Monday, September 15, 2008

Ke klinik Oftalmologi

Pg tadi, ummi dgn abah bawak khadijah pergi follow up check mata. Masuk ni dah kali ke 5 dalam masa 3 bulan ni. Ummi doa moga2 ni kali terakhir lah khadijah terpaksa menahan kesakitan diperiksa oleh doc tu nnt. Tunggu punya tunggu, titis ubat kat mata nak suruh anak mata tu kembang. Dari kita bertiga je sampai penuh kerusi kat waiting area tuh, dari kul 8 pagi sampai kul 10 pg baru lah kita jumpa doc.
macam biasa lah, adik menangis tahap maksima nya, tu pun mujur doc tu check sekejap je, yg sebelum ni dgn doc laki tuh, punya lah lama sampai macam nak hilang suara anak ummi. Jumpa doc, doc cakap ok lah kira stkt ni mata adik ok lah. Takde kena laser ke apa, cuma kena datang lagi 6 bulan utk check power mata adik. Ummi ni macam pelik lah kan, power apa plak? Yg ummi tau check power kalau kena pakai cermin mata je lah.. (apa lah ummi ni kan..huhu..) Tp doc tu cakap maksudnya nak tgk lah kebolehan anak tu boleh melihat ke tak. Nak test cth nya kalau kita bagi benda, dia nampak ke tak, dia akan pergi cuba pegang ke tak. Ooo...faham lah ummi.. hikhik..

Alhamdulillah syukur lah adik tak perlu lagi kena check mata dalam masa terdekat ni. Lepas sudah satu episod. Kira ok lah mata adik kan. Doc tu ckp kalau mata tak kena laser, maknanya takde lah potensi utk pakai cermin mata awal. Ok lah tu, ummi doa kan mata adik sembuh dari segala penyakit dan sihat seperti baby normal lain k..

Sambil tu juga, doc tu tanya kenapa blh bersalin awal? Byk mslah kena hadapi jika baby lahir tak cukup bulan. Ummi tau tu tp bukan kita minta semua ni berlaku.. Ummi tak tahu nak cakap apa. Doc tu suh ummi g jumpa pakar O&G dan minta consultation, kenapa utk dua2 anak ummi lahir premature. Maknanya supaya boleh dielakkan bg kelahiran akan datang. Tetiba ummi jadi risau. Yelah, semenjak lahir kan khadijah, takde sape pun yg advise ummi suh pergi jumpa pakar regarding premature delivery nih. Jumpa pasal family planning adalah..

Ummi kena buat sesuatu nih. Abah pun setuju. Tak nak lah utk next baby jadi macam ni lagi. Cukuplah pengalaman melahirkan khadijah.

Esok adik kena jumpa paed dan pergi ENT klinik pla.

2 comments:

Mommy Harith Hannah said...

kesiannya baby kan, mcm2 nak kena check.. tapi takpe, asalkan baby sehat.. Insya Allah... eh, aisyah pon prem baby jugak ker mirah?

mirah said...

mm..tu lah. mujur setakat ni alhamdulillah semua ok. Nnt mirah post update kemudian k. Aisyah lahir 36wks, just border line..