Friday, September 26, 2008

Salam Eidulfitri


Get Hari Raya Graphics Here

Salam aidilfitri buat kawan-kawan yang sudi membaca blog saya.
Esok awal pagi kami sekeluarga akan berangkat balik Muar dulu. Doakan perjalanan kami selamat. Dan didoakan juga buat kawan-kawan agar selamat sampai ke destinasi masing2, ingatlah orang yang tersayang.. :)

Wednesday, September 24, 2008

Dapat kad raya

thanx to mimi sbb bagi ummi kad raya nih.. :)
baru tringat yg tahun ni ummi tak sempat pun hntr kad raya kat kawan2 kecuali dua keping pd abahmak dan abahmak mertua. Apalah kan, dulu bukan main rajin. Tapi kesibukan yg amat sekarang ni memang kian merisaukan lah...

Apapun, moga masih berkesempatan memanfaatkan Ramadhan yang kian berlalu ini..
Jadi, ummi dedicate kan jugak kad raya ni utk semua pembaca blog ini. Moga kalian juga dalam rahmat Allah sentiasa...

haa..ni pula auntie mimi ckp kasi pd aisyah dan khadijah. Kalau betul kan best tu..hihi...


Nak komplen ni..

Mm..semalam khadijah demam lagi, pastu atas nasihat kawan yg pun ada ank prem ni, ummi pun decide nak bwk khadijah pergi kecemasan hosp serdang terus. Dlm on the way nk pergi, rasa mcm tak confident lak berdua je dgn baby, pk panas lagi, mana nak parking semua. Abah tak blh ikut sama. lalu ummi call auntie codda.. ajak dia teman kan kot2 dia free. kalau dia tak free, mmg ummi nekad je lah bawak khadijah. Mujur auntie codda free. So kami sampai hosp dlm kul 11.30 pg kot lbh kurang. Turun kan auntie codda dgn baby, pastu ummi pergi parking yg jauh dan panas itu.

Tunggu punya tunggu, kul 12.20tghri baru dapat nombor. Tunggu lagi, dan lagi dan lagi sampai kul 3.10 petang. Weih apa hal ni, ummi dah hilang sabar dah ni. STRESS sungguh dah waktu tu, dah lah ummi terpaksa skip kursus QMS yg wajib ummi pergi, ni duk menunggu mcm tak kesudahan. Last sekali ummi tanya staf tu, doc ada ke tak ni? Dia ckp ada, doc slow. Ada sorang je. Apa??? sorang je doc kt emergency unit ni? Mmm..memang ummi cakap kat auntie codda, jom lah kita balik. Ni dah kul 3. Tak solat zuhur lagi, dah lah asar awal. Akhirnya, ummi berlalu macam tu je. Dah lah kita ni bawak anak kecik, menangis lagi sbb tak selesa. Kena tunggu hampir 4 jam.. boleh bayang kan tak?

memang serik sungguh rasa. Memang stress lah smlm. Lepas hntr auntie codda balik, ummi bwk khadijah pg umah pengasuh, mnta tumpang solat kat umah dia, pastu angkut lagi khadijah bwk pg klinik private je. Tgh panas tu, tp ummi memang terpaksa gak refer khadijah semalam sbb takut hari ni dan esok2 lagi bz. Keje2 byk nak kena settle sblm cuti. (dah lah ummi cuti smpai 11hb dpan..). Sekali sampai klinik doc ckp badan dia panas, tp check suhu, tak demam. Boleh ke lagu tu? Ummi ckp lah demam dia on of dah 3 hari, kn. Pastu doc ckp takpe, observe dulu bbrapa hari ni mcamne. Continue je lah mkn ubat demam yg klnik krajaan bg tuh (ubat msa kena cucuk hari tuh)..

Alih-alih, dalam kul6 ptg mcm tu badan khadijah panas smula. Ummi bagi ubat sekali. Dalam kul2 pg ummi pegang badan adik, memang panas sgt. Ummi lap badan adik dgn towel basah. Then bagi ubat. Wah adik ni rupanya pyh juga nak makan ubat. Dulu ok mkn vitamin etc, skrg ni mmg menangis lah sampai keluar smula ubat tu.. Mujur adik still minum susu dgn banyak (ummi assume lah), jd takde lah dehydrated sbb badan panas, kencing pun byk. So, tak risau sgt. Pg td, alhamdulillah rasa badan adik dah tak panas. So tghri jap lagi ummi nak pergi tgk adik lagi..

harap2 adik dah sembuh sepenuhnya. Adik cepat2 lah baik sebab ummi risau kita nak berjalan jauh mnggu depan ni, kalau adik tak sihat, susah hati ummi ni..

Monday, September 22, 2008

Khadijah demam

Kesihatan anak2 sering merisaukan hati, mengundang cemas terutama apabila jatuh sakit. Khadijah demam, suhu badan fluctuate, kejap turun kejap tinggi. Belum bagi apa2 ubat since Dr dah advised tak boleh bagi ubat sesuka hati. Pagi td dah kurang, pastu tghri tadi pergi tengok, badan tak panas sangat tapi bila check temperature, 38C juga. Ummi hanya pesan pada kakak tu suh basahkan dahi dan kepala dengan tuala basah je. Mujur hari ini, khadijah tak menangis mcam semalam. Semalam dari tengahri, asal letak dia kat baby cot, dia terus nangis. Akhirnya kami bergilir lah pegang sampai lah tengah malam. Tu pun kul 3 pg lbih dah bangun sampai ke sahur. Pastu baru tidur, dah penat agaknya..
Kalau masih demam, esok kena bawa g klinik. Ummi ada kursus dua hari start esok, tak tahu lah mcamne. Kalau adik tak ok juga, memang kena take elave lah nampaknya. Risau juga dah lah dekat nak raya, nak berjalan jauh lag nanti, imagine lah serdang-muar-kota tinggi-muar-besut. Mm..moga2 khadijah cepat sihat lah. Ni 1st time kita nak jalan jauh bersama, dan first time nak balik umah tokki dgn nenek kat besut..
Ya Allah, Engkau sihat kan lah anak2ku dari sakit yang mereka alami.. Amin..

Ramadhan kian hampir ke penghujung

Ramadhan hampir berlalu meninggalkan kita. Hanya mereka yang berjaya mengambil peluang memanfaatkannya sahaja lah yang beruntung. Namun, Allah itu Maha Agung, Maha Besar dan Maha Penyayang. Terasa kecil dan jauhnya diri ini.
Memang terasa ramadhan kali ini mencabar sangat dengan karenah anak2 dan kekangan waktu yang ada. Namun, dengan ramadhan yang masih berbaki ini, moga2 Allah permudahkan urusan hambaNya ini untuk melipat gandakan usaha mencari keredhaanNya. Moga2 Allah terima amalan2 yang telah dilakukan, moga2 juga Allah makbulkan segala doa hambaMu ini. Sesekali terasa sungguh malu kerana hanya meminta pada Mu tetapi apa yang telah kulakukan untuk meraih cintaMu.. namun, kerana Engkau Maha Pengasih dan Penyayang..Engkau tidak pernah berkira.
Doa di bulan Ramadhan ini insyaAllah akan dimakbulkaNya, jadi, marilah kita sama2 banyakkan doa, moga2 di kesempatan ini, Allah makbulkan permintaan kita..
Dan juga, sama2 lah kita merebut malam lailatulqadar, malam yang sering dinantikan tiap kali ramadhan datang. Moga Allah masih berikan kita kesempatan mungkin utk terakhir kalinya..


Friday, September 19, 2008

A tough mother?

A lot of people said when you had a prem baby, it makes you be a tougher mum ever. Mm..had to admit, but apart of that, i think that every mothers who's going thru the same experience will make sure the best for their baby. Like Pn rita said when i went to her shop to seek some advise regarding breastfeeding my prem baby, she said that it's good you have litres of milk compared to those who easily gave up when they had difficulties in bfeed their baby. It shows that you're strong. It needs courage to do so.. I smiled back at her and i said, i have to be strong for the baby, i dont know whether i'm strong enough to bare the situation but i do believe in God. He wont let me have this 'rare chances' to endure if He knows that i cant go thru it.

My director said, you're the chosen one who He gave the opportunity to feel so close to Him. I was shocked at first when he said so. He said when we declare our faith to Allah, He has the right to give us trials to test how far our iman/faith is. Those who simply have a 'straight line' in their lives wouldnt taste the beautiful part of iman.

Mm..as human, we tend to always make mistakes. But, once we repent and stop from doing the same wrongdoings, we will always be a better person and slaves of Allah.

Check up 16/8/08

Baru hari ini ummi berkesempatan nak menulis lagi. Selasa hari tuh ummi bawak adik pergi check audio dan jumpa paed. Alhamdulillah setakat ni pendengaran adik bagus. Maksudnya dapat mendengar lah, jadi kena buat follow up lagi 6 bulan utk observe lagi lah kn. Pastu jumpa paed. Berat adik dah 4.1kg at 5 months old. Part ni yg buat ummi nervous sungguh. paed cakap darah adik kurang kalsium. Oh ya, minggu lepas dah bawak adik pergi hosp utk amik darah, jadi resultnya baru tahu masa jumpa paed tu. Doc tanya awak tak bg ubat ke kat adik spt dibekalkan. Ummi cakap ada bagi tp ubat dah expired, so tak continue lah. Ummi pula mmg lurus bendul juga lah kan..huhu.. sebab tak tanya pharmacist tu kalau dah habis ubat, kena pergi amik ke tak. Ala org tu pun tak cakap, mana lah ummi tau, ingat kan sempat tunggu next check up which is that day lah.

Pastu doc cakap lepas ni continue ubat, kalau habis ke, expired ke terus datang amik. Ummi tanya doc tu bahaya ke kead adik tu? Doc cakap bahaya tak bahaya lah tp bg elakkan jd lebih teruk, kena lah mkn ubat tu. Doc ckp kalau tulang adik kurang kalsium, nanti bila berdiri, kaki adik mungkin boleh jadi bengkok. Nauzubillahiminzalik lah kan..
Tp, ummi noticed kaki adik mmg dah kuat, pandai nak berdiri sendiri bila kita pegang dia, pastu tidur mmg asyik dok tolak kaki dia sbb nak ke depan. Khadijah tidur meniarap, kekadang tu sampai keluar kepala je dari kelambu..hihi.. Mudah2an berkat susu ibu, ditambah ummi mmg amik suplemen kalsium pun, jadi sedikit sebanyak dapat lah kt adik kot..

Monday, September 15, 2008

Ke klinik Oftalmologi

Pg tadi, ummi dgn abah bawak khadijah pergi follow up check mata. Masuk ni dah kali ke 5 dalam masa 3 bulan ni. Ummi doa moga2 ni kali terakhir lah khadijah terpaksa menahan kesakitan diperiksa oleh doc tu nnt. Tunggu punya tunggu, titis ubat kat mata nak suruh anak mata tu kembang. Dari kita bertiga je sampai penuh kerusi kat waiting area tuh, dari kul 8 pagi sampai kul 10 pg baru lah kita jumpa doc.
macam biasa lah, adik menangis tahap maksima nya, tu pun mujur doc tu check sekejap je, yg sebelum ni dgn doc laki tuh, punya lah lama sampai macam nak hilang suara anak ummi. Jumpa doc, doc cakap ok lah kira stkt ni mata adik ok lah. Takde kena laser ke apa, cuma kena datang lagi 6 bulan utk check power mata adik. Ummi ni macam pelik lah kan, power apa plak? Yg ummi tau check power kalau kena pakai cermin mata je lah.. (apa lah ummi ni kan..huhu..) Tp doc tu cakap maksudnya nak tgk lah kebolehan anak tu boleh melihat ke tak. Nak test cth nya kalau kita bagi benda, dia nampak ke tak, dia akan pergi cuba pegang ke tak. Ooo...faham lah ummi.. hikhik..

Alhamdulillah syukur lah adik tak perlu lagi kena check mata dalam masa terdekat ni. Lepas sudah satu episod. Kira ok lah mata adik kan. Doc tu ckp kalau mata tak kena laser, maknanya takde lah potensi utk pakai cermin mata awal. Ok lah tu, ummi doa kan mata adik sembuh dari segala penyakit dan sihat seperti baby normal lain k..

Sambil tu juga, doc tu tanya kenapa blh bersalin awal? Byk mslah kena hadapi jika baby lahir tak cukup bulan. Ummi tau tu tp bukan kita minta semua ni berlaku.. Ummi tak tahu nak cakap apa. Doc tu suh ummi g jumpa pakar O&G dan minta consultation, kenapa utk dua2 anak ummi lahir premature. Maknanya supaya boleh dielakkan bg kelahiran akan datang. Tetiba ummi jadi risau. Yelah, semenjak lahir kan khadijah, takde sape pun yg advise ummi suh pergi jumpa pakar regarding premature delivery nih. Jumpa pasal family planning adalah..

Ummi kena buat sesuatu nih. Abah pun setuju. Tak nak lah utk next baby jadi macam ni lagi. Cukuplah pengalaman melahirkan khadijah.

Esok adik kena jumpa paed dan pergi ENT klinik pla.

Friday, September 12, 2008

Khadijah

Lama tak sambung cerita pasal adik.
Lebih kurang 2 minggu selepas dilahirkan, barulah adik boleh minum, itu pun hanya sedikit (5ml) sebagai permulaan. Doc ckp nak tengok response baby dulu. Wah memang sabar menanti lah abah ummi masa tu. Stp kali hari isnin dgn khamis, mesti excited lebih nak datang tgk baby sebab nak tengok weight chart adik naik ke tak. Alhamdulillah memang naik sangat cantik sampai dapat balik umah lah graf tu. Dr rohaizah pun cakap, bagus sangat perkembangan baby, doc suh teruskan pump susu dan simpan utk baby. Memang adik tak pernah minum susu lain lah selain susu ummi hingga ke hari ini. Rasa sedikit bangga pun ada dapat bagi susu badan walaupun via tiub masa tu. Dah lama sket, nurse ajar cara nak bg sendiri ebm melalui tiub tu. Takut juga ummi mula2 tu, bukan apa, takut tersedak ke apa lah kan.. Terketar2 juga lah.. Sebab mula2 kena sedut keluar dulu lebihan susu dalam tiub tu kalau ada, ss tu kira susu basi. Pastu baru lah masukkan susu baru. Baby minum susu tiap 2 jam sekali, pastu dh berat naik 1 kg lbih, baru lah jd 3 jam sekali. masa tengah kritikal stage, doc cakap mereka ada bagi makanan (dlm bentuk cecair kot..) untuk tambah kalori pd baby supaya berat mantain walaupun tak minum susu lagi masa tu.
Disamping ebm, baby pun diberi vitamin etc lah utk bantu dapat kesihatan optimum. Masa adik minum pakai tiub tu kira oklah sbb memang confirm byk tu yg dia minum, tp bila berat dah 1.6 kg, adik dah boleh keluar dari inkubator, duduk dalam katil baby biasa tu.

Mm..sebelum adik nak capai berat 1.6kg tuh, memang mencabar juga lah. Penat tu tak usah cakap lah. Tokki dan nenek ulang alik dtg dr trg nak temankan ummi. Ummi tau makabah ummi kesian kan ummi sorang2, takde sapa jaga dah lah dalam pantang lagi masa tu, tp takde istilah 'berpantang' sangat pun bagi ummi. Memang hari bekerja, abah hantar kakak aisyah pergi umah makcik pengasuh tu, ummi stay kt umah, masak utk mkn tghri dan malam, kemas umah sket2, rehat. Bila abah balik keje petang dlm kul 4 mcm tu, dah siap2 pergi hosp tgk baby, pastu dalm kul 6 balik umah amik kakak pula. Kalau ikutkan rasa sekejap je dapat tengok adik tapi abah cakap kesian pula kt aisyah kalau amik lambat sgt. Tinggal dia sorang je kat umah makcik tu. Jadi, ummi kena lah beransur. Sayu je hati bila nak tinggalkan adik. Adik tu pulak, kekadang bila time abahummi datang, adik tidur. Bila abahummi nak balik, boleh pula dia celik mata, pegang tangan abahummi..
Mm..masa ni emosi ummi dah stabil (can considered kuat lah - dah tak nangis dah), sebab alhamdulillah khadijah dah stabil. Cuma risau long term effect jelah. Sblm balik nnt, dr rohaizah cakap akan buat brain scan, check mata semua lah to make sure ada apa2 komplikasi ke tak. Suspense juga ni, tp ummi doa moga2 adik sihat dapat balik tanpa sebarang masalah lah..

sambung nnt k..


5 months young...

Mm..ni gambar pagi td sebelum ummi pergi keje, sebelum nak mandikan aisyah..
Adik genap 5 bulan hari ni..Kakak muka bangun tidur..huhu..

Thursday, September 11, 2008

PhD??

mm.. ummi tengah tunggu untuk viva ni, rasanya lepas raya lah kot, call GSO, rupanya mereka cakap sorang examiner tarik diri sbb tgh sabatikal jadi kena lah nominate baru,,,huhuh..ambil masa lagi tu, memang confirm lepas raya lah ni..Takpe lah. Pastu Dr Y tanya awak tak nak sambung PhD ke? mm..ummi memang cakap niat tu ada tapi tunggu dulu lah, bukan dalam masa terdekat ni, tunggu settle msc ni dulu.. Bila ummi bagitau abah, abah beria2 pula suh ummi sambung. Biar benar abah ni... Ummi baru je rasa nak relax dulu ni..
(p/s:abah, cakap hari tu nak buat PhD kt oversea..hihi..so offer ni tak payah dulu lah eh..)

EBM Khadijah
Ummi tgh confuse sket ni, ummi bekal kan adik 8 btl x 1.5oz ebm tiap2 hari kt umah pengasuh. 3/4 btol forzen, selebihnya fresh ebm. Masalahnya, adik mmg tak berapa suka minum pakai botol, tp sbb kena paksa, dah ok sket lah. Pastu pulak dia macam tak berapa suka minum frozen ebm,habis disembur2 kekadang tu.
Botol susu dah habis simpan stok (21 btl), skrg pakai liner, sehari ummi blh dapat dalam 20oz lah total ebm. 3-4 oz bekal adik pergi umah pengasuh, 8-10oz simpan frozen, selebihnya bagi aisyah.. Skrg ni, since stok beku mcm lambat je bergerak, ummi jd malas pula nk simpan beku, jd ummi bg kat kakak lebih, 4-5 oz je (pakai liner) simpan utk beku tiap2 hari..

Since adik tak suka frozen ebm, ummi blh je bg fresh ebm semua tp dok pk, nnt nak buat apa dengan stok frozen yg dh byk tu (adalah dalam 40 lbih (btl+liner)stok ebm? So, mmg ummi confuse ni,kekadang mcm malas nak pump..
mmm..ada kengkawan blh tlg saya bagi pandangan?...


Ni lah gambar stok ebm khadijah dalam minggu lepas kot. Mungkin takde lah sebanyak org lain..

Oh ya, ni stok baru buat pertengahan bulan 8 hari tu setelah stok sebelumnya terpaksa dibuang sbb peti ais tu rosak..huwaa..tp positif, bukan rezeki khadijah lah tu. Alhamdulillah manage kumpul stok semula sebelum puasa, risau kalau waktu puasa ni susu kurang tapi Alhamdulillah juga, production mantain setakat hari ini..cuma ummi je cam malas2..huhu.

Tuesday, September 9, 2008

Update photos

Ummi nak update gambar aisyah dengan khadijah hari ini.
Aisyah nk masuk 21 bulan, manakala adik khadijah nak masuk 5 bulan in 3 more days..

Ni gambar aisyah masa dalam bas pergi expo MAHA 08 tempoh hari, tgk lah tu dengan tudung nya, tp half way je, pastu tak nak dah..


Tengah tengok duck. Nampak tak tangan tembam tu, haha kakak rasanya berat dah 12 kg, mengah juga ummi kalau dukung kakak lama2..

Ni gambar latest khadijah, dah tembam kan pipi saya. Ummi rasa adalah kot dalam 4kg dah berat adik sekarang. Takpe minggu depan ada check up dengan paed. Nnt ummi update berat adik k.

Khadijah Nur Syifaa'


Blog gift



Mm.. thank you to arnie yg give me this gift.. I love to read her blog as well.

Monday, September 8, 2008

Finally

Seperti dijanjikan, abah bawa ummi tengok baby masa waktu melawat tengahari tu, masa mula2 ummi tengok baby, memang menitis air mata ini, memang sangat kecik..tp alhamdulillah syukur sebab semuanya sempurna. Baby on ventilation, so doc cakap dia memang x rasa apa2 sebab dah bagi ubat sedatif. Tp bila ummi touch her skin, she responsed.. Ada tu baby siap blh hold jari ummi lagi bila ummi pegang tangan baby. Memang wayar2 banyak berselirat tu tak payah cerita lah kn.. All in all, bila jumpa doctor pakar, doc cakap for the time being, baby ok, dia stabil dengan bantuan pernafasan tu, tp doc cakap lagi, since baby lahir very small, banyak organ belum develop well, jadi baby ni considered 50-50 chances untuk survive. Takut bila ummi dengar part chances tu, tp back to rasionality, memang ummi pasrah dan bersedia terima segala ketentuanNya.

Ummi kena stay kt wad semalam lagi then, esok nya ummi dah balik umah. Ooo masa mula2 balik, memang breast x rasa engorge pun, so mula risau ni, ada susu tak ni. Tp bila masuk 3rd day, dah mula banyak susu sampai bengkak2, kena pump lagi. Dan to my suprised, sekali pump blh dapat sampai 4-6oz, even ada time tu boleh dapat 8oz. Alhamdulillah syukur, susu banyak. So ummi buat stok untuk baby, letak dalam bekas dadih, botol susu pun ada. Tiap2 hari selepas tu, pergi wad tengok baby, mesti bawak sket2, walaupun masa tu baby xdapat minum lagi.


Untuk makluman, baby kena puasa selama lebih kurang 2 mnggu lbh juga. Nnt ummi list kan berat dia based on date k.
Ada satu hari tu, ummi kat rumah, aisyah abah hntr pergi umah makcik pengasuh dia, abah pergi keje mcm biasa dah. Tetiba abah call bagitau org hospital call, suh datang segera. Dia xcakap kenapa. Ummi dah jadi tak tentu arah dah ni sementara tunggu abah sampai umah. Perjalanan dari ofis abah, adalah dekat 1/2 jam juga. Sampai je abah kat umah, kami terus pergi wad NICU. Dari jauh lagi, ummi dah intai kat katil baby, tengok baby ada ke tak de. Ada. Bila sampai dekat tempat baby tu, ramai doktor ada kat situ. Ketua pakar pediatrik pn ada. Bila tengok baby, ada nampak macam luka kat dada dia, pastu ada tiub2 baru kat kiri kanan dia bersambung ke dalam balang air. Nampak bubbles keluar. Dr Rohaizah terus bagitau kami. 'Makayah, sekejap td, your baby berhenti bernafas sekejap, so kita terpaksa buat CPR, since dia small, luka sket kat dada d
ia, tp jangan risau, itu akan hilang. Pastu kita tengok lung dia ada banyak angin, (sambil tunjuk kat skrin komputer, ada gambar xray bhgn chest baby) so kita terpaksa tebuk kiri kanan dada dia untuk keluarkan angin tu, see bubbles dalam air tu, banyak kan, means tu angin dari your baby punya lung. Right now, memang kita terpaksa up kan balik dia punya bantuan oksigen. Keadaan dia still kritikal, banyak2 kan doa k'.
Ummi jadi speechless skejap. Abah mcm x puas hati kenapa boleh jadi mcam tu, again doc tu cakap biasa lah baby ni small, byk kita tak dapat nak jangka..

Hanya doa yg mampu ummi titipkan untuk anak ummi selain ayat-ayat kasih sayang yg mampu ummi bisikkan kt telinga baby. Ummi tau baby blh dengar, ummi tau baby blh rasa bila ummi datang dan usap2 baby. Ummi rindu kala itu nak pegang, peluk baby tp ummi akur kerana keadaan tak mengizin kan begitu. Betapa ummi ingin sangat nak cium khadijah, sampai akhirnya hanya air mata yg mengalir.. Betapa lambatnya masa berlalu saat itu, betapa sukarnya rasa ujian ini, dan terasa kerdilnya diri ini. Kami semua milikMu ya Allah.
. Berilah kami kekuatan menghadapi saat-saat getir ini...

Mujur ada seorang doktor di situ, dr azyati, rupanya dia anak kepada kawan abah di kampung. Keluarga kami saling mengenali cuma ummi tak kenal sangat dia sbb dulu berlainan sekolah, Tp Dr azyati kenal kakak ummi. Perwatakan yg lembut, dan approach yg baik membuatkan lega sket rasa gusar di hati. Tidak terasa sangat asing di wad itu, mungkin sbb mula2, tp selepas itu, memang semua dah mengenali kami yang tiap2 hari datang tanpa miss pn untuk melihat perkembangan baby, supaya abah boleh bacakan ayat2 al quran kat telinga baby, agar ummi juga dapat bisikkan kata2 semangat utk baby terus berjuang. Doa ummi kala itu pada baby 'Khadijah, banyakkan sabar yea, khadijah kena tahan sakit sket yea, insyaAllah abah ummi, atuk nenek, tokki kakak aisyah semua sedara kita, kwn2 abah ummi doa kan moga khadijah cepat sembuh. Anak ummi kena kuat yea, doktor pun tgh buat yang terbaik utk baby. Sabar yea sayang..'.


Lbh kurang 2 mnggu slepas itu, berat khadijah turun lagi menjadi 780 g shj. Masa tu kulit2 baby nampak kering, menggelupas. Doktor cakap itu biasa, nnt berat dia akan naik semula. Risau juga ummi melihatnya, lagipun sebab dia belum dapat minum susu ummi lagi. Pastu baby kena kuning sket, jadi kenalah duk berjemur bawak lampu uv tu..

Ni ummi list kan berat baby smpai dapat keluar wad;

12/4/08 - 0.934kg
24/4 - 0.78kg
1/5 - 0.76kg
4/5 - 0.83kg
8/5 - 0.89kg
12/5 - 1.01kg
15/5 - 1.045kg
19/5 - 1.1kg

22/5 - 1.135kg
26/5 - 1.22kg
29/5 - 1.29kg
2/6 - 1.35kg
5/6 - 1.42kg
9/6 - 1.50kg
12/6 - 1.53kg

16/6 - 1.65kg
19/6 - 1.72kg
23/6 - 1.78kg
26/6 - 1.8kg

Nnt ummi sambung cerita pasal perkembangan lain baby sebelum melepasi stage kritikal tu dan sepanjang berada dlm wad sehingga baby khadijah dapat balik umah..
Utk tatapan, ni antara gambar khadijah masa dalam inkubator. Ni dah besar sket, berat dah 1kg lbih..



(Tiub kat mulut tu, utk minum ebm, kalau nampak ada parut kat dada tu,
itu lah kesan luka kena cpr tu.. sampai sekarang masih jelas kelihatan..)


Friday, September 5, 2008

Khadijah - Siri 4

Tak lama selepas nurse datang bersihkan ummi, abah pun sampai. Lepas cium tangan abah, tanya abah dah tengok baby ke? Abah cakap dah, kecik je. Abah cakap dah azan, iqamat kan. Ummi tanya macam2 kt abah.. Pastu ummi cakap rasa mcam nak muntah. Suh abah carikan plastik ke apa. Dah xsempat ni rasa nak keluar dah, nampak plastik yg abah bawak tudung ummi td (ummi request suh bawak tudung sbb pagi td tak ingat nak capai tudung kt tepi katil tu, masa aisyah dulu pn ummi bertudung juga. Aurat kena jaga juga kn.. di mana sahaja kecuali dgn mahram je..) So habis lah keluar semua nasi makan malam td, rasanya ni sebab kesan ubat tahan sakit mlm td lah ni.

Dah tu, abah pg keluar tgk baby lagi. Nurse yg sambut baby lahir td masuk, tanya dia, nurse baby saya lahir td nangis ke tak? Dia cakap, nangis lah. Awk tak dengar ke? Mm..ummi mcam tak perasan, myb sebab suara perlahan je kot. Ada org cakap, elok baby masa lahir dia nangis, sbb biar terbuka semua liang2 dekat jantung dia tu. baru lah elok, kalau tak, ada yg tak normal lah tu. Err tak tahu lah betul tak statement ni.. Nnt boleh refer doktor then explain dalam scientific terms plak k.

Bila abah masuk, abah cakap kt ummi; 'syg, kita namakan baby khadijah lah, ok tak?' Sebelum ni mmg belum finalize nak bagi nama apa, tak betul2 sit down and discuss pn, belum sempat k tp baby dah lahir dulu. Ummi tanpa fikir terus cakap setuju. Ye lah, dah abah nak bagi nama kn, at 1st view, memang sesuai nama tu nak bagi pd baby sebab ummi nak anak ummi jadi kuat semnagat, setabah saidatina khadijah.. Tp, ummi cakap kat abah juga, ummi nak cari gandingan nama tu yang ada maksud doa, doa moga baby sentiasa sihat dan selamat semua. Abah kata ok.

Baby dah kena bawak pegi NICU. Ummi tak dapat tengok baby lagi. Kemudian, ummi kena naik wad semula. Abah janji nak bawak ummi pg tengok waktu tghri tu.

to be continued..
meeting..

saya ada 2 mesyuarat kena hadiri jap lagi.. waa ada sedikit malas ni..huu..

Thursday, September 4, 2008

Khadijah

Khadijah - Siri 3

Ok ummi sambung lg nih smentara nk kluar pg tgk anak2 ummi jap lg, tnggu 1.30 pm k.

Dalam area kul 2pg, ummi trasa nk terkencing sgt dh, dh xdpt nk tahan dh ni. Lg pn ingat tak solat isyak lg, jd boleh lh terus solat ni. Gagahkn juga diri turun katil, pg toilet walaupun trasa terawang2 je. Kali ni mmg kena solat duduk je sebab rasa sangat tak selesa, pyh nk explain macamne. Habis je solat, xsempat nk baca doa, terus panjat katil menahan pening dan rasa sakit perut. Ummi relax lagi, banyak2 doa dan ingat Allah.

Puas pusing kanan, kiri, telentang, meniarap je x boleh. Pastu mula ada contraction sket2, xtau sebenarnya tu contaction sbb dh lupa mcamne rasa msa aisyah dulu. Rasa sakit tu tahap blh tahan lg lh. Dapat lelap pn skejap2 je, ummi try nk tekan buzzer panggil nurse tu tp tinggi sgt tergantung, xsampai nk tekan. Kalau mampu bangun xpe lah, ni memamng tal larat nk bangun dh. Sekali ummi dok berkira-kira nk jerit ke apa ni... Dlm kul 3 pg lebih mcm tu, kebetulan kakak yg katil sebelah tu, dia tekan buzzer panggil nurse sbb ank dia nangis, dia xdpt nk angkat dr baby cot sbb c-sec. Bila nurse dh sampai, ummi pn terus panggil nurse ckp perut sakit. Nurse tu ckp ok jap lg saya dtg check.

Tak lama slps tu, nurse dtg check dan dia cakap mmg ada contraction. Bila saya tgk jam, contraction dah tiap 5 - 10 minit. Pastu nurse tu pg je. Tak lama lps tu, datang lagi sorang nurse, rasanya nurse ni senior sket kot. Dia ckp ok saya nk check bawah nni, nk tengok sada dh terbuka jalan ke belum. Haha..saya dengan confidentnya cakap tak nak seluk lah nurse. Kalau seluk, lagi banyak air keluar, ni kes sebab pagi sebelumnya kena seluk, pastu lagi bayak air ketuban keluar lah.. Pastu nurse tu cakap, 'eh awak ni, saya nak check je, kang tetiba nak bersalin kan'.. dalam hati masih tak percaya tu, tapi bagi lah nurse tu seluk, Sekali nurse tu cakap 'eh, awak ni biar benar, 4,5 dah 5cm ni. Awk kena pergi labour room ni'.. Saya tergamam. Nurse tu terus pergi tinggalkan saya termanggu-manggu kat situ, pastu dengar lh riuh rendah diaorg tarik troli bed, nak bawak saya lah tu. Nurse pn sampai dgn troli bed, dia suh naik. Cakap lah tak boleh nak pusing ni, nurse tu paksa juga suh cepat sebab takut saya terbersalin kat situ. Dalam duk kalut tu, sempat saya tanya, husband saya takde ni. Nurse tu cakap, awk tepon lah suh datang skrg. Ok lah dah berjaya tukar katil tu, diaorg pn terus tolak turun bawah ke labour room.


Ummi dah agak kalu call abah mesti xberjawab nya, sbb masa tu kul 4 pg lbh kurang. Jadi, ummi tepon nenek, cakap dh masuk labour room. Datang lah cepat. Mak mcm xpercaya pula ummi kena masuk labour room. Dah sampai bawah tu, nurse td semua keluar. Tinggal sorang je nurse, err bidan kot tp cina. Sambil dia buat itu ini, dia cakap kalau rasa sakit, terus teran sbb baby awak ni kecik, lagi lama, lagi susah nak survive. Tak sampai 5 minit kat labour room tu, rasa je sakit, ummi teran. Selepas 2 kali teran rasanya, keluar lah baby. Memang sekejapan sungguh waktu tu. Bila baby dah keluar je, nurse tu amik tunjuk kat ummi tanya baby apa? Ummi jawab baby girl. Then, dia cakap saya kena tinggalkan awak dulu ni sebab nk selamatkan baby awk. Awak tunggu dulu. Ummi dapat tengok sekejap je baby tu, memang kecik pastu terus nurse tu bawak keluar.

Ummi kesejukan kat situ, lama juga tunggu nurse lain datang bersihkan, ada ke terkangkang je kat situ sampai naik lenguh gak kaki sampai kena pegang dgn tangan takut terbalik pula..huhu.. ada lh dekat 15 minit kot. Haih risau juga kena infection ke apa kn, tp sabar je lah tunggu. Sambil tu ummi call nenek cakap dh bersalin. Nenek macam tak percaya sbb baru je 5 min lepas call dia dah masuk labour room sekali dah bersalin. Mereka pun belum sempat keluar rumah lagi.

nnt sambung lagi k..

Tuesday, September 2, 2008

Sambungan...

Since ummi mcm blur nk bt apa pg ni, jd ummi nk sambung cerita psl khadijah lh kjap.

Khadijah - Siri 2

Rabu 9/4/08 - Smpi hosp dlm kul 7 pg mcm tu, nurse sruh baring kt tilam. Ummi xrasa apapun, nervous gak ni. Tunggu punya tunggu dktor pn dtg, dia ckp yes air ketuban u dh pecad, air mmg dh sgt kurang, so u kna bed rest kt sini je lah. ummi pn tnya smpi bla kna tahan ni dktor? 'Dktor ckp tu xblh nk ckp smpi bla, myb smpi u bersalin ke, atau air ketuban tu dpt kembali normal. Nothing much we could do.' Adushh..alamak mcamne dgn aisyah klu kena tahan wad ni? ummi dh termenung kt situ. Pastu doc tu ckp lg,' sya bg awk bt matangkan paru2 baby ni, incase u bersalin awl. U tau kn risiko bersalin awl ni, kita xde ckup kelengkapan kt sni, myb u kna transfer tmpt lain.' Pastu kna lh inject. Air ketuban still kluar sket2. Nurse suh ummi tukar baju pkai baju hosp kaler pink tu. Pastu nurse suh duduk dlu sbb katil kt wad penuh. Sabar je lah, ummi pn kluar dr tmpt tu then jmpa abah, bincang2 mcamne nk bt ni. Abah ckp xpe lah aisyah dia blh jaga. Siang dia hntr g umah makcik pengasuh tu. Mkn xpe dia beli lh. abah sgt cool waktu itu wlaupun ummi dh risau pk mcm2..

At last, dpt lh naik msuk wad, dh tghri kot msa tu (lupa lah..) kna duk wad kelas 3. 2nd class dh pnuh. Abah dh amik GL kt ofis, so klu ikutkan dpt 1st class, tp since wad 1st class d tngkat 8 tu xde bidan, so kna duk wad maternity biasa je lh. Snang diaorg nk monitor. Klu dh bersalin,bru blh naik atas tu pn kalau ada kosong. Xkisah lh mana2 pn, kt wad 5F pn ok gak, ada ramai org, xboring. Hr pertama xde apa sgt pn berlaku. Air ketuban je lh asyik keluar. Ummi msh solat mcm biasa. Mlm tu, mmg ummi xdpt nk tidur sgt, sbb interkom kt wad tu asyik bunyi je.. tension gak lh..
Esk nya (10/4/08), doc pakar dtg check. doc laki. Mula2 risau gak ummi kalau2 dia nk tgk 'bawah' kn, tp dia check perut je. Doc ckp ok je, pastu doc kata awak layak duk 2nd class ni, pastu trus suh nurse tu tukar kan ummi, tp nurse ckp xde kosong. Then, doc tu ckp, once ada kosong, terus tukarkan ummi. Ummi tanya doc tu, smpi bla sya kna tahan ni? Xde ke ubat yg blh stop air ni keluar? (apalah ummi tanya soalan ni,kan,,) Doc tu jwb 'mmg xde ubat. Awk bayangkan perut awk ada kantung isi air, pastu ada lubang halus2 byk tempat tmpt, tu bocor tu. Mmg xde ubt kita blh bg. Awk kna tahan kt sni, mgkin smpi bersalin ke, atau pun smpi air tu dh cukup semula. Tu patient kt sna dh 2mnggu lbh kt sni, xbersalin jga. Mcm awk lh baru 28mmgu.. Nnt pergi lah berkenalan..'. Huhu..

Ptg tu msa waktu melawat, abah dtg bwk aisyah. Rindunya ummi kt aisyah..
Ptg tu jga ummi dpt pndah masuk wad 2nd class, rupanya blik ada 4 katil, pastu ada aircond. Mmg xbising dh lh, mm..lena lah ummi tidur mlm ni..

11/4/08 - patient dlm blik tu sorang2 dpt discharged. Comel sungguh baby mereka. Abahmak ummi dh smpi dr kg.
Ummi amik msa selama dlm wad tu utk bykkn doa, mngaji dan msh solat spt biasa. Adakala ummi solat duduk ke klu tetiba rasa sakit. Klu sblm ni, ummi byk doa mga jgn lh jd apa2 kt ummi dan bby, tp hr ni, ummi trasa sgt pasrah dan redha dgn sgala ketentuanNya. Dlm doa yg ummi titipkan, 'aku pohon yg terbaik bt dr Mu ya Allah bg diriku dan anak ini. Jika seandainya Allah takdir kn ada rezeki ku dpt anak ini, aku redha. Moga2 anak ini lahir dgn sihat & sempurna sifatnya. Engkau lapangkan lah hatiku ya Allah utk menerima sgala ketentuan yg bkal berlaku. seandainya ini lah yg terbaik bt ku, maka aku terima ya Allah..
Saat ini, hanya doa yg mampu jd kekuatan bt diriku. Dgn byk mengingati Nya, bt kn diri ni lbh kuat, pasrah dan bersedia dgn segala kemungkinan. Tidak spt hari2 sblm ini.. Ummi usap2 perut ummi, smbil ckp pd baby, baby tahan sket yea, ummi xsbar jga nk jmpa bby, tp ummi xnk bby lahir awl sgt..
Pd sebelah ptg nya, aku terasa perut ni sakit. Air msh juga keluar. Nurse ckp xpe, asal xkeluar kaler hijau. Oh ya lupa nk cerita td, pg td ada nurse dtg check pastu dia seluk kt bawah tu, dia ckp blm msa lg. Tp since dia seluk tu, mkn byk lak air keluar.

Lpas jmpa abahmak, abahmak mertua, adik2 ipar, kakak dgn abg ipar, anak2 sdara, nurse ckp nk dtg inject, ni ubt tahan skit tp ckp lh nk smayang dlu. Nurse ckp oklah, nnt lps solat dia dtg. Dh siap2 mandi, solat maghrib, ngaji. Nurse dtg cucuk ubat, then dia suh rehat. Lps kna inject tu, mmg rsa lain mcm pula. Trus tidur sedar2 dlm klu 10 mlm, tp xdpt nk bangun, rasa lemah, terawang2 je, nmpk xnmpk je benda. Eh kenapa pla ni?Ni mesti kesan ubat. Oh sungguh xsuka ubat ni, rasa sakit mengeras kt perut pn ada, rsa nk muntah pn ada. Pening lg. Xpernah amik ubt tahan sakit sblm ni, jd mg xpernah rsa kead macam tu.. Tp msh sedar bla ada doc dtg check, Doc tnya mcamne awak? Aku jwb, sya ok tp pning lh doc. Doc ckp oh xpe, awk rehat je k..
Ummi terus tidur lg...

akan bersambung.........

Selamat datang ya Ramadhan...

Selamat berpuasa buat semua...
Azam kali ni, moga2 dapat manfaat kn sepenuhnya msa dgn byk kn ibadah baik wajib mahupun sunat. Harap2 dapat khatam al-quran sblm hbs ramadhan ni. Sblm ni, liat sungguh membaca, bukan apa, baca2 sket2 bla nk hbs kn.. insyaAllah kali ni harap2 jd lbh rajin lh. Azam yg lain2 tu, biar lah rahsia.. Kn cerita lbih2, takur riak lak, pastu takut xjadi pla. Jd, yg pnting, buat lh sebanyak mungkin kebaikan, selebihnya biarlah Allah tentukan...