Thursday, July 9, 2009

PPSMI dimansuhkan

Alhamdulillah sejuk hati mendengarnya. Walaupun belum ada anak berpengalaman melalui sistem tersebut, saya tetap percaya bahawa pembelajaran paling berkesan adalah melalui bahasa ibunda. Walaupun mengakui Bahasa Inggeris penting pada masa kini, namun jika asas sesuatu ilmu itu tidak dapat difahami dengan jelas oleh para pelajar, maka bagaimana mereka mahu cemerlang di peringkat seterusnya.

Apapun, enough said. Cuma why 2012 kan?
To the teachers yg complaint nanti akan kurang allowance 10% mereka tu (saya dengar dari radio ikim pagi tadi), please muhasabah diri semula. Menjadi guru adalah satu kerjaya sangat mulia, tujuannya mendidik anak bangsa menjadi insan berguna. Insan berguna tu sangat luas maknanya. Paling penting ingatlah bahawa ganjaran yang Allah janjikan pada murabbi ni sangatlah tidak terhitung. Satu ilmu kebaikan yang kita taburkan, jika disebarkan dan diamalkan dengan baik, hingga ke liang lahad pun kita masih terantai dengannya.

Moga perkembangan ini satu permulaan yang baik ke arah memantapkan lagi sistem pendidikan negara. Moga bukan berbau politik, kerana masa depan anak bangsa bukan satu pertaruhan.

5 comments:

~Umi.Sufira~ said...

Saya pon membincangkan benda ni ngan hubby pagi tadi..:)

Sue.Aleen said...

akaklah antara orang yang against PPSMI. perkasakanlah BM/BI itu sendiri. jangan diusik subjek lain.

dulu atas inisiatif cikgu, group akak antara top scorer BI. even result BI pun lebih baik dari BM. sekang ni je dah berkarat sket..

Dayah @ Real Ummu said...

walaupun saya menyokong PPSMI ( against kaksue nih..hheh) tapi saya juga lega bila ia dimansuhkan bilamana saya mula tahu yg anak2 kita blum bersedia utk itu dan guru2 jugak..

saya pun tgh draft entry psl ni..nanti post ye..

mirah said...

mimi, ya isu hangat sekarang..

K sue,
Ya saya pun akui, walaupun tak belajar dlm bhs inggeris, saya belajar jgak BI thru cartoon/books. Yg penting inisiatif. Dulu saya nak terror BI sebab nak glamer. haha blh gitu? tu impian budak darjah 6.. Tp skrg ni less practice speaking, maka makin hilang skill.

Dayah,
ya kalau cikgu pun 30% je mengajar depa guna BI, brapa % lah agaknya anak murid dapat kan?..

syikin said...

saya pun sokong diajar dlm bhs ibunda,bkn pljr je xbiasa,cikgu yg nk ngaja pn x biasa,sbb dh bhs ibunda bm