Friday, September 5, 2008

Khadijah - Siri 4

Tak lama selepas nurse datang bersihkan ummi, abah pun sampai. Lepas cium tangan abah, tanya abah dah tengok baby ke? Abah cakap dah, kecik je. Abah cakap dah azan, iqamat kan. Ummi tanya macam2 kt abah.. Pastu ummi cakap rasa mcam nak muntah. Suh abah carikan plastik ke apa. Dah xsempat ni rasa nak keluar dah, nampak plastik yg abah bawak tudung ummi td (ummi request suh bawak tudung sbb pagi td tak ingat nak capai tudung kt tepi katil tu, masa aisyah dulu pn ummi bertudung juga. Aurat kena jaga juga kn.. di mana sahaja kecuali dgn mahram je..) So habis lah keluar semua nasi makan malam td, rasanya ni sebab kesan ubat tahan sakit mlm td lah ni.

Dah tu, abah pg keluar tgk baby lagi. Nurse yg sambut baby lahir td masuk, tanya dia, nurse baby saya lahir td nangis ke tak? Dia cakap, nangis lah. Awk tak dengar ke? Mm..ummi mcam tak perasan, myb sebab suara perlahan je kot. Ada org cakap, elok baby masa lahir dia nangis, sbb biar terbuka semua liang2 dekat jantung dia tu. baru lah elok, kalau tak, ada yg tak normal lah tu. Err tak tahu lah betul tak statement ni.. Nnt boleh refer doktor then explain dalam scientific terms plak k.

Bila abah masuk, abah cakap kt ummi; 'syg, kita namakan baby khadijah lah, ok tak?' Sebelum ni mmg belum finalize nak bagi nama apa, tak betul2 sit down and discuss pn, belum sempat k tp baby dah lahir dulu. Ummi tanpa fikir terus cakap setuju. Ye lah, dah abah nak bagi nama kn, at 1st view, memang sesuai nama tu nak bagi pd baby sebab ummi nak anak ummi jadi kuat semnagat, setabah saidatina khadijah.. Tp, ummi cakap kat abah juga, ummi nak cari gandingan nama tu yang ada maksud doa, doa moga baby sentiasa sihat dan selamat semua. Abah kata ok.

Baby dah kena bawak pegi NICU. Ummi tak dapat tengok baby lagi. Kemudian, ummi kena naik wad semula. Abah janji nak bawak ummi pg tengok waktu tghri tu.

to be continued..

No comments: