Sungguh kelam blog ini kan tanpa update, dah lah last entry pasal lagu jiwang tu. Heheh.. ya saya agak sibuk. Nak kata sibuk tahap gaban, tak juga, rasanya ada waktu terluang, cuma tak dapat nak mengadap tulis blog ni. Masih ada perkara penting kena didahulukan. Ingatkan bila ada internet di rumah, maka saya boleh online di rumah, rupanya tidak semudah itu. Ya lah balik rumah layan anak-anak dan urus bagai-bagai, campur selsema dah saya hari ini. Dengan kesihatan mata belum baik sepenuhnya (huh macamane nak baik, ubat tak letak pun..opss!), masalah perut lagi (angin apa entah datang melanda sampai berhari-hari baru baik), anak-anak pula down with fever and flu - Alhamdulillah bukan swine flu.
Fuh hari-hari yang sentiasa ada unexpexted things happened dan pastinya ianya proses mematangkan diri. Itulah pahit manis liku-liku kehidupan, kena sentiasa hadapi dengan redha dan tabah. Dan mesej penting, jangan kita lihat orang lain sebagai kayu ukur kita, sebaliknya lihat diri sendiri dan letakkan sasaran berdasarkan kemampuan dan latar belakang sedia ada. You can't go far by tailing others . Dalam maksudnya tu, kalau tak faham, buat-buat faham lah ya, kalau tak, tunggulah clarification later dalam entry mendatang pula. Heheh..
Dunno mana nak start. Ok let's start perihal anak-anak lah yea. Two gals tu masih lagi selsema but mild je lah. Hari ni i've stopped their medication since dah nak seminggu pulun makan ubat. Malam ni harus start bagi vitamin etc macam biasa semula. Oh saya tak sampai hati nak bagi ubat banyak pada mereka especially khadijah. Ubat yang sedia ada dia consume dah 5.5ml, campur ubat batuk, selsema dan antibiotik lagi 6 ml. Ha mahu muntah ubat kan anakku itu. So saya skipped kan multivit dia time dia tak sihat unless hanya satu ubat dia kena makan. I bet her weight still belum reach 7kg, dia kurang selera makan sejak demam ni. Dah boleh lepas sebelah tangan bila dia nak bertatih, sebelum ni nak dipegang dua belah tangan dia, so sekarang ni more like boleh pimpin dia lah, cuma dia belum begitu berani nak lepas tangan lagi. Dan ia jadi aktiviti wajib kami petang2/ malam2 latih tubi dia bertatih. Dik, ummi harap sebelum raya ni adik dah boleh berjalanlah, tak sabar nak tengok adik terkedek-kedek jalan dengan pakai gown nanti..heheh..
Aisyah ok je. Saya memang out of time dah nak spend masa dengan dia malam-malam untuk study. Hah terukkan ummi dia ni. Ada, cuma sekejap je samada sebelum atau selepas maghrib, pukul 9.30 mlm ummi dah bawa adik naik tidur. Time management ummi masih belum bagus, haih entah bila nak ok ni. However, aisyah dah boleh counting benda dan sebutkan since dia dah terror counting 1-10 nih. Kalau bagi buku 1,2,3 dia, dia akan count satu-satu objek dan pronounce it. Kalau tengok anak kawan-kawan lain, ramai lagi advanced. Dah pandai baca A-Z, dah kenal huruf, dan pandai draw bagai-bagai, tapi aisyah buat masa ni belum kenal huruf kot, kalau ada pun just a few. Saya takde risau sangat tapi terasa juga lah yang i've not spend much time untuk ajar dia, takut nanti dia malas-malas pula. Mak-mak lain pun kerja juga tapi sempat nak tengokkan anak-anak baya aisyah ni belajar. Wah saya salute lah pada mereka itu. Azam saja tak cukup, sesuatu kena dibuat ni.
Pasal mata saya. To be truth, memang saya tak titis ubat Dr tu bagi pun. Instead of it, saya titis ebm setitis dalam mata saya. Takdelah selalu, baru beberapa kali. Ini petua kawan-kawan yang pernah mengalami/ tahu pasal hal ini. Saya pun sukar nak percaya tapi saya try jugalah sebab bunyi macam no harm je kan. Merah kat mata dah hilang lah, cuma selaput putih tu nampak masih ada sket-sket lagi. Inilah petua orang lama-lama tau, kalau sakit mata, atau sakit berkaitan matalah, cuba titiskan susuibu dalam mata beberapa kali, insyaAllah boleh cepat baik. Menurut kawan saya yang anak dia kena sakit mata, dia tak titis ubat pun ya lah masih baby lagi masa tu, dia titis ebm beberapa kali je pastu dah ok. Hebatkan Allah ciptakan susuibu ni kan.
Nanti sambung k. Saya tinggalkan dengan gambar anak-anak saya sedang beradu di suatu petang nan damai.. hihi..
7 comments:
takpelah mirah unexpected things membanyakkan pengalaman mematangkan kita..BTW comelnya gambar tidur bawah sekali tuh!:)
mimi, betul tu..
Ya aman damai tau rasa bila memasing tidur. heheh..
- jadilah diri kita sendiri.
- kekadang kita nak sangat anak kita pandai cam lain tanpa kita sedari dia sebenarnya pandai juga dengan cara yang tersendiri. don't demoralize your kids by pushing her to be someone else, k.
- Syafiah pun selsema. mild dan tak demam.
- mak² cam kita ni kalo sakit, abih affected satu rumah.
- comel budak 2 orang tu tido. seiring dan sejalan... hehehe...
akak pun sama mcm mirah gak...time management tak ok...hubby asyik blik lmbt...memang tak smpat nak tgk anak2...iman perlukan lbh perhatian, mira pulak tgh lasak...kak long byk berdikari sendiri...tak pela mirah...kita cuba selagi terdaya...mata mirah kenapa yer? kena skt mata ker ?
K sue,
thanx. I need courages skrg nih. A bit tensed ni. Malas nak pk, tak pk pun tak blh juga. huhu..
K nani, tu lah bab time management ni mmg out, masih struggle nak put everythings on the right track ni.
Mata mirah mcm ada selaput kot, doc cakap mcm ada nodul nak tumbuh.
mirah.saya pun dah berhari2 tak update blog..agak bz minggu ni...
apapun utk MIrah dan anak2...take care ya!
Post a Comment