Friday, July 3, 2009

Seminggu

Dah beberapa kali saya click menu 'new post' pastu tutup balik gara-gara hajat nak update blog tapi tetiba ada kerja lain perlu didahulukan. Maka, kali ini saya mula mengaranglah. Heheh saya tahu saya tak begitu bagus dalam buat karangan (tapi saya dapat A1 BM SPM..heheh). Abaikan sahaja lah jalan cerita yang tidak syncronize ni, yang penting banyak yang nak saya kongsikan. Pertamanya:

Hujung minggu kami yang lalu (dah nak hujung minggu lagi sekali baru saya nak update, takpelah ku kan busy je minggu ni :)). Keluarga mertua saya datang rumah sebab nak hantar adik ipar saya ke uitm puncak alam (mula-mula mak cakap di sg buloh, saya ni ingat sg buloh area nursey tu je heheh..) rupanya nun jauh di puncak alam. Pergh boleh tahan perjalanannya, mahu lah adik ipar ku itu beberapa bulan sekali baru balik rumah, silap-silap satu semester sekali je. Dah lah takde apa kat sana. Takpe lah dik, yang penting belajar rajin-rajin ya. Nak hantar dia sorang je, tapi kami konvoi 3 buah kereta. Manalah tak jammed Uitm hari tu..haha..

Balik dari puncak alam, singgah ke rumah makcik suami di selayang. Kami lepak-lepak je di rumah, penat weh jalan jauh tadi. Newly wed couple pergi KLCC, kami kehairanan tengah panas tengahari dengan jammed jalan lagi mereka sanggup redah ke KLCC tu. Adatlah baru kahwin kot, orang muda, kalau kami yang ada anak dua ni buat macam tu, memang kena sound direct dengan mak agaknya. Dah tu balik petangnya, mereka cakap tempah tiket wayang transformers kul 9 mlm kat KLCC. Mengucap panjang mak mertua ku tapi apa nak cakap lagi kan. Kami laki bini sengih-sengih je lah.. Pastu, pakcik suami ku cakap, takpelah depa pi tengok transformers kat panggung, kita tengok transformers kat rumah. Dia pergi beli cd pirate rasanya kat pasar malam rumah dia. Haha.. Tapi maaflah cik suami sebab dia tak dapat nak tengok habis transformers tu, saya paksa rela dia balik ke rumah kakak saya di rawang. Pakcik saya datang dari trg nak hantar anak dia daftar di UM, takkan lah saya tak pergi jumpa dia.

Oh saya lupa nak cakap yang adik ipar saya bawa durian 2 karung datang rumah saya. Wah memang heaven lah makan durian, sampai ada nak termuntah dah. Tapi saya makan sket-sket risau khadijah sakit perut pula. Ada juga manggis, rambutan, langsat. Ahad pagi, kami konvoi 3 buah kereta juga menuju UM, ops menambahkan lagi kesesakan UM tu hihi.. apa nak buat, kereta kami sebagai penunjuk arah, kereta abang ipar sebagai peneman dan kereta pakcik saya. Tapi, kami tak tunggu sampai sepupu tu siap daftar, kami balik awal ke serdang. Sekali suami ajak ke Mines nak betulkan handset dia rosak. Last sekali pukul 2 ptg juga baru kami sampai rumah. Balik rumah, semua terbungkam tidur sampai lah ke asar. Saya terbangun sebab hset suami saya vibrate. Mak call cakap mereka dah heading ke kajang. Kisahnya nak pergi makan sate kajang lah tu, sebelum tu ada ura-ura nak pergi makan seafood di bagan lalang. Disebabkan tak pasti, saya saja lah pack baju anak bagai kot lah balik malam kan. Sebelum tu, mereka pergi rumah keluarga adik ipar saya, pastu terus sambung pergi masuk kebun durian lagi. Pergh pulun makan betul. Dan dapatlah kami setengah karung durian lagi. Rezeki untuk anak-anak pengasuh dan jiran-jiran kami.

Terpaksalah saya kejutkan anak-anak dari lena, dah siap semua kami gerak ke kajang. Saya dah siap terimagine dah tengah makan sate huhu sekali mereka cakap tak jadi makan nak shoot terus ke bagan lalang makan sea food. Telan air liur saja lah nampaknya, baru rasa rugi tak bekal roti/ biskut dari rumah tadi. Lapar tau, khadijah ok lah ada biskut dia. Ummi nak pau dia punya pun tak boleh takut dia tak cukup pula. Heheh..sampai sana dah lewat petang, lepas siap mandi kan anak-anak, solat semua, terus ke restoren tu. Adik ipar saya yang belanja, ni adik ipar yang keje di Majuikan Bagan lalang tu. Makanan memang lah banyak, tapi biasalah dengan anak kecik ni, bagi laluan kat suami makan dulu sambil melayan karenah dua orang tu, last sekali rasa tak penuh perut pun makan. Kami gerak balik sekitar jam 9.40 malam dan sampai rumah hampir pukul 11 malam. Memang penat berjalan dua hari tu dan kenyang perut juga.

-------------------------------------

Isnin lepas saya bawa khadijah ke hospital serdang lagi untuk appoinment dengan paed nya. Tapi kali ni saya jumpa dengan paed yang kurang best..heheh suka hati je labelkan orang. Ya lah Dr Azyati masih bercuti, dah tu datang pukul 8.15 pagi, pukul 12 tghri lebih baru selesai segala. Fuh penat sungguh melayam khadijah. Huhu dah lah suami stayed sampai pukul 9.15 pagi je sebab dia meeting selepas tu. Dan mujur juga di sana ada nursing room, khadijah layan tidur dari pukul 10 sampailah hingga jumpa Doc dalam pukul 12 tengahari. Tu pun kena kejut. Pastu Doc cakap semua ok, kecuali berat dia tak naik. So dia refer dietician lagi!. Then, dia tengok kat skrin dia, rupanya nurse ada miss buat test pada darah dia masa previous visit. Jadi, dia suh amik darah lagi untuk tengok ketumpatan tulang ke apa. Kasihan khadijah menangis-nangis, saya pegang dia sebab nurse tinggal sorang je. Nak explain cara dia amik darah tu pun payah juga, tapi rasanya guna teknik drop by drop, cucuk jarum kat tangan baby, pastu picit biar darah menitik masuk dalam tiub. Bukan macam kita yang guna needle syringe tu.. Kesimpulannya, ummi stressed out balik dari hospital tu. Ummi risau kalau blood test tu bagi keputusan negatif ke apa, then adik kena continue ubat atau kena buat rawatan susulan ke apa pula nanti. Ummi admit yang ummi tak disiplin bagi ubat kat adik setiap hari, maknanya ada hari yang miss, pastu sambung semula. Ya lah, imagine lah dah setahun lebih dia makan ubat. Kita yang tengok ni pun naik jemu. Oh Tuhan, moga-moga semuanya baik lah tu. Adik nampak ok sahaja, tulang dia pun nampak sihat je, takde menunjukkan nak dapat riket etc. Tapi ummi jauh di sudut hati risau juga sebenarnya ni, jap nanti ummi share kan apa ummi google tadi.

p/s: Tengahari tadi pergi tengok anak-anak. Aisyah demam pula. Tiba-tiba tu, patutlah pagi tadi saya dah rasa badan dia macam panas sedikit, tapi tak sangka pula demam. kesian dia, meraung bila cakap ummi kena balik kerja ni, petang nanti ummi datang amik kakak dengan adik. Mula-mula dia tak nak, dia cakap aisyah nak duduk atas riba ummi. Alahai anakku, sabar ya sayang, kejap je lagi.. huhu..

4 comments:

Dayah @ Real Ummu said...

hujung minggu yang padat dgn aktivity...mesti best kan.jalan sana sini,,makan sampai pertu kenyang...

Sue.Aleen said...

samalah kan cam orang nak anto orang gi Mekah. yang nak ke sana tu sorang dua je, tapi yang anto tu mao datang 2-3 biji kereta.

kita ni serupa la Mirah. selalu jadi penunjuk jalan orang lain yang tak biasa dengan area Lembah Klang ni... kekadang tu time² letih tu la orang nak mintak tolong. nak wat guane.. dah orang berhajat..

entah bila la kita nak jumpak ye? padahal puncak alam tu dah dekat dengan rumah akak. anyway, kalo tau jalan, puncak alam tu dekat je dengan shah alam-bukit jelutong-meru.

mirah said...

Dayah,
Ya sungguh padat tapi enjoy.. :)

K sue, hehe ya jadi penunjuk arah..
Ya bila nak jumpa lagi nih? oh dekat ke dgn umah k sue tu? wah boleh tahan jauhnya kan. Takpe, insyaAllah nak pergi lagi nnt ni. Ada brg nak bg pada adik ipar. Kami lalu sg buloh, subang pastu ke sana. Memang paling shortcut ke jln tu? Ada tak jalan shortcut kalau kami nak datang sari serdang? heheh..tq

Sue.Aleen said...

mirah,
datang dari LDP kan... terus ke bukit jelutong. pastu terus lagi macam nak ke GCE tapi jangan masuk laluan tu. pergi ke area kg subang. sebelum tu ada satu traffic light. masuk ke kiri. at the end of the road tu puncak alam. jalan dia straight je, tak de traffic light segala. kecuali 2 kali. lalu U10 dan lalu jugak simpang tempat Altantuya ditemui mati terbunuh tu. jangan lalu ikut sg buloh. nanti akan jadi lebih jauh.