Wednesday, July 8, 2009

Anak kecil pun tahu apa itu rindu..

My parents were here since last saturday and they went to my sister's house yesterday. Poor little aisyah. She looked very unhappy when seeing her grandparents left. Siap request "Nenek, duk lah rumah aisyah..". Hmm..kesian kan dengar. Nenek dia pun serba salah tapi nak buat macammana. Malam tadi dia monyok je pastu asyik tanya "Ummi, nenek mana? Tokki mana?". Panjang tau kena explain kat dia.. Bila ummi tanya "Aisyah rindu kat tokki ke?" Dia jawab "mm..rindu..". Yalah isnin dan selasa dia duk rumah dengan nenek dan tokki, taknak pergi rumah pengasuh dia, khadijah je yang pergi. Suka lah dia duk rumah ada orang layan dia main. Pagi ini, dia bangun tidur, tanya lagi mana tokki? Harus tiap-tiap malam call nenek dia ni, sekarang pun kalau dengar kita cakap telefon, dia pun sama nak cakap..

Btw, Alhamdulillah saya dah tunaikan tanggungjawab khatan kan khadijah sabtu lepas. Setelah sekian lama dok bertangguh. No, actually dah bawa dia pergi tahun lepas, tapi doktor suh bawa dia datang lagi untuk berkhatan bila usia dia setahun, agaknya sebab dia kecik masa tu kot. Dan as expected, melalaklah si kecik tu bila dibaringkan je. Oh belum buat apa-apa tau, baru letak je ni terus menangis. Doktor tu cakap, mesti khadijah ni fobia sebab dia kan banyak kali kena ambil darah semua kan. Saya pun mengiyakan, mungkin betul jugaklah. Dia meraung bagai apa tau sambil kemas pegang, tarik baju saya. Bila doktor tu gunting je bahagian tu, cakap dah, pakaikan pampers semula sambil saya dukung dia, peluk rapat-rapat terus je dia diam. Haih..memang sah lah anak saya fobia.

Gambar khadijah sebelum masuk bilik doktor. Serius kan macam tahu-tahu je nak kena sunat jap lagi tu..but very the innocent face.

Pada malam sabtu tersebut, kami hantar adik saya naik bas di kajang nak balik ke perlis. Selepas hantar dia, kami terus ke subang jaya pula ke rumah makcik saya (adik abah saya). Disebabkan belum dinner, maka masuk je rumah terus lah kami ke dapur. Haha tak senonoh sungguh tapi serius lapar tau. Dah pukul 11 malam pun masa tu. Khadijah dah tidur, aisyah pula terbangun dari tidur. Menu makan malam/ heavy supper kami ialah ketam masak lemak + stew sayur + gulai ikan dan lupa lah apa lagi. Disebabkan makan dah lewat, takkan lah nak terus tidur kan. Sembang-sembang dengan mak sambil tunggu aisyah tidur, rasanya pukul 1 pagi lebih gaklah kami tertidur.

Aisyah nampak lebih feminine dari khadijah kan. Sweet je anak dara ummi yang sorang ni.

Sebelum balik ke serdang semula, kami singgah di Care4 subang mencari sedikit barang sambil bawa makabah saya berjalan. Abah saya memang suka shopping..heheh shopping barang dapur je lah, dia memang suka beli barang dapur eg susu, 3 in 1 pack apa-apa lah, biskut-biskut dll sejak dulu lagi. Kat rumah kami memang dah jadi macam mini kedai runcit, tetiba saya teringat ya dulu masa kecil-kecil saya main jual-jual dengan adik-adik saya kat kabinet dapur kami tu lah..hihi.. masa di kampus, tiap kali balik rumah mesti angkut bawak stok banyak2.. :)

Khadijah dah boleh duduk di troli ni, elok je dia kat situ sambil tengok-tengok orang.

Aisyah yang ketiduran di care4..

Dan kakak aisyah mengamuk nak tidur, nak juga kita dukung dia, ni memang kira ngantuk sangatlah tu. Sampai kerut-kerut kening hah. Mula-mula dia nak ummi dukung, pastu ummi pass kat abah, pastu pass balik kat ummi, berat weh 14 kg, nak patah pinggangku, last sekali abah dia bawa dia masuk kereta dulu sementara kami nak bayar. Sekali dia nangis taknak masuk kereta, lepak tunggu kami kat basement care4 tu, nasib baik ada aircond.

Risau juga sebenarnya bawa anak-anak pergi tempat ramai orang, ye lah tengah meledaknya H1N1 ni kan, tapi terpaksa kali ni, memang sebelum ni kami dah lama tak bawa anak-anak keluar tempat ramai orang yang tertutup. Mudah-mudahan takde apa-apa.

p/s: Ada satu hari tu, aisyah terlanggar pintu almari, nampak kesan kat dahi dia. Sian dia. Pastu takde apa-apa lah, keesokan paginya, tetiba dia cakap "abah, aisyah selsema.." masa abah dia bagi susu, dalam gelap manalah nampak apa sangat, bila saya nak kejutkan dia, tengok darah beku kat hidung dia. Wah suspens saya, tapi saya tak kejutkan dia bangun, tunggu sampai dia bangun sendiri. Mak saya cakap dia nampak ok je satu hari tu. Kalau berulang, memang saya akan bawa dia pergi klinik tapi since dah takde, saya biarkan. Harap-harapnya takde apa juga tu. Betulke tindakan saya ni? Ni dah ikut mother's instinct lah ni.. huhu..

3 comments:

Sue.Aleen said...

Adam pun selalu rindu pada maktok dia. Ayat paling lazim, "Adam rindu kat maktok...". Sayu je bunyinya.

Maktok tu merujuk kepada mak akak. Bila mak datang sini je, dia takkan peduli/tidur dengan akak lagi. Mesti dengan maktok dia.

Budak kalo jatuh kena perhati ada benjol/lebam tak. Kalo ada kat sebelah mana? Kalo depan tak pe lagi. Tapi sebelah sisi kanan kiri kira bahaya jugak.

Dayah @ Real Ummu said...

rindu2 an pada atok nenek takpe.. moga dijauhkan bila besaq rindu2 pada boyfren.. heheh

nanti bial rambut khadijah panjang.mesti nampak lebih feminin...

mirah said...

K sue,
as expected balik ptg semalam dia tanya lagi psl tokki nenek dia.. Takpelah slowly nanti dia tak sebut dah kot.

Aisyah langgar pintu tu kena dahi depan dia lah. Takde pula lebam ke apa, memula ada kesan lah sket pastu esok paginya dah takde.



Dayah,
oh betul tu jgn esok berboyfrend sakan pula anak ku itu. Nauzubillahiminzalik la kan..

A ah teringin nak biar rambut dia panjang, tp aisyah ni tak suka ikat rambut, tu pasal kena biar paras bahu je, nnt rimas tgk dia main peluh2, rambut serabai..huh.. ummi dia yg tension lebih tengok nanti..hehe..