Friday, July 10, 2009

Kobocoran

Malam tadi kami siap-siap lepas maghrib dengan niat nak pergi bagan lalang, rumah adik ipar saya nak hantarkan notebook yang mak suami saya minta belikan untuk adik dia di puncak alam tu (siap kronologi tu) :), masuk je kereta azan isyak berkumandang..Suami cakap kita teruskan je lah sebab nanti lambat pergi, lambat balik, bukan dekat tu. Pergi isi minyak dulu pastu semasa melepasi pasar borong selangor, adik suami yang ada di kajang called cakap dia nak sampai rumah kami dah nak ambilkan notebook tu. Aih peliklah pula kami. Rupanya adik ipar tu cuti hari ini, maka dia bolehlah tidur di bagan lalalng dan bawa makabah pergi puncak alam hari ini. Suami tanya, 'Syg, kita macamana, nak pergi ke?'. Saya pun blur tapi saya jawab dengan rasionalnya lah kan 'Emm..tak pergi pun takpe kot abang, kan gg(adik ipar saya) dah pergi, kita pun nak pergi sebab nak hantar notebook je kan. Jauh juga lagi ni, tapi trylah abang call mak dulu, tanyalah mak'. Heheh jawapan logik saya, ya lah bukan taknak pergi tapi pikir jauh juga balik mesti dah tengah mala, esok (hari ini) keje lagi. Bila suami called mak dia, mak dia baru kat nilai belum sampai pun lagi rumah adik dia, maka dia cakap tak payahlah pergi. Kami balik ke rumah semula tengok adik ipar dengan suami dia dah menunggu. Borak-borak kejap, tak jemput masuk rumah pun (hampeh kan kakak dia ni) ye lah kereta kami pun tak matikan enjin lagi, dok berbincang lagi macamane, yelah adik tu pula datang naik motor, macamane nak bawak dengan kotak gedabak tu kan. Last resort, tak payah pakai kotak, guna beg je lagi senang. Adik tu cakap dia baru balik dari kelas, senang naik motor, biasa dia naik kereta je.

Oh adik ipar saya juga ada bagi kerepek sukun yang mak saya dok pesan lama dulu, baru ada. Pastu selepas mereka balik, saya tanya suami 'abang, boleh kita hantar kerepek sukun ni kat mak? Nanti bila lagi nak bagi, tunggu bulan depan mungkin dah lemau. Mereka ada kat UM sekarang tapi nanti syg call dulu tanya, boleh ke? dah alang-alang kita dalam kereta ni'. Ahaks saya bodek suami saya tapi logiklah permintaan saya tu kan, UM pun baru 20 minit dari rumah kami berbanding bagan lalang yang ambil masa 1jam lebih sket nak sampai. Suami saya cakap ok, tanyalah mak dulu. jadinya, instead of pergi bagan lalang, kami ke UM jumpa makabah saya. Makabah saya dengan kakak dan abg ipar pergi UM tengok sepupu kami yang tak berapa sihat (ingat lagi kisah kami jadi penunjuk arah minggu lepas?). Sepupu saya tu manja sket, dulu masa dia buat asasi dekat nilam puri, hampir tiap minggu balik rumah dia..heheh agaknya tak sihat ni mash homesick lagi gamaknya. Teringat kisah saya dulu pun begitu, masa seminggu pertama di matrik dan universiti, saya demam teruk, siap kena balik kampung pastu datang semula. Walaupun hakikatnya saya rasa takdelah homesick, tapi dah macam tu gayanya, have to admit lah kan..huhu.. yang best, bila sampai rumah di kampung, semua sakit hilang. kan dah cakap homesick lah tu kan.. :)

Ni baru nak masuk kisah tajuk di atas. Saya pakaikan aisyah pampers sebelum keluar rumah malam tadi sebab risau dia tertidur dan terkencing dalam kereta. Sepanjang dalam kereta tak pun, bila sampai rumah dia dah tidur, maka abahnya terus angkat letak kat tilam. Pukul 4 pagi saya check tengok habis seluar dia basah. Dah agak dah. Walaupun mengantuk yang amat, saya tukarkan pampers dan seluar pada dia. Tak larat nak angkut masuk bilik air. Mengeluh panjang ku tadi, oh ini kes berulang 2 malam berturut-turut tau. Malam sebelumnya, abah dia keluar usrah di rumah kawan, lalu saya bawa anak-anak naik atas nak tidurkan mereka. Saya tak pakaikan aisyah pampers dulu sebab ingat jap lagi nak bangun semula, tak juga bawa dia pergi toilet sebab ingat dia takkan tidur awal (dia biasa tidur dengan abah dia). Sekali dengan saya pun tertidur masa tidurkan khadijah. Alkisah saya tersedar jam 2 pagi gitu tengok suami takde kat sebelah, tengok aisyah pula dah atas lantai. Baru teringat dia tak pakai pampers malam tadi, pergi check rupanya dah habis satu badan lenjun dengan air kencing. Haru. Saya angkat dia masuk bilik air, dudukkan kat toilet bowl dan buka semua baju dia, bilas badan sket dan siapkan dia semula. Pastu ulang-alik saya ke toilet mengelap lantai. Suami pula enak tidur di bawah dengan internet terpasang. Fuhh penat weh dah 2 malam jadi macam maid pula mengelap lantai. Kesimpulannya, sebelum aisyah tidur, kena bawa dia ke toilet dulu dan kalau dia dah tertidur pun kena kejut bawa juga. Sebab pampers XL dia tu dah tak dapat nak menampung urin dia yang banyak tu. Sebelum ni, memang sebelum tidur bawa dia ke toilet jadi takde lah adegan sebegini. Harapnya malam ini saya dapat tidur lena sampai ke pagi (namun esok merupakan hari mengemas rumah, mengemop lantai..huhu). Kalau dia tidur siang, ok je tak pakaikan pampers, tidur malam je belum lepas lagi biar dah berkali juga pesan kalau aisyah rasa nak kencing, kejutkan lah ummi. Agaknya budak kecil macam dia belum dapat signal tu lagi kan. Ada hari ok, ada hari terbocor juga.

Inilah budak yang kena angkut tengah malam masuk toilet tu (gambar bulan lepas rasanya sebelum potong rambut depan dia tu).

Last sekali, ada berita gembira buat kami. Rezeki anak-anak saya percaya. Petang semalam, masa sampai di rumah, saya dah nampak sampul TM, tapi tengok takde isi. Dah terlintas di hati tapi suami takde pula maklumkan apa. Takpe saya tunggu dia bercerita. Tak lama selepas itu, suami panggil saya tunjukkan satu surat. Betul tekaan saya. Alhamdulillah suami saya dah dapat tetap setelah setahun berkhidmat di TM. Sebelum itu, dia di pernec tapi penat katanya kena outstation sahaja, maka bertukar ke TM. Tahniah abang! Moga dengan perkembangan baik kita dalam kerjaya masing-masing ini menjadi benchmark untuk memantapkan lagi institusi kekeluargaan kita. I love you abang!.

p/s: oh saya cirit birit dan pening lalat pagi ini, baru teringat sebelum episod salin seluar aisyah tadi, saya dikejutkan dengan panggilan telefon dari abang saya. Ingatkan ada berita apa dah, risau pada mulanya, rupanya dia nak tanya arah nak ke nilai. Dia lost di seri kembangan, setelah bagi arahan apa yang ingat, tu pun tak begitu lengkap, alhamdulillah sampai juga dia ke sana. Rupanya nak pergi ijtimak tabligh sedunia buat di sepang sana. Padanlah saya rasa pening-pening lalat, sejak pukul 4 pagi lebih, saya belum dapat tidur lagi ditambah dengan cirit-birit (ni gara-gara beli makan di gerai semalam agaknya), suami suh rehat di rumah tapi saya cakap tak boleh sebab kena siapkan laporan untuk mesyuarat pengurusan pagi ini.
Selamat hujung minggu kalian :)

4 comments:

Dayah @ Real Ummu said...

tgh potty train kan Aisyah tu ke ..heheh..turn Dayah nanti pulak kot..jadi maid mop lantai...

tahniah, alhamdulillah ..dah tetap. dayah rasa ramai kwn bloging keja kat TM..

mirah said...

Dayah,
aisyah dah lama potty train, in fact utk siang hari dan pergi berjalan dah lulus. Panai dah pergi toilet sendiri dan cakap, cuma time tidur malam je lah belum lagi. Haih..

Ramai ke?semalam hubby cakap ada org siap promote cd lagi kat ofis dia..heheh..terus tanya dia brand apa, dia jwb entah, tak tgk sangat..huhu..

Unknown said...

salam mirah..

aisyah dah 2 tahun lebih ker?
agaknya sbb mlm sejuk & dia xleh nak control lagi kot, takper, terus kan usaha..
kakyong pun ingat nak mulakan awal utk anis...
lepas dah masuk 2 tahun bulan ogos ni, nak start slowly...

dayah,
bila dah start potty training, memang harus bersedia lap lantai selalu... terutama waktu mlm..

mirah said...

kak yong,
aisyah dah 2 thn 7 bulan.
Ya betul tu kena bersedia mop lantai sentiasa..