Saya sibuk. Namun, saya nak juga catatkan tarikh lapor diri baru saya pada hari ini. Segalanya berjalan dengan baik. Ada satu perkara belum selesai. Dan dengan notis pendek semalam menyatakan 1 dan 2 Julai 2009 adalah hari audit kendiri institut. Maka, bergandalah kesibukan saya. Saya ada banyak nak update tapi masa cukup terbatas. Yang paling significant, khadijah dah start makan nasi biasa dan lauk yang ummi dia masak. Dan dia cirit birit, saya suspek perut dia terkejut sebab makan banyak. Hehe..kesian dia. Pengasuhnya maklumkan pagi tadi dia dah ok. Anyhow, weekend lepas kami sungguh penuh aktiviti, dari selayang ke puncak alam hingga ke bagan lalang. Moga ada ruang untuk dikongsikan di sini nanti.
p/s: saya dapat temuduga pegawai sains kimia hayat. Ada sesiapa lain juga dapat? Setelah beberapa tahun minta, tak pernah dipanggil, dah dapat jawatan tetap sekarang, baru dipanggil. Huh tapi saya tak pergi. Cukuplah apa yang ada sekarang. Alhamdulillah.
6 comments:
bila dah rasa nak stabil sket ada je yang panggil nak interview la kan.. selalu camtu... ujian gak tu..
mungkin acidic elements dalam makanan tu banyak kot. tu sebab khadijah cirit-birit. cuba check balik route cause dia...
all the best to you yer Mirah.. bz² juga... jangan sampai stress udahlah...
ps: my cousin grad PhD dari UPM tahun 2006 kot. namanya Salina Mat Radzi. kenal tak?
Mirah..wah bz btul dgn jawatan baru skg.. jaga sama kesihatan, bak kata kaksue,jgn smpai stress...
K sue,
thanx ya. Memang ujian tu tp my hubby ckp dah lah, dok diam2 situ je, pasni sambung belajar jadi lecturer. Erk.. saya iyakan je lah.. heheh..
Khadijah dah ok ni, saya suspect dia terlebih makan, macam2 dia makan, excited lah tu gamaknya.
Oh tak kenal lah k sue. Dia amik course apa? Saya amik biochem.
Dayah,
jawatan sama, portfolio juga sama. Yg bezanya status saja. Heheh..insyaAllah ok lagi ni. Kerja mmg banyak tp banyak juga pending nak buat sebab tunggu org lain siapkan part ereka dulu.
thanx ya.
Bahagian kimia la jugak. Tesis dia bertajuk - Enzymatic Synthesis Of Oleyl Oleate, A Liquid Max Ester, In A Stirred.
K sue,
tak kenal rasanya. Mungkin dia di chem dept.
Saya kat biotech.
Post a Comment