Monday, July 27, 2009

Islam is never leaving you

"Islam is never leaving you.."

Saya terkesima dengan ayat yang dilafazkan oleh imam dalam cerita Nurkasih jumaat malam lepas. Siapa yang turut sama menonton, sila angkat tangan ya. Saya akui cuba untuk menonton teledrama ini sedangkan kalau malam-malam lain, saya biasanya sudah angkut anak-anak naik bilik untuk tidur, tapi setiap jumaat malam memang saya akan tunggu dulu. Energetic tak bunyinya heheh.. namun ada juga miss sebenarnya, dah anakku mengamuk nak tidur sangat, selepas kena sound dengan abah nya, maka haruslah ku korbankan cerita itu. Lagipun, apalah ada dengan setakat drama itu kan (ni lah ayat sedapkan hati kalau tak dapat tengok :) ).

Oh berbalik kepada ayat tersebut, dalam episod lepas bilamana si Adam tu yang kononnya tidak lagi mengamallkan Islam approached Imam tu (imamlah agaknya kan) dan bilamana dia cakap 'i've left the islam' - rasanya ini dialog dia kot (kalau sapa ingat, please correct me k) dan kemudian bila imam tu cakap '...Islam is never leaving you..'. Tersentap hati saya. Sungguh. Terasa betapa mulianya agama Islam itu walaupun hakikatnya memang Islam agama mulia lagi sejahtera. Terngiang-ngiang sampai ke hari ini dialog itu.

Saya tidaklah menyokong sepenuhnya drama tersebut, namun ada sesuatu yang menyebabkan saya seringkali cuba untuk menontonnya. Mungkin sinematografinya, namun yang penting, ia sesuatu yang baru. Olahan yang baru untuk santapan penonton di Malaysia, kalau di Indonesia misalnya sudah bersepah drama berunsur ketuhanan disulam indah. Namun, di negara kita, ia masih gersang. Seingat saya, ni bagi saya yang tiada Astro di rumah lah ya, kalau melalui Astro, i bet memang banyaklah drama boleh pilih nak tengok kan. Drama seumpama Cinta Madinah contohnya dan beberapa lagi yang pernah disiarkan di RTM banyak berunsur ketuhanan dan mengajak penonton berfikir. Dan saya ingin sekali melihat pengakhiran kepada siri ini.

Kalau boleh nak bagi komen sedikit, saya sungguh sakit mata lihat adegan si Adam dengan isterinya asyik berpeluk sakan je, rasanya kalian yang pernah tengok pun boleh lihat kan, rasanya hampir di semua scene mereka berdua, mesti ada adegan tersebut, yelah berlakon kat oversea, namun bila dah banyak rasa macam menyampah pula. Huh that's the true comment yang dah lama rasa nak cakap.

Oklah ya, itu sahaja isu yang ingin diutarakan pasal cerita tersebut. Dan mesej utamanya, ya Islam tidak pernah tinggalkan kita sejauh mana kita cuba untuk meninggalkannya. Bukan Islam hanya pada nama, tapi biarlah Islam sebagai pakaian kita.

p/s: siapa sudah menonton Laskar Pelangi? saya juga terkesan melihat kesungguhan dan keyakinan merka pada Tuhan yang Satu. Bila lah kita akan melihat cerita begitu digarapkan dalam suasana, budaya dan acuan kita?

12 comments:

~Umi.Sufira~ said...

Saya tak tengok drama nih secara konsisten..tapi malam yang adam jumpa imam tuh saya tengok dari awal sampai akhir..betullah ni first time saya dengar kata2 islam takkan meninggalkan kita...sejuk hati dengar kan..even sungguh tak berkenan dengan watak minah tuh (wife adam) yang seksi dan adegan berpeluk2 tuh..hmmm...

lia said...

lia xtgk sgt cter ni sbb itu masa Amsyar tido... (alasan)

tp pnh tertengok adam n wife omputeh nyer sakan peluk... kejap2 peluk... knp perlu mcm 2 ya wpon nak tunjukkan yg depa loving couple?

sbb tgk cter arab, boleh jer nmpk kasih sayang depa wpon xpnh bersentuh kulit (sbb blakon, bkn muhrim kan)...

tipikal cter melayu yg suka sengol-sengolan..

Islam xkan tinggaikan kita 2... rasa sayu membacanya..

Fiza Rahman said...

Salam mirah, saya pon tgk cite tu, best kan, tapi dah terlepas beberapa episod. memang tak sabar nak tunggu jumaat :)

mirah said...

mimi,
mirah pun ada jugak tak tengok,dah memang time khadijah tidur masa tu, haru lah dengar dia menangis kalau tak bawak naik tidur. Dia dalam cerah, payah sket nak tidur, dalam suram malap lampu baru dia senang tidur.

Lia,
Itulah yg mirah tak faham kenapa perlu adegan peluk2 tu, kejap2 peluk, pastu peluk lagi.. haih..

Fiza,
Mirah teringin sangat nak tahu apa endingnya dan bagaimana khabir bhatia olah cerita tu, katanya akan shoot ke jordan pula, mcm panjang lagi ceritanya.

Anonymous said...

sentap kena ayat tu..tp mmg 100% betulnye ada tu.

islam never leaves us. islam boleh diaplikasi for almost everything & everywhere.

tp kita ni, manusia mudah lupa...lupa islam. sometimes ditinggalkan pulak kalau ingat tak sesuai utk some situation kan?

i tgk filem "muhammad the massanger", pelakon dia semua non-muslim and its more islamic than any movie yg org islam blakon..

rafiza said...

Salam kak
sy mmg suka tgk cerita tu
sbb kabir bhatia punyer
b4 this filem 'cinta' n 'sepi' mmg favourite
actually tak tgk lagi 'sepi'
tak berkesempatan...
tapi sy tahu pasti hebat
kawan saya boleh cakap tak pernah nak nangis tgk citer melayu
tapi dia nangis dalam panggung tgk 'sepi'
bilala dapat tgk agaknya...

Nur Kasih...lagu dia pun saya admire
tapi cerita nya mcm akak juga saya tak bersetuju sepenuhnya..
saya pun tak boleh nak komen banyak sbb ada tertinggal episod masa pengurusan bawa balik jenazah mak saya..
tapi kalau mak saya ada lagi mesti saya ajak dia tgk..

touching, but ada scene2 yang tak logik
especially scene di UIA yang buat saya tergelak
scene yang very2 the skema
scene 'lembu-lembu bodoh' vs 'lembu-lembu baik'
kalau saya masih dalam 'law field' pasti akan tergelak habis-habisan..

apapun, cerita2 begini sebenarnya membuka mata sesetengah org yang ada ilmu dan tiada ilmu.. juga diperlekeh bagi yang ada ilmu dan tiada ilmu...
tapi beruntunglah org yang ada ilmu dan memandangnya dari sudut penuh keilmuwan dan hiidayah..

kesimpulannya (pendapat sendiri setakat episod terkini) cerita ni lebih kepada rezeki dan nur hidayah serta kasih sayang daripada Allah..keyakinan kita...
last but not least, cerita ni belum habis lagi.. so kena tggu sampai episod akhir baru kita boleh simpulkan..

mirah said...

mama-miya,

yes tersentak kan. Moga Allah bukakan hati pada hamba-hamba yang dikasihaniNya.

Saya tak tgk film tu, actually saya mmg tak byk tgk movie, very limited time to do so, so mungkin byk cerita di luar sana yg bagus yang saya tak tahu.

Kalau sesapa ada cerita best utk ditonton, syorkan lah pada saya ya.. :)

mirah said...

Rafiza,
wah panjangnya komen setelah sekian lama tak komen kat blog akak yea.. :)
Harap awak tenang dan ok saja sekarang. Akak terasa nak jumpa awak, tp tak tahula bagaimana ni.. Boleh kita aturkan ke?

Btw, ya akak setuju bahawa kita kena tengok sesuatu itu dari sudut yg pelbagai dan masih terlalu cepat utk buat whole judgment pd drama ini. Hanya yang mahu berfikir akan dapat melihat hikmahnya.

Oh ya lah awak kan ex-uia, mesti kelakarkan tgk scene kat sana.

Nadiah Sidek said...

sy tak tgk pun cerita tu. tak tau la..jd mls nk tgk TV. dtg ke US ni pun tak rs apa2 bila takde TV. janji ada komp & internet. hehe..

hmm..tp selalu gk terbaca kat blog org lain yg citer gk psl drama tu. nnt la kalau rajin tgk kat web TV3..

mirah said...

Nadiah,
Rumah kami ni pun TV buat syarat je. Dalam sehari, ada kekadang tak buka langsung. Kalau balik dari ofis, layan anak2, sambil masak, biar lah diaorg main apa yg patut. Kekadang si kakak nak tgk upin ipin kat notebook. Malam pula berita pun tak tgk. Kalau buka pun pukul 9 mlm, pastu pukul 9 lbih tu juga, saya bawa anak2 tidur. Kalau ada cerita best, abah mereka tgk lah kot tp biasanya dia tidur je terus heheh..

Hujung minggu pun sama, kekadang buka juga cerita kartun biar budak2 tu tengok, tp hmm.. diaorg tak heran pun. Tak tgk pun kecuali upin ipin.

Bagi saya, tak payah biar ank leka dgn tv pun takpe. Masih byk sumber lain utk dia ambil tahu nnt.

Pnut said...

Mirah-kat astro oasis memang ada byk drama islamic ni tak kira local atau indon, antara drama-drama indon yang sangat boleh layan ialah di Oasis la,

emak akak duk umah akak sebulan, seronok dia menonton oasis, dengan drama islamic, dengan mangaji, kuliah agama, kira hampir sepanjang masa kat umah sepanjang kami kerja tu oasis je dia layan.

bila dia balik kampung, kesian pulak, dah la tinggal sorang, pastu akak buat surprise kat dia, akak register astro dari kl, mintak diaorg pasangkan kat umah emak di Kedah, terkejut dia.

Sementara emak adalah ni la nak buat dia happy pon, nak happy abah, abah dah takder...

mirah said...

K pnut, ya lah kat astro oasis tu bagus kan. Saya ada juga tgk kalau balik umah mertua.

Takpe, org tua dah pandai pilih program, anak-anak kecil nih bukan makan saman kalau cakap tak boleh kan.. :)