Friday, September 19, 2008

Check up 16/8/08

Baru hari ini ummi berkesempatan nak menulis lagi. Selasa hari tuh ummi bawak adik pergi check audio dan jumpa paed. Alhamdulillah setakat ni pendengaran adik bagus. Maksudnya dapat mendengar lah, jadi kena buat follow up lagi 6 bulan utk observe lagi lah kn. Pastu jumpa paed. Berat adik dah 4.1kg at 5 months old. Part ni yg buat ummi nervous sungguh. paed cakap darah adik kurang kalsium. Oh ya, minggu lepas dah bawak adik pergi hosp utk amik darah, jadi resultnya baru tahu masa jumpa paed tu. Doc tanya awak tak bg ubat ke kat adik spt dibekalkan. Ummi cakap ada bagi tp ubat dah expired, so tak continue lah. Ummi pula mmg lurus bendul juga lah kan..huhu.. sebab tak tanya pharmacist tu kalau dah habis ubat, kena pergi amik ke tak. Ala org tu pun tak cakap, mana lah ummi tau, ingat kan sempat tunggu next check up which is that day lah.

Pastu doc cakap lepas ni continue ubat, kalau habis ke, expired ke terus datang amik. Ummi tanya doc tu bahaya ke kead adik tu? Doc cakap bahaya tak bahaya lah tp bg elakkan jd lebih teruk, kena lah mkn ubat tu. Doc ckp kalau tulang adik kurang kalsium, nanti bila berdiri, kaki adik mungkin boleh jadi bengkok. Nauzubillahiminzalik lah kan..
Tp, ummi noticed kaki adik mmg dah kuat, pandai nak berdiri sendiri bila kita pegang dia, pastu tidur mmg asyik dok tolak kaki dia sbb nak ke depan. Khadijah tidur meniarap, kekadang tu sampai keluar kepala je dari kelambu..hihi.. Mudah2an berkat susu ibu, ditambah ummi mmg amik suplemen kalsium pun, jadi sedikit sebanyak dapat lah kt adik kot..

No comments: