Wednesday, September 24, 2008

Nak komplen ni..

Mm..semalam khadijah demam lagi, pastu atas nasihat kawan yg pun ada ank prem ni, ummi pun decide nak bwk khadijah pergi kecemasan hosp serdang terus. Dlm on the way nk pergi, rasa mcm tak confident lak berdua je dgn baby, pk panas lagi, mana nak parking semua. Abah tak blh ikut sama. lalu ummi call auntie codda.. ajak dia teman kan kot2 dia free. kalau dia tak free, mmg ummi nekad je lah bawak khadijah. Mujur auntie codda free. So kami sampai hosp dlm kul 11.30 pg kot lbh kurang. Turun kan auntie codda dgn baby, pastu ummi pergi parking yg jauh dan panas itu.

Tunggu punya tunggu, kul 12.20tghri baru dapat nombor. Tunggu lagi, dan lagi dan lagi sampai kul 3.10 petang. Weih apa hal ni, ummi dah hilang sabar dah ni. STRESS sungguh dah waktu tu, dah lah ummi terpaksa skip kursus QMS yg wajib ummi pergi, ni duk menunggu mcm tak kesudahan. Last sekali ummi tanya staf tu, doc ada ke tak ni? Dia ckp ada, doc slow. Ada sorang je. Apa??? sorang je doc kt emergency unit ni? Mmm..memang ummi cakap kat auntie codda, jom lah kita balik. Ni dah kul 3. Tak solat zuhur lagi, dah lah asar awal. Akhirnya, ummi berlalu macam tu je. Dah lah kita ni bawak anak kecik, menangis lagi sbb tak selesa. Kena tunggu hampir 4 jam.. boleh bayang kan tak?

memang serik sungguh rasa. Memang stress lah smlm. Lepas hntr auntie codda balik, ummi bwk khadijah pg umah pengasuh, mnta tumpang solat kat umah dia, pastu angkut lagi khadijah bwk pg klinik private je. Tgh panas tu, tp ummi memang terpaksa gak refer khadijah semalam sbb takut hari ni dan esok2 lagi bz. Keje2 byk nak kena settle sblm cuti. (dah lah ummi cuti smpai 11hb dpan..). Sekali sampai klinik doc ckp badan dia panas, tp check suhu, tak demam. Boleh ke lagu tu? Ummi ckp lah demam dia on of dah 3 hari, kn. Pastu doc ckp takpe, observe dulu bbrapa hari ni mcamne. Continue je lah mkn ubat demam yg klnik krajaan bg tuh (ubat msa kena cucuk hari tuh)..

Alih-alih, dalam kul6 ptg mcm tu badan khadijah panas smula. Ummi bagi ubat sekali. Dalam kul2 pg ummi pegang badan adik, memang panas sgt. Ummi lap badan adik dgn towel basah. Then bagi ubat. Wah adik ni rupanya pyh juga nak makan ubat. Dulu ok mkn vitamin etc, skrg ni mmg menangis lah sampai keluar smula ubat tu.. Mujur adik still minum susu dgn banyak (ummi assume lah), jd takde lah dehydrated sbb badan panas, kencing pun byk. So, tak risau sgt. Pg td, alhamdulillah rasa badan adik dah tak panas. So tghri jap lagi ummi nak pergi tgk adik lagi..

harap2 adik dah sembuh sepenuhnya. Adik cepat2 lah baik sebab ummi risau kita nak berjalan jauh mnggu depan ni, kalau adik tak sihat, susah hati ummi ni..

2 comments:

Mummy HnH said...

isk, camner tuh? nama emergency, tp dah tunggu 3 jam pon tak boleh masuk lagi.. kesian baby..

mirah said...

mm..tu lah. Patut lah sblm ni mmg dah dengar ada org komplen servis kt emergency hosp serdang ni probs sket. Ingat kan tak betul tp dah jadi mcm ni, mmg percayalah. Ada awal tahun dulu pn ada bwk aisyah pergi emergency sbb dr kt klinik refer ke situ. lama gak tp takde lah smpi 3 jam. huhu..