Wednesday, July 29, 2009

28

Baru sekarang saya dapat online di rumah ni, tu pun setelah beberapa kali cubaan tidak berjaya. Yelah dengan dua anak kecil itu. Saya cuti hari ni, oh to be truth dapat mc dua hari. Saya tidak lah sakit pun, tapi ada sore throat dengan pening-pening sket. Sebenarnya pagi tadi saya dan suami bawa anak-anak pergi jumpa doktor. Alkisahnya mereka tidaklah kena H1N1 tu tapi ya lah budak kecil kan, tend to dapat tu senang lagilah pula kampus memang dah kena virus tu kan. Staf yang jaga kaunter tu mula-mula macam tegurlah tindakan saya bawa anak-anak datang Pusat Kesihatan Universiti, ya lah sebab tengah wabak kan. Laa saya pula ingatkan better bawa terus datang sana, kalau apa-apa hal senang terus pergi hospital ke apa kan. Pastu dia cakap, takpelah dah datang sini, jumpa je lah doktor.

Doktor yang rawat anak-anak saya tu baik tau, dia jelaskan dengan details kat saya. Pasal sakit budak-budak itu dan hingga ke ubat. Doc suh anak-anak stay in house je, jangan terdedah di tempat yang crowded pula. Maka, tiadalah reunion trip kami ke morib hujung minggu ini nampaknya. Berbalik hal anak-anak, khadijah masih ada mild selsema tapi tak demam dah. So doc presribed 2 jenis ubat je. Aisyah lah teruk sket sebab dia demam on off sejak beberapa hari lepas. Malam tadi dalam pukul 2 pagi, saya terbangun sebab terkejut badan dia panas bila tangan saya tersentuh tangan dia. Maka, gigihlah saya bangun jelom kepala, lap badan dia bagai. Pagi tadi pun dia mash lemah, tak nak makan pula tu. Doc prescribed dia 4 jenis ubat. Huhu berkerut-kerut dahi nak habiskan ubat tu k. Mujur lah aisyah memang ok bila nak makan ubat, nak minum sendiri guna syringe tu. Tengahari ni masing-masing nampak ok, tengah lena beradu.

____________________
Alhamdulillah kerana Allah masih panjangkan umur saya untuk meraikan ulangtahun yang ke-28 tahun. Usia bertambah moga seiringan dengan peningkatan amal dan darjat di sisi Tuhan. Saya teringat yang saya target by umur 28 tahun, tahun ni lah kan, saya nak dapatkan pekerjaan tetap, Alhamdulillah terima kasih Allah kerana permudahkan urusan saya. HambaMu ini sangat bersyukur di atas segala nikmat,rezeki dan limpahan iman yang Engkau berikan. Sepertimana selalu ku mohon, ku serahkan segala urusanku pada Mu ya Allah, kerana Engkaulah yang Maha Mengetahui segalanya. Engkau yang mengetahui setiap yang terbaik untuk hamba-hambaMu. Terlalu banyak yang Engkau berikan, dan terasa sedikit sekali penghayatanku pada Mu, namun hakikat Engkau yang maha penyayang, tidak pernah mensia-siakan doa hambaMu. Moga diri ini masih berpeluang memperbaiki diri menjadi hambaMu yang lebih bertakwa. Rahmatilah diri ku dan keluarga, juga saudara dan rakan taulan.

Terima kasih K sualeen di atas ucapan tersebut, juga adik-adik dan teman yang menghantar sms hari lahir. Moga Allah kembali memberkati kalian.

10 comments:

Nieza Ishak said...

selamat ulangtahun mirah,
rupanya muda dr nieza ekkk ...

anak2 mirah tak sehat .. sama dgn anak2 nieza ...

Dayah @ Real Ummu said...

Selamat hari Jadi Mirah...muda lagi...perjalanan masih jauh..moga dpt menharungi jalan yang dihadapan dgn penuh sabar, insaf , diiiringi petunjukNya dan mengharapkan redho Allah... -nasihat uk saya jugak ni.. :)

Nadiah Sidek said...

slmt ulangthn kelahiran! smg dirahmati Allah & dimurahkn rezeki..

p/s: insyaAllah bln 8 ni sy 27 thn.. :)

Anonymous said...

happy birthday, a year older a year wiser & everything lebih bermakna bila dpt kasih syg dr anak & suami kan?

kita sebaya eek?

YuSniZa said...

Hepy Belated Birthday K.Mirah.. May Allah Bless You Always..

Mommy Harith Hannah said...

Happy 28th Birthday Mirah!

semoga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki selalu... :)

lia said...

hepi belated besday mirah....

smoga sentiasa ceria dan dilindungi Allah... amin...

Sue.Aleen said...

yayyyy... nak ucap gak sekali lagi...
selamat hari lahir....
antara blogger yang daku jatuh sayang.. hukhukhuk!

mirah said...

Nieza,
Thanx. Oh muda dari Nieza ke?
moga anak2 nieza cepat baik tu..

Dayah,
ya perjalanan masih jauh. Thanx atas ingatan tersebut.. :)

Nadiah,
thanx ya. Oh muda lagi lah ni.. :)

mirah said...

mama-miya,
thanx. Ya semua lebih bermakna dengan kasih syang suami dan anak-anak.

Oh sebaya rupanya. Tp mama-miya kecil molek je org nya.. :)

Yus,
Thanx. Moga Allah rahmati yus juga.

Arnie,
Thanx ya. Aminn.

Lia,
terima kasih. InsyaAllah tu..

K sue,
thanx k sue..
really appreciated your ingatan on my birthday. :)