Thursday, September 4, 2008

Khadijah

Khadijah - Siri 3

Ok ummi sambung lg nih smentara nk kluar pg tgk anak2 ummi jap lg, tnggu 1.30 pm k.

Dalam area kul 2pg, ummi trasa nk terkencing sgt dh, dh xdpt nk tahan dh ni. Lg pn ingat tak solat isyak lg, jd boleh lh terus solat ni. Gagahkn juga diri turun katil, pg toilet walaupun trasa terawang2 je. Kali ni mmg kena solat duduk je sebab rasa sangat tak selesa, pyh nk explain macamne. Habis je solat, xsempat nk baca doa, terus panjat katil menahan pening dan rasa sakit perut. Ummi relax lagi, banyak2 doa dan ingat Allah.

Puas pusing kanan, kiri, telentang, meniarap je x boleh. Pastu mula ada contraction sket2, xtau sebenarnya tu contaction sbb dh lupa mcamne rasa msa aisyah dulu. Rasa sakit tu tahap blh tahan lg lh. Dapat lelap pn skejap2 je, ummi try nk tekan buzzer panggil nurse tu tp tinggi sgt tergantung, xsampai nk tekan. Kalau mampu bangun xpe lah, ni memamng tal larat nk bangun dh. Sekali ummi dok berkira-kira nk jerit ke apa ni... Dlm kul 3 pg lebih mcm tu, kebetulan kakak yg katil sebelah tu, dia tekan buzzer panggil nurse sbb ank dia nangis, dia xdpt nk angkat dr baby cot sbb c-sec. Bila nurse dh sampai, ummi pn terus panggil nurse ckp perut sakit. Nurse tu ckp ok jap lg saya dtg check.

Tak lama slps tu, nurse dtg check dan dia cakap mmg ada contraction. Bila saya tgk jam, contraction dah tiap 5 - 10 minit. Pastu nurse tu pg je. Tak lama lps tu, datang lagi sorang nurse, rasanya nurse ni senior sket kot. Dia ckp ok saya nk check bawah nni, nk tengok sada dh terbuka jalan ke belum. Haha..saya dengan confidentnya cakap tak nak seluk lah nurse. Kalau seluk, lagi banyak air keluar, ni kes sebab pagi sebelumnya kena seluk, pastu lagi bayak air ketuban keluar lah.. Pastu nurse tu cakap, 'eh awak ni, saya nak check je, kang tetiba nak bersalin kan'.. dalam hati masih tak percaya tu, tapi bagi lah nurse tu seluk, Sekali nurse tu cakap 'eh, awak ni biar benar, 4,5 dah 5cm ni. Awk kena pergi labour room ni'.. Saya tergamam. Nurse tu terus pergi tinggalkan saya termanggu-manggu kat situ, pastu dengar lh riuh rendah diaorg tarik troli bed, nak bawak saya lah tu. Nurse pn sampai dgn troli bed, dia suh naik. Cakap lah tak boleh nak pusing ni, nurse tu paksa juga suh cepat sebab takut saya terbersalin kat situ. Dalam duk kalut tu, sempat saya tanya, husband saya takde ni. Nurse tu cakap, awk tepon lah suh datang skrg. Ok lah dah berjaya tukar katil tu, diaorg pn terus tolak turun bawah ke labour room.


Ummi dah agak kalu call abah mesti xberjawab nya, sbb masa tu kul 4 pg lbh kurang. Jadi, ummi tepon nenek, cakap dh masuk labour room. Datang lah cepat. Mak mcm xpercaya pula ummi kena masuk labour room. Dah sampai bawah tu, nurse td semua keluar. Tinggal sorang je nurse, err bidan kot tp cina. Sambil dia buat itu ini, dia cakap kalau rasa sakit, terus teran sbb baby awak ni kecik, lagi lama, lagi susah nak survive. Tak sampai 5 minit kat labour room tu, rasa je sakit, ummi teran. Selepas 2 kali teran rasanya, keluar lah baby. Memang sekejapan sungguh waktu tu. Bila baby dah keluar je, nurse tu amik tunjuk kat ummi tanya baby apa? Ummi jawab baby girl. Then, dia cakap saya kena tinggalkan awak dulu ni sebab nk selamatkan baby awk. Awak tunggu dulu. Ummi dapat tengok sekejap je baby tu, memang kecik pastu terus nurse tu bawak keluar.

Ummi kesejukan kat situ, lama juga tunggu nurse lain datang bersihkan, ada ke terkangkang je kat situ sampai naik lenguh gak kaki sampai kena pegang dgn tangan takut terbalik pula..huhu.. ada lh dekat 15 minit kot. Haih risau juga kena infection ke apa kn, tp sabar je lah tunggu. Sambil tu ummi call nenek cakap dh bersalin. Nenek macam tak percaya sbb baru je 5 min lepas call dia dah masuk labour room sekali dah bersalin. Mereka pun belum sempat keluar rumah lagi.

nnt sambung lagi k..

No comments: