pediasure, boleh ambil yg saya punya jer. Hannah xnak minum. Tapi, tue lah, camna nak pass kan ya. Lagipon, kalau lama2 nnt expired pula.
arnie,
khadijah mlm pun jarang bangun, biasa sekali je, tu pun kekadang tak, sebelum tidur dia minum lah. Tu kekadang rasa ke sebab takde byk demand yg buat susu drop, jadi di tgh mlm, sebelum dia bangun, mirah akan bangun pump susu dulu..
p/s: arnie, jauh nya nak g amik pediasure tu. Takpelah kot..
Post a Comment